Rabu, 12 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Tidak Salah Kritik Raja-Raja

Posted: 11 Oct 2011 11:56 PM PDT

Akta Hasutan 1948 memperuntukan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang mengkritik Raja-raja Melayu asalkan mereka tidak menuntut pemansuhan institusi raja itu, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Sehubungan itu, katanya dakwaan bahawa beliau memburuk-burukkan institusi raja ketika mengulas kenyataan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja di Damansara Utama Ogos lalu, tidak timbul.

"Seperkara, sultan melaksanakan kuasa perlembagaannya dan rakyat - iaitu pembayar cukai - mempunyai hak untuk menilai prestasinya.


"Dari sudut pandangan Islam, seseorang akan mendapati peraturan yang lebih ketat apabila seorang lelaki bangkit dan mengingatkan Khalifah Umar al-Khattab bahawa beliau akan membetulkan pemimpin itu melalui pedangnya," kata Aziz.

Menurut beliau seperti prestasi institusi awam yang lain, institusi raja-raja juga terpaksa berdepan dengan kritikan dan semakan sepanjang masa.

Justeru, bagi mengelakkan perkara itu, Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, berkata pihak istana mesti mendapatkan pandangan yang lebih luas dan bukan hanya terikat dengan kelompok kawan yang kecil.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyiarkan beberapa artikel membidas Aziz dan Malaysiakini kerana didakwa memburuk-burukkan institusi raja.

Antara mereka, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwandin Hamzah yang mendakwa Aziz tidak faham dan tidak menghormati kuasa yang ada pada Sultan.

Aziz menghasilkan tesisnya yang bertajuk 'The Development and Role of Constitutional Monarchy in Malaysia' di University of Birmingham pada 1996 dan pernah menerbit sebuah buku berjudul Majlis Raja-Raja: Kedudukannya dalam Perlembagaan (DBP, 2002).

Katanya lagi dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, beliau mengambil pendirian yang kritikal semasa krisis politik di Perak pada Februari 2009.

"Saya mesti katakan, pendirian saya tetap sama. Pandangan saya terhadap raja-raja tetap tidak berubah.

"Saya cuma berpendapat bahawa sesetengah raja-raja telah melanggar garisan mereka dan membelakangkan perlembagaan.

"Walaupun ada yang mendakwa mereka hanya melakukan apa yang dibenarkan oleh perlembagaan, saya cuma kata mereka tidak patut membaca peruntukan itu secara literal atau di luar konteks," kata Aziz.

Menurutnya lagi, pandangannya mudah, monarki mesti tidak terbabit dengan kancah politik.

"Raja Melayu tidak boleh membiarkan dirinya dilihat menyebelahi mana-mana parti tetapi yang penting, baginda mesti tegas di pihak yang benar dan berlaku adil," katanya.

Umno Kelantan Syok Sendiri

Posted: 11 Oct 2011 10:27 PM PDT

Sokongan rakyat Kelantan kepada Umno meningkat

Rakyat Kelantan khususnya pengikut PAS yang dahulunya menolak Umno kini secara terus terang menzahirkan sokongan kepada Umno, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, selain menghadiri program anjuran Umno, ramai penyokong PAS pada masa yang sama telah menyertai Umno.

"Saya sangat gembira dengan keadaan ini...jika dahulu mereka menjauhi Umno tetapi sekarang tidak lagi, mereka begitu berminat menyertai program yang kita anjurkan.


"Ribuan penyokong PAS pula telah menyertai Umno yang membuktikan sokongan kepada Umno semakin pulih," katanya pada program Selamat Tinggal PAS di Kampung Kusial Baharu di Tanah Merah malam tadi.

Pada majlis itu, 300 penyokong tegar PAS menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada Mustapa yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, penyokong PAS bertindak menyertai Umno kerana kecewa dengan konflik yang berlaku dalam PAS terutama isu hudud ketika ini.

"Rakyat Kelantan sudah tahu PAS itu siapa dan telah gagal membawa Kelantan dan rakyatnya ke satu kedudukan yang lebih baik," katanya.

Bekas setiausaha PAS Kampung Kusial Baharu, Zahari Hamat, 46, berkata, tindakan beliau dan yang lain meninggalkan PAS ialah kerana mereka kecewa dengan segala penipuan licik parti itu yang sebenarnya tidak lagi boleh dianggap pembela rakyat.

"Saya sudah lama dalam PAS, apa yang kami dapat ialah pembohongan demi pembohongan dan sebab itu kami semua berpendapat Umno-lah tempat sewajarnya kami berada," katanya.

Rakannya, Kamaruddin Abdul Halim, 48, meminta penyokong PAS yang lain agar menyertai Umno yang jelas mempunyai arah tuju perjuangan.

Katanya niat ikhlas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membantu rakyat jelas dilihat dalam Belanjawan 2012 yang diumumkannya baru-baru ini.

"Banyak bantuan yang kami dapat dan sebab itu kami berfikir PAS tidak akan mampu berbuat seperti ini. PAS tidak ada kerja lain hanya berpolitik 24 jam," katanya.

- Bernama

Raja Yang Angkuh

Posted: 11 Oct 2011 10:12 PM PDT

K'jaan alu-alukan isu Kg Baru dibawa kepada Agong

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengalu-alukan cadangan Pakatan Rakyat bagi membawa isu Kampung Baru kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Bawalah, kita dah luluskan di Dewan Rakyat. (Pakatan Rakyat) hanya 28 orang datang. Yang kuat menentang (pun) tak hadir.

"(Jadi) Adakah mereka komited terhadap (pembangunan Kampung Baru) atau menentang rang undang-undang itu. Kerajaan ikhlas membantu khususnya pemilik tanah orang Melayu," katanya dalam satu sidang media.


Katanya, Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ditubuhkan sebagai pemudah cara, penyelaras, perancang dan tidak sekali-kali mengambil alih tanah pemilik Kampung Baru.

"Kerajaan tidak sekali-kali hendak mengambil alih tanah, seolah-olah rampas (untuk diberikan) kepada pemaju atau menjual kepada pemaju yang lain," katanya dalam satu sidang media.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung cadangan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan isu Kampung Baru diketengahkan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana baginda mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang tersebut.

Ibrahim Ali Hamba Kepada Tauke Cina?

Posted: 11 Oct 2011 08:53 PM PDT


Depan orang, Ibrahim Ali berkokok-kokok memaki orang Cina, memberi amaran kepada orang Cina, mengugut untuk menumpah darah orang Cina.

TETAPI, lupakah kita Ibrahim Ali pernah dilantik menjadi ahli lembaga Pengarah salah sebuah syarikat milik Vinsetan walaupun beliau tidak membeli walau satu saham pun? Bagaimana Ibrahim Ali boleh dilantik sebegitu mudah kalau beliau bukan balachi kepada Vinsetan, seorang tauke Cina.


Mengikut pendedahan Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj.Abdul Aziz, bekas ADUN Pulau Manis:


Have we lost our marbles? Ibrahim Ali is a bloody hypocrite. His entire business ventures are done with the Chinese whose blood he is after and the commission of bodily harm he is advocating. His bridge projects were completed and done with Chinese and Chinese money. He was off to Macau last week to meet up with Chinese cukongs.

TERJEMAHAN: Ibrahim Ali adalah seorang munafik. Semua perniagaan beliau dijalankan dengan rakan Cina, yang mana darah mereka beliau telah berjanji untuk tumpahkan. Projek jambatan beliau (Jambatan Tendong) telah disiapkan dan dilakukan dengan rakan Cina serta wang Cina. Beliau ke Macau minggu lepas pun untuk bertemu dengan beberapa orang Cukong Cina.




Pendedahan yang datang dari seorang Dato yang masih di dalam UMNO tentunya mempunyai nilai yang sangat besar.

Saya berhenti mempercayai cakap Ibrahim Ali semenjak beliau melompat masuk UMNO sejurus selepas pilihanraya 1990. Waktu beliau dalam S46, apa yang beliau tidak maki Dr. Mahathir?

Tiba-tiba tak sampai setahun selepas pilihanraya 1990, beliau jilat semula semua yang beliau kutuk terhadap Dr. Mahathir.

Inilah dia Ibrahim Ali atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Katak.

Manusia seperti Ibrahim Ali ini tidak layak dipanggil manusia mahupun binatang

Tulang Besi

Undang-Undang Islam Akan Dilaksanakan Di Brunei

Posted: 11 Oct 2011 05:39 PM PDT

Sultan Brunei mahu undang-undang Islam dilaksana segera

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Sultan Brunei hari ini menitahkan agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera, serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Baginda yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di bangunan Majlis Undangan di sini berkata,perlaksanaan undang-undang itu tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.

"Kita tidak harus melambatkan dan sebaliknya merebut petunjuk itu secara positif.


"Apa lagi di sana untuk menunggu? Kita sudah mempunyai bangunan mahkamah yang mengagumkan, ramai pakar telah dihasilkan dan bahawa negara telah mencapai kemerdekaan. Apa lagi?" soal baginda.

Menurutnya, setiap individu bertanggungjawab untuk melakukan perbuatan baik yang merupakan permintaan dari Allah Maha Kuasa.

Sehubungan itu ujarnya,undang-undang Islam penting untuk mengawal semua masalah dalam hidup, agama, keturunan, minda dan kekayaan.
"Walaupun ia adalah tanggungjawab kita, ia perlu dipenuhi bagi Allah Maha Kuasa," titah baginda lagi.

Memetik laporan Brudirect.com, undang-undang Islam ujar baginda, adalah pengetahuan dan sistem yang unik dan sangat cantik dan sudah tentu akan dipilih apabila difahami, namun jika ia tidak difahami, ia akan dibenci.

"Tetapi sejak manusia tidak mahu memahami, undang-undang itu dilihat sebagai buruk dan menakutkan. Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa, kita dipandu oleh-Nya untuk melihat dengan jelas keindahan undang-undang Islam.

"Saya memberi mandat kepada agensi-agensi atau institusi yang berkaitan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Majlis Agama Islam, Negeri Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Mahkamah Syariah dan semua pihak untuk bekerjasama dan berurusan secara kolektif dan telus sehingga undang-undang ini mula membuahkan hasil," titah baginda lagi.

Terdahulu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Pg Dato Seri Setia Dr Hj Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman berkata, Majlis Agama Islam Brunei adalah badan tertinggi dalam membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda dalam menegakkan kesucian Islam di negara ini.

[Baca berita asal]

Kg Baru - MP Pakatan Patut Minta Maaf Dan Akui Kesilapan

Posted: 11 Oct 2011 04:52 AM PDT

Selain berkaitan perbekalan atau bajet, Pakatan Rakyat sebagai minoriti dalam parlimen tidak berupaya menolak undang-undang yang dibentangkan, termasuk Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011.

"Selain daripada undang-undang perbekalan atau bajet, tidak wujud (keadaan) kita sebagai minoriti boleh tolak. (Kita) tidak ada jalan untuk menolak rang undang-undang itu.

"Sebab dalam peraturan parlimen, kalau malam itu dia (BN) tidak cukup bilangan (undi), (mereka) boleh masuk keesokkan hari. Kalau ditolak malam itu, keesokkan hari boleh dibentang semula dan diundi," katanya.


Ahli parlimen Pakatan gagal menyekat rang undang-undang itu apabila undian yang diminta mereka menyaksikan 72 anggota dewan menyokong manakala hanya 28 tidak bersetuju ia dibacakan kali kedua.

Kegagalan itu menimbulkan kekecewaan pelbagai pihak, antaranya NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menyifatkan kehadiran kecil anggota parlimen Pakatan menjukkan "seolah-olah mereka tidak serius".

Tian berkata, isu sama ada minoriti boleh menolak rang undang-undang yang dibentangkan tidak wujud dalam mana-mana parlimen demokrasi kecuali berlaku perpecahan undi parti pemerintah.

"(Contohnya) Gerakan atau MIC berpecah dan mereka kata, kami akan undi berbeza," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam majlis penerangan "Selamatkan Kampung Baru" malam tadi.

"Jadi tidak wujud, (sama ada) kita hadir 28 orang, 70 orang, atau 80 orang, kita tidak ada keupayaan tolak undang-undang itu."

Sebaliknya, Tian yang juga ahli parlimen Batu berkata, isu sebenar mengapa Umno tergesa-gesa pada hari pertama persidangan mengusulkan draf pindaaan tersebut.

"Itu isunya. Oleh itu jangan kita tersilap isu dan keluar daripada sasaran perbincangan kita," tegas Tian Chua.



Muka Tak Malu Ini Hendak Juga Elaun Parlimen Dinaikkan

Posted: 11 Oct 2011 02:44 AM PDT

MP tetap kemuka usul untuk naik gaji, elaun

Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata beliau akan mengemukakan satu rang undang-undang untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat.

Wee berkata beliau telah memfailkan notis usul tersebut hari ini kepada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya lagi, usul berkenaan tetap dikemukakan walau menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz telah menarik balik usaha untuk menaikkan gaji dan elaun berkenaan.


"Ia ditarik balik sebab ada bantahan daripada ketua parti tertentu. (Tapi) ia tidak boleh ditarik balik begitu sahaja kerana ahli parlimen ada hak untuk membahaskannya.

"Saya faham ia mungkin tidak boleh dibahas sebab bukan rang undang-undang kerajaan, tapi akan minta ia dibahaskan.

"Saya percaya, ramai ahli akan sokong ia dibawa untuk perbahasan," katanya lagi mengulas cadangan rang undang-undang berkenaan.

Peruntukan untuk menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 yang dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober lalu.



ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat Upah Mat Rempit RM10 Untuk Ganggu Ceramah Mat Sabu

Posted: 11 Oct 2011 02:17 AM PDT

KANTOI!!! Mat Rempit Upahan RM 10 kacau ceramah Mat Sabu ditahan, tapi polis arah lepaskan


Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.


Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin orang ramai membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.

Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.

Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku mereka menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.



Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.


Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.


Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.


Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat.

PULAK DAH




Jom Pakat-Pakat Buat Maksiat Kat Selangor.. JAIS Tak Tangkap Punyalah..

Posted: 11 Oct 2011 01:51 AM PDT

Kenapa saya ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 11 Okt: Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman (gambar) hairan dengan tindakan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menahan beliau setelah menjadi baik, tetapi tidak ketika dia sedang bergelumang dalam arus keduniaan sewaktu berada dalam dunia hiburan dulu.

Tindakan Jais itu disifatkan oleh beliau seolah-olah mahu menyekatnya supaya tidak menjadi baik, sebaliknya untuk mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Menurut Bob, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan glamour serta penuh kelalaian.


Sehubungan itu, beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan dalam masyarakat termasuk para penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

Katanya, sekiranya terdapat undangan dari pelbagai pihak untuk menyampaikan ceramah, beliau juga bersedia memenuhi undangan itu sekadar terdaya untuk menyampaikan mesej Islam, di samping tidak mahu menghampakan pihak terbabit.

"Saya tidak kira soal larangan dari Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Begitu juga dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak Jabatan Agama Islam ke atas beliau untuk menyampaikan ceramah disebabkan tidak mempunyai tauliah, perkara itu juga tidak berbangkit dalam kehidupannya.

"Tauliah itu bukanlah satu perkara yang penting. Perkara yang penting bagi saya adalah melakukan pekerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam.

"Jadi, kenapa mesti ada sekatan ke atas saya dan kenapa pula saya mesti patuhi sekatan-sekatan itu, sedangkan yang saya sampaikan kepada orang ramai itu adalah perkara yang betul," katanya.

Malam tadi, Bob Lokman ditahan oleh Jais kerana dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah, setelah beliau selesai menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Beliau dibawa ke Balai Polis Batu 18 di Hulu Langat dan dilepaskan kemudiannya. Ketika insiden itu, kira-kira 25 penguatkuasa Jais, pihak polis dengan 2 buah kereta, Kadi Hulu Langat turut hadir bagi tujuan itu.

Bob yang juga penulis lirik lagu kesukaan ramai 'Isabella' diminta hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini bagi memberikan kenyataan.

Selain beliau, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan bagi pihak penganjur majlis ceramah itu diminta hadir ke pejabat agama tersebut bagi memberikan kenyataan.

Mengulas perkara itu, Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali, mengesahkan penahanannya malam tadi dan turut menegaskan tidak hadir ke Pejabat Agama Daerah Hulu Langat seperti yang diarahkan itu.

Baginya, menghadirkan diri ke pejabat agama tersebut seperti yang diarahkan itu merupakan suatu tindakan yang tidak perlu, malah hanya membuang masa dan wang.

"Saya juga tidak merasakan perlu mematuhi arahan itu kerana pada saya mereka yang melakukan tangkapan ke atas saya itu bukan melakukan kerja untuk agama, tetapi untuk Umno," katanya.

Sebelum beliau ditahan dan dibawa ke balai polis, menurutnya, beliau telah bertanyakan beberapa soalan kepada Kadi Hulu Langat tetapi soalan-soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh kadi berkenaan.

"Mereka yang datang untuk menangkap saya itu juga mengakui saya tidak menyampaikan perkara yang salah di dalam ceramah saya itu tetapi hanya kerana tanpa tauliah.

"Pada saya, apa yang dilakukan ke atas saya itu jelas arahan politik. Jadi tak perlulah saya ikut arahan mereka itu, malah pada saya mereka bukanlah orang yang wajar saya hormati," katanya.

Beliau secara tegas menjelaskan, mereka yang melakukan tangkapan dan mengenakan sebarang larangan terhadap seseorang yang melakukan pekerjaan baik untuk Islam bukanlah pihak yang wajar dihormati.

Menyentuh tentang tauliah untuk menyampaikan ceramah, beliau juga menegaskan tidak perlu baginya untuk mendapatkan tauliah tersebut kerana tindakan itu juga jelas mempunyai kaitan dengan permainan politik Umno BN.

"Amat pelik dengan apa yang dilakukan ke atas saya. Saya ditangkap setelah saya selesai menyampaikan ceramah. Pada hal jika mereka tak mahu saya berceramah di masjid itu, mereka sepatutnya menangkap saya sebelum berceramah.

"Saya pula hadir ke majlis itu atas undangan. Kalau saya dilarang berceramah sebelum saya masuk ke masjid oleh pihak Jais, saya tak akan berceramah.

"Jadi, ini amat jelas tangkapan atas arahan politik Umno BN, bukannya tangkapan kerana kerja-kerja Islam, manakala saya pula melakukan kerja-kerja Islam, jadi tak perlulah saya ikuti arahan mereka itu," tegas beliau.

Ketika diminta hadir ke Pejabat Agama Islam Hulu Langat tengah hari ini, Bob Lokman turut sibuk ke Putrajaya untuk menyampaikan ceramah atas undangan pihak tertentu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno terlibat dalam pemeriksaan Jais ke Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) pada 3 Ogos lalu.

Antara jam 9.45 hingga 12 malam, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jais bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, No 2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

Sementara itu, Adun Meru yang Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman dan Ahli Parlimen Shah Alam yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Khalid Samad telah ditarik balik tauliah oleh Jais.



Tiada ulasan: