Sabtu, 8 Oktober 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


Bajet: 'Budak-budak tak boleh pegang duit banyak'

Posted: 08 Oct 2011 08:42 AM PDT

Bajet 2012 seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti mana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, "budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak".
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Muhammad Safwan Anang berkata, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.
"Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Katanya, cadangan peringkat mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.
"Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading," ujarnya.
Ujarnya, boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja.
"Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus," ujarnya.
Mana tidaknya, kata beliau sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit hingga mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu 'orang kuat utang'.
Menurutnya, pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti.
Sebagai contoh mudah, ujarnya yuran internet dan ICT di sebuah IPTA sehingga mencecah RM100 untuk satu semester, dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100, tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan.
"Bas kilang pun percuma, ini pula bas universiti.
"Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa," ujarnya.
Katanya, ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.
Beliau bertanya, kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di IPT-IPT ini.
Tanya beliau lagi, bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Mana mahu guna emel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula.
"Malang sungguh mahasiswa di Malaysia, bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya.
"Jom ubah kerajaan sekarang!" katanya.

PAKATAN:Caca-merba dan kucar-kacir'

Posted: 08 Oct 2011 07:38 AM PDT

Mungkin perdana menteri tidak mahu berkongsi tarikh pilihan raya umum akan datang, tetapi berdasarkan kepada lawatannya ke Selangor hari ini, dapat dibayangkan bahawa ianya tidak lama lagi.

najib at gombak 081011 facing the crowdMemulakan lawatannya di Ijok pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak
turun padang untuk membuktikan kepada rakyat Selangor bahawa sudah tiba masanya untuk kerajaan Pakatan Rakyat 'angkat bungkus'.

Berucap kepada penyokong BN dan rakyat di Gombak - destinasi terakhir lawatannya hari ini - Najib berkata Ijok dipilih sebagai permulaan lawatannya kerana ia kini diwakili Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Najib memberitahu hadirin yang kebanyakannya warga emas, bahawa ke mana-mana sahaja beliau pergi hari ini, beliau disambut
dengan berjabat salam, dan ada yang "tidak mahu untuk melepaskannya".

najib at gombak 081011 supportersSebelum itu, beliau tiba dari Rawang dengan menaiki bas, dengan diiringi sekumpulan penunggang motosikal.

Gombak Setia, di mana perdana menteri dijamu dengan nasi lemak di Sekinchan Ikan Bakar, merupakan kerusi PAS, manakala Gombak pula merupakan kawasan parlimen yang diwakili timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

'Caca-merba dan kucar-kacir'

Perdana menteri menempelak Pakatan Rakyat dengan mendakwa gabungan itu berada dalam keadaan "caca-merba dan kucar-kacir".

Bahkan, beliau juga mendakwa ada di kalangan pemimpin parti dalam gabungan itu "tidak dipilih secara demokratik".

najib at pekan rawang"Mereka kata nak demokrasi, tetapi pemimpin mereka ada ketua
umum, ada mursyidul am, ada jawatan penasihat sepanjang (masa)... Mana ada demokrasi.

"(Contohnya jawatan) ketua umum dipilih (menerusi) dari cawangan, bahagian dan seterusnya pusat dan disokong oleh undi sulit.

"Ini tidak, kumpul-kumpul orang (dan) sokong. Ini bukan demokrasi, ini baling kerusi. Ini demo-crazy," kata Najib di hadapan penyokong BN dan rakyat di Taman Seri Gombak petang ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pemimpin BN mengamalkan demokrasi sewaktu memilih pemimpin mereka.

Sehubungan itu, Najib yang juga presiden Umno menasihatkan rakyat supaya mengenali pemimpin Pakatan khususnya PKR "secara mendalam" kerana didakwa "pandai berhujah dengan menggunakan istilah politik dan jargon" tertentu.

Isu hudud

Dalam ucapannya juga, Najib turut mengkritik pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwanya tidak bersependapat atau mengambil sikap "duduk di tengah-tengah" atau "sokong atas kapasiti peribadi" berhubung isu hudud.

najib in rawang, crowd 02"Kita tidak mahu pandangan peribadi, kita mahu hitam atau putih.
Kita mahu pemimpin yang ada pendirian.

"Kita tidak mahu (pemimpin) yang memperjudikan hak rakyat," katanya.

Dalam ucapannya juga, beliau turut menyindir kerajaan Selangor yang didakwanya tidak menunaikan janji seperti mana yang dijanjikan antaranya seperti menurunkan cukai pintu rumah dan bantuan anak-anak pra-sekolah.

Ketika beliau menyebut beberapa contoh janji kerajaan Selangor satu persatu, hadirin kemudiannya menyambutnya dengan melaungkan "bohong".

RM1.2 juta cat flat

"Sudah sampai masanya kita buat perubahan. Rakyat Selangor (perlu) buat keputusan.

najib in rawang, meet the people"Jelas kerajaan kita menjaga kebajikan anak-anak kita dan warga
Malaysia.

"Ada pihak baru mengenal kebajikan, tapi BN dah lama buat kebajikan," katanya sambil mengulangi beberapa intipati dalam Bajet 2012 yang dibentangnya semalam.

Menceritakan lawatannya di Kuang pagi tadi, beliau duduk semeja dengan pegawai kerajaan yang telah bersara yang mengucapkan terima kasih kerana memberi peruntukan RM500 dalam bajet semalam.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Najib yang juga menteri kewangan mengumumkan peruntukan RM1.2 juta untuk mengecat Flat Taman Samudera yang mana ramai penghuninya terdiri daripada penyokong Umno, MIC dan PPP.

Manakala memorandum lain yang diterima sepanjang lawatannya akan diambil tindakan dalam masa terdekat.

PM kata bentang bajet 'luar biasa'

Posted: 08 Oct 2011 06:19 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri kewangan berkata beliau telah membentangkan bajet yang disifatkannya sebagai "luar biasa" semalam.

Katanya, ini kerana rakyat Malaysia pelbagai lapisan termasuk, yang berada di desa, bandar, murid sekolah dan rakyat pelbagai agama dan warna kulit mendapat manfaat daripada bajet 2012.

najib at pekan rawang"Sehingga pembangkang tidak terjawab dan tidak terkata (apa-apa)," katanya kepada hadirin yang membanjiri Pekan Rawang, dalam parlimen Selayang, bagi menyambut kedatangan perdana menteri ke situ.

Perdana menteri berkata, bajet yang dibentangnya di Dewan Rakyat semalam adalah terjemahan gagasan dan falsafah 1Malaysia dengan mengambil kira pertimbangan semua kaum secara adil dan saksama berdasarkan perlembagaan dan Rukun Negara.

"Ada negara di Eropah mempunyai kemampuan untuk membayar (gaji)kakitangan kerajaan untuk enam bulan.

"Selepas itu, tidak ada wang dah. Sudah muflis... Kita bukan sahaja dapat bayar gaji kakitangan kerajaan, tetapi dapat naikkan gaji dan bonus setahun kepada anggota kerajaan," katanya.

Beliau turut mengulangi kandungan bajet semalam bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan yuran sekolah rendah dan menengah.

Transformasi nasional


najib in rawang, crowdMalah katanya, pelajar sekolah akan diberikan RM100 pada tahun hadapan sebagai usaha meringankan ibu bapa sekaligus menegaskan agar pelajar mengikuti pelajaran dengan bersungguh-sungguh.

"Inilah BN yang sentiasa memberikan perhatian yang berat. Rakyat didahulukan, (1Malaysia) bukan slogan, tapi diamalkan dan dihayati," katanya sambil mendapat tepukan hadirin.

Dalam ucapan ringkas itu juga, beliau menyatakan harapannya untuk membina negara maju, moden dan progresif dari segi ekonomi, sosial dan politik.

"Sebab itu kita perkenalkan Transformasi Nasional... Kita membawa perubahan politik termasuk akan memansuhkan ISA, akta kediama terhad dan akta buang negeri.

"Ertinya kita menegakkan prinsip rule of law. Kita akan pastikan tidak ada (rakyat) ditahan atas syak wasangka tetapi (mesti) terbukti (sebagai) penjenayah," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat memberikan sokongan kepada BN untuk memastikan Malaysia menjadi contoh dan model kepada negara lain.

najib in rawang, crowd 02"Beri sokongan kepada BN bila tiba masanya," katanya sambil melaungkan "boleh atau tidak".

Hadirin yang berada di hadapannya menjawab: "Boleh".

PM naib bas

Sambut Najib kembali: "Bila tiba masanya... Kalau (pilihan raya) esok, esoklah. Kalau lusa, lusalah".

Katanya-katanya kemudian diiringi dengan gelak ketawa dan tepukan hadirin dan mengakhiri ucapan ringkas selama 15 minit.

Najib kemudiannya menerima memorandum rakyat daripada Ketua Umno Selayang Abdul Syukur Idrus dan beredar menaiki bas untuk menuju ke program beliau seterusnya di Gombak.

Ribuan rakyat di Rawang membanjiri Pekan Rawang, dalam parlimen Selayang, bagi menyambut kedatangan perdana menteri ke pekan itu.

Beliau tiba di pekan tersebut kira-kira 3.45 petang - sejam terlewat daripada masa yang dijadualkan sebelum ini, disambut dengan paluan kompang, tarian singa dan pukulan gendang India.

najib in rawang, meet the peopleKetibaan beliau disambut kira-kira 2,000 orang khususnya daripada masyarakat India dan Cina di Pekan Rawang, yang kini diwakili oleh ADUN PKR Gan Pei Nei.

Mereka bertolak-tolak untuk bersalaman dengan Najib yang juga presiden Umno yang mengadakan lawatan ke situ, selepas mengadakan kunjungan beberapa tempat sejak pagi tadi termasuk di Ijok dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Kundang dalam DUN Kuang.

Jalan menuju Pekan Rawang ditutup bagi lalulintas, menyebabkan ribuan rakyat berhimpun membanjiri jalan berkenaan.

Memulakan ucapan beliau kira-kira 3.50, beliau memohon maaf di atas kelewatan beliau tiba pada masa yang dijanjikan disebabkan menghadiri satu majlis perkahwinan yang mana pengantin tiba lewat, berbanding beliau.

Bagaimanapun, katanya, rakyat masih berhimpun di situ sejak jam 1.30 petang bagi menunjukkan sokongan kepada BN.

Bajet: Pembangkang mati akal untuk serang k'jaan, kata PM

Posted: 07 Oct 2011 11:16 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tuduhan pembangkang bahawa Bajet 2012 tidak realistik, menunjukkan mereka mati akal dan tidak mempunyai jawapan bagi menyerang kerajaan.
  
Beliau berkata Bajet 2012 yang dibentangkan semalam merupakan sesuatu yang boleh dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan serta bukan hanya janji-janji kosong.
  
"Untuk Bajet 2012 kita guna pakar-pakar dari Kementerian Kewangan, Bank Negara, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan lain-lain, bukan pak pandir. Semua pandai-pandai dan ada kelulusan Phd.
  
"Bajet kita bukan untuk sedapkan hati rakyat, kita tidak tipu rakyat. Sebaliknya ia merupakan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya semasa berucap pada majlis lawatan mesra rakyat di Ladang Tuan Mee, Ijok di Kuala Selangor hari ini, lapor Bernama.
  
Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Katanya, peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, dan ketua umum PKR itu mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Bajet 2012 tak realistik, kata Anwar

Posted: 07 Oct 2011 05:44 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.

Peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.

NONE"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun hadapan.

Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.

"Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar lagi.yang menambah, beliau akan membuktikan perkara itu.

"Cara mereka berbelanja tanpa pendapatan, dan mereka masih bercakap tentang defisit 4.7 peratus, berbanding apa yang kita cadangkan," katanya lagi.

Jumlah pelaburan luar negeri Malaysia mencatat kadar paling kukuh di rantau Asia dengan RM21.2 bilion direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Jika anda bercakap tentang kejayaan dalam pelaburan luar negeri, ianya banyak di Selangor dan Pulau Pinang (tetapi) itu tidak diiktiraf," kata Anwar.

Pakatan sebelum ini mengumumkan bajet berjumlah RM220 bilion untuk mengurangkan defisit ke kadar 4.4 peratus.

"Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani," kata Anwar.

Anwar juga berkata pengumuman Najib untuk menaikkan gaji dan elaun ahli parlimen juga tidak disokong oleh ahli dewan pembangkang.

Jelasnya kerajaan tidak sepatutnya memilih waktu rakyat mengalami kesusahan untuk menaikkan gaji dan elaun tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak bahawa pengumuman oleh perdana menteri hari ini akan menggembirakan rakyat, namun ianya perlu dilaksanakan dengan bertanggungjawab, kata Anwar

Tiada ulasan: