Biaqpila |
Laporan audit sahkan kerajaan BN perlu diganti Posted: 26 Oct 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 26 Okt: Ketirisan yang didedah Laporan Ketua Audit Negara 2010 menunjukkan betapa urus tadbir kerajaan BN perlu diganti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim. Beliau yang meyifatkan pendedahan itu sebagai "raja segala pembaziran" berkata, ia sekaligus menjelaskan bahawa tahap pentadbiran negera dibawah Barisan Nasional berada ditahap yang sangat buruk. "Deretan salah tadbir urus kewangan negara jelas tersenarai dalam laporan tersebut, jadi tidak hairanlah mengapa dokumen itu lewat sampai untuk diserahkan kepada ahli parlimen," katanya merujuk laporan yang dibentang lewat 17 hari itu. Menurutnya yang juga ketua penerangan PAS Perak, rakyat juga boleh menilai sebagaimana yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara bahawa jumlah miskin dan miskin tegar di Sabah dan Sarawak semakin bertambah. Katanya, ini memberi makna bahawa program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah gagal sama sekali. "Umno BN sebagai peneraju kerajaan pusat dan selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap belanja "berhemah" ini pastinya telah menutup isu pembaziran besar-besaran ini dari terdedah ke pengetahuan rakyat melaui media pro mereka iaitu Utusan, TV3 RTM dan lain-lain," katanya lagi. Selama Umno BN mentadbir Pusat ujarnya, situasinya bukanlah ketirisan, tetapi wang negara secara terang-terangan telah diambil oleh 'tangan-tangan hitam' dengan gandaan harga belian barangan untuk kegunaan badan kerajaan telah dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan. Dalam laporan audit tersebut, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dilaporkan membelanjakan wang untuk mendapatkan peralatan tertentu - seratus peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran. Ianya termasuk Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419, Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100, Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90, Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79, Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60. Sementara itu juga laporan audit tersebut turut mencatatkan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) membelanjakan RM56,350 bagi sepasang 'binokular marin' atau teropong visi malam, 29 kali lebih tinggi daripada harga pasaran bernilai RM1,940, dedah Laporan Ketua Audit 2010. Jabatan itu juga membayar jumlah yang sama bagi sepasang binocular visi malam jenama Bushnell, atau 1,893 peratus lebih tinggi daripada harga sebenar RM2,827. Ia juga didapati 'terlebih bayar' RM38,470 dan RM13,918 bagi set radar Colour Marine berharga RM8,255 dan sebuah TV LCD dengan pemain cakera DVD bernilai RM16,100 dan RM2,182 masing-masing. Sehubungan itu kata Khalil Idham, segala ketirisan seperti yang dilaporkan oleh ketua audit negara tersebut hanya boleh dibendung dengan menukar kerajaan. "Poket pencuri wang rakyat hanya dapat dikosongkan dengan memberikan undi anda kepada Pakatan Rakyat, undi kerajaan baru dari Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti bagi menjamin negara yang lebih telus dari segi pengurusan wang negara," katanya. HD KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kamera rakam gambar bogel penyanyi Lebanon Posted: 25 Oct 2011 08:38 PM PDT BEIRUT - Penyanyi Lebanon, Haifa Wahbi merancang untuk menyaman sebuah kedai pakaian tempatan kerana meletakkan beberapa kamera tersembunyi di bilik persalinan dan merakam gambarnya dalam keadaan tidak berpakaian seterusnya menyebarkan gambar-gambar itu di Internet, lapor akhbar Al-Bawaba semalam. Walaupun penyanyi yang popular dengan laguAgoul Ahwak itu cuma membeli-belah di beberapa gedung pakaian terpilih, dia telah terpedaya satu komplot jahat yang dilakukan di kedai pakaian yang kerap dikunjunginya itu. Haifa yang berang melihat gambar-gambar bogelnya tersebar di Internet segera menelefon pemilik kedai pakaian tersebut untuk memarahinya selain memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah berhubung isu tersebut. Ekoran insiden tersebut, Haifa yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan Ratu Cantik Lebanon, mengarahkan seorang peguamnya mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengurusan kedai pakaian berkenaan sebagai pengajaran. Sementara itu, penyanyi itu sedang melakukan persiapan untuk album terbaharunya yang turut menampilkan lagu duet bersama bintang rap Amerika Syarikat, Snoop Dog. Haifa juga akan membintangi sebuah drama televisyen yang dijadual disiarkan dalam bulan Ramadan tahun depan. - Agensi kosmo Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan