Blog-list Malaysia |
- PAS cadang lantik Harussani 'pemerhati' hudud
- PAS kesal tiada polis, tentera terima BGP
- Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas
- Buat Provokasi : Masih Di Alam Primitif - Mat Sabu
- Kenapa Perlu Dengki Dengan Guru?
- Gangguan Terhadap Program Pakatan Rakyat, Sampai Bila Mahu Bersabar ?
- Najib tidak faham Negara Berkebajikan
- Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS
- Bajet 2012 Gagal Perkasa Kehidupan Rakyat
- Muka-Muka Wajib Tayang Bila Umno Ada Isu Hangat
PAS cadang lantik Harussani 'pemerhati' hudud Posted: 09 Oct 2011 12:08 AM PDT PAS Perak mencadangkan mufti negeri itu Tan Sri Harussani Zakaria sebagai "pemerhati" bagi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Timbalan Ketua Pemudanya Dr Raja Ahmad Al-Hiss (kanan) berkata, cadangan itu dibuat kerana mereka amat bersetuju dengan nasihat Harussani kepada perdana menteri supaya membenarkan undang-undang itu dilaksanakan. "Kami juga mencadangkan agar kerajaan negeri Kelantan melantik Tan Sri Harussani sebagai pemerhati bagi pelaksanaan hukum hudud tersebut. "Malah kami yakin pandangan Tan Sri Harussani terhadap hukum hudud di Kelantan sudah tentunya ia sepertimana yang dijelaskan dalam Al-Quran itu sendiri," kata Dr Raja Ahmad yang juga naib ketua Pemuda PAS di peringkat pusat. Harussani (bawah) pada 6 Oktober lalu dilapor menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membenarkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai "percubaan" dan memberi peluang pada undang-undang yang digubal pada tahun 1993 itu. Katanya, oleh kerana Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri sudah mengaku bersedia, beliau menyokongnya dan menasihatkan prosedur pelaksanaannya supaya lengkap. Lagi pun, tindakan pusat melarangnya juga akan menyebabkan kemarahan orang ramai, katanya kepada sebuah portal berita. Dalam kenyataannya hari ini, Dr Raja Ahmad berkata, pihaknya bersedia mengadakan pertemuan Harussani demi menjayakan perlaksanaan hudud. "Malah kami tekankan sekali lagi bahawa kami sanggup bekerjasama dengan siapa sahaja asalkan untuk menjayakan perlaksanan Islam dan bukan seperti Umno yang bertarik tali dengan MCA di dalam isu Hukum Hudud ini," katanya. Harussani sebelum ini mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat ekoran berusaha mewujudkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu. |
PAS kesal tiada polis, tentera terima BGP Posted: 08 Oct 2011 10:13 PM PDT PAS Melaka menyatakan kekesalannya apabila selepas 30 tahun diperkenal, masih tiada anggota polis dan tentera dienugerahkan Bintang Gagah Perkasa (BGP), seperti diberikan pada jurugambar yang terkorban di Somalia. "Kenapa ini boleh berlaku, adakah tiada seorang pun polis atau tentera Melaka atau Malaysia yang layak untuk menerima bintang tersebut? "Atau polis dan tentera selama ini memang terabai dan tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri Melaka," kata Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari (kanan). Dalam kenyataannya hari ini, Adly berkata, sejak diperkenal pada tahun 1978 mustahil tiada yang layak mendapat pingat bagi mengenang jasa polis dan tentera negara ini. Beliau bagaimanapun menyokong langkah kerajaan Melaka menganugerahkan bintang itu kepada allahyarham Noramfaizul Mohd Nor (bawah) yang terkorban di Somalia semasa menjalankan tugas baru-baru ini. "Kita sokong usaha pengiktirafan ini, beliau memang layak menerimanya malah sepatutnya beliau dianugerahkan dengan anugerah yang lebih dari itu." "Beliau mempertaruhkan nyawa, tidak semua orang berani menjalankan tugas yang mencabar ini, bukan setakat tenaga dan keringat malah nyawa" ujar Adly. Kerajaan Melaka semalam memberikan penghormatan tertinggi kepada jurukamera Bernama TV itu sempena ulang tahun ke-73 Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob pada Sabtu. Noramfaizul yang terkorban ketika menyertai misi kemanusiaan di Somalia pada 2 September lepas adalah penerima tunggal anugerah itu setakat ini. Malaysiakini |
Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas Posted: 08 Oct 2011 09:27 PM PDT Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng. Dinamakan "Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara. Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis. Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat". Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21522 |
Buat Provokasi : Masih Di Alam Primitif - Mat Sabu Posted: 08 Oct 2011 08:04 PM PDT LABIS- Tuan Haji Mohammed Sabu, Timbalan Presiden PAS menyifatkan tindakan pihak yang cuba melakukan provokasi pada majlis ceramahnya di Labis seolah-olah masih berada di alam primitif. ''Kita kena keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah.'' tegasnya. Mohammad atau dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan perkara ini dengan katanya adalah suatu yang tidak bertepatan dengan amalan demokrasi dalam negara ini dengan cara mengganggu majlis orang lain. ''Kita memilih jalan pilihan raya. Ini cara amalan demokrasi bukan mengancam majlis orang. Ini tindakan yang tak betul.'' ujarnya. Semalam Mtd Pas Benut melaporkan wujudnya cubaan menggagalkan majlis ceramah sehingga mengakibatkan seorang petugas Jabatan Amal cedera dibaling batu sewaktu bertugas mengawal lalu lintas di Labis. Beliau menambah lagi dengan katanya amalan demokrasi yang sihat adalah memberi ruang kepada rakyat melakukan perbandingan dengan penyampaian dasar parti masing-masing, bukan membuat 'kacau'. Sebaliknya menurut beliau lagi dengan menimbulkan ketegangan itu, ia tidak mendatangkan kebaikan bahkan lebih memburukkan lagi keadaan. ''Kalaulah UMNO buat penerangan, kami tak menghalang untuk pergi dengar. Dia (UMNO) buat sebelah sana. Kita (PAS) buat sini. Buat perbandingan. Inilah amalan demokrasi yang sihat. Kalaulah UMNO buat ceramah, Unit Amal ganggu, sayapun tak setuju'' terangnya. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapannya pada majlis pelancaran Gerakan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (BANGKIT) dan Kempen Mansuhkan Hutang Peneroka di Dataran Cikgu Mala, Pekan Labis, dekat sini, jumaat lepas. Beliau berkata lagi bahawa negara-negara maju dilihat jauh lebih matang dalam pengamalan demokrasinya dan mengharapkan agar negara ini mengikut cara yang diamalkan oleh kebanyakan negara dalam dunia. ''Kalau kacau orang dengan cara yang tak elok ini bukan amalan demokrasi bagi negara maju seperti Eropah, Jepun. Semua orang dah keluar dari alam primitif. Berlawanlah dengan hujah. ''Sudahlah guna tv-radio. Tak cukup, guna akhbar. Kita tak kisah. Kita harap, kita dah lama merdeka, kita sudah semakin matang bukan makin teruk'' ujarnya lagi. Pada majlis yang sama kaunter pendaftaran ahli baru dibuka kepada orang ramai dengan melibatkan beberapa NGO seperti BANGKIT, KERABAT, ANAK dan Jabatan Amal. Hadir sama, Dato' Dr. Mahfodz Mohammed, Pesuruh jaya PAS Johor, Saudara Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hj. Adly Zahari, Pesuruh Jaya PAS Melaka. http://www.facebook.com/profile.php?id=100001918726405 |
Kenapa Perlu Dengki Dengan Guru? Posted: 08 Oct 2011 07:15 PM PDT Kerana guru lah kita menjadi apa yang kita jadi sekarang ni.. "UNTUNGNYA PARA CIKGU RUGINYA PEKERJA SWASTA |
Gangguan Terhadap Program Pakatan Rakyat, Sampai Bila Mahu Bersabar ? Posted: 08 Oct 2011 05:45 PM PDT SEJAK kebelakangan ini nampaknya kegiatan haramjadah kumpulan samseng upahan yang `berlesen' sudah semakin menjadi-jadi mengganggu setiap program Parti Pembangkang, khususnya yang melibatkan DS Anwar dan Mat Sabu. Kita pula asyik membuat laporan Polis sedangkan kita tahu Polis bukan tidak tahu kejadian itu berlaku kerana Polis sendiri melihat dan menonton kelakuan kumpulan haramjadah itu. Sebagai contoh di Bera, K.Lipis bulan yang lalu. Ceramah DS Anwar diganggu oleh maki hamun dari betina tua yang masih bujang, Umi Hafilda. Betina itu menyalak bagaikan anjing betina yang mahu beranak di rumah YB Umno bertentangan dengan pentas ceramah DS Anwar. Program DS Anwar mempunyai permit, manakala program betina yang dibuang oleh keluarganya itu tiada permit. PKR Pahang buat laporan Polis, walaupun terbukti Ketua Polis Daerah K.Lipis ada berhampiran lokasi ceramah tetapi menyorok di dalam kawasan sekolah. Ini kerja Polis di situ dan mereka dapat bonus setengah bulan gaji sahaja dalam Bajet Najib baru-baru ini. Ini penyokong yang menjadi mangsa, sampai bila kita mahu lihat begini? Sebelum itu, program DS Anwar juga digangu di Melaka. Bahkan, bekalan letrik terputus semasa DS Anwar berceramah. Kumpulan di Melaka itu diketuai oleh Lokman Adam, seorang bekas ahli Keadilan yang tidak mendapat tempat pun di dalam Umno sekarang. Di Seremban, program ceramah Mat Sabu juga diganggu oleh puak yang dipercayai dari PERKASA dan dua tiga ekor bekas tentera yang bengap. Berlaku kekecohan hingga ada yang tercedera. Kononnya mahu serah memorandum kepala bapak dia. Tidak boleh serah memorandum di Pejabat PAS kah? Mengapa mahu datang ke tempat ceramah untuk serah memorandum? Kalau Polis cekap bertindak, adakah berlaku sebigini? Kita mahu biarkan sajakah? PERKASA Negeri Sembilan buat ugutan agar Mat Sabu jangan pijak bumi Negeri Sembilan. PERKASA ingat bumi Negeri Sembilan ini kepunyaan Ibrahim Ali bosnya itu kah? Tempat Ibrahim Ali sebagai MP Pasir Mas itu pun hasil sedekah PAS, PERKASA kena tahu dan jangan jadi bengap sangat. Di Rembau, PERKASA silap besar untuk memburu Mat Sabu. Kehadiran kumpulan bengap yang dianggotai oleh 20-30 orang pencacai ini `disambut' oleh Unit Amal, SAMM serta penyokong-penyokong PR di sana. Mereka lari putih tapak kaki sehingga banyak Banner dan poster mereka bertaburan. Namun, Mat Sabu tidak mahu memalukan ketua mereka yang sudah pucat lesi itu lantas menerima mengadap ketua yang bodoh buta sejarah itu untuk menerima memorandum. Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah. Sebahagian dari anggota-anggota SAMM termasuk AMK yang datang ke Rembau yang bertindak berani Semua kejadian ini sepatutnya mengajar kita betapa kita perlu lakukan sesuatu lebih dari membuat laporan Polis yang rasanya suatu kerja yang sia-sia. Tidakkah kita merasa diperbodohkan apabila membuat laporan Polis terhadap kejadian yang pihak Polis sendiri saksikan dengan mata mereka? Adakah laporan kita selama ini disiasat dan diambil tindakan? Apa ertinya kita meminta permit untuk membuat program ceramah tetapi pihak Polis tidak peka dengan gangguan dari pihak haramjadah itu? Saya mencadangkan agar jangan buat apa pun program jika kita tidak bersedia dengan jentera kita seperti yang dilakukan oleh Penganjur Program Ceramah di Rembau baru-baru ini. Saya puji jentera kita di Rembau dan saya lihat sendiri bagaimana Unit Amal PAS diberi taklimat dalam perbarisan umpama barisan tentera diberi taklimat oleh pegawainya. Mereka diberi taklimat terperinci bagaimana untuk menghadapi gangguan dari pihak haramjadah itu. Di bawah Chegu Bard pula, anggota-anggota SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) juga diberi tugas khas bagaimana untuk membantu Unit Amal di dalam mengawal suasana. Kesannya, pihak haramjadah itu balik umpama anjing tidak kurap. Inilah yang patut dilakukan. Belajar dari penganjur di Rembau bagaimana kita boleh menggantikan tugas Polis yang seperti tidak berminat untuk mengawal keselamatan itu. Sudah jemu kita mendengar bahawa kita membantah dan membuat laporan Polis selama ini, sedangkan mereka semakin bersikap kurang ajar dan berani. Pakatan Rakyat mesti ubah rentak dan lebih faham rentak permainan mereka. Kita bukan mahu bergaduh tetapi kita mesti bersedia untuk itu jika dipelawa. wfauzdin.blogspot.com |
Najib tidak faham Negara Berkebajikan Posted: 08 Oct 2011 08:33 AM PDT Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini. Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan. Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan. Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional. Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS. Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa 'Negara Berkebajikan' yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS Posted: 08 Oct 2011 06:18 AM PDT TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid. Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini. Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci. "Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal. Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam. Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno. "Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS. "Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak. "Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi. |
Bajet 2012 Gagal Perkasa Kehidupan Rakyat Posted: 08 Oct 2011 05:11 AM PDT SHAH ALAM O8 OKT : Belanjawan 2012 kerajaan persekutuan semalam hanya lunak didengar menurut penyokong Pakatan Rakyat dan gagal memperkasa kehidupan rakyat terbanyak. Aktivis akar umbi Pakatan yang ditemui juga berkata belanjawan kerajaan persekutuan hanya tertumpu kepada sesetengah golongan masyarakat semata-mata. Tinjauan TVSelangor mendapati mereka menyifatkan belanjawan tahun hadapan sebagai gula-gula politik untuk menawan hati rakyat menjelang pilihanraya yang bakal diumumkan pada bila-bila masa. Pegawai Khas Adun Kota Anggerik, Mohd Redwan Alias melihat pendekatan yang cuba dibawa kerajaan mirip Pakatan Rakyat yang berkiblatkan kebajikan rakyat. Namun pihaknya khuatir pihak kerajaan mengunakan isu kebajikan sebagai modal berpolitik semata-mata yang akhirnya kebajikan rakyat tidak terbela. "Bajet yang dibentang semalam banyak berkisarkan tentang kebajikan kepada rakyat, ianya suatu yang dialu-alukan, namun sejauh mana kekuatan dan sumber kewangan yang kerajaan ada melunaskan janjinya kepada rakyat," "Saya yakin dan percaya bahawa bajet yang dibawa oleh Pakatan Rakyat jauh lebih bagus, malah ini terbukti pendekatan Pakatan Rakyat lebih releven sebagai contoh kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat, dari rakyat untuk rakyat, mengagihkan hasil negeri kepada rakyatnya tanpa ada salahguna kuasa dan korupsi"katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita Keadilan Shah Alam, Anizan Othman menyifatkan belanjawan kerajaan mudah dibaca rakyat hari ini, sekaligus mencerminkan sejauh mana keihklasan kerajaan dalam membela nasib rakyat terbanyak. Semalam, kerajaan membentangkan bahawa akan memberi caj percuma untuk pendaftaran pesakit luar di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk Klinik 1 Malaysia serta pergigian milik kerajaan sebagai langkah menghargai jasa warga emas. Selain itu, warga emas juga diberikan diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel. "Benda ini memang mempermain-mainkan rakyat, kos pendaftaran perubatan diberi percuma, sedangkan ianya hanya Rm2, jangan la memperbodohkan rakyat, ianya tidak relevan." "Saya bercakap bukan kerana saya taksub kepada Pakatan Rakyat, tetapi memikirkan belanjawan yang dibawa ini perlu menyentuh kepentingan keseluruhan, nasib generasi akan datang dan rakyat terbanyak, saya menyokong penuh bajet yang di draf Pakatan Rakyat berbanding bajet Kerajaan pusat,"katanya Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PKR cabang Shah Alam, S.Kumaravel menolak belanjawan kerajaan ekoran ianya tidak bersifat menyeluruh dan sementara selain tidak berkeupayaan memacu pembangunan rakyat yang selama ini terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. "Belanjawan mereka seolah-olah menggambar bahawa mereka membela nasib rakyat miskin, pada kertas ianya nampak membela, tetapi pada amalan dan tata-kelola bagi saya ianya tidak, ianya hanya belanjawan untuk mengaburi mata rakyat."katanya |
Muka-Muka Wajib Tayang Bila Umno Ada Isu Hangat Posted: 08 Oct 2011 03:47 AM PDT "Ini belanjawan yang beri pukulan kepada pembangkang. Jadi saya turut alu-alukan dan gembira walaupun ekonomi luar dan dalam tidak menentu tetapi kerajaan tetap berani kemukakan belanjawan yang cukup berani," kata Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali. -- Pukulan kepada pembangkang? Aku tak faham napa dia nak kaitkan bajet 2012 dengan pembangkang? Apa yang penting ialah dia ulas bajet neh dari segi kebaikan kepada rakyat. Apahal lak dia nak kaitkan bajet neh dengan anti dia kepada pembangkang? Zahrain Hashim ialah bajet kerajaan kali ini benar-benar memberi kesan untuk ekonomi berkembang lebih maju. "Tetapi belanjawan yang dikemukakan oleh pihak pembangkang adalah satu khayalan saja kerana (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim bukan seorang pakar ekonomi. "(Bekas Perdana Menteri) Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri berpendapat Anwar tidak tahu mengenai ekonomi, sebaliknya beliau hanya berbohong. "Oleh itu, beliau disaran menyimpan Buku Jingga berkenaan dan tidak perlu menyebutnya lagi," katanya. -- Neh satu lagi oak senget. Nak komen pasal bajet najib tapi babitkan anwar ibrahim perhal? Kan dua benda neh berbeza? Apa kebaikan pada bajet 2012 itu yang patut ko focus, neh tak pasal2 melalut komen pasal anwar pembohong dan etc. Apa kena mengena anwar dengan bajet 2012? Takde kena mengena pun. Bajet pr lain, bajet bn lain, ulaskan lah dengan pro. Janganlah merepek je 24jam. Anwar pembohong? So.. benda neh ada kaitan dengan bajet ka? Dia neh lari topik betul. Orang suruh ulas pasal bajet bn tapi dia melalut citer pasal buku jingga. Haitt.. dah makan ubat ke blom? Zulkifli Noordin berkata: "Belanjawan kali ini membuat saya teruja dan kagum, saya anggap ia syumul (menyeluruh) dan merangkumi semua struktur, semua lapisan rakyat daripada yang kecil sampai dewasa daripada miskin kepada berada. Daripada swasta, kerajaan dan pasukan keselamatan kepada kakitangan awam dan ia menyentuh semua." Zulkifli berkata, beliau juga kagum sebab penyangak dan penyamun boleh mendapat faedah menerusi bantuan peguam daripada Yayasan Guaman Kebangsaan. "Maknanya, semua yang masuk mahkamah dapat bantuan. Ini tidak pernah berlaku di tempat lain. Rakyat perlu hargai kerana ia bajet rakyat," katanya. -- kah kah kah. Kepala hotak kau. Benda neh dah lama di luar negara. Neh mesti tak pernah tengok drama csi, laws and justice dan boston apatah.. dah lama dah.. drama tue.. peguam percuma kepada mereka yang tidak mampu dah lama wujud di luar negara, si zul neh nampak sangat penipu. Lagi satu melabelkan orang yang belum didapati bersalah sebagai penyangak adalah melampau. Bukan seme orang yang tak dapat bayar yuran guaman dan upah peguam tue penyangak. Ingat seme yang tak mampu / miskin = penyangak ke apa? Razak baginda kaya raya dan mampu bayar yuran guaman tapi dia pun penyangak gak pa. Khir toyo pun penyangak gak pe. Sengal betul peguam neh. Dorang neh memang muka wajib tayang dalam utusan dan tv3 setiap kali ada apa2. Aku rasa wakil rakyat bn seme dah mampos kot. Disesuaikan dari amenoworld |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan