Blog-list Malaysia |
- Video - Kursus Keusahawanan Warga Indon Di Astana Resort
- "MELAYU MUDAH LUPA" - Siapa yang menderhakai institusi raja dahulu?
- Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah
- Kursus Dari Jabatan Perdana Menteri Berpindah Ke Resort Mewah.. Untung Jadi Warga Asing
- Bagi IC segera, Polis jangan hanya nafi – AMK
- 27,293 WARGA NEGAR ASING DISYAKI BAKAL UNDI UMBO-BN
- Video - Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Undang-Undang Islam Dan Hudud
- Bela Anwar - Masak Pak Cik Ni Kena Kutuk Dan Maki Dengan Pencacai Umno Lepas Ni..
- Daftar Undi SPR Memang Penuh Dengan Penipuan
Video - Kursus Keusahawanan Warga Indon Di Astana Resort Posted: 14 Oct 2011 11:59 PM PDT |
"MELAYU MUDAH LUPA" - Siapa yang menderhakai institusi raja dahulu? Posted: 14 Oct 2011 10:17 PM PDT Baru-baru ini Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik penuh Umno mendakwa bahawa Malaysiakini tidak menghormati titah Sultan Selangor malah mempersoal titah baginda dengan lantang. Lupakah Utusan Malaysia bahawa pada suatu ketika dahulu, akhbar Umno tersebut juga pernah menderhakai institusi raja sebelum ini. Malah Umno juga pada suatu masa pernah lantang mengkritik institusi raja dengan mengatakan baginda-baginda menyalahgunakan kuasa. Sebenarnya, Umno adalah merupakan petualang dan penderhaka yang sebenarnya sejak dari tahun 1920 lagi. Peristiwa di Johor dan Perak Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar, iaitu datuk kepada naib presiden Umno sekarang Datuk Hishammuddin Hussein, telah dibuang dari Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri beliau ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor pada ketika itu, atas isu harta dan hutang keluarga baginda. Dalam tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi, ayah kepada bekas ketua perhubungan Umno Perak Datuk Tajol Rosli Ghazali, enggan meletak jawatan sebagai menteri besar Perak walaupun perjanjian asalnya antara Tan Sri Ghazali dengan Sultan Perak yang menyatakan bahawa Tan Sri Ghazali akan hanya memegang jawatan tersebut selama dua tahun. Akan tetapi Tan Sri Ghazali memungkiri perjanjian tersebut dan menyebabkan baginda Sultan Idris murka. Baginda bernazar enggan bercukur jambang selagi Tan Sri Ghazali masih berdegil tidak melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Perak. Krisis di Pahang Pada tahun 1979, menteri besar Pahang dan ketua perhubungan Umno negeri pada masa itu, Datuk Abdul Rahim Bakar berselisih faham secara terbuka dengan Sultan Pahang. Media-media pro-Umno turut mengkritik Sultan secara terbuka melalui liputannya yang meluas. Ramai lagi pemimpin Umno yang menderhaka Pada tahun 1983, Umno telah mengemukakan usul dalam parlimen untuk menarik balik kuasa Yang Dipertuan Agong berhubung dengan pengisytiharan darurat. Apabila Majlis Raja-raja Melayu menolah usul tersebut, Umno sekali lagi mengkritik dan mengecam institusi raja melalui media miliknya. Sewaktu perhimpunan agung tahunan Umno pada tahun 1991, Umno secara terbuka menyalahkan Sultan Kelantan pada masa itu atas kekalahan parti tersebut di negeri Kelantan. Dalam perhimpunan agung Umno itu juga, para perwakilan parti tersebut dengan lantang telah meminta supaya harta Raja-raja Melayu disita dan disiasat. Laporan tersebut telah disiarkan secara meluas di dalam akhbar Utusan Malaysia. Tidakkah ini derhaka namanya? Para pemimpin Umno Kelantan juga mengadakan tunjuk perasaan dan menghantar satu memorandum kepada Sultan Kelantan. Demonstrasi tersebut tidak mendapat permit untuk berhimpun dan akibat dari itu, tindakan tersebut adalah menyalahi undang-undang. Kenapa anggota-anggota polis FRU hanya berdiri dan memerhati sahaja dan tidak menembak gas-gas pemedih mata serta menangkap para penderhaka Umno tersebut. Pada 18hb Januari 1993 pula, Umno dengan bantuan rakan-rakan parti komponen BN telah mengusahakan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang mana dengan pindaan tersebut, raja-raja Melayu boleh diheret ke mahkamah khas. Dan apabila Raja-raja Melayu meminta agar pindaan tersebut ditangguh buat sementara, media-media Umno dengan lantang mengkritik institusi raja-raja dan mengancam akan mendedahkan segala salah laku para baginda. Ini juga derhaka sebenarnya. Peristiwa pertabalan tidak sah Tengku Ibrahim Inderaputera untuk menggantikan Sultan Ismail Petra pada 29hb April 1993 di bawah sepohon pokok ketapang di Ketereh, Kelantan oleh ahli majlis tertinggi Umno Datuk Annuar Musa. Kalau perbuatan ini bukan sesuatu yang amat memalukan, derhaka ataupun kurang ajar, apakah nama yang sebenarnya? Kenyataan biadap ketua perhubungan Umno dan menteri besar Perlis pada masa itu, Datuk Shahidan Kassim yang mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta negeri tersebut. Akan tetapi, sehingga kini Datuk Shahidan masih gagal mengemukakan bukti yang lebih menyeluruh bagi membuktikan kesahihan dakwaan tersebut. Seorang bekas naib presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib mendakwa menteri besar Perak Batuk Mohamad Nizar Jamaluddin (Pakatan Rakyat), menderhakai Sultan Azlan Shah, Perak. Lupakah Muhammad bahawa beliau sendiri pernah melarikan Ku Yah, puteri Sultan Selangor sehingga baginda naik murka sehingga menitah menarik balik gelaran Datuk daripada beliau. Bukankah ini perbuatan yang sungguh menderhaka? Penderhakaan Umno yang berterusan Selepas pilihanraya umum 2008, 23 daripada 24 ahli dewan undangan negeri Umno Terengganu telah memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu yang baru Datuk Ahmad Said dan berkeras mahukan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Manakala penyokong Umno yang berdemonstrasi di hadapan Istana mempamerkan kain rentang yang menyebut Sultan Terengganu yang juga Yang Dipertuan Agong sebagai binatang dan najis. Kenapa pula pihak polis tidak bertindak terhadap mereka ini, dan sebaliknya hanya bertindak terhadap mereka yang berdemonstrasi di hadapan Istana Kuala Kangsar, Perak bagi menentang rampasan kuasa Umno tersebut yang telah menggulingkan kerajaan negeri yang sah pada 6hb Februari 2009. Ketua perhubungan Umno Perlis Datuk Shahidan Kassim membantah pengguguran beliau dan sekaligus memulaukan majlis perlantikan Datuk Dr Mohd Isa Sabu sebagai menteri besar Perlis yang baru. Bukankah ini derhaka juga? Sekarang jelaslah siapa penderhaka yang sebenarnya. Di harap juga agar Senator Ezam Mohd Noor dan konco-konconya menyedari detik-detik sejarah penderhakaan Umno di masa yang lalu. Janganlah beliau berpura-pura tidak tahu pula peristiwa-peristiwa ini. Malaysia Chronicle |
Jabatan agama perlu fokus aqidah, bukan tauliah Posted: 14 Oct 2011 09:50 PM PDT KUALA LUMPUR, 15 Okt: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru agar fokus dan keutamaan jabatan agama mesti terarah kepada usaha menyelamatkan aqidah ummat Islam berbanding dengan persoalan tauliah yang tidak ada syarat wajib dalam Islam untuk menyampaikan kebenaran Islam selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat. Presidennya, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, ini ekoran kedangaran suara yang tidak berpuas hati kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atas tindakan terbarunya menahan Bob Lokman atas kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah yang bercanggah dengan Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. "Rungutan ramai ini perlu diambil perhatian kerana peristiwa ini sudah kali berikutnya setelah penahanan yang dibuat terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin pada tahun 2009 lalu," katanya. Katanya, jabatan agama itu seolah tidak mempunyai tugas yang lebih penting daripada menghalang untuk pendakwah menyampaikan kuliah dan nasihat agama kepada masyarakat. Gamis, ujarnya berasa pelik dan hairan kenapa persoalan tauliah menjadi subjek utama dalam penahanan, bukannya isi penyampaian penceramah berkenaan. Perkara ini berlainan terjadi kepada banyak kumpulan ajaran yang telah difatwakan sesat dan menyeleweng oleh majlis agama sebelum ini," ujarnya. Kata beliau, antara contohnya ialah Tarekat Naksabandiyah Kadirun Yahya yang telah difatwakan sesat namun masih berleluasa sehingga hari ini di negeri Selangor. "Saya pernah meninjau kawasan ajaran sesat ini dan mendapati pengamalan dan dan ajaran ini masih berleluasa dan tidak ada sebarang penahanan yang dibuat oleh jabatan agama. Kumpulan itu juga, katanya tidak mewajibkan solat Jumaat dan pelbagai lagi aturan yang menyalahi syariat Islam secara nyata. Menurutnya, "Kita akan panggil mereka yang kita disyaki ini dan kita berdialog mengenai ajaran yang mereka bawa" begitulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Pengarah Jais yang lalu menunjukkan bahawa ada toleransi dan komunikasi yang baik dengan kumpulan yang telah disahkan sesat, namun pendakwah bebas pula terus ditangkap hanya disebabkan tauliah. |
Kursus Dari Jabatan Perdana Menteri Berpindah Ke Resort Mewah.. Untung Jadi Warga Asing Posted: 14 Oct 2011 07:10 PM PDT Pemuda PAS mendakwa penjelasan pihak polis bahawa sekumpulan 240 warga asing, dari Johor yang dikesan di Selangor kononnya untuk beri taraf warganegara asing dan kemungkinan hak mengundi kelak, mereka hadir untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan banyak persoalan berbanding jawapan munasabah. Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Suhaizan Kaiat berkata, beliau tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman berhubung dengan tuduhan Pemuda PAS yang mengatakan 240 orang warga asing yang berkubu di Istana Dugang Country Resort adalah untuk mendapatkan hak kewarganegaraan mudah. Suhaizan berkata, penjelasan Imran bahawa tujuan warga asing berada di resort tersebut adalah untuk mengikuti kursus keusahawanan menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa. "Rakyat Malaysia tidak menerima langsung alasan yang diberikan oleh pihak polis," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Suhaizan berkata tidak munasabah warga asing diberi kursus keusahawanan sedangkan mereka tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini. "Apakah seorang warganegara asing yang datang ke negara ini atas permit pertanian dibenarkan berniaga dalam negara kita? Sejak bila pula kerajaan Malaysia membenarkan pekerja buruh daripada kalangan warga asing dibenarkan berniaga di negara kita?" kata beliau. Suhaizan menambah, pada peringkat awal pemandu bas diarah menurunkan warga asing tersebut di Jabatan Perdana Menteri tetapi di saat-saat akhir mereka menerima arahan untuk menuju ke Istana Dugang Country Resort. "Tidak munasabah penganjur kursus keusahawanan menukar tempat kursus di saat-saat akhir daripada jabatan kerajaan ke resort di Kajang," kata beliau lagi. Malah katanya, tidak munasabah warga asing ini diberi layanan kelas pertama untuk menghadiri kursus keusahawanan dan "mereka diberi perkhidmatan bas dan resort." "Badan kerajaan mana yang begitu bermurah hati membenarkan mereka berkursus?" tambah beliau. Malah menurut beliau, dalam perjanjian dengan pemandu bas, perkhidmatan mereka diperlukan sehingga pukul 1 tengah hari Rabu lalu sedangkan warga asing tersebut tiba di Putrajaya pada pukul 6 pagi hari yang sama. "Jika benar mereka menghadiri kursus keusahawanan maka rakyat Malaysia ingin bertanya kursus keusahawanan apa yang terlalu istimewa kepada warga asing yang hanya berkursus lima jam sahaja (dari 8 pagi hingga 1 tengah hari)," kata beliau yang turut mempersoalkan "jika benar mereka berkursus keusahawanan lima jam sahaja dengan jarak 800 kilometer, pergi dan balik, mengapa mereka tidak berkursus di Johor Baru sahaja?" "Mengapa begitu istimewa warga asing ini dilayan oleh pihak tertentu dalam negara ini," kata beliau. Suhaizan juga berkata, berdasarkan kepada tidak munasabahnya 240 orang warga asing ini berkursus keusahawanan di Istana Dugang Country Resort, maka "Pemuda PAS mendesak pihak polis jangan cuba bersubahat melindungi penyelewangan yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia." |
Bagi IC segera, Polis jangan hanya nafi – AMK Posted: 14 Oct 2011 05:58 PM PDT KUALA LUMPUR : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar segera menyiasat dakwaan berhubung kegiatan sindiket memberi kad pengenalan kepada warga asing. Kata Shamsul, dakwaan itu merupakan isu yang sangat serius melibatkan soal keselamatan negara dan polis tidak harus sekadar memberikan penafian. "Pemberian kad pengenalan adalah satu pengkhianatan kepada negara yang membabitkan kedaulatam negara. Polis seolah-olah tidak peka dengan dakwaan ini dan hanya memberi kenyataan yang dianggap bodoh sombong," tegas Shamsul. Shamsul mengulas kenyataan Ismail omar yang enggan memberi komen berhubung isu tersebut dan hanya menjawab tidak menerima apa-apa laporan lagi. Pada masa yang saman, Ketua Polis Daerah Sepang, Imran Abdul Rahman turut menafikan dakwaan itu dengan mengatakan ia tidak benar selepas menjalankan siasatan. "Jangan hanya sekadar dengan penafian dan tidak dikemukan dengan fakta dan laporan. Semua orang boleh menafikan dan rakyat juga tidak bodoh dengan alasan penafian sebegitu," katanya kepada Keadilandaily.com Kelmarin, Pemuda Pas mengesan dan mengepung kumpulan disyaki sindiket di sebuah pusat peranginan di kawasan sekitar Putrajaya. Dalam serbuan itu, Pemuda PAS telah mengepung seramai 240 pendatang asing, termasuk warganegara Indonesia, Bangladesh dan Kemboja yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih. Pemberian kad pengenalan segera itu dianggap mengesahkan dakwaan Pejabat Perdana Menteri Bangladesh baru-baru ini bahawa kerajaan Malaysia memberi kerakyatan mudah kepada warganegaranya dengan syarat mengundi Umno-BN. Pemuda Pas dilapor mendakwa kegiatan itu berjalan rancak menjelang akhir September dan akan berterusan hingga Disember tahun ini – dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan Februari atau Mac tahun depan. keadilandaily |
27,293 WARGA NEGAR ASING DISYAKI BAKAL UNDI UMBO-BN Posted: 14 Oct 2011 05:53 PM PDT Jumlah sebanyak 27,293 warga asing yang diterima menjadi warganegara Malaysia sejak 2008 disyaki usaha kerajaan menjadikan mereka pengundi pada Pilihanraya Umum akan datang. Menurut Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat, jumlah itu merupakan angka yang cukup besar bagi negara seperti Malaysia. "Kami mengesyaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa selepas pilihanraya ke-13," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya lagi, dalam keadaan rakyat negara ini menghadapi kesempitan hidup, warga asing seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana mudah menjadi warganegara. Semalam, Dewan Rakyat diberitahu sebanyak 27,293 permohonan taraf kewarganegaraan Malaysia telah diluluskan Kementerian Dalam Negeri dari tahun 2008 hingga Ogos 2011. Pada hari yang sama, Pemuda Pas berjaya mengesan satu operasi pemberian kad pengenalan kepada warga asing bermula petang selasa lalu. Operasi itu melibatkan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya. Menurut Suhaizan, daripada maklumat yang diperoleh, warga asing itu dihantar ke Putrajaya untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka sebagai warganegara. "Beberapa buah bas telah diarah masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan dipandu oleh seorang Dato yang tidak dikenali," ujarnya. Menurutnya, selepas pihaknya mengeluarkan maklumat itu, arahan dibuat agar pemandu bas berkenaan membawa penumpangnya ke sebuah resort. Justeru itu katanya, Pemuda Pas mahu pihak Kementerian Dalam Negeri khususnya Datuk Seri Hishmuddin Tun Hussein menjelaskan perkara-perkara berikut: -Kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok ? Apakah istimewanya mereka sehingga kerajaan menawarkan warganegara secara berkelompok -Kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan? Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita ? -Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara ? -Kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort ? Apakah istimewanya warga asing ini sehingga mereka diberi layanan istimewa sedemikian rupa? -Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju ? Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing? Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21728 |
Video - Ucapan Sultan Brunei Berkaitan Undang-Undang Islam Dan Hudud Posted: 14 Oct 2011 06:13 AM PDT |
Bela Anwar - Masak Pak Cik Ni Kena Kutuk Dan Maki Dengan Pencacai Umno Lepas Ni.. Posted: 14 Oct 2011 05:30 AM PDT Seorang pesara tentera yang mengalami sakit tulang belakang yang sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak percaya Ketua Pembangkang itu kini mampu melakukan hubungan seks dengan sempurna kerana penyakit itu menjejaskan kekuatan tenaga batin. Ini kerana penyakit yang dialami Anwar itu menjejaskan tulang belakang kata Hashim Othman, bekas askar infantri di sini. Tambahnya, hanya orang yang mengalami penyakit yang sama dapat merasakan penderitaan Anwar. "Tapi kalau macam cerita Anwar mereka dok cerita tu, saya ingat mustahil. Tak terima akal. Pasal pakcik yang kena pakcik tahu. Orang yang tak kena boleh cakap apa saja. Tapi memang kekuatan tulang belakang. Pasal apa urat kita ni melalui tulang belakang "Tapi kalau macam Anwar kena ni saya kata , bukan saya nak masuk sebelah siapa. Makna saya kena saya tahu. Apa macam kedudukannya, Kalau macam kes Anwar ni kita kata ini kes kita kata kes-kes rogollah, paksa atau sukarela . Ini maknanya saya tak percaya . Tapi saya tak kata 100 peratus. Kalau 99 peratus saya kata Anwar tak boleh." Bekas askar berusia 77 tahun ini tidak malu menceritakan pengalamannya agar Anwar tidak dihujani dengan fitnah dan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang memalukan. Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sedang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondo pada 26 Jun 2008. Minggu lalu, peguambela Anwar mengemukakan bukti dari doktor beliau yang menyatakan kecederaan pada tulang belakang Anwar menghalangnya dari melakukan aktiviti-aktiviti lasak. Beliau membuat pendedahan dalam satu sidang media di pejabat PKR di sini. Menurut Hashim nafsunya menjadi lemah selepas menjalani pembedahan tulang belakang setelah terjatuh di banjaran berbatu batan di hutan Gunung Ledang berhampiran Tangkak, Johor. Menurut Hashim, dia menjalani pembedahan selepas bersara pada umur 58 tahun, lebih kurang 19 tahun dahulu. Katanya, selepas pembedahan, dia menyedari nafsunya menjadi semakin lemah. |
Daftar Undi SPR Memang Penuh Dengan Penipuan Posted: 14 Oct 2011 04:57 AM PDT Pengundi diragui: Langkah SPR bukti daftar ragukan, kata Pemuda PAS KUALA LUMPUR, 14 Okt — Pemuda PAS mengalu-alukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mempamerkan 40,000 nama pengundi, yang dikategorikan sebagai kumpulan diragui untuk mendapatkan maklum balas maklumat yang sahih dan tepat. Bagaimanapun sayap parti Islam itu yang secara berterusan mempertikaikan kesahihan daftar pemilih berkata, pihaknya cukup terkilan dengan sikap Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) yang sebelum ini sering berdolak-dalik berkenaan dengan isu yang cukup serius ini. "Sebelum ini Abdul Aziz menafikan adanya pemilih yang diragui status pemilih mereka dalam data SPR seperti yang telah didedahkan oleh pihak Pemuda PAS Malaysia sebelum ini. "Kini terbukti sudah kebenaran seperti yang didakwa dan mungkin angkanya melebihi daripada 40,000 nama seperti di dakwa oleh SPR," kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Mohd Sany berkata Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS berharap semoga pihak SPR berlaku telus dan bersungguh-sungguh untuk melakukan pembersihan daftar pemilih ini. "Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak mahu SPR hanya membuat kenyataan retorik yang hanya bertujuan untuk 'mengaburi' mata rakyat bagi menunjukkan kesungguhan SPR melaksanakan reformasi pilihanraya di dalam negara ini," kata beliau lagi. Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS katanya, "dengan ini mengarahkan supaya seluruh jentera Pemuda di semua peringkat untuk melakukan siasatan dan mengenal pasti penama-penama yang akan dipamerkan oleh pihak SPR bagi memastikan penama-penama tersebut adalah sebenarnya orang yang mempunyai kelayakan untuk menjadi pemilih dalam negara ini, dan bukannya 'orang samaran' yang diciptakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab." Selain itu, kata beliau, Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya para pimpinan PAS di semua peringkat, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat serta sekalian rakyat Malaysia supaya melakukan semakan terhadap status diri sendiri sebagai pemilih berdaftar di dalam daftar pemilih kerana pihak Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mendapat maklumat ada usaha yang dilakukan oleh pihak SPR untuk "mengeluarkan dan menghilangkan" nama-nama pengundi yang telah berdaftar dan pernah mengundi sebelum ini secara tidak sah dan tanpa pengetahuan mereka melalui operasi pemutihan daftar pemilih ini. Oleh itu, kata beliau, Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS mengharapkan supaya sayap itu di peringkat kawasan akan memainkan peranan menyediakan perkhidmatan semakan status pengundi kepada masyarakat setempat di pejabat masing-masing secara serius untuk mengelak kejadian kehilangan pengundi daripada daftar pemilih sedia ada dan mengambil tindakan susulan sekiranya berlaku kes kehilangan tersebut kepada peringkat Negeri dan Pusat. Semalam, Aziz berkata SPR akan mempamerkan senarai 40,000 nama yang terdapat dalam daftar pemilih yang tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya. Kata beliau, nama-nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabat SPR bagi membantu menjelaskan kedudukan. "Ada maklumat yang tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. "Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun tidak," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan