Jumaat, 14 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Saya serah kepada polis - Aziz Bari

Posted: 14 Oct 2011 01:04 AM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt: Pakar Perlembagaan, Prof Dr. Abdul Aziz Bari menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung laporan yang dibuat, mendakwa beliau mempertikai titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, semua orang mempunyai hak untuk membuat laporan polis jika tidak berpuas hati terhadap tindakan mana-mana pihak dan polis juga berhak melakukan tugas mereka.

"Hak orang nak buat laporan polis...saya tak boleh kata apa...terpulang kepada polis untuk ambil tindakan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.


Aziz berkata demikian ketika diminta memberi respons kepada lima laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.

Satu laporan dibuat oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohd Nor manakala empat lagi oleh NGO yang kritikal terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).

Dalam laporan masing-masing, mereka mendakwa, Aziz tidak sepatunya mengeluarkan kenyataan itu kerana kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri.

Namun Aziz mempertahankan tindakannya itu dan menafikan beliau mengeluarkan kenyataan yang mencabar kuasa Sultan.

"Saya rasa apa yang saya sebut itu tak ada masalah dalam ruang lingkup yang kita boleh komen.

"Ada lagi kenyataan yang lebih teruk tapi tak ada pulak laporan polis dibuat terhadap mereka," katanya.

Malaysiakini Selasa lalu melaporkan Aziz sebagai berkata, tindakan Sultan Selangor campurtangan berhubung isu DUMC bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Kerajaan Malaysia Anjur Kursus Keusahawanan Untuk Warga Asing - Ketua Polis Sepang

Posted: 13 Oct 2011 11:20 PM PDT

Polis Sepang nafi sindiket IC Desa Pinggiran

Polis menafikan dakwaan Pemuda PAS bahawa 240 warga asing yang menaiki sepuluh buah bas dari Johor kelmarin, dibawa ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapat taraf warganegara yang membolehkan mereka mengundi.

Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu kelmarin, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun beliau berkata, selepas menjalankan siasatan didapati perkara itu tidak benar.


"Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan.

"Mereka (warga asing) bukan dibawa untuk pergi ke JPN seperti yang didakwa oleh pihak terbabit," katanya seperti dilaporkan harian berbahasa Melayu itu.

Warga Asing jadi Warganegara - 5 Soalan Untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Posted: 13 Oct 2011 05:48 PM PDT

Rakyat Malaysia telah dimaklumkan oleh Parlimen Malaysia bahawa terdapat 27,293 warga asing telah diterima menjadi warganegara sejak tahun 2008 hingga 2011. Suatu jumlah yang sangat besar bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dalam keadaan rakyat negara ini berada dalam kesempitan hidup mereka terpaksa bersaing denga warga asing yang seolah-olah menjadi anak emas kerajaan kerana begitu mudah menjadi warga negara ini. Pemuda PAS tetap curiga terhadap pemberian hak warganegara ini. Kami mengesaki bahawa tujuan pemberian hak warganegara ini ada kaitan dengan terdesaknya Barisan Nasional(BN) untuk terus berkuasa selepas pilianraya ke-13.

Pemuda PAS melalui Lujnah Pemulihan Demokrasi Dan Mobilisasi telah membuat intipan satu operasi pemberian kad pengenalan kepada warga asing bermula petang selasa 11 Oktober 2011. Operasi ini melibatkan tujuh buah bas yang penuh dengan warga asing daripada negeri Johor menuju ke Putrajaya. Mereka memulakan perjalanan pada jam 10 malam daripada beberapa lokasi di Johor Baharu. Pada jam 1 tengah malam kumpulan ini telah berhenti di hentian Rehat & Rawat (R &R) Pagoh. Daripada maklumat warga asing ini tujuan mereka ke Putrajaya adalah untuk mendapatkan kad pengenalan bagi mengesahkan mereka menjadi warganegara.


Selepas berehat mereka terus bergerak ke Masjid Putrajaya. Mereka sampai di sana sekitar jam 6 pagi. Solat di Masjid Putrajaya. Selepas solat seolah-olah ada kawalan daripada anggota polis tidak beruniform (preman) yang mengawal pergerakkan mereka. Beberapa buah bas telah diarah masuk ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan dipandu oleh seorang Dato yang tidak dikenali.

Saya telah keluarkan maklumat operasi ini dalam laman Facebook sekitar jam 7 pagi. Secara tiba-tiba arahan dibuat kepada pemandu-pemandu bas agar membawa penumpangnya ke lokasi yang tidak diketahui. Perjanjian dengan pemandu bas hanyalah ke Putrajaya tetapi di saat-saat akhir telah ditukar ke lokasi lain. Akhirnya mereka sampai di Istana Dugang Country Resort sekitar jam 8 pagi. Semua warga asing telah diturunkan di kawasan tersebut.

Berdasarkan kepada operasi ini, Pemuda PAS mahu pihak Kementerian Dalam Negeri khususnya Dato' Seri Hishmuddin Tun Hussin menjelaskan perkara-perkara berikut :

1. Kenapa pemberian kad pengenalan ini dibuat secara berkelompok ? Apakah istimewanya mereka sehingga kerajaan menawarkan warganegara secara berkelompok ?

2. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dibuat di sebuah resort tidak di pejabat kerajaan? Murah sangatkah nilai kewarganegaraan kita ?

3. Kenapa proses pemberian kad pengenalan dimudahkan? Kenapa mereka tidak melalui proses yang ketat seperti ujian bertulis untuk menilai kesetiaan mereka kepada negara ?

4. Kenapa ada kawalan ketat daripada pihak polis semasa warga asing ini berada di Masjid Putrajaya dan Istana Dugang Country Resort ? Apakah istimewanya warga asing ini sehingga mereka diberi layanan istimewa sedemikian rupa?

5. Kenapa terdapat arahan yang sentiasa berubah-ubah terhadap distinasi yang hendak dituju ? Bukankah ini tanda-tanda adanya manipulasi dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing?


SUHAIZAN BIN KAIAT
PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI
PEMUDA PAS MALAYSIA.

Hudud: Saya akan akur jika PAS arah, kata Hu Pang Chaw

Posted: 13 Oct 2011 05:27 PM PDT

KUALA LUMPUR, 14 Okt — Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw, yang kini turut menjadi fokus polemik isu hukum hudud berkata, beliau akan "akur" dengan keputusan parti Islam itu jika diarah memberi penjelasan formal mengenai pendiriannya sejak kebelakangan ini.

Sambil berkata beliau belum menerima sebarang panggilan agar berbuat demikian, Hu dari Kelantan berkata, beliau juga telah menjelaskan pendiriannya kepada beberapa pemimpin kanan PAS tiga hari yang lalu.

"Saya akan ikut apa yang diminta... sebagai ahli parti kita kena menghormati peraturan parti, saya akan akur apa yang diminta (jika diminta memberi penjelasan)," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi.


"Semasa saya menemui beberapa pemimpin kanan di bangunan Parlimen dua hari lalu (Rabu), saya sudah memberi penjelasan. Dan, mereka faham pendirian saya," kata beliau tetapi enggan menyebut pemimpin yang beliau bertemu.

Dalam reaksi terbaru ini, kata Hu, beliau tidak membantah dasar hukum hudud, cuma "saya mengatakan bahawa kini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan soal melaksanakan pendekatan ini", lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Saya tidak bantah hudud, cuma masa perkara itu dibawa dan dibincangkan tak sesuai... itu sahaja. Kita ada banyak isu penting untuk diketengahkan bagi mencari sokongan dalam pilihan raya," kata beliau.

Laporan media malam tadi menyebut PAS akan memanggil Hu dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan berhubung beberapa kenyataan beliau berkaitan isu hukum hudud yang kembali menjadi bahan kontroversi.

Hu menjadi perhatian ekoran pendirian beliau dalam isu hukum hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan. Beliau mahu bukan Muslim dalam parti itu diambil kira pandangan mereka.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun ruang demokrasi dalam parti itu besar, namun apabila ia melibatkan isu dalaman, anggota parti disarankan supaya menyelesaikan secara bermesyuarat di dalam parti.

"Tidak dinafikan, PAS sebagai parti yang besar juga tidak dapat lari daripada dilanda pelbagai isu dalaman. Atas dasar itu, PAS sudah pun mempunyai pelbagai saluran parti untuk mendapatkan maklum balas dan penjelasan tentang sesuatu isu dalaman.

"Jangan jadikan isu dalaman isu luaran yang seringkali diambil kesempatan oleh musuh untuk menyerang parti," kata beliau.

Ketika ditanya sama ada beliau terkejut dengan laporan akan dipanggil memberi penjelasan, Hu berkata, "tidak, sebab saya sudah lama dalam politik."

"Saya akan akur, saya akan beri penjelasan. Terserah kepada parti untuk menentukan tindakan selepas mendengar penjelasan saya," katanya lagi.

Aziz Bari: Saya Cuma Persoal, Bukan Hina Raja

Posted: 13 Oct 2011 05:54 AM PDT

SHAH ALAM, 13 OKT : Pakar Perlembagaan Malaysia Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau hanya mempersoal titah seorang Raja Melayu dan bukan menghina institusi Raja-Raja Melayu seperti yang didakwa media pro-Umno.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu berkata Perlembangan memberinya hak untuk membincang titah tersebut dan mereka yang mengkritiknya sebenarnya tidak faham undang-undang.

" Saya tak kata pertikai Tuanku, tak ada. Saya tak kata dia tak ada kuasa. Saya kata kuasa tu memang ada, saya tak pertikaikan. Tiba soal kewajaran, soal keadilan dalam isu ni macam mana. Itu saja."

"Iyalah yang dakwa menghina itu dia. Kalau dia faham peruntukan perlembagaan itu dia tak kata begitu. Dia orang sudah melabel kita macam tu, saya nak buat macam mana."


Dr Aziz berkata demikian ketika dihubungi TV Selangor apabila diminta mengulas langkah beberapa Ahli Parlimen BN yang mendesak supaya tindakan tegas diambil ke atasnya ekoran rencananya semalam yang disiarkan di portal Malaysiakini yang berjudul "Tidak Salah Kritik Raja-raja".

Aziz dengan tegas menyatakan bahawa beliau tidak mempertikaikan kuasa ketua agama. Apa yang diperkatakan ialah kewajaran sesuatu tindakan itu dari segi undang-undang dan Perlembagaan.

"Saya dah kata, saya tak pertikaikan kuasa ketua agama. Saya cuma sebut soalnya adakah kewajarannya ada. Itu boleh. Kalau tengok akta hasutan pun jelas. Kalau kita setakat mencuba nak memperbaiki, nak improve kata orang apa salahnya."

Beliau kecewa kata-katanya telah dipusing oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan politik.

'Orang ni dah twist sentence.... Itu yang sedihnya. Kalau orang yang macam Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam fikir macam itu. Apa jadinya. Ini nak mengapi-api, nak menghasut namanya. Nak memanaskan keadaan yang tak panas."

Dr Aziz memuji sikap terbuka seorang Putera Diraja Negeri Sembilan Tunku Zain Al Abidin Tuanku Muhriz.

Tunku Zain dalam kenyataan kepada portal berita Malaysia Kini hari ini antara lain berkata, titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar.

Tambah Dr Aziz, beliau memberi komen sedemikian kerana kes siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) membabitkan sensitiviti agama lain.

Di dalam titahnya Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata tindakan JAIS menepati skop undang-undang agensi itu.

Sebelum ini, siasatan JAIS terhadap DUMC atas dakwaan ia cuba berdakwah kepada orang Islam dikecam oleh ahli politik Pakatan Rakyat dan NGO.

"Satu lagi yang kita kena faham ialah soal ini dia melibatkan soal agama lain. Jadi dalam soal itu kita kena tengok jugak. Kalau dah sampai kedudukan agama lain terancam dalam soal ini dalam kedudukan soal gerejanya diceroboh, macam mana. Dan bukti tak ada."

Beliau berpendapat jika tidak cukup bukti lebih baik kes sedemikian ditutup kasar, jangan dipanjang-panjangkan kera ia mempunyai impilasi negatif.

"Saya kata macam ini, kalau bukti tak ada tutup saja . Tutup buku. Apa pulak bukti tak ada masih lagi kita seolah-olah melihat orang-orang ini beralah. Macam mana . Itu yang saya kata mana ada dalam dunia ini undang -undang kata macam tu. Kalau tak ada bukti , tutup buku, itu saja. Tang mana lagi kita nak cuba seolah-olah nak menunjukkan orang ini masih bersalah walaupun tak ada bukti. Itu yang saya katakan."

Menyentuh tindakan Ahli-ahli Parlimen mencabar beliau menyertai politik, Prof Dr Aziz dalam ketawa berkata bahawa dia tidak berminat menyertai politik dan mencabar ahli politik yang mencabarnya agar menjadi golongan akademik sepertinya.

"Nak mencabar saya berhenti pasal apa. Kenapa saya harus berhenti. Saya tak minat poltik. Saya bukan nak kedudukan dia. Kalau dia rasa nak lawan saya masuk ke sinilah, cuba jadi ahli akademik . Apa pulak saya lawan dia. Bila masa saya nak lawan dia. Apa pula timbul soalan berhenti politik masuk bertanding. Ini apa ceritanya." - TVS

Lagi Ulama Kategori Artis Sertai Umno

Posted: 13 Oct 2011 04:57 AM PDT

Khairi Jamaluddin di dalam sidang media petang tadi bersama Awie, Zed Zaidi, Adam AF.

Sebelum ini heboh diperkatakan Awie atau Ahmad Azhar Othman bersama beberapa artis lain akan menyerahkan borang keahlian sebagai Pemuda UMNO Malaysia kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di Pejabat Pemuda, Menara Dato Onn.


Di dalam sidang media petang tadi jelas kelihatan antara artis yang bersama Awie ialah Zed Zaidi dan Adam AF. Khairi Jamaluddin turut mengumumkan pertandingan BN Youth Music 2011 di dalam sidang media tersebut. Kemasukan artis yang memilih Umno sebagai parti pilhan mereka adalah kerana Umno itu 'cool' menurut Armand Azha. Mungkin Tukar Tiub ketawa terbahak-bahak jika mendengar dakwaan Armand ini.



Pertikai Sultan Selangor - Laporan Polis Dibuat Pada Aziz Bari

Posted: 13 Oct 2011 03:25 AM PDT

Sebuah NGO hari ini membuat laporan polis terhadap Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang didakwa mempertikai titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sedangkan, kata Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, kuasa sultan dalam hal ehwal Islam termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada institusi Raja Melayu. Aziz Bari telah menghasut orang ramai membenci institusi Raja-raja Melayu," laporan polis itu dipetik.


Hamidzun mendakwa, kenyataan itu boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Beliau mahu Aziz dan Malaysiakini disiasata bawah akta hasutan.

Malaysiakini

Beri IC, PAS dakwa ada bukti

Posted: 13 Oct 2011 03:22 AM PDT

PAS Selangor mendakwa mempunyai bukti wujudnya pergerakan bas-bas yang membawa pendatang asing - yang didakwanya untuk diberi kad pengenalan dan didaftar sebagai pengundi - dikesan berlaku hampir setiap hari.

Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata mereka mendapat maklumat berdasarkan risikan jentera mereka termasuk mengekori bas terbabit dan mengambil gambar sebagai bukti.

"Kita memang ada bukti sahih, kita ada sumber dalaman yang mengesahkan ia melibatkan 10 hingga 15 buah bas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.


"(Modus Operandi) itu dibuat secara terang-terangan membawa (pendatang asing) dengan bas," katanya sambil menambah pendatang berkumpul di beberapa lokasi antaranya Paya Jaras, Hentian Sungai Buloh dan Hentian Serdang.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata pihaknya kekurangan petugas dan hanya dapat memantau pergerakan bas tersebut sebelum ianya menuju ke lokasi - antaranya dari Paya Jaras ke Janda Baik dan Putrajaya.

Khairuddin mendakwa, ianya berlaku sejak dua atau tiga minggu yang lalu.

Khairuddin mengulas tindakan Pemuda PAS semalam yang bertindak mengepung 240 pendatang asing di sebuah pusat peranginan yang didakwa diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pemilih.

Sebelum ini, beliau juga mendedahkan pihaknya pernah menyerbu dua buah rumah berasingan di Paya Jaras di parlimen Subang dalam satu operasi Februari lalu bagi menangkap kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing.

Khairuddin mendakwa kegiatan itu "rancak" menjelang akhir September dan didakwanya akan berterusan hingga Disember tahun ini dengan andaian pilihan raya umum mungkin diadakan pada Februari atau Mac tahun depan.

Beliau mendakwa wujudnya 'tangan hantu' yang melindungi pihak yang membawa pendatang asing bagi tujuan tersebut, tanpa mahu merujuk kepada mana-mana pihak.

Khairuddin berkata, sehingga ini pihaknya berjaya menjejaki dan membuat serbuan di tiga lokasi berlainan sejak awal tahun lalu - iaitu Salak Tinggi (Sepang), Paya Jaras (Subang) dan terbaru di Kampung Bukit Dugang dekat Putrajaya semalam.

Pihaknya juga telah membuat laporan polis, dan setakat ini masih belum mendapat apa-apa maklum balas, kata Khairuddin.

Tiada ulasan: