Blog-list Malaysia |
- Pemuda Pakatan Akan Halang Pemuda Umno Dari Buat Dajal Di Rembau Esok
- Akhirnya Muhyiddin akui Malaysia pernah dijajah
- Orang Tua Tu Bercakap Lagi.. Biarkan.. Biarkan... Hahaha..
- MCA Upah Amoi Cun Untuk Meriahkan Mesyuarat
- Kenyataan Rais palsu dan cukup berbahaya - Guan Eng
- Blogger Umno Sahkan BN Sudah Dibenci Rakyat
- Chegu Bard Tak Puas Hati Jawapan Nazri
Pemuda Pakatan Akan Halang Pemuda Umno Dari Buat Dajal Di Rembau Esok Posted: 04 Oct 2011 10:52 PM PDT Dua minggu lepas Majlis Mesra Aidilfitri anjuran PAS Cawangan Ampangan, dekat Seremban telah di serang ala 'gangster' oleh Pemuda Umno yang menyamar sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, jelas tindakan mereka berhimpun secara haram dan melakukan gaduh gempar tempat awam serta mengganggu program yang mendapat permit polis adalah salah. "Ternyata polis gagal melindungi orang awam apabila ada anggota polis yang dari awal berada ditempat kejadian gagal bertindak," katanya dalam satu kenyataan. Menurutnya, sekurang-kurangnya dua orang awam yang hadir majlis tersebut cedera dan berdarah. Satu laporan polis telah dibuat dua hari selepas kejadian. Badrul Hisham @ CheguBard memberitahu identiti pihak yang terlibat telah pun didedahkan namun sehingga kini seperti tidak ada sebarang tindakan. "Malah timbul pula persoalan adakah senyapnya pasukan polis ini ada kaitan juga dengan Majlis Jamuan Aidilfitri tajaan Umno yang diadakan dalam premis PDRM (Polis DiRaja Malaysia) yang ditaja oleh Umno Seremban, selepas kejadian tersebut. Beliau berharap polis bertindak profesional dan yakin polis juga tidak suka dengan tindakan samseng Umno yang jelas tidak menghormati pasukan keselamatan dan undang-undang negara tetapi mereka tersepit dengan tekanan daripada pihak 'atasan'. "Kita minta polis bertindak secara profesional khususnya kepimpinan polis di Negeri Sembilan serta beliau amat kesal dengan tindakan menekan dan menghina polis negeri ini oleh mereka yang berkuasa. "Kita juga memohon orang ramai untuk bersama-sama memberi sokongan kepada polis bagi bertindak profesional dan tidak tunduk dengan tekanan atasan semata-mata. Ujar CheguBard, "Pemuda Umno berkelakuan sombong dan bongkak serta merasakan polis boleh diperkudakan memandangkan Perkasa Negeri Sembilan secara terbuka memberi amaran kepada Mohamad @ Mat Sabu supaya jangan masuk ke negeri itu. Menurut beliau, Pakatan Rakyat Rembau akan mengadakan satu majlis Ceramah Perdana bersama Mat Sabu esok, 6 Oktober jam 9 malam di Kg. Pulau Bintongan, Rembau. -FMT |
Akhirnya Muhyiddin akui Malaysia pernah dijajah Posted: 04 Oct 2011 08:17 PM PDT Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan pandangan pakar sejarah bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. Muhyiddin berkata pendirian kerajaan adalah demikian walau sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, walaupun dengan nasihat British. "Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja. "Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima. "Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British). "Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini. Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar. |
Orang Tua Tu Bercakap Lagi.. Biarkan.. Biarkan... Hahaha.. Posted: 04 Oct 2011 07:30 PM PDT Mengapa Tun M perlekeh Belanjawan Pakatan Rakyat? Saya memetik berita reaksi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad terhadap pembentangan belanjawan 2012 Pakatan Rakyat tiga hari sebelum pembentangan bajet 2012 oleh PM Najib Razak Jumaat ini. Dr M dipetik sebagai berkata: "(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," "Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya. "Ini biasa malah Obama (Presiden AS Barack Obama) berjanji untuk menutup Guantanamo Bay (Pusat Tahanan) tetapi sampai sekarang tak tutup lagi. Tetapi beliau dipilihlah" katanya. Saya ingin bertanya: 'Adakah Tun telah meneliti belanjawan tersebut?' Apakah hanya kerana belanjawan itu dibentang dan dicadangkan oleh Pakatan Rakyat, lalu ia diperlekeh dan dipandang rendah? Mengapa ia tidak diperhalusi terlebih dahulu? Adakah kerana ia dibentang oleh musuh politik yang juga mantan Timbalannya dahulu lalu ia ditolak mentah-mentah? Tidakkah pembentangan ini menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat juga mampu menyediakan belanjawan sebagaimana BN juga? Justeru, kalau ada pandangan yang mengatakan bahawa hanya BN sahaja yang mampu membawa kesejahteraan dan kemakmuran, tidakkah itu ayat yang mengandungi unsur syirik namanya? Kalau benar pembentangan belanjawan oleh Pakatan Rakyat ini membawa manfaat buat rakyat, selain menjadi alternatif dan saingan sihat kepada bajet oleh BN nanti, mengapa Tun tidak melihatnya dari sudut positif yang memberi kebaikan kepada rakyat? Atau dendam kesumat dan benci kepada Pakatan Rakyat ini tidak dapat dibendung langsung, lantas menafikan kebaikan yang ada dalam belanjawan Pakatan Rakyat ini? Secara serius, saya harap ada pakar-pakar ekonomi di Malaysia yang memberikan komen membina terhadap belanjawan Pakatan Rakyat dengan melihat secara jujur belanjawan ini, berdasarkan nilai taqwa dalam diri, dan mengutamakan maslahah dan kepentingan rakyat teramai dari hanya menjadikan kekayaan negara ini beredar di kalangan mereka yang berkepentingan sahaja, dan mereka yang berkepentingan itu ada di antaranya sudah bersara dan sedang berihat menikmati kekayaan negara yang sudah dibolot itu. Penulis adalah Ketua Lajnah Penerbitan & Penyelidikan, Dewan Ulama PAS Terengganu. |
MCA Upah Amoi Cun Untuk Meriahkan Mesyuarat Posted: 04 Oct 2011 06:25 PM PDT Jelitawan MCA: Benar atau sekadar opera Cina? Kehadiran tujuh jelitawan muda pada Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA pada Sabtu lalu, cukup mencuri tumpuan para perwakilan dan sesetengah media memilih menyiarkan gambar mereka di halaman utama di akhbar mereka pada keesokan harinya. Setelah diberikan isyarat, tujuh jelitawan itu mendahului kumpulan wanita MCA memasuki dewan di Wisma MCA itu dan mengambil tempat dududuk yang disediakan khas. Mereka juga sempat memberikan senyuman kepada jurugambar yang sibuk merakamkan kejelitawan mereka. Tindakan itu adalah sebahagian daripada permulaan simbolik kepada Pemuda MCA yang bakal membuka pintunya kepada ahli-ahli wanita mulai tahun depan. Walaupun jelitawan itu cukup selesa mengukirkan senyuman di hadapan kamera, namun kegagalan pihak penganjur mengaturkan sesi wawancara denagn wartawan menimbulkan persoalan sama ada ini satu sandiwara ataupun opera Cina. Gambar-gambar jelitawan itu juga banyak tersebar di internet, terutamanya di Facebook, sehingga ada yang berpendapat tujuh wanita itu telah diupah sebagai sebahagian daripada usaha mendapatkan publisiti secara meluas. Beliawanis: Mereka ahli sebenar Ketika dihubungi semalam, ketua Beliawanis MCA, Tee Hooi Ling menolak dakwaan bahawa wanita berkenaan bukan ahli bona fide parti itu. "Hal ini tidak benar, mereka adalah semua ahli. Jika tak silap, ada antara mereka adalah dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh tergamak membuat dakwaan seumpama itu," katanya. Tee berkata bahawa ia "sangat menjijikkan" untuk netizens (warga di internet) mempersoalkan keanggotaan wanita berkenaan semata-mata kerana mereka berpendapat wanita itu cantik. Katanya, ahli-ahli Beliawanis itu hadir pada Sabtu lalu kerana menerima jemputan Pemuda MCA yang akan membuka sayap itu kepada ahli-ahli wanita tahun depan. "AGM hanya untuk perwakilan pusat, dan Beliawanis daripada beberapa bahagian telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan untuk menjadi pemerhati," katanya. Walau bagaimanapun Tee tidak pasti bahagian-bahagian yang dijemput itu. Menurut beliau gambar-gambar ahli Beliawanis MCA yang terpampang di dada akhbar itu adalah ahli "yang agak baru", sambil menambah bahawa Pemuda MCA boleh mula merekrut ahli-ahli wanita sebelum dasar itu menjadi rasmi. Beliawanis sebelum ini ditempatkan di bawah Wanita MCA dan khusus untuk ahli-ahli wanita yang berusia 18 hingga 35. |
Kenyataan Rais palsu dan cukup berbahaya - Guan Eng Posted: 04 Oct 2011 06:56 AM PDT Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Yatim dibidas kerana mendakwa hanya bahasa Cina dan Inggeris digunakan di sebuah majlis rasmi yang dihadirinya. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kenyataan palsu yang dibuat Rais itu cukup berbahaya. Katanya, Rais seharusnya tidak berbohong seperti media milik Umno dan BN; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran kerajaan negeri Pulau Pinang yang meminggirkan bahasa Melayu. "Saya mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 29 September lalu. "Saya ingin mengingatkan Rais bahawa Kolej Han Chiang merupakan kolej swasta dan program tersebut dianjurkan oleh Han Chiang dan bukannya Kerajaan Negeri," katanya dalam satu kenyataan media. Semalam, Bernama memetik Rais sebagai berkata beliau kesal kerana bahasa kebangsaan tidak dinobatkan di Pulau Pinang selepas dua tahun negeri itu dikuasai oleh DAP. Main sentimen perkauman Dakwanya, ini jelas terbukti apabila dalam satu majlis rasmi yang beliau hadiri, penganjur hanya bercakap dalam bahasa Cina dan Inggeris. "Hanya saya berucap dalam bahasa kebangsaan dan sebahagian Inggeris. Ini menunjukkan sikap tidak menghargai bahasa kebangsaan itu sudah jelas dan ini adalah amat tidak baik dalam konteks perpaduan pelbagai kaum," kata Rais dipetik Bernama. Menurut Lim, kenyataan Rais bahawa beliau seorang sahaja menggunakan bahasa kebangsaan dan sedikit sahaja bahasa Inggeris adalah tidak benar. Sebaliknya menurut Lim, beliau turut bertutur dengan menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin dan mempersoalkan mengapa Rais tidak menyebut perkara yang sebenarnya. Katanya, jika Rais tidak berpuas hati dengan program yang dianjurkan oleh Kolej Han Chiang, beliau sepatutnya menyampaikan rasa tidak puas hati berkenaan kepada penganjurnya. "Mengapa beliau tidak menuntut penjelasan daripada Han Chiang? "Sebaliknya Rais memilih untuk tidak berlaku adil dengan menyalahkan kerajaan negeri untuk program yang dianjurkan oleh sebuah kolej swasta," katanya. Menurut Lim kenyataan palsu menteri Umno itu terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang jelas bertujuan untuk memainkan sentimen perkauman kononnya Pulau Pinang tidak menghargai Bahasa Melayu. Tidak bermaruah "Kenyataan sebegini tidak akan menyumbang kepada perpaduan nasional. (Malah) Rais turut menggesa orang Melayu di Pulau Pinang supaya membangkitkan isu tersebut. "Jika Rais boleh membuktikan mana satu program rasmi kerajaan negeri Pulau Pinang yang dihadiri beliau tidak menggunakan bahasa Melayu, kerajaan negeri akan mengambil tindakan bagi membetulkan kesalahan tersebut," kata Lim. Bagaimanapun, menurut Lim yang juga setiausaha agung DAP sekiranya Rais gagal untuk membuktikannya, maka beliau harus menarik balik dan meminta maaf atas kata-kata tersebut. "Jika tidak, beliau akan dituduh sebagai seorang yang tidak bermaruah dan yang bersikap perkauman kerana cuba membangkitkan sentimen perkauman. "Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan kekecewaan terhadap percubaan sistematik dan bersiri yang dilakukan untuk melemahkan kerajaan negeri dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbau perkauman tetapi juga jelas merupakan satu pembohongan," katanya. Pemimpin miliki PR Australia? Lim seterusnya menyifatkan percubaan itu sebagai satu cubaan terdesak yang sangat tidak bertanggungjawab dan yang boleh mengancam keharmonian serta kestabilan masyarakat. Tambahnya, serangan Rais itu susulan laporan dalam The New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia pada 2 Oktober lalu bahawa kononnya Lim telah mendedahkan rahsia negara kepada pemimpin Singapura dalam satu majlis makan malam. "Laporan tersebut turut mempersoalkan kesetiaan saya kepada negara. "Saya tidak faham mengapa kesetiaan saya kepada Malaysia turut dipersoalkan seperti mana yang dilaporkan dalam NST apabila saya tidak mempunyai status pemastautin tetap di negara Australia walaupun saya merupakan graduan lulusan Universiti Monash. "Kenapa laporan NST tidak pula mempersoalkan kesetiaan pemimpin-pemimpin BN yang mempunyai status PR (penduduk tetap) di Australia? "Datuk Seri Rais, bola berada di gelanggangmu. Apa kata anda?" akhiri Lim. Malaysiakini |
Blogger Umno Sahkan BN Sudah Dibenci Rakyat Posted: 04 Oct 2011 05:58 AM PDT Rakyat mahu bersatu, tetapi bersatu di luar BN- Aspan Alias Di dalam sesebuah negara seperti negara kita yang penduduknya terdiri dari berbilang kaum, yang paling penting kita mesti perjuangkan ialah membina masyarakat dan rakyat yang bersatu dan muhibbah. Di dalam negara kita dini hari kita sedang melihat keruntuhan dan kejatuhan tahap perhubungan kaum yang merbahaya. Perhubungan di antara kaum ini kini sudah sampai keperingkat yang terendah malahan lebh rendah dan merbahaya dari keadaan sebelum 13 Mei 1969 dahulu. Laungan dan bisikan rasis yang di amalkan oleh pemimpin-pemimpin yang tidak berkepimpinan merupakan penyebab utama kenapa penyakit membenci di antara satu kaum dengan kaum yang lain sudah sampai ke tahap yang sangat menyakitkan. Oleh kerana kelemahan pimpinan yang tidak di hormati oleh rakyat berbilang kaum maka parti-parti yang rasis yang menganggotai BN sedang sibuk memukul gendang perkauman untuk mendapat sokongan kaum yang mereka masing-masing pimpin. Semasa kepimpinan negara mempunyai kredibiliti yang tinggi kerana sifat 'magnanimity' mereka yang tinggi dahulu, mereka berani untuk mengambil sikap yang jelas untuk melakukan usaha mencapai penyatuan rakyat. Tun Abd Razak berjaya membawa semua pemimpin berbilang kaum kemeja perundingan dan menyatakan dengan terus terang yang 'national unity' itu ada matlamat terakhir bagi negara kita. Tun Razak dan pimpinan beliau berani menyatakan perpaduan kaum itu adalah perkara yang terpenting untuk dicapai. DAN itu pun 'ultimate' negara. Kepimpinan semasa itu berani mendapatkan persetujuan semua pemimpin kaum di negara ini untuk negara melalui dasar-dasar yang jelas bagi mencapai matlamat perpaduan kaum itu. Pemimpin-pemimpin UMNO sebagai parti yang utama semasa itu faham tentang keresahan rakyat yang menyebabkan berlakunya kejadian 13 Mei '69 itu. Di sinilah lebihnya pemimpin pra Mahathir. Mereka mampu menyelami masalah rakyat yang berbilang kaum ini. Apabila mereka tahu dan faham semua masalah rakyat ini maka barulah mereka lakukan tindakan dengan menggubal dasar-dasar yang boleh menyelesaikan masalah itu. Ini memang asas ilmu pengurusan; 'one has to understand problems up to specific even before thinking of solving them'. Pemimpin kita berjaya menyelami segala masalah rakyat yang berbilang kaum, maka pimpinan pun dengan mudah menggubal dasar-dasar untuk membentuk proses-proses ke arah matlamat 'national unity' itu. Tun Razak dan barisan kepimpinannya berjaya mendapat sokongan semua kaum untuk beliau melaksanakan DEB dan pencapaiannya ialah melalui beberapa proses yang telah dipersetujui oleh semua kaum. Pertamanya untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Keduanya untuk menghapuskan cara mengenali satu-satu kaum itu melalui fungsi ekonominya. Kerajaan tidak mahu lagi Melayu di kenali sebagai pekebun dan petani kecilan yang duduk di desa-desa. Kaum Cina tidak hanya dipersepsikan sebagai gulungan peniaga sahaja dan kaum India tidak digambarkan sebagai hanya pekerja ladang kepunyaan bangsa asing dan taukay besar-besar sahaja. Ketiganya untuk merapatkan jurang pendapatan di antara yang berada dengan tidak berada. Keempatnya untuk membesarkan serta melebarkan kek ekonmi negara dan menyusun pembahagian harta kekayaan negara mengikut kaum secara equitable (bukan equal). Bumiputra di berikan kemudahan dan galakan untuk mencapai 30 peratus penyertaan di dalam bidang ekonomi dan industri dan bukan bumiputra sebanyak 40 peratus dan selebihnya untuk bukan rakyat Malaysia. Dasar ini telah di persetujui oleh semua pihak termasuk yang bukan bumiputra kerana proses pembahagian dan menambah penyertai bumiputra itu bukannya dengan mengambil alih atau merampas hak bukan bumiputra tetapi sebaliknya dengan membesarkan kek ekonomi tadi untuk bumiputra mengusahakan pencapai matlamat pegang kekayaan serta equiti negara sehingga 30 peratus menjelangnya tahun 1990. Baca seterusnya di sini |
Chegu Bard Tak Puas Hati Jawapan Nazri Posted: 04 Oct 2011 04:49 AM PDT Pembocor maklumat berhubung kemasukan cincin berlian RM24 juta yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri Rosmah Mansor menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap jawapan menteri berhubung perkara itu. "Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (kanan). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin itu benar-benar wujud. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Nazri berkata tiada pembelian dibuat terhadapnya. Dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini hari ini, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah. "Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar. "(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya. 25,000 risalah akan beredar Bagaimanapun, Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza. "Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi. Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama. Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum. Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini. Badrul Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan - yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya. Badrul Hisham melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu ia ditimbulkan. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan