Sabtu, 29 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Masih Tebalkah UiTM Dengan Perangai Bodoh Dan Hodohnya?

Posted: 29 Oct 2011 01:02 AM PDT

UiTM memang terkenal menjadi kubu Umno sejak dari dahulu, kini dan harap-harap tidak selamanya. Sebab itu sudah ramai pelajar diambil tindakan kerana didakwa terlibat menyokong parti selain dari Umno/BN. Menyokong Umno/BN halal dan digalakkan oleh UiTM tetapi menyokong parti selain Umno/BN adalah 'berdosa besar' dan salah besar di sisi undang-undang nafsu manusia UiTM.

Kini UiTM akan memperlihatkan belangnya sekali lagi. Seorang pelajar Fakulti Undang-undang Tahun 1, Khalid Mohd Ismath dipanggil oleh pentadbir UiTM kerana didakwa menghentam UIA dalam kes Aziz Bari. Pelajar yang menyokong Umno membuta tuli disanjung dan diangkat sebaliknya pelajar yang tidak sealiran dengan kemungkarab Umno dihenyak hingga kumat.


Sementara beberapa pertubuhan pelajar antaranya Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Kumpulan Mahasiswa Independen "(KAMI) dilaporkan akan mengadakan demonstrasi besar-besaran jika Khalid diambil tindakan seterusnya disingkirkan dari UiTM.

Saya menyokong penuh hasrat SMM dan KAMI ini. Adalah diharapkan mahasiswa akan bersatu menentang tindakan zalim UiTM ini. Jelas UiTM cuba menutup daya keintelektualan mahasiswa yang mahu memberikan idea dan cadangan terhadap sesuatu isu. Apakah IPTA maksum dan perfect sehingga tidak boleh dikritik dan ditegur.

Mahasiswa juga boleh menyatakan bantahan melalui kertas undi pada PRU 13 nanti jika UiTM terus biadap kerana ramai mahasiswa yang telah layak mengundi.

Ugutan bunuh: Sidang media Aziz Bari esok

Posted: 29 Oct 2011 12:37 AM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Okt: Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari akan mengadakan sidang media petang ekoran menerima ugutan bunuh, pagi tadi.

Nota ugutan bunuh yang disertai peluru kosong dihantar ke rumahnya di Bandar Baru Selayang kira-kira jam 11.45 pagi tadi.

"Saya menerima sampul surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz kepada portal berita, The Malaysian Insider.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.


"Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Kubur Untuk Ibrahim Ali Sudah Tersedia Di Pasir Mas

Posted: 28 Oct 2011 10:12 PM PDT

Ibrahim Ali akan tewas pada PRU 13 

PASIR MAS, 29 Okt: Datuk Ibrahim Ali akan tumpas dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti di parlimen Pasir Mas.

Justeru, jentera pilihan raya PAS kawasan tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional bagi Parlimen Pasir Mas.

Yang Dipertua PAS kawasan, Hanipa Ahmad berkata keyakinan itu disebabkan pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' PAS.

"Kita yakin kali ini kalau kita berhadapan dengan BN walau siapa pun calon BN, kita yakin insya Allah kita akan menang," katanya.


Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Dividen Ladang Rakyat Kawasan Parlimen Pasir Mas di pejabat PAS kawasan di sini kelmarin.

Turut hadir Timbalan dan Naib Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Halim Abdul Rahman yang juga Adun Chetok dan Dr Muhammad Mat Daud yang juga Adun Tendong.

Hanipa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata parlimen Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum lalu ditandingi Ibrahim Ali dengan menggunakan tiket PAS dan itu kira 'selesai'.

Beliau berkata, pimpinan PAS sentiasa patuh kepada arahan daripada pimpinan.

"Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam PRU-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing'. Itu kemungkinan besar.

"Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

"Kita telah membuat persiapan rapi, kita menguatkan jentera Dun masing-masing, di samping menguatkan jentera pilihan raya kawasan dengan mengadakan siri kursus tertentu," katanya.


PANAS - Ketua Bahagian Umno Rogol Janda

Posted: 28 Oct 2011 10:04 PM PDT

Janda Dedah Ketua Bahagian Cabul Di Bilik Hotel

SEMASA dalam perjalanan memasuki pekan Sungai Golok Rabu lalu saya dihidangkan dengan sebuah Vcd pengakuan oleh seorang janda menerusi perenti Vcd di kereta pacuan empat roda teman berdaftar di Siam.

Pengakuan itu dirakam khusus, lokasinya seperti dalam sebuah bilik pejabat. Suara sang interviu janda itu saya dapat cam dengan cerat, dia lelaki dan bekas seorang artis tumpangan yang berlakun dalam sebuah komidi pada tahun 90-an.

Kalau diminta untuk membuat kawad cam saya sedia tampil kerana saya kenal benar dengan perantaran itu.


Mulanya saya tidak berminat untuk mendengar pengakuan seperti itu. Dari kulit Vcd itu saya sudah dapat mengagak bagaimana isinya. Tetapi kerana kawan yang memandu kereta itu juga mahu mendengarnya, saya tepaksa akur saja.

Benar seperti saya jangkakan pengakuan janda itu saya kira melampau dan tidak berakhlak. Pendedahan yang berani tetapi langsung tidak menjaga akhlak diri sebagai perempuan Melayu dan juga orang yang hendak didedahkan itu. Pendedahan itu walaupun berniat baik tetapi kaedahnnya tidak baik. Dalam hal-hal seperti itu biarlah ada etika. Niatnya baik tetapi kaedah atau jalan diambilnya tidak begitu baik dan tercela, ia sia-sia saja.

Janda itu mengakui dia dipermainkan oleh seorang ketua sebuah bahagian parti Umno di Kelantan. Dia mendakwa dia diperkosa oleh ketua bahagian Umno itu disebuah bilik hotel di Golok. Sedikit menimbulkan keraguan macam mana dia diperkosa kerana menurutnya temu janji itu dibuat terlebih dahulu, ertinya pertemuan di syurga dunia itu atas kehendaknya juga.

Jelas kalau mengikut hukum hudud lelaki dan perempuan itu tidak boleh dihukum dengan hukum hudud kerana ia tidak ada saksi.

"Dia ajak saya berjumpa dengannya, mulanya hendak berjumpa di Rantau Panjang, tetapi disebabkan dia bimbang diketahui orang sebab dia orang politik ramai orang kenal, dia mengajak saya ke Golok, "ceritanya.

Di Golok, dia menempah sebuah bilik hotel. Sebaik masuk bilik hotel kata janda itu ketua bahagian terus membuka seluar baju dan memaksa dia bersetubuh dengannya. "Saya cuba menolak tetapi apakan daya kudrat saya sebagai perempuan, akhirnya tepaksa mengalah," sambungnya tanpa segan silu.

"Berapa lama main (bersetubuh) dengannya?" tanya penginterviu itu.
"Sebentar saja tak sampai setengah jam.." jawab si janda sedikit pun tidak menampakkan akan kekeksalan dan bersalah.

Janda itu juga mendakwa hasil perhubungan jantina itu menyebabkan dia mengandung dan terpasak menggugurkan kandungan. "Saya telah memberi tahu kepada dia (ketua bahgian itu) mengenai keadaan diri saya, saya ingat dia oang baik dan benar-benar mahu menerima saya sebagai isteri, tetapi tidak...dia minta saya menggurkan kandungan dan memberi RM600 untuk tujuan itu.," jelasnya dengan wajah tenang dan tidak nampak rasa bersalah.

Saya difahamkan wang RM600 itu diberi melalui seorang perempuan yang merupakan bekas kepada sebuah pertubuhan Ngo yang terkenal di Kelantan satu masa dulu yang dipimpin oleh seorang ahli Parlimen lompat.

Janda itu yang mengaku mempunyai anak tiga, juga mendakwa selain daripada dirinya menjadi mangsa ketua bahagian itu, beberapa wanita lagi turut menjadi mangsa sama termasuk isteri orang dan anak dara. "Banyak lagi yang jadi mangsa dia ini... termasuk seorang isteri orang bersama anaknya sekali. Siang dipikul anak malam dia gendung emak.." katanya.

Bagaimana pun menurutnya mereka yang menjadi mangsa takut untuk tampil membuat pendedahan menyebabkan dia mengambil inisitif membuat pengakuan itu bagi menyelematakan orang lain yang mungkin menjadi mangsa ketua bahagian itu.

Apa yang saya nukil ini hanya intipati dari pendedahan janda itu. Banyak lagi dakwaan berhubung salah laku dan kerakusan sex ketua bahagian itu yang meloya dan menijikkan dicerita dalam rakaman Vcd yang memakan masa lebih setengah jam itu.

Saya yakin Vcd itu kini sudah beredar di kawasan Umno di mana lelaki itu menjadi ketuanya. Pada saya video itu amat memalu dan meloyakan dan ia boleh menjejaskan reputasi ketua bahagian berkenaan. Ketua bahagian itu tercemar dengan pendedahan janda itu dan ianya seharus dibuat laporan kepada polis.

Pendedahan dan pengakuan janda itu sama ada benar atau tidak ia perlu disiasat dan penyebarannya disekat kerana ia boleh memberi mudarat kepada pihak-pihak lain. Ketua bahagian yang disebut dalam pendedahan itu patut mengambil tindakan undang-undang ke atas janda berkenaan. Apakah laporan polis sudah dibuat?

Keberanian janda itu juga sesuatu yang mengilankan sesiapa yang menontonnya kerana ia dibuat tanpa beretika di mana mukanya tidak ditutup. Menunjukkan keberanian dengan membuat pendedahan maksiat itu secara tidak langsung menyebabkan orang boleh mentafsirkan sifat dan fiil perangai janda itu sendiri.

Dalam hal ini mungkin janda itu tidak boleh dipersalahkan sangat kerana dia inginkan keadilan dan pembelaan kerana merasakan dirinya teraniaya, tetapi pengusahanya perlu bertanggungjawab dan dipersalahkan. Kalaupun pendedahan untuk memalu dan menjatukan kerjaya politik ketua bahagian itu sepatutnya rakaman pendedahan itu dibuat secara beradat dan amalan biasa di mana wajah mangsa ditutupi.

Saya tidak mahu persoalan berapa bayaran kepada janda itu dan juga orang yang mengusahkannya, atau siapa terlibat. Tetapi dari Vcd pemdedahan berani bercampur tidak bermoral ini membuktikan inilah stail politik dan amalan orang Umno. Membuat pendedahan untuk memalukan seseorang tidak menjadi masalah kepada mereka apa yang penting kepuasan batin kerana berjaya mengaib dan kemudian menjatuhkan lawan. Kerana mempercayai orang yang menjadi tukang interviuw itu adalah orang Umno saya yakin ia adalah kerja Umno juga.

Yang dapat disimpulkan dari pendedahan dan penyebaran Vcd itu menunjukan Umno telah main kotor sesama sendiri. Umno meliwat puaknya sendiri. Kalaulah budaya jahiliah ini diteruskan macam mana Umno Kelantan berangan-angan untuk merampas Kelantan. Letihlah Mustapa Mohamed berusaha untuk menumbanhkan Kelantan kalau kerja-kerja dan budaya itu berleluasa. Saya percaya versi pendedahan sebegini kerana tidak berpuas hati sesama sendiri akan banyak lagi dikelaurkan.

Nampaknya menjatuhkan kawan dengan menyebarkan video lucah dan pendedahan berani ini menjadi satu trend baru dalam politik negara ini. Mungkin inilah yang diajar atau hasil ilham orang-orng Umno yang mereka cipta video lucah untuk memburukkan tokoh tertentu ia kini telah memakan diri sendiri. Wowww! [wm.kl.9:00 pm 29/10/11] - MSO


Ugut Dan Hantar Peluru Kepada Prof Aziz Bari Saheh Kerja Puak PAS!! Hahaha

Posted: 28 Oct 2011 09:55 PM PDT

Prof Aziz Bari terima peluru, nota ugutan bunuh

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh hari ini.

Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi tadi.

"Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata 'jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti'," kata Aziz kepada The Malaysian Insider.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.


"Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti... anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut," kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

PRU-13: Pemuda Umno pimpin kempen dekati rakyat, rampas Kelantan

Posted: 28 Oct 2011 05:49 PM PDT

KOTA BARU, 29 Okt — Pemuda Umno mengetuai kempen untuk merampas balik Kelantan daripada penguasaan PAS dengan ceramah-ceramah mingguan, pameran perumahan dan kerjaya dan kunjungan berterusan untuk menyenarai dan mengumpulkan kekecewaan ke atas parti Islam itu yang telah memimpin selama dua dekad.

Kempen yang dinamakan "gelombang merah gelombang rakyat" ini juga menggunakan cara yang berbeza untuk mendekati para pengundi yang berpotensi seperti penggunaan dokumentari dalam bentuk CD dan persembahan dikir barat untuk mengkritik pentadbiran PAS, yang diketuai Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Pemimpin-pemimpin 12 daripada 14 bahagian di Kelantan berumur 50 tahun ke bawah. Kempen untuk menang balik Kelantan diketuai oleh orang muda, pemimpin-pemimpin akar umbi yang bekerja keras.


"Kami adalah pihak yang anda kemungkinan tidak dengar langsung, tetapi kami bekerja sepanjang masa untuk mendedahkan kesilapan dan kelemahan kerajaan PAS," kata Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa Che Othman Che Wil kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual minggu ini.

Pemimpin berusia 50 tahun ini percaya masalah dihadapi Kelantan adalah kurangnya pembangunan dan PAS harus dipersalahkan atas situasi ini.

"Kerajaan PAS di Kelantan sudah selesa. Kami ada banyak isu berkaitan pembangunan setempat. Kami satu-satunya negeri di negara ini mempunyai lebihan air tetapi kurang air bersih.

"Tidak ada peluang pekerjaan, kerajaan negeri tidak membantu perniagaan, menyebabkan rakyat Kelantan berhijrah ke negeri lain," katanya lagi.

Setiausaha Kerja Umno negeri Mohamad Zaiden Abdul Rahim memberitahu The Malaysian Insider, partinya telah mengadakan pameran perumahan dan kerjaya di pejabat parti peringkat di Kota Baru dan kunjungan adalah mengagumkan.

"Kami pergi ke lapangan, tidak seperti wakil rakyat PAS yang tidak berbuat demikian. Kami menawarkan rakyat Kelantan pelbagai bentuk bantuan menerusi agensi-agensi persekutuan, menjangkaui kerajaan negeri, agar rakyat tahu bahawa mereka tidak memerlukan kerajaan negeri untuk membantu mereka, kami boleh menawarkan lebih banyak... kami boleh menawarkan pembangunan.

"Kami ada 2,000 pemuda yang bermotosikal memasuki kubu kuat PAS, memberitahu rakyat dalam bahasa yang mudah bahawa mengundi PAS bermakna melangkah ke belakang... mengundi Umno, mengundi untuk kemajuan. Kami tidak menjanjikan perkara-perkara yang kami tidak boleh tunaikan," kata Mohamad Zaiden.

Internet juga menjadi perantara utama bagi Pemuda Umno Kelantan dalam kempennya dengan berpuluh-puluh blog dan laman web dibangunkan oleh kumpulan 'panglima-panglima sibernya' untuk menyerang kerajaan negeri Kelantan, pimpinan PAS sejak 1990.
"Kami (sebenarnya) tidak menghargai keberkesanan Internet ketika pilihan raya umum lalu, tetapi kami sudah belajar sekarang.

"Hari ini, jika kerajaan Kelantan melakukan satu kesilapan, dalam beberapa jam sahaja ia akan diposkan dalam ratusan blog," kata ahli jawatankuasa Unit Media Baru sayap pemuda Eizwan Abdullah.

Umno hanya mampu memproleh enam daripada 45 kerusi negeri di Kelantan pada Mac 2008. Tetapi ia merampas kerusi Galas ketika pilihan raya kecil akhir tahun lalu dengan 82 peratus keluar mengundi. Penganalisis menyifatkan kemenangan itu disebabkan oleh pengundi kali pertama.

"Ia satu usaha yang menyaksikan kemajuan, tetapi kami yakin bahawa masa untuk Umno di Kelantan sudah tiba. Jika Umno boleh menang ia akan menjadi titik tolak besar bagi Barisan Nasional (BN) di negeri-negeri lain," tambah Che Othman.

The Malaysian Insider difahamkan Umno dan BN meletakkan harapan ke atas Datuk Seri Mustapha Mohamed untuk sekali lagi mengetuai perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13 sebagai bakal menteri besar meskipun beliau tidak sepopular berbanding Nik Aziz.

Pemimpin-pemimpin PAS bimbang mengenai isu pengganti kepimpinan di negeri itu memandangkan Nik Aziz akan mencecah 80 tahun, tetapi bakal penggantinya belum kelihatan.

Sebelum ini ada dakwaan wujud pergolakan kuasa tetapi PAS berjaya mengekang khabar angin itu dengan mendisiplinkan ahli dan pemimpinnya.

Difahamkan kebanyakan calon Umno pada pilihan raya umum ke-13 adalah kalangan muda - sebahagian daripada strategi BN untuk memperlihatkan pembaharuan dan meletakkan golongan muda melawan pemimpin-pemimpin berusia dalam PAS.

Kehadiran Najib Di CHOGM Disambut Hangat

Posted: 28 Oct 2011 05:21 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Perth Rabu lepas bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel(CHOGM) dan mesyuarat berkaitan.

Delegasi dari 54 negara Komanwel menghadiri persidangan 3-hari di Pusat Konvensyen Perth pada Okt 28 dan kesempatan tersebut diambil oleh, Rangkaian Tindakan CHOGM (CAN), untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa terhadap situasi politik di Malaysia.

CAN dianggotai oleh serangkaian besar gerakan sosial termasuklah Bersih.


Najib yang mengetuai delegasi Malaysia ke CHOGM yang disertai Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Mustapa Mohamed serta pegawai kementerian berkenaan telah diberikan sambutan hangat oleh rakyat Malaysia yang berada di Australia yang berpakaian kuning berhampiran pusat konvensyen berkenaan.

"CHOGM adalah satu persidangan antarabangsa dan ini merupakan masa terbaik untuk memberitahu dunia apa yang sebenarnya yang berlaku Malaysia," kata Chom Lee, jurucakap CAN.

"Masyarakat luar negara telah terpedaya dengan penipuan kerajaan dan ramai beranggapan Malaysia mengamalkan demokrasi yang sebenarnya, sedangkan hakikatnya adalah disebaliknya."

Beliau berkata CAN berharap agar ketua-ketua Komanwel menyoal Najib mengenai tuntutan Bersih 2.0 mengenai 8 perkara dan juga mengenai rasuah dan isu pengasingan kuasa di Malaysia.

Beliau memberikan beberapa contoh penyalahgunaan kuasa dan rasuah termasuk kematian mereka yang disoal siasat SPRM dan polis, pembelian kapal selam Scorpene dan kekayaan luar biasa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud.

Lee, yang kini menetap di Perth sejak 10 tahun lalu, menyatakan keluarganya menghantar beliau keluar dari Malaysia kerana mendakwa beliau menjadi mangsa kepada sistem yang korup.

"Saya kini telah bekerja sepenuh masa di sini disamping memperjuangkan hak generasi yang akan datang kembali ke tanahair,"

Lebih seribu orang beratur dan membuat demonstrasi aman dengan mendapat kerjasama baik dari polis Australia.













Facebook Bersihkan Malaysia

PRU-13: Apakah PM dan TPM masih bermimpi?

Posted: 28 Oct 2011 08:15 AM PDT

Bila tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan masih menjadi teka-teki semua orang. Namun, ketidaktentuan dan dolak-dalik pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak membuatkan masa berlalu begitu pantas. PRU-13 mesti diadakan sebelum April 2013, tetapi oleh kerana akan ada pilihanraya parti tahun hadapan, pilihanraya umum tergempar akan diadakan dalam tempoh enam bulan terdekat. Samada suka atau tidak, Najib dan timbalannya mula mendekati pengundi dengan cara mereka sendiri.

Sentiasa bermewah-mewahan dan menunjuk-nunjuk, Najib memilih untuk memberikan penyokong pasukan bola satu kesempatan menonton perlawanan bola sepak di kediaman rasminya. Satu langkah bijak mendapatkan sokongan dari rakyat Malaysia kelas pertengahan. Sasarannya ialah menunjukkan yang Perdana Menteri adalah penyokong kuat Manchester United, sering berkomunikasi menggunakan Twitter dan turut menonton konsert musik rock. Perkataan seperti "cool" dan "awesome" telah menjadi kata-kata pengantara buat Perdana Menteri bilamana dia mendekati 'peminatnya'.


Walaubagaimanapun, lain situasinya buat Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. Timbalan yang sasa tubuhnya itu sibuk membaiki sampan yang bocor, dan beliau dilihat lebih runsing memikirkan soal hidup-mati UMNO dan BN. Sebagai Timbalan Penegrusi BN, Muhyiddin berkata yang beliau telah bermesyuarat dengan parti-parti gabungan tentang persediaan menghadapi pilihanraya umum. Setakat ini, beliau telah bertemu dengan enam parti gabungan. "Saya takut jika mereka masih berlengah-lengah dalam menyelesaikan masalah, ia akan menjadi satu masalah pula untuk kita," beliau berucap pada satu persidangan media.

Dalam keadaan yang tunggang-langgang

Di tahun 2008, oleh kerana ada persengketaan di dalam parti UMNO, makanya BN kalah di lima buah negeri. Dan masalah ini mungkin akan berterusan menghantui UMNO dan BN di dalam persediaan untuk PRU-13, yang diramalkan berlaku dalam masa terdekat ini.

MCA dan Gerakan terus menjunam jatuh dan memberikan imej buruk kepada diri sendiri dengan ketiadaan haluan, dengan sikap membatu MIC yang jelas terlihat. Dan sebagai kepala gabungan, UMNO telah menyerang penganut Kristian dan adalah satu yang pelik bilamana tiada satupun rakan di dalam BN yang menentang, terutama apabila memikirkan yang penganut Kristian berjumlah sekitar 10% penduduk seluruh negara.

BN sekarang dalam keadaan tunggang-langgang dan mereka arif tentang itu. Mereka juga tahu yang rakyat jelata mengatahuinya. Dengan laporan Audit Negara yang baru dikeluarkan, banyak maklumbalas sudah dilontarkan dari golongan celik IT yang telah mengambil inisiatif sendiri memuat-turun salinan laporan dari laman web, membaca sendiri akan kepincangan seluruh badan-badan dan kementerian kerajaan di bawah Najib.

Legasi Najib

Penderaan kuasa amat berleluasa dan dalam beberapa perkara, ia seperti tangan kanan tidak mengetahui apa yang dilakukan tangan kiri. Dan inilah kerajaan yang akan diwarisi Muhyiddin sekiranya Rakyat Malaysia mengundi BN sekali lagi dalam PRU-13 nanti.

Inilah dia legasi Najib. Sebuah kerajaan yang diwar-warkan hebat tetapi sebenarnya tidak efisien dan porak-peranda menunggu masa untuk tenggelam. Nampak jelas tiada hubungan yang akrab di antara pihak Eksekutif dengan situasi di lapangan. Dari satu bahagian, pihak Eksekutif menyatakan yang rakyat Malaysia akan menikmati barang makanan pada harga rendah – sebagai contoh sepinggan makanan berharga RM3, namun yang sebenarnya ia hampir mencecah harga RM6.

Pihak Eksekutif juga bercakap tentang masyarakat berpendapatan tinggi tetapi bagaimana ianya boleh dicapai jika soal penggunaan Bahasa Inggeris di sekolah sahaja tidak boleh diselesaikan. Di tambah pula banyak sekolah seperti laporan Audit Negara tidak memdapat air minuman yang bersih kerana tiada belakan elektrik untuk menjana pam air di sekolah.

Bayangkan, institusi-institusi pengajian kita kekurangan benda asas seperti air dan elektrik dan ini masih di Semenanjung. Ini belum lagi kita melihat keadaan sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak!

Masa untuk BN berlayar

Dengan Muhyiddin yang sentiasa sibuk bermesyuarat dengan parti-parti gabungan dan cuba menyelesaikan masalah mereka untuk BN terus berkuasa, Najib sibuk mencari sokongan dari golongan rakyat Malaysia kelas pertengahan. Apa yang diterapkan oleh kedua-duanya sebagai 'harus menang dan harus menang besar' nampaknya hanya sorakan lantang sahaja. Tiada apa yang sedang dilakukan.

Muhyiddin berkata banyak lagi benda yang harus diselesaikan dalam memastikan rakyat benar-benar faham kesungguhan dan keikhlasan BN dalam membantu mereka. Ini adalah satu kenyataan gila dari Muhyiddin. BN telah diberikan waktu selama 50 tahun membuktikan diri sendiri, dan masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia mendapatkan perkhidmatan yang lebih dipercayai. Mungkin, masa untuk rakyat Malaysia berikan BN masa untuk bertafakur dan peluang kepada yang lain untuk memerintah.

- Malaysia Chronicle

Lembu Bodoh Ini Digunakan Untuk Lindungi Kursus Usahawan Warga Indon

Posted: 28 Oct 2011 06:57 AM PDT


Tiba-tiba, kenderaan yang dinaiki oleh wartawan TV Selangor di belakang kami sudah mula diserang ditendang, ditumbuk dan ditepuk oleh sekumpulan lelaki. Mereka berteriak mahu wartawan TV Selangor keluar dari kenderaan.


Saat itu kami berada di sebelah lelaki botak yang dilihat belum sempat sampai ke pagar untuk menutupnya. Lelaki itu menjerit sambil menghentak-hentak cermin kereta menjerit mahu kami keluar dari kereta Naza Citra yang kami naiki.

Saat cemas tersebut sempat dirakamkan melalui iPad2. Di bawah ini wajah lelaki botak itu yang sedang menghentak-hentak cermin kereta dan cuba membuka pintu. Mujur kami segera beredar dan sempat keluar dari Resort tersebut sebelum pagar ditutup.

Baca di sini dan di sini

Kebangkitan Suara Hak Asasi Tidak Boleh Disekat

Posted: 28 Oct 2011 05:49 AM PDT

SAYA hampir bersetuju dengan pandangan penumbuk mata nombor satu negara Rahim Nor yang meluahkan kebimbangan terhadap kebangkitan suara hak asasi dan menyamakan gerakan itu di negara ini sama dengan fahaman (gerakan) komunis yang mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum termasuk kontrak sosial.

Tetetapi penerimaan itu bukan bermakna menerima dan menganggap suara hak asasi manusaia itu sama dengan fahaman Marxisme atau komunisme. Persetujuan itu dilihat dari sisi potensi gelombang hak asasi yang akan mengambil alih peranan sistem demorkasi yang semakin pincang ke kebalakangan ini.

Memang suara hak asasi akan menjadi gelombang baru. Cuma andaian beliau terlebih sedikit dengan menyifatkan semangat itu sebagai agama baru. Andaian ini agak mengelirukan sedikit dan ada niat untuk memburukkan kebangkitan suara ini sebagai sebuah agama. Tujuannya ialah untuk mengelirukan pandangan umum.


Suara hak asasi dan kebangkitannya tidak sama dengan agama. Ia bukan agama baru. Kebangkitan kuasa manusia biasanya untuk membela dan menuntut hak-hak di sekitar atau kepentingan kemanusiaan dan keduniaan, ia bukan cuba membawa kebangkitan itu kepada fahaman agama, kepercayaan dan keyakinan sehingga ia menjadi akidah.

Kalau Rahim (foto) bermaksud menyamakan kebangkitan suara hask asasi berlandaskan perjuangan agama, adalah tidak tepat anologi itu. Agama adalah penunjuk kehidupan manusia bukan saja menuju dunia tetapi akhirat juga. Agama tidak sama dengan mana-mana perjuangan kerana ia mencakupi dunia akhirat dan tertakluk kepada hukum-hukum halal dan haram.

Adapun perjuangan hak asasi berlegar di atas dunia semata, mengenai ketidak adilan sosial, ekonomi, budaya dan sebagainya. Begitu juganya berpegang kepada konsep matlamat menghalalkan cara. Jadi ia tidak sama dan tidak boleh disamakan.

Kenapa saya hampir setuju pula, ialah dari sudut suara hak asasi semakin diterima umum hari ini. Perwujudan berbagai-bagai Nngo yang memperjuang hak asai lebih diterima dari parti politik yang stereotype pendekatan dan matlamatnya. Melainkan Ngo itu menjadi perkakas dan terompah kayu kepada mana-mana parti politik secara melampau ia akan dicemuh dan ditolak rakyat lebih teruk dari parti politik.

Contoh Ngo yang menjadi perkakas atau kaldai dungu tunggang mana-mana ialah Ngo yang dirasmi pembukaan mesyuaratnya oleh Rahim sendiri. Ngo itu tidak ada potensi langsung untuk mewakil atau menjadi wadah baru kepada rakyat kerana kewujudannya hanya sebagai alat dan perkakas seperti tong sampah busuk semata-mata. Kalau Rahim ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan keadilan dan kebenaran dia harus buang selempang pahlawan yang disarungkan Ngo itu ke tubuhnya.

Nampaknya Rahim bimbang kepada Ngo - pejuang hak asasi ini boleh melunturkan kepercayaan umum kepada parti politik khususnya Umno. Rahim benar-benar intelligent dalam hal ini. Rahim harus tahu kenapa suara hak asasi menjadi ancaman baru hatta dalam negara demorkasi seperti Malaysia. Jawabanya mudah kerana demorkasi Malaysia bukan demokratik. Demokrasi kita hanya indah diucap dimulut tetapi dari segi amalannya jauh menyimpang dan ia sudah lama pincang dan catat. Demokrasi kini pipih di luar runcing di dalam.

Bagaimana seperti berlaku ke atas pasukan Polis yang diharap menjaga keamanan dan keselamatan, sebaliknya ia menjadi skuad pemusnah kepada integeriti pasukan berkenaan. Apa yang berlaku ke atas Rahim sendiri memumbuk mata Anwar sehingga lebam menunjukan bagaimana proses kelunturan integriti pasukan polis itu berlaku dan sukar untuk dipulihkan kandati pun sudah satu dekad.

Jadi kalau Rahim takut kepada suara hak asasi beliau harus menanya dirinya sendiri kerana gagal menjadikan pasukan polis dibawah kekuasaanya sebagai pasukan berintgeriti dan disegani. Lebih malang lagi sesetengah tindakan polis di zamanya jelas menjadi alat dan perkakas secara terang-terang kepada Umno.

Suara atau gelombang hak asasi yang makin membara kini tidak boleh dipadamkan selagi tahap atau nilai demorkasi kita tidak dikembali kepada kedudukan dan matlamat asalnya. Selagi ada penyelewengan, kerajaan yang bobrok maka selama itu suara hak asasi menjadi semakin lantang dan terkedepan.
Terbaru apa yang berlaku kepada Abdul Aziz Bari yang mana dikenakan tindakan penggantungan secara veto oleh pihak UIA. Kebangkitan mahasiwa yang membela Aziz Bari ialah mereka merasakan ketidakadilan dilalukan kepada Profesor itu. Tindakan ke atas Aziz itu sebagai usaha untuk memenjarakan kebebasan akedemi kerana tindakan politik yang takut kepada bayangan sendiri dan perampasan hak asasi yang rakus.

Kebangitan mahasiwa membela isu-isu berhubung kepentingan mereka dan rakyat adalah disebabkan mereka mulai melihat demokrasi negara makin pincang dan catat serta pasukan polis yang semakin diragui akan integriti dan profesionalismenya adalah disebabkan Rahim yang mengelecahkan polis dari ril sebenarnya lebih 10 tahun lalu.

Jadi kalau Rahim berniat untuk menyelamatkan Umno dengan menimbulkan kebimbangan sekaligus mengecam suara hak asasi ia asalah tindakan sia-sia. Dalam dunia terbuka dan manusia hidup menggunakan otak tidak boleh dikejutkan dengan kuasa berbentuk cota, tukul dan juga pelbagai tindakan kekeras. [wm.kl.8:00 pm 28/10/11] - MSO

Mengapa Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di Stadium Shah Alam? Ini Jawabnya.

Posted: 28 Oct 2011 05:26 AM PDT

Kenapa perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 akan di Stadium Shah Alam dan tidak di Stadium Nasional di Bukit Jalil seperti kebiasaannya? Itu antara persoalan yang bermain dalam kepala sebaik sahaja Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan gelanggan final tahun ini.

Selepas isu tersebut menjadi tanda tanya tanpa sebarang alasan diberikan, hanya baru-baru ini jawapannya diketahui.

Namun, kalau dahulu faktor padang rosak boleh dijadikan alasan, kali ini apabila alasan yang sama cuba diberikan, ia pasti mengundang lagi rasa sangsi di kalangan orang ramai.

Bumbung stadium berskru longgar dan karat


Laporan media mendedahkan bahawa bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil sebenarnya sudah tidak selamat digunakan sejak 2006 malahan proses membaik pulih masih belum berjalan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010, bumbung stadium itu telah tamat tempoh jaminan tiga tahun lalu dan memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan segera demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Laporan itu yang menyatakan "sebahagian besar bumbung didapati telah terkoyak dan skru kabelnya longgar dan berkarat" turut mendedahkan punca masalah, iaitu kelewatan dan ketiadaan kelulusan peruntukan daripada kerajaan.

Lebih mengejutkan ialah apabila pihak yang menguruskan stadium tersebut, iaitu Merdeka Stadium Corporation (MSC), mengatakan permintaan mereka kepada pihak kerajaan sebanyak empat kali telah ditolak tanpa alasan.

Kalaulah insiden tidak diingini semasa perlawanan jelajah kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal, Liverpool dan Chelsea baru-baru ini berlaku, di manakah hendak letak muka dan maruah negara kita?

Lebih membingungkan lagi, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak terutamanya para menteri. Beginikah pemimpin yang dikatakan mahu mementingkan rakyat?

Sudah kebiasaan, sikap kerajaan adalah "bila terhantuk baru terngadah".

Stadium di Malaysia pernah roboh

Kalau insiden roboh di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 2009 berulang di Bukit Jalil, apakah reaksi daripada kerajaan? Adakah dengan sekadar menyalahkan orang lain dan menunding jari dapat menyelesaikan masalah?

Dalam kekalutan permasalahan isu Stadium Nasional Bukit Jalil, dua lagi berita wajar dijadikan perbandingan dan congakan peminat sukan tempatan negara.

Dilaporkan sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk membeli 23 kuda tetapi daripada jumlah itu, hanya lima sahaja layak beraksi di World Endurance Championship (WEC) 2008. Bukankah ini satu pembaziran?

Begitu juga projek ternakan lembu milik kerajaan berjumlah RM73.64 juta yang gagal mendatangkan hasil seperti yang ditetapkan.

Ke mana perginya wang rakyat?

Kemanakah wang-wang ini semua pergi? Adakah Datuk Seri Najib Razak boleh menjawabnya atau sekadar lari daripada memberi jawapan?

Kesimpulannya, memang wajar cadangan daripada wakil DAP Tony Pua yang mahu mewujudkan Suruhanjaya Ketelusan Kewangan (FAC) bagi mengambil tindakan ke atas pegawai kerajaan yang bersalah menguruskan kewangan yang ditetapkan, disokong penuh.

Pua yang juga Setiausaha Publisiti DAP mencadangkan supaya FAC itu dianggotai oleh pakar profesional dalam bidang audit dan integriti seperti Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Transparency International (TI) Malaysia.

FAC hanya perlu bertanggungjawab kepada Parlimen dan diberi kuasa menghukum serta mengenakan tindakan disiplin terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah.

Mungkin ini dapat mengatasi masalah pembaziran dan salah guna kuasa yang bukan sahaja merugikan rakyat tetapi membahayakan nyawa kita.

Sampai bilakah pembaziran dan kekorupan pegawai kerajaan harus berlalu hingga akhirnya yang merana kita rakyat biasa?

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – Roketkini

Kenderaaan perisai RM7.55 bilion, 6-7 kali ganda lebih mahal

Posted: 28 Oct 2011 02:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 28 Okt: Kerajaan digesa menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran Kementerian Pertahanan yang membeli kenderaan berperisai berjumlah RM7.55 bilion.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berkata, ia penting kerana pembaziran itu berterusan sejak Datuk Seri Najib Razak memimpin kementerian itu.

Najib ialah menteri pertahanan sehingga 2009 sebelum kementerian itu diterajui Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

"Jumlah pembaziran yang didedah itu cukup tinggi malah Ketua Audit Negara sebelum ini mendesak segala pembaziran yang berlaku itu segera diperbetulkan.


"Oleh itu, kita mendesak satu jawatankuasa khas bagi menyiasat pembaziran itu," katanya dihubungi Keadilandaily.com.

Pada perbahasan di Parlimen sebelum ini, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoal tindakan kementerian Pertahanan membeli 257 kenderaan perisai berharga RM7.5 bilion, iaitu enam hingga tujuh kali lebih mahal berbanding harga pasaran.

Tony Pua dalam kenyataannya berkata, beberapa kenderaan berperisai yang hampir sama, memiliki harga yang lebih rendah di pasaran.

Antaranya, tentera Portugal yang membayar RM4.4 juta untuk setiap satu kenderaan berperisai model Pandur II 8×8.

Manakala versi terkini kenderaan berperisai model Pirahan III 8×8 yang dibangunkan Swiss MOWAG GmBH pula hanya berharga RM3.9 juta setiap satu.

Sebelum ini, kementerian pertahanan turut membazirkan wang rakyat dengan membeli enam kapal peronda pesisir pantai (OPV) dari Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd pada harga RM1 bilion dengan harga keseluruhan RM6 bilion.

Jumlah itu lima kali ganda lebih mahal berbanding apa yang dibayar Royal New Zealand Navy untuk tujuan sama.

Kementerian Pertahanan juga membeli helikopter Eurocopter EC275 pada harga RM190 juta setiap satu berbanding Brazil yang hanya membeli helikopter itu hanya RM82 juta setiap satu.

Ini bermakna kementerian itu membazirkan wang rakyat sebanyak RM108 juta.

Sekali imbas angka-angka tiga kontrak ini – kenderaan berperisai, kapal peronda dan helikopter – menandakan berlakunya ketirisan dan pemborosan wang rakyat sekitar RM12 bilion daripada urusniaga kementerian itu.

-Keadilandaily

Ratusan bilion di ‘sita’ dari Petronas: Kenapa Najib membisu?

Posted: 28 Oct 2011 02:17 AM PDT

Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?

"Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa," ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


Apakah semua keuntungan Petronas disalurkan kembali kepada negara? Jika tidak siapa yang telah melarikan wang ini? Jawapan kepada soalan ini menurut kenyataan Jui Meng ada pada Najib Razak. Najib tidak mungkin boleh mengelak dari persoalan ini.

Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 menyatakan: (2) Syarikat adalah dibawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri yang dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan mengikut keperluan sendiri.

Persoalan pokok Najib harus jawab

Apa sebenarnya yang dimaksudkan Seksyen 3(2) ialah CEO Petronas ialah Perdana Menteri dan ketika ini, beliau ialah Najib Razak. Dengan kuasa eksekutif ini, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak ke atas Petronas melalui Akta yang disebutkan. Justeru itu, beliau secara langsung atau tidak langsung boleh membuat keputusan atau bertanggungjawab dalam sebarang keputusan berkenaan rundingan isu pengeluaran petroleum yang mana beliau harus mempunyai jawapan kepada persoalan ini.

Soalan pertama yang paling penting untuk dijawab Najib untuk warga Malaysia tahu ialah – apakah benar 80% pengeluaran minyak oleh Petronas tidak dijual secara langsung kepada pasaran dunia tetapi sebaliknya disalurkan melalui enam 'pemegang kunci utama' yang mendapat bekalan dari Petronas itu di bawah harga pasaran?

Jika benar, apakah mungkin si pemegang kunci utama ini yang mengaut keuntungan, terutamanya apabila harga minyak dinaikkan. Ini membawa kita ke soalan kedua. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka ini kroni-kroni anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad?

Soalan ketiga: Kenapa system ini yang digunapakai sedangkan ianya terbukti tidak menguntungkan negara dan Petronas? Siapa yang mencadang dan siapa yang meluluskannya?

Soalan keempat: Apakah yang akan Najib lakukan? Bagaimanakah beliau akan menyelesaikan jenayah siang hari ini dan menyalurkan keuntungan ini balik ke negara?

Suruhanjaya Siasatan Diraja

Tidak ada dua jalan untuk isu ini. Najib perlu menjawab semua persoalan di atas kerana ia melibatkan kehidupan dan kebajikan semua penduduk negara terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan. Beliau tidak boleh berpura-pura menolak persoalan ini atas alasan ianya cerita rekaan semata. Apapun alasan yang akan diberikan, Pakatan Rakyat mesti menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ke atas Petronas sekiranya Najib masih berdolak-dalik.

Dengan krisis ekonomi global yang mula menghimpit negra, rakyatlah yang paling terkesan nanti. Rancangan jangka tengah dan panjang tidak cukup untuk dijadikan ukuran dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut ekonomi negara. Menghentikan pengaliran keluar keuntungan Petronas bukan sahaja satu cara yang berkesan tetapi juga sepatutnya sudah lama digunapakai sebelum kekayaan negara habis dijarah dan generasi akan datang terbantut dari menikmati hasilnya.

Sekiranya langkah-langkah bijak diambil, berbilion ringgit akan kembali mencurah ke dalam system negara, mengurangkan tekanan ke atas kerajaan dan membantu golongan berpendapatan rendah yang tersepit diantara kadar inflasi dan harga barang utama yang meningkat

Masa untuk kebenaran

Seksyen 6(1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga memberikan Perdana Menteri mandate dan kuasa untuk menentukan hal-hal operasi syakrikat.

Seksyen 6(1) menyatakan: Tidak termaktub di dalam sebarang undang-undang bertulis, yang mana usaha memproses atau menyaring minyak petroleum atau mengeluarkan produk petro-kimia dari sumber petroleum dilakukan oleh sesiapa pun selain PETRONAS melainkan ianya mendapat persetujuan dari Perdana Menteri.

Dan yang terakhir ialah dari Seksyen 7 – yang mana Perdana Menteri boleh mewartakan syarat-syarat untuk tujuan melaksanakan perintah Akta dan, tanpa syakwasangka, syarat-syarat ini adalah untuk kegunaan, terutamanya, bagi menyediakan – (a) perlaksanaan atau melanjutkan – (i) sebarang bentuk perniagaan ataupun perkhidmatan berkaitan (eksplorasi) oenerokaan, (eksploitasi) pemerasan bagi mendapatkan sumber petroleum; (ii) sebarang bentuk perniagaanyang melibatkan pengeluaran dan pembekalan peralatan bagi kegunaan industri petroleum; (iii) aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang berkaitan dengan petroleum; (b) pemasaran dan pengagihan bahan petroleum dan produk-produknya; (c) denda dalam bentuk saman tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk sebarang dakwaan salahlaku terhadap syarat-syarat dan tidak mengikuti aturan yang ditetapkan oleh mana mana perlesenan, keizinan dan persetujuan yang diluluskan atau dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat; (d) pemalsuan sama ada untuk kegunaan ataupun digunakan di dalam suruhanjaya yang mana tersabit salahlaku dan tidak mengikuti arahan.

Dengan akta ini, sangat jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal berkenaan perniagaan berasaskan petroleum di Malaysia, bermula dari proses pengeluaran hingga ke proses penjualan produk berasaskan petroleum.

Namun, segala-galanya tentang Petronas diklasifikasikan sebagai 'rahsia negara'. Kerana Akta itulah, kerajaan dengan mudah mengklasifikasikan apa sahaja yang berkaiatan dengan Petronas sebagai 'sulit' walaupun sebagai sebuah syarikat korporat milik negara, Petronas berhutang dengan rakyat jelata penjelasan tentang keuntungan syarikat dan perniagaannya.

Jerat hampir mengena, tiada jalan keluar

Mungkin benar apa yang dikatakan tentang ahli Parlimen BN dari MCA – Chua Soi Lek dan dari Gerakan – Koh Tsu Koon yang mereka 'kecut' menaikkan isu ini. Tetapi kenapa? Adakah kerana Petronas dikepalai oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri itu ketua kepada semua ahli Parlimen BN? Apakah ahli Parlimen BN berani menyoal ketua mereka?

Sebenarnya, tiada alasan untuk Petronas merahsiakan keuntungannya ataupun menyorok laporan tahunannya. Melainkan seseorang yang berkuasa itu menyimpannya jauh dari mata rakyat. Sesiapapun orang itu dan kuncu-kuncunya, Perdana Menteri perlu mendedahkanya.

Najib tidak boleh lari dari tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat untuk membongkar kebenaran.

Sebagai negara pengeluar petroleum, Malaysia sepatutnya boleh memberikan minyak percuma atau dengan harga rendah kepada penduduknya seperti Venezuela dan Brunei. Dengan kekayaan sumber ini, Malay sepatutnya menjadi negara 'berpendapatan tinggi' lebih awal dulu. Dengan lebih 30 tahun pengalaman mengeluarkan hasil minyak, Malaysia sepatutnya lebih wajar menjadi sebuah negara maju, yang kalau mengikut kiraan hasil purata gaji per kapita.

Jika wang ini tidak disitakan!

Pilihan sekarang ada ditangan Perdana Menteri. Berterus teranglah, dan mohon maaf daripada rakyat dan bantulah negara ini sebelum terlamabat. Atau teruskan bersama 'budak-budak' UMNO dan nikmatilah keenakan kek perasa rasuah, selagi rakyat berkeringat dan membanting tulang mencari nafkah hidup.

- Malaysia Chronicle

Apa Lagi Kelentong Nazri Aziz Selepas Ini Agaknya..

Posted: 28 Oct 2011 01:53 AM PDT

Keluarga Beng Hock tuntut tuduhan jenayah ke atas tiga pegawai SPRM

Teoh Lee Lan (tengah) dan Gobind Singh Deo (kanan) selepas membuat laporan di balai polis Tun H.S. Lee hari in. — Foto oleh Melissa Chi

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Keluarga Teoh Beng Hock menuntut polis menyiasat tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan suruhanjaya diraja berhubung kematian bekas setiausaha politik DAP itu.

Tengah hari tadi keluarga itu membuat laporan polis dengan harapan satu siasatan jenayah akan dijalankan.


"Bukan kami tidak ada kesabaran. Kami sudah lama bersabar dan telah diambil kesempatan (ekoran kesabaran kami)," kata kakak Beng Hock, Lee Lan selepas membuat laporan di balai polis Tun H.S. Lee di sini.

"Kami sudah lama menunggu dan tiada tindakan serius daripada kerajaan," tambah Lee Lan.

Peguam yang mewakili keluarga Teo, Gobind Singh Deo pula berkata, laporan polis dibuat berikutan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Dewan Rakyat Isnin lalu bahawa kerajaan tidak mengenakan tindakan pendakwaan ke atas tiga pegawai SPRM terbabit meskipun mereka dinamakan dalam laporan dikeluarkan tiga bulan lalu berikutan tiada laporan polis dibuat.

"(Jadi) hari ini kami membuat laporan polis ekoran penemuan suruhanjaya diraja untuk memastikan siasatan dijalankan dan tindakan sewajarnya di ambil ke atas mereka yang bertanggungjawab di atas kematian Teoh Beng Hock," katanya.

Gobind juga menyuarakan kekecewaannya terhadap kenyataan Nazri kerana tiada tindakan diambil terhadap tiga pegawai terbabit sedangkan laporan suruhanjaya diraja sudah membuktikan perkara itu.

"Kes ini telah berjalan dua tahun lebih tetapi masih tiada tindakan diambil, saya mencabar Nazri untuk ambil tindakan.

"Saya juga kecewa dengan kenyataan Nazri Aziz berikutan tiada siasatan akan dijalankan terhadap pegawai terbabit kerana tiada laporan polis dibuat, adakah pihak polis sendiri tidak boleh membuat laporan?" katanya.

Tiada ulasan: