Dia Si Bocah Yang Belum Mumaiyiz
PADA malam Jumaat yang mulia ini, malam yang diberkati Allah marilah kita semua mendoakan semoga Allah s.w.t. memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita semua. Berdoalah biar Tuhan Rabul Jalil membuka pintu kalbun kita seluasnya untuk menerima pantulan taufik dan hidayah diladumi syir dan tajalli daripada-Nya yang dipancar dari menara kursyi-Nya.
Malam ini marilah kita bangun dan bertahjud, memohon agar diri kita, diri keluarga kita dan diri orang-orang yang dulu kita kenal, bermesra kembali ke jalan sebenarnya, hakiki. Jalan yang dimaksud itu bukan kembali kepada parti siasah yang memberi mereka kemenangan dan kejayaan duniawi tidak, tetapi kembali ke jalan Allah -
siratalmustaqim.Kita jangan buruk dan hinakan orang yang kita kenal itu. Kita hormat beliau sebagai mahkluk Allah seperti mana kita menghormati anjing, kucing dan babi juga. Kalau anjing dan kucing kurap kita boleh menghormati dengan memberi makan dan menumpahkan rasa kesian belas, apa lagi kepada orang yang kita kenal itu. Sesungguhnya dia masih bukan anjing, kucing dan babi walaupun dia mempunyai beberapa sifat haiwan itu.
Biarlah dia sudah menzalimi kita, menipu kita. Telah mencerca dan memburuk kita. Tidak mengenang budi atau pun tidak mengenang atas segala bantuan dan pertolongan kita kepadanya. Dia tidak menang kalau bukan dia ditolong. Saya yakin dan percaya dia akan kalah - tidak mendapat kemenangan menjadi seorang Ahli Parlimen kalau dia bertanding atas tikit parti lain.
Apa yang dia lakukan itu, kita anggap sebagai takdir Allah s.w.t. Allah yang menghendaki dia jadi begitu, lupa kawan dan lupa daratan. Dia sebenanrya belum
mumaiyiz - belum balig dalam erti kata sebenanrya. Kalau dia sudah baligh akal dan fizikal dia tidak akan tergamak bersifat talam dua muka, gunting dalam lipatan atau kacang melupakan kulit. Orang yang tinggi akal budi dan akhlak akan bersopan santun dan tahu malu.
Tetapi kerana belum baligh, belum
mumaiyiz maka jadilah apa yang terjadi kepada dirinya itu. Dia boleh bercakap seberapa banyak yang dia hendak cakap. Dia boleh putar seberapa banyak yang dia hendak putar. Tetapi hanya orang-orang yang tolol dan bengong saja akan mendengar apa yang diucapkkan itu. Bagi orang yang sudah mengenali jejak dan tahu betapa busuk najisnya akan menjebeh dan menonyeknya. Allah sangat bijak Dia memadankan (menggandingkan) di antara si bahlol dengan si tolol.
Tolol saya katakan, kerana kalau dia tidak tolol dia tidak tergamak kencing dalam pinggan nasinya sendiri. Bahalol saya katakan, kerana kalau dia tidak bahalol dia tidak melumurkan najis cairnya kemukakanya sendiri sehinggakan membusukkan seluruh keluarga dan tetangganya. Semua itu dia lakukan kerana dia tolol dan bengong.
Mempersenda hukum Allah hanya dilakukan oleh orang-orang tolol dan bengong sahaja. Melupai budi dan jasa orang hanya etika orang tolol dan bengong saja. Mereka seperti ini lebih hina dari anjing. Bercakap bohong adalah mereka yang tidak tahu akan hukum agama dan peraturan adat. Kerana jika kalau tidak tolol dan bengong dia tidak akan berbohong kerana bohong dimurkai Allah dan sifat munafik.
Kalau dia tidak bengong dia tidak akan menungging adat seperti mana menunggang motosikal berkuasa tinggi sambil mengendung janda pusing ibu kota Kuala Lumpur di malam hari hingga ke Subuh.
Jadi kerana dia ini bukan
mumaiyiz, serta dia bengong dan tolollah maka dia perlakukan itu baginya tidak ada kesalahan. Sekuman penyesalan pun tidak terguris dihatinya. Tepuk sorak yang diberikan oleh sekumpulan si bengong dan sitolol lain menjadikan dia seronok dan bangga. Namun ke manakah sangat kebanggaan itu. Habis tempoh parlimen ke 12 ini maka berakhirlah dunia kegemilangannya. Kita mahu tenguk ke mana pula dia menyondok macam babi tunggal dan megemis macam anjing buruk telinga selepas ini.
Tetapi seperti diperkatakan mula tadi, kita jangan berdendam dan membencinya. Kita perlu bimbing dan jinjing dia ke jalan yang benar. Biarlah dia insaf. Selalunya tahap keinsafan manusia akan sampai tatkala ia berusia setengah abad. Usianya kini baru mencecah 48 tahun. Tinggal tiga tahun lagi dia akan memasuki lingungan usia yang penuh kematangan. Sekiranya dalam usia itu dia tidak matang juga, entahlah.
Kita semua juga perlu sedar akan fenomena ini. Sejarah sudah memberi pengajaran kepada kita orang-orang seperti ini tetap ada di dunia ini. Ia diwujudkan untuk menguji kesabaran dan keimanan kita. Nama-nama seperti Abu Jahal, Abu Lahad, Abdullah Ubai, Firaun, Hendon adalah ikon kejahatan sejak dari dulu lagi. Setenag mereka kejahatannya digezet dalam kitab suci. Dan nama-nama ini menjadi idola kepada sebahagian manusia termasuk yang ada di negara ini dan yang ini.
Saya percaya dan yakin dia bukan sehebat raja-raja Firaun. Dia hanya budak Melayu asal kampung sahaja nun dari utara. Anak kepada seorang laskar berbangsa Melayu. Kalau Raja-raja Firaun boleh hancur lebur apalah sangat dia seorang ini.
Jadi kepada sesiapa yang berdukacita dan kesal atas perbuatannya, termasuk yang membantu memberi wang, atau segala macam pertolongan halalkan dia. Mudah-mudahan dengan bersikap tasamuh begitu kita akan tenang. Kita tidak akan merasa marah dan sakit hati tatakala mendengar orang menyebut namanya. Untuk ini kita semua kena raih nasfu Muthmainnah untuk menjadi kita orang-orang yang berjiwa tenang.
Sekali lagi dikatakan, kita anggaplah dia sebagai seorang bocah yang belum baligh. Yang tidak dapat membezakan di antara guli dengan bola, sungai dengan laut atau pun langit dengan bumi. Tatkala dia jatuh terjelapak nanti saat itu baru dia tahu bahawa latar perlarian dia sebanrnya bumi bukan di langit membiru. Nah ... ketika itu kita akan angkat dan mandikan secukupnya. Saat dan waktu itu akan tiba, kerana itu janji Allah dan lumrah kehidupan.
Saat dia berada di atas angin bagaikan helang yang menyewah gagah tanpa mengira mangsa kerana diberikan kuasa dan ruang, jangan ganggu dia. Biarkah dia terbang semahunya. Kita jadi pemerhati sahaja di bawah ini. Apabila ia sudah keletihan kelak, kepaknya sudah layu dan lunyai ketika itulah kita merasakan keseksaan kita disebabkan kerenahnya ini akan terbalas. Dia tetap akan jatuh ke bumi kerana hukum alam tidak pernah mengatakan jatuh ke atas.
Persoalan yang dibangkitkan, menghina hukum hudud dan memperkecilkan usaha Pas Terengannu dan Kelantan itu adalah cuplikan daripada idea orang lain, bukan idea dia sendiri. Hujah dan persoalan itu sudah lama dibangkit oleh bekas Perdana Menteri yang kita tahu bagaimana tahap keyakinan kepada Islam, dan juga bekas seorang peminum arak tegar. Kedua mereka ini sudah lama mempertikaikan akan 'kecacatan' hukum hudud itu.
Jadi kalau kita faham siapa dua mereka yang menjadi gurunya kini, kita tidak perlu persolkan setiap tindak tanduknya itu. Orang-orang itu bukan saja mempersoalkan tentang kecacatan dan kelemahan menurut tafsiran jahilnya itu malah banyak perkara lagi yang ditolak kerana ia tidak sebati dengan otaknya. Jadi tidak hairanlah kalau yang seorang ini juga berkelakuan seperti Firaun kerana ilmunya bersumber dari sana.
Pertikaian terhadap hukum hudud ini berlaku pada tahun 2003 lagi. Orang berkenaan telah membawa kes ini ke mahkamah atas alasan kanun syariah itu bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak memberi keadilan kepada semua. MasyaAllah. Bayangkan bagaimana sifat dan perangai orang itu kalau dia meragui akan keadilan yang Allah tunjukkan menerusi hukumannya. Iya hanya orang yang mabuk dan kaki botol saja akan merasakan bumi ini berbirai-birai dan tinggi rendah!
Lebih zalim dan kesalnya dia juga menghuraikan hukum hudud itu membenarkan isteri diliwat. Hanya orang yang mabuk, tolol dan bengong sahaja tergamak beraggapan demikian. Kalau orang yang waras dan suci dalam beragama dia tidak akan beranggap demikian, ke atas apa-apa pentasiran dan perkataan sekali pun.
Di sini dia menggunakan logik akal dan bukannya menggunakan ilmu (keimanan) dalam mentafsir sesuatu perintah Allah itu. Kalau dia menggunakan akal dan iman dia tidak akan tergamak untuk mengatakan bahawa undang-undang yang dibuat berlandaskan Quran, hadith dan ijamak itu sebabagai membenarkan suami meliwat isteri. Hukum mengenai liwat ini jelas dan masakan kesemua mereka yang menggubal undang-undang itu alpa dan terlali? Tiada seorang pun ulamak di dunia yang menghalalkan liwat hatta dengan isteri.
Di sinilah bahannya kalau kita cuba mentafsirkan dunia ini dengan akal semata-mata. Dalam dunia ini banyak perkara yang ghaib yang perlu pengamatan bukan semata-mata dengan akal. Banyak yang tersembunyi di sebalik gelap. Ilmu itu sendiri terbahagi kepada beberapa juzuk atau lapis; ilmu Kalam, ilmu Syahadah, ilmu Laduni, ilmu Ghaib dan banyak lagi. Kalau kita hanya memiliki ilmu undang-undang (belum pun sampai ke peringkat Phd) janganlah berlagak alim. Kain anda hanya sejengkal usahkan ikan di lautan, anak haruan di dalam parit pun belum tentu dapat.
Begitu juga kalau kita hanya ada sepasang mata, sepasang telinga, satu hidung dan sedikit otak kecil dari tempurung bulu usahalah kita hendak bercakap dan 'mengagar' sesuatu yang terpendam di dasar laut. Nampaknya apa dilakukan oleh tiga orang ini, bekas PM, peminum arak tegar dan orang itu, mereka cuba mentafisrkan kebesaran Tuhan itu dengan sejemput akal yang dipinjamkan Allah.
Saya tidak mahu menyebut nama orang itu tetapi anda sudah faham. Semua abjad di keyboard laptop saya tertiba terhenti bila saya cuba menekan huruf-huruf namanya. Ini bermakna hamba Allah ini juga tidak sudi untuk mencatat namanya kerana tidak sanggup untuk melihat fitnah, pembohongan, putar belit ataupun seribu kemungkaran yang bakal dilakukan.
Akhirukalam sebagai hamba Allah kita kena bertawakuf dengan apa yang berlaku. Mudahan-mudahan Allah akan mendewasakan juga dia khasnya (mereka) satu hari nanti atau selewat-lewatnya selepas dia tidak memiliki kebebasan bersuara di dewan bernama Parlimen. Semoga dia juga mendapat taufik dan hidayah Allah.
[wm.kl.7:30 am 21/10/11]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan