Rabu, 19 Oktober 2011

Biaqpila

Biaqpila


Penyelidik Beri Amaran Hutang Negara Bakal Cecah RM1 Trilion

Posted: 19 Oct 2011 03:00 PM PDT


KUALA LUMPUR 18 OKTOBER : Badan pemikir bebas, Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) memberi amaran bahawa impian negara menuju Wawasan 2020 boleh "berkecai" melainkan jika kerajaan mengambil pendekatan membudayakan amalan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.
REFSA dalam kenyataannya menjelaskan menjelang tahun 2020, hutang negara boleh mencecah RM1 trilion sekiranya hutang Kerajaan Persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun.

Menurut REFSA, defisit semasa negara hari ini yang berada pada RM437 bilion adalah lebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

"Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka," di petik laporan REFSA.

Sebagai rekod, antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

"Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang - RM1, 000000000000," Jelas REFSA.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

"Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, "kata laporan itu lagi.

tvs


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LIVE : Chelsea - Racing Genk

Posted: 19 Oct 2011 11:55 AM PDT

Guna taktik ‘perempuan tipu perempuan’

Posted: 19 Oct 2011 03:15 AM PDT



IPOH: Taktik 'perempuan tipu perempuan' (PTP) diguna pakai sindiket penipuan didalangi lelaki Afrika dikesan mengupah dua wanita tempatan untuk memudahkan mereka menjerat cinta wanita warga Malaysia.
Dua wanita tempatan berusia 30 hingga 40 tahun itu digunakan sindiket untuk memudahkan mereka menyamar dan berkomunikasi menggunakan laman sosial facebook atau Tagged dengan ramai mangsa sebelum mereka diperdaya membabitkan kerugian RM850,000.

Suspek wanita itu turut dibayar untuk menyamar sebagai pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) atau syarikat penghantaran kurier bagi meyakinkan mangsa untuk memasukkan wang ke dalam akuan ditetapkan.

Kegiatan penipuan licik itu bagaimanapun ditumpaskan selepas dua wanita tempatan diberkas bersama 13 ahli sindiket lain hasil beberapa serbuan awal bulan ini di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, suspek didalangi 12 lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita Singapura, diberkas 7 Oktober lalu selepas polis melakukan siasatan rapi berhubung 44 laporan kes penipuan itu.

Menurutnya, ahli sindiket terlebih dahulu berkenalan dengan mangsa yang kebanyakannya wanita tempatan menerusi laman sosial facebook.

"Mangsa kemudian diperdaya dengan pelbagai janji palsu iaitu bakal menerima kiriman bungkusan hadiah berisi wang tunai dan barangan kemas," katanya pada sidang media di sini semalam.

Katanya, beberapa ahli sindiket lain menyamar sebagai pegawai Kastam atau syarikat penghantaran kurier sebelum menghubungi mangsa dan memberitahu kononnya bungkusan hadiah itu ditahan. "Mangsa dipujuk supaya membuat bayaran pelepasan dengan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun bagi mendapatkan bungkusan itu.

"Wanita bekerjaya yang menjadi mangsa itu juga mudah jatuh cinta melalui laman facebook dan hanya menyedari ditipu apabila hadiah dijanjikan tidak sampai ke tangan selepas bayaran dibuat," katanya.

Mohd Shukri berkata, hasil penahanan itu pihaknya merampas beberapa peralatan digunakan sindiket itu termasuk beberapa komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM11,500.
Published with Blogger-droid v1.7.4

AZIZ BARI DISIASAT BAWAH AKTA HASUTAN

Posted: 18 Oct 2011 09:39 PM PDT


Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) dipanggil untuk memberi kenyataan kepada polis berkaitan pandangan beliau tentang titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini. Aziz yang dihubungi memberitahu bahawa beliau telah dihubungi polis Shah Alam semalam dan diminta untuk hadir memberi kenyataan berhubung isu tersebut di bawah Akta Hasutan.
"Saya ada dipanggil polis semalam, mereka mahu menyiasat saya di bawah Akta Hasutan . . . saya akan pergi bersama peguam saya hari ini," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini.
Kelmarin beliau diambil kenyataan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia berhubung isu yang sama ekoran satu laporan yang telah dibuat Jumaat lalu.
Minggu lalu, beberapa pihak membuat laporan ke atas Aziz.
Antaranya, Senator Ezam Mohd Nor menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.
"Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.
"Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini," kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.
Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.


Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campur tangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
Beberapa Ahli Parlimen juga membidas Aziz kerana kenyataannya ketika menyertai perbahasan di Dewan Rakyat.
Pada 11 Oktober lalu, kenyataan Aziz yang berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim mencetuskan kontroversi.
Katanya, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.
Berikutan itu,  pemimpin BN, khususnya Umno dan media-media miliknya  memperhebatkan bidasan mendesak Aziz memohon maaf dan dikenakan pelbagai tindakan kerana didakwa biadap dan derhaka kepada institusi raja-raja.
Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.


kl-today
Published with Blogger-droid v1.7.4

APA MOTIF UMPORNO TAYANG VIDEO LUCAH PADA KAKITANGAN KERAJAAN?

Posted: 18 Oct 2011 06:00 PM PDT



Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan Umno dan BN Perak dilihat kian terdesak apabila bertindak menggunakan program rasmi kerajaan untuk menayangkan video lucah bertujuan untuk mengaibkan pemimpin tertentu, sekaligus untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan tindakan saperti ini jelas menunjukkan pemimpin UMNO tidak bermoral apabila menayang Video Lucah mirip Anwar Ibrahim dalam majlis penerangan perdana anjuran kerajaan Negeri Perak di dewan Jubli Perak Kuala Kangsar baru-baru ini.

Majlis atas nama Taklimat Perdana dihadiri pegawai-pegawai kerajaan, guru-guru, ketua-ketua kampung dan ramai lagi. Pemimpin UMNO yg hadir antaranya Naib Presiden UMNO Shafie Afdhal, Ketua Penerangannya Ahmad Maslan , Husni Hanadzlah dan juga Zambry Abdul Kadir.

Memetik ucapan beliau, "PAS Perak kesal majlis rasmi kerajaan yg sepatutnya digunakan untuk menerangkan bajet negara atau yang berkaitan dengan polisi kerajaan sebaliknya digunakan oleh UMNO untuk memfitnah Pakatan Rakyat, dan yg paling jejek menayangkan video lucah".

Menurut beliau PAS Perak mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas UMNO yang menggunakan majlis dan premis kerajaan untuk menayangkan video lucah tersebut.

PAS mensifatkan UMNO dan pemimpinnya adalah parti yang tidak bermaruah, tidak bertamadun apabila sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik mereka, katanya.

Sehubungan itu beliau menyifatkan Umno sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat yang lebih berwibawa.

"Rakyat perlu menolak parti dan pemimpin UMNO yang tidak ada harga diri dalam pilihanraya umum ke 13 nanti," ujar beliau. SUMBER

naimnikmat

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: