Ahad, 16 Oktober 2011

Biaqpila

Biaqpila


Gempar ‘anak pocong’ depan rumah

Posted: 16 Oct 2011 03:00 PM PDT


BATU PAHAT – Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja di sini gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.

Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.

Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.

"Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.

kosmo


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

DEBAT PROF AZIZ BARI DENGAN EZAM SESUMPAH DAN ZUL KULIM

Posted: 16 Oct 2011 05:03 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA Prof Dr Abdul Aziz Bari mengeluarkan pendapat beliau tentang kuasa raja-raja, maka melalak-melolong lah puak-puak yang pernah menghilangkan kuasa raja ini menghentam Pakar Perlembagaan ini.

Golongan yang bersekongkol dengan puak yang pernah menaikkan sepanduk " Kami mahu Deris, Natang" di depan Istana Terengganu dahulu berlakon seolah-olah mereka lah yang paling taat setia kepada institusi raja. Ini bukan zaman masyarakat jahil dan bengap, jika ada pun puak-puak mereka sahaja yang masih ketinggalan zaman. Orang seperti Ezam sesumpah dan Zul Kulim dan beberapa orang pencacai itu kehabisan modal maka dikutipnya modal dari Utusan dan TV 3 suku. Betapa rendahnya moral mereka.


Jangan lupa kisah ini.....

Prof Dr Aziz Bari tetap mempertahankan kenyataannya sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”


Hebat mereka masa itu....kini mahu bercakap pasal raja?

Di dalam masa yang sama, Prof Dr Aziz Bari dengan tegas dan berani menyatakan kesanggupan beliau untuk berdebat dengan puak-puak itu. Masalahnya, ada sejarahkah puak-puak seperti itu berani berdebat? Zul Kulim pernah dicabar untuk berdebat oleh YB Khalid Samad dahulu di dalam isu Kalimah Allah. Zul Kulim terkedu kerana standard beliau hanya bercakap seorang diri umpama orang gila di depan TV sahaja. Kali ini, saya yakin tiada seekor pun di antara mereka itu yang berani termasuk Ezam sesumpah. Paling kuat, Ezam sesumpah akan bersumpah lagi di depan TV menyatakan beliau benar.



Apa yang penting.....cuppsss..cuppsss..meleleh air liur kat tangan...

Di sini, rakyat boleh melihat secara jelas siapa yang benar dan siapa yang bacul. Akhirnya seperti biasa puak ini akan mengadu kepada Istana, Polis dan mahkamah. Itu saja standard mereka./wfauzdin.blogspot.com

Sumber lanjut, baca di sini.



wfauzdin


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

MANA PI UMPORNO? MANA PI PERKASA?

Posted: 16 Oct 2011 12:00 AM PDT


Mana Pergi UMNO? Mana Pergi PERKASA Yang Kononnya Nak Gantikan PAS Dalam Perjuangkan ISLAM Bilamana Hukum Islam Di Perlekehkan Oleh MCA? Mana Laporan Polis Beribu-Ribu Yang Dibuat Sepertimana Mereka Buat Laporan Terhadap Mohd Sabu? Kalau Berbicara Tentang Melayu Bukan Main Lagi.. Sanggup Pertahan Hingga Titisan Darah Terakhir... Bila Berbicara Tentang Islam, Masing-Masing Membisu Seribu Bahasa Dan Tak Berani Pertahankannya... Bukan Main Lagi Kata PAS Alat DAP Tapi Sebenarnya Merekalah Alat MCA....

Berikut Keratan Akhbar Kempen Sejuta Tandatangan Tolak Hudud Yang Dilancarkan & Digerakkan Oleh MCA. Bukankah Ini Sudah Mencabar Org-Org Islam Di Malaysia? Mengapa Kerajaan Pandang Sepi Isu Ini Yang Ternyata Perbuatan MCA Ini "Menghasut" Org Supaya Membenci Hukum Hudud / Islam?

Kami Boikot Buletin Utama TV3

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pelik: Isu "MyKad Warga Asing", Lain Yang Rakyat Pertikaikan Tapi Lain Pula Yang Mahu Dilakukan!

Posted: 15 Oct 2011 09:00 PM PDT

KLUANG 15 Okt - Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (foto) berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak. "MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru. Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad tersebut.

[Aneh, lain yang dipertikaikan oleh rakyat lain pula yang dilakukan oleh KDN dan JPN. Nampak benar mereka cuba mengaburi mata rakyat dalam hal pemberian MyKad kepada warga asing yang dipertikaikan sekarang ini. Isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanan hanya itu lama yang memang pun wajar diperbetulkan. Namun, isu besar sekarang ialah tentang penipuan "anugerah warganegara" kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang sebenarnya. Apa guna mempunyai MyKad yang canggih dan terbaik di dunia, jika warga asing begitu muda memperolehinya demi kuasa yang ingin dipertahan oleh kerajaan BN yang memerintah pada hari ini].




pahangdaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: KOREK

Posted: 15 Oct 2011 06:00 PM PDT



Ali: Pak, betul ke make love tu best?

Bapak: Haah, samalah best macam kamu korek hidung kamu!

Ali: Tapi betul ke orang perempuan lagi rasa best?

Bapak: Kalau kamu korek hidung, hidung kamu ke jari kamu yang rasa best?

Ali: Tapi kenapa orang perempuan tak suka diperkosa?

Bapak: Kalau kamu jalan2, tetiba ada org nak korek hidung kamu.kamu suka tak??

Ali: Betul ke tak boleh buat tu masa datang bulan?

Bapak: Kalau hidung kamu berdarah, kamu nak korek jugak ke?!

Ali: wahh.. bapak ni..



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: