Khamis, 6 Oktober 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Raja Katak Tidur Dalam Parlimen.. Memalukan..

Posted: 06 Oct 2011 12:33 AM PDT





Dua tiga minit, tenganga mulut-mulut takkan setakat dua tiga minit. Katanya telan ubat batuk. Sehari Ibrahim ambil masa memikir sebab yang sesuai, akhirnya dapat persalahkan ubat batuk!! Demo kantoi, Ibrahim!!

ekelee



Klip Video Undilah - Ku Li Tak Kisah..

Posted: 06 Oct 2011 12:27 AM PDT

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah tidak keberatan jika video pengumuman khidmat pesanan awam 'Undilah' yang dikatakan mengandungi babak tidak disenangi ramai, ditarik balik.

"Bagi orang yang nak haramkan video itu kalau dia ada kuasa, dia haramkanlah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Tengku Razaleigh merupakan antara tokoh yang muncul dalam video itu, yang menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik BN dan Pakatan Rakyat, tempatan dan ahli sukan.


Video selama 4.38 minit arahan pemuzik Pete Teo yang boleh diakses di laman 'Youtube' dan dilancarkan sempena Hari Malaysia, menyeru rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai pengundi.

Tengku Razaleigh berkata beliau secara peribadi berpendapat video itu mempunyai mesej yang bagus untuk masyarakat.

"Saya diminta bagi kenyataan untuk seru rakyat mendaftar (sebagai pemilih)... terutama sekali banyak muda-mudi golongan Melayu tak daftar, tapi kaum Cina ramai, jadi saya tampil ke depan," katanya.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sebelum ini menyatakan klip video "Undilah" belum mendapat kelulusan Lembaga Penapis Filem (LPF) untuk siaran, dan yang sedemikian, ia tidak sepatutnya disiarkan menerusi televisyen.

- Bernama



Pakar: Anwar Masih Mengalami Sakit Belakang

Posted: 06 Oct 2011 12:07 AM PDT

Pakar tulang belakang Belanda, Dr Thomas Hoogland yang telah melakukan pembedahan pada belakang Anwar pada tahun 2004, telah dipanggil sebagai saksi.

Dr Hoogland memberitahu mahkamah bahawa beliau telah melakukan 14,000 pembedahan tulang belakang.

Beliau telah menulis lima buah buku mengenai pembedahan tulang belakang. Beliau adalah ahli Persatuan Orthapaedik Jerman.

Hoogland kemudiannya menerangkan mengenai bahagian lumbar tulang belakang dan fungsinya.


Beliau menjelaskan bahawa cakera yang tergelincir menyebabkan kesakitan di belakang. Ia boleh menyebabkan banyak masalah, terutama apabila berdiri.

Hoogland menggunakan imej komputer yang dipasang pada skrin putih untuk menjelaskannya dari kandang saksi.

Beliau menjelaskan bahawa stepnosis adalah merupakan penyempitan terusan di tulang belakang.

10.17am: Hoogland (kiri) berkata beliau bertemu dengan Anwar pada bulan April 2001, ketika Anwar berada di penjara di bawah pengawasan polis.

Dia bertemu dengannya sekali lagi pada September 2004, selepas Anwar dibebaskan.

Menurutnya, Anwar tiba di Klinik Alpha di Munich, Jerman dan membuat keputusan untuk menjalani pembedahan."

10:19am: Saksi itu berkata beliau menyediakan laporan pembedahan Anwar dan memberikan Anwar satu salinan laporan itu atas permintaannya.

10:21am: Katanya, Anwar mengalami lumbar sclerosis, yang memberi kesan kepada kali dan tangan pesakit.

"Secara khususnya, pada kaki kiri, berikutan masalah lama pada leher."

Hoogland berkata beliau telah bertemu dengan Anwar pada 4 September 2004, dan Anwar mengadu dipukul ketika dalam tahanan polis enam tahun sebelumnya.
10:24am: Saksi itu berkata semakin lama saraf terganggu, semakin besar kemungkinan ia akan menyebabkan kehilangan fungsi berikutnya.

10:30am: Anwar mempunyai masalah membongkok ke hadapan dan dengan pergerakan tulang belakang.

10:32am: Hoogland berkata berdasarkan pada sistem itu, beliau membuat diagnosis lateral stonosis, yang akan mengecilkan saluran tulang belakang.

10:36am: Menurutnya, Anwar berada di hospital selama tiga minggu, dari 6 September hingga 27 September 2004.

"Tidak ada komplikasi."

10:43am: Anwar, bagaimanapun, kesakitan pada sebelah kiri.

10:43am: Hoogland ditanya sama ada masalah itu akan berulang, di mana beliau menjawab kadar berulang adalah 5 hingga 20 peratus.

"Mengenai sclerosis, ianya adalah 15 peratus."

10:47am: Hoogland berkata, kemerosotan tulang bukanlah satu proses semula jadi, tetapi ia adalah perkara biasa.

10:50am: laporan perubatan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti. Hoogland menerangkan mengenai pembedahan yang dilakukan ke atas Anwar pada 6 September 2004.

10:56am: laporan pembedahan Hoogland ditandakan sebagai bahan bukti.

11:00am: Hoogland berkata cakera lumbar keempat dan kelima Anwar telah sembuh, tidak seperti sebelum ini pada tahun 2001.

11:02am: Peguam Sankara meminta untuk rihat sekejab dan hakim membenarkannya.

11:45am: Perbicaraan disambung.

11:46am: Hoogland berkata, tiga bulan selepas pembedahan, Anwar pergi sekali lagi ke kliniknya di Munich pada bulan Februari 2005.

Saksi itu berkata pada 7 Februari, beliau melakukan pemeriksaan dan ia menunjukkan bahawa Anwar masih sekali sekala mengalami sakit belakang.

11.50am: Katanya, terdapat peningkatan yang ketara dalam keadaan Anwar sebelum pembedahan, tetapi tidak banyak berubah selepas beliau keluar dari hospital pada 24 September 2004.

"Otot belakang adalah penting untuk mengawal pergerakan belakang."

11:54am: Hoogland berkata, beliau telah merawat ramai pesakit Islam dari negara-negara Timur Tengah, dan solat selalunya menjadi isu.

"Saya menasihatkan Anwar untuk solat, dengan melakukannya secara berhati-hati dan perlahan-lahan.

"Anda boleh bengkok ke hadapan dengan cepat tetapi apabila anda kembali, lakukannya dengan sangat perlahan-lahan (bergerak kembali tegak dan berdiri)."



Cabaran Harussani Kepada Putrajaya

Posted: 05 Oct 2011 05:47 PM PDT

Beri Kelantan peluang 'uji' hudud, Mufti Perak nasihat Putrajaya

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Tan Sri Harussani Zakaria menasihatkan pentadbiran Najib agar membenarkan undang-undang hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai satu "percubaan" selepas kerajaan pusat terus dengan pendiriannya menyekat langkah sedemikian atas alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mufti Perak, Putrajaya perlu memberi peluang kepada kerajaan negeri Kelantan pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melaksanakan hudud memandangkan undang-undang jenayah syariah Islam itu sudah digubal pada 1993.

"Kerajaan pusat perlu beri peluang kepada Kelantan untuk laksanakan hudud, Nik Aziz juga kata sudah bersedia... saya setuju dan sokong, cuma dari segi prosedur pelaksanaan perlu lengkap, lagipun nanti kalau kerajaan pusat tak benarkan nanti orang marah.


"Benarkan Kelantan laksanakan hudud, hudud bukan perkara senang nak dilaksanakan kerana banyak perkara perlu dipatuhi... benarkan sebagai percubaan untuk kita yang lihat bagaimana ia dilaksanakan dan kadar jenayah di Kelantan selepas ia dilaksanakan kemudian baru kita nilai," kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Harussani yang sebelum ini berusaha mewujudkan kerjasama politik antara PAS dan Umno, khususnya sejak selepas pilihan raya umum 2008 menegaskan, hukum hudud adalah tuntutan Islam dan ia perlu dilaksanakan sekiranya sudah bersedia.

"Kita nak kurangkan kadar jenayah, sekarang kalau kita lihat kalau merompak hukuman disebat dan dipenjara, jual dadah juga sama, tapi adakah mereka sudah insaf tapi kalau kudung tangan sudah pasti mereka akan berfikir dua kali... Islam laksana hudud, saya setuju," katanya.

Beliau juga berkata, hukum hudud hanya dilaksanakan ke atas umat Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

"Bukan Islam tiada kena mengena dalam hukum agama Islam, ia tidak akan dikenakan kepada bukan Islam," katanya.

Ditanya mengenai hukum hudud tiada dalam sistem perundangan negara, Harussani berkata "hal undang-undang saya tidak tahu, saya tak mahu cakap tapi saya setuju dilaksanakan hudud."

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS sebelum ini menegaskan untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada DAP.

Beliau turut meletakkan harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Selain itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS serius dalam melaksanakan undang-undang hudud dan mengakui orang bukan Islam termasuk DAP mempunyai hak untuk bersuara menyatakan pendirian masing-masing dalam perkara itu.

Pada 24 September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS pada 1994.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Katanya, kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip "Maqasid Syariah" iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Ekoran satu kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa hari sebelum respons Najib itu, Nik Aziz memohon Najib agar menarik balik surat 1994 dan membenarkan kerajaan negerinya melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.



BN Perak tak kisah pemimpin korup moral?

Posted: 05 Oct 2011 06:32 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak terkejut dengan kenyataan Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang berkata beliau tidak kisah jika potretnya diturunkan daripada ibu pejabat parti itu di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

Dan beliau juga tidak mahu potretnya digantung bersebelahan orang yang korup dari segi moral, iaitu Presiden MCA kini, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga pengerusi badan perhubungan MCA negeri Perak.

Kami hairan dengan sikap Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang menjadi pengerusi BN Perak terhadap pandangannya dalam isu pemimpin yang korup dari segi moral pimpinan BN negeri.


Apa pendirian Zambry terhadap Chua dalam isu ini? Bukankah Chua adalah liabiliti kepada BN Perak? Mungkinkah sokongan rakyat terhadap BN Perak akan jatuh dengan adanya Chua?

Bagi kami, orang dalam MCA sendiri menyuarakan isi hatinya terhadap penyandang kerusi presiden MCA itu sendiri dan beliau juga pernah menduduki kerusi pertama MCA tersebut.

Mungkin BN Perak langsung tidak mempunyai perasaan atau tidak kisah terhadap pemimpin yang korup dari segi moral ini?

Penulis merupakan timbalan ketua Pemuda PAS Perak.



Email 1 Malaysia - Kos RM50 Juta, Pengguna Hanya 3000 Orang Sahaja..

Posted: 05 Oct 2011 03:32 AM PDT

Sistem pembayaran dalam talian dan perkhidmatan Myemail – yang membabitkan kos RM50 juta – telah mengumpulkan 3,000 pelanggan sejak dilancarkan pada 14 September lalu, kata penyedia perkhidmatan tersebut – Tricubes Berhad.Dalam taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar berkata, angka itu jauh daripada sasaran 5.4 juta pelanggan yang ditetapkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

"Kami mensasarkan seramai mungkin pelanggan, dan kami yakin dengan sasaran kami itu walaupun PEMANDU telah menetapkan sasaran 5.4 juta pelanggan menjelang akhir tahun ini," katanya.

Apabila ditekan lanjut, Khairun berkata, ramalan dalaman telah disemak semula kepada 2 juta pelanggan pada tahun 2012.


Sebelum ini dikenali sebagai perkhidmatan 'e-mel 1 Malaysia', Myemail dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 April, dan terus menjadi sasaran kritikan orang ramai.

Terdapat kebimbangan mengenai aspek privasi dan sama ada jumlah wang yang dibelanjakan itu wajar, memandangkan kebanyakan perkhidmatan emel, adalah percuma. Terdapat juga persoalan mengenai status GN3 Tricubes.

Sebelum ini adanya satu gesaan supaya rakyat negara ini tidak mengguna atau melanggan khidmat Emel 1Malaysia kerana ia tidak menjamin keselamatan dan maklumat peribadi diceroboh pihak berkuasa. Sebuah blog menyatakan, rakyat Malaysia perlu menolak perkhidmatan emel berkenaan meski ia diberi secara percuma oleh kerajaan.

"Ia tidak menjamin keselamatan dan hak keperibadian anda. Rakyat mempunyai ruang untuk memilih penggunaan email percuma seperti Yahoo, Hotmail dan Gmail. Kenapa diri anda perlu menanggung risiko yang tinggi akibat penggunaan email 1Malaysia?," soal penulis blog tersebut, Pian Kia Liao.

Beliau memberi sebab bahawa kemungkinan maklumat menerusi emel yang dihantar akan mudah diakses Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Tricubes Berhad mengaku khidmat e-mel 1 Malaysia yang bakal disediakannya adalah hayat kewangan bagi syarikat itu, yang sebelum ini berhadapan dengan risiko dibatalkan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.

Perkhidmatan myemail.my dipercayai akan mengancam perkhidmatan Pos Malaysia Berhad yang digunakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

KWSP mempunyai 12.72 juta anggota sehingga 31 Disember 2010 tetapi ahli yang aktif dianggarkan 6.04 juta.

RAKYAT MARHAEN



Laluan MRT Dilencongkan Hanya Untuk Selamatkan Rumah VIP

Posted: 05 Oct 2011 02:59 AM PDT

KUALA LUMPUR 05 OKT: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersikap berat sebelah apabila sanggup menukar laluan terowong Mass Rapid Transit (MRT) untuk menyelamatkan rumah seorang kenamaan.

Walhal pemilik rumah dan perniagaan lain di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, seperti di Taman Tun Dr Ismail, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan diberi notis yang tanah mereka akan di ambil bagi laluan projek tersebut.

Perkara ini dibongkar Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang berkata pelan asal terowong MRT akan merentasi rumah kenamaan itu tetapi laluannya telah dirombak bagi menyelamatkan kediaman tersebut.


Arahan supaya laluan itu dilencongkan dikeluarkan meskipun kerja-kerja sudah dijalankan. Kontraktor yang terlibat diarah supaya mengubah laluan terowong daripada menghampiri hartanah tersebut,Tony Pua berkata demikian pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Tony Pua yang mewakili gagasan pembangkang mendesak kerajaan agar menjelaskan perkara tersebut yang sedia maklum projek tersebut menggunakan wang rakyat.Kerajaan mesti menjelaskan hiprokrasi dan sikap dwi-standard,katanya.

Projek prasarana terbesar itu telah menerima tentangan dari beberapa pihak, terutama pemilik kediaman dan perniagaan yang terpaksa memindahkan hak-milik hartanah mereka kepada kerajaan bagi memberi laluan.

Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan insiden itu secara tidak langsung mencerminkan sikap sebenar SPAD yang bertindak seolah-olah di bawah pengaruh politik.

Lebih malang lagi, Nurul berkata, perlakuan SPAD ini menunjukkan bahawa individu yang mempunyai hubungan diberi pertimbangan istimewa oleh kerajaan dengan mengabaikan nasib beratus-ratus pemilik hartanah yang turut tersenarai dalam pengambilan tanah sewenang-wenangnya oleh SPAD.



Gambar Siapa Pulak Ni??

Posted: 05 Oct 2011 02:51 AM PDT




Tiada ulasan: