Biaqpila |
- Anak ditemui melalui facebook
- KEPUTUSAN EPL 15/10/11
- CARA TAPIS VIDEO YOUTUBE
- KAMI TAK MASUK UMNO LA...KAH! KAH! KAH!
- Kapten dan 37 perajurit peluk Islam
- Bayi baru lahir disumbat dalam pam tandas
- GAMBAR MENARIK PEMANDANGAN KAABAH
Posted: 15 Oct 2011 03:00 PM PDT KANGAR: "Nasib baik saya simpan kata laluan facebook milik Nurul Nursyawatie, memudahkan saya dan suami mengesannya berdasarkan maklumat rakan anak perempuan saya dalam laman sembang terbabit," kata Norhafiza Nordin, 37, yang bersyukur dapat menemui semula anak sulungnya yang hilang dua hari lalu. Berdasarkan maklumat daripada facebook itu, Nurul Nursyawatie Mohd Sabri, 14, ditemui semula ketika bersiar-siar bersama rakannya di pasar malam di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang, kira-kira jam 9 malam kelmarin selepas 36 jam dilaporkan hilang. "Ketika berjumpa hati saya cukup gementar dan mengalir air mata kerana tidak dapat menahan sebak sebaik bertemu dengan Nurul bersama kawannya dikenali sebagai Amira di pasar malam itu. "Nurul terkejut kerana tidak menjangka bertemu dengan saya dan bapanya (Mohd Sabri Samat) yang bergegas ke Pulau Pinang selepas memperoleh maklumat daripada rakan Nurul menerusi facebook miliknya. "Saya memberi kebebasan kepada anak menggunakan Internet termasuk melayari facebook tetapi kata laluannya saya simpan bagi memudahkan pemantauan," katanya HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 15 Oct 2011 08:59 AM PDT Liverpool 1-1 Man Utd Norwich 3-1 Swansea QPR 1-1 Blackburn Stoke 2-0 Fulham Man City 4-1 Aston Villa Wigan 1-3 Bolton KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 15 Oct 2011 05:00 AM PDT Hari ini internet merupakan medium penting buat semua lapisan masyarakat, Ramai ibu bapa di rumah selalu buka video u tube untuk anak-anak mereka, anak saya juga tidak terkecuali,bagi kanak-kanak berumur 3 atau 4 tahun sebagi contoh mungkin mengemari video upin ipin atau klip video kartun yang lain, bagi anak-anak kita di sekolah rendah kartun aksi menjadi pilihan seperti Naruto, Bleach ,street fighter dan sebagainya yang sudah pasti mengandungi unsur keganasan yang agak keterlaluan, masih ingat lagi saya, sewaktu belajar di Penang dulu pernah menonton klip video game yang ganas,kalu tak salah Soldier Of Fortune,lebih kurang macam tu la,tak pun sedutan Residen Evil 5 yang terang-terang memang ganas, jadi ibu bapa kena prihatin sikit ok. Malahan jangan terkejut jika terdapat unsur provokasi, keganasan serta kebencian walaupun tajuknya mungkin upin ipin,pernah sekali terjumpa klip video yang mengunakan latar belakang suara yang berlainan, tetapi masih video yang asal, apa yang berlaku? upin dan ipin mencarut serta memaki hamun kak Rosnya, malahan turut biadap dengan neneknya menggunakan suara pihak yang upload video tu,kan dah jadi lain. Untuk tapis video di internet begini caranya: 1. Pergi ke laman u tube cam biasa. 2. Boleh skrol kat bawah sehingga terjumpa sebelah bawah terdapat maklumat seperti berikut 'safety mode off ' 3. Klik perkataan off tu sehingga keluar windows seperti nie. 4. Tukar butang off kepada on dan klik save, kalau anda nak biarkan sentiasa di dalam mode safety boleh klik lock safety mode . abaikan tutorial nie kalau anda dah tahu...semoga bermakna. lovehijau KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
KAMI TAK MASUK UMNO LA...KAH! KAH! KAH! Posted: 15 Oct 2011 12:00 AM PDT 10 artis serah borang sertai Pergerakan Pemuda UMNO 14/10/2011 10:52am KUALA LUMPUR 14 Okt. — Seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO. Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi. Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF. Zed Zaidi berkata, penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk UMNO". Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan. - Bernama -utuseks DEY MACHA!!! TENGOK PULAK VIDEO KAT BAWAH NI... MASUK KE TAK MASUK UMNO GUA PEDULI APA BEB... GUA CUMA CARI MAKAN GUA BUKAN CARI LAWAN... KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Kapten dan 37 perajurit peluk Islam Posted: 14 Oct 2011 09:00 PM PDT Lagi Keindahan & Kehebatan Islam.. Tak Mustahil Berlaku Kepada Rakan-Rakan Kita Dalam DAP Seandainya Islam Ditunjukkan Dengan Keindahan Perlaksanaannya... Yang Bukan Islam Tertarik & Masuk Islam Sedangkan Yang Islam Itu Sendiri Berkelakuan Sebaliknya... Renung-Renungkanlah.... Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Saat bertugas di wilayah tsb, ia sering mengamati orang2 muslim sholat berjamaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Ia sangat tertegun dengan gerakan-gerakan sholat. Karena dihinggapi rasa penasaran, ia mencoba menirukan seluruh gerakan sholat dan dipraktikkan di kamarnya sendirian. Pada saat mempraktikkan itulah ia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan2 sholat tsb kemudian ia jadikan program meditasi di pasukan yg ia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempratikkan gerakan2 sholat tsb merasakan hal yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai. Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenalnya lebih dalam lagi, dan akhirnya ia memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit2nya, ia berkata: "aku telah menemukan cahaya kehidupan yg sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam". Tanpa ia duga, secara spontan 37 perajurit yang ia pimpin mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya - untuk juga memeluk Islam. Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar! sumber fb KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Bayi baru lahir disumbat dalam pam tandas Posted: 14 Oct 2011 05:00 PM PDT KEMAMAN: Seorang gadis bertindak nekad menyembunyikan bayi lelaki yang baru dilahirkannya dalam pam tandas di sebuah asrama pekerja di Bandar Chukai, Kemaman awal pagi ini untuk mengelakkan ia diketahui oleh rakan-rakannya. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, gadis berusia 23 tahun yang bekerja di sebuah kedai buku di situ dilaporkan turut bertindak membuang uri dan tali pusat ke dalam lubang tandas. Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Abdullah Sani Salat berkata, bagaimanapun tangisan bayi seberat tiga kilogram itu telah didengari oleh rakan seasrama gadis berkenaan. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
GAMBAR MENARIK PEMANDANGAN KAABAH Posted: 14 Oct 2011 03:00 PM PDT SUBHANALLAH LAMBAIAN KAABAH MOGA MENDAPAT HAJI MABRUR KEPADA YANG MENGERJAKAN RUKUN ISLAM KE 5 INI Haji adalah merupakan salah satu dari hukum Islam yang lima yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim, lelaki dan perempuan apabila cukup syarat-syaratnya. Menurut jumhur ulama', fardhu haji mula diwajibkan pada tahun ke enam Hijrah kerana pada tahun itulah turunnya wahyu Allah yang bermaksud: "Dan tunai atau sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah" (Surah Al- Baqarah ayat 196) Dalam pada itu Ibnul Qaiyim menguatkan pendapat bahawa mulai diwajibkan haji itu ialah pada tahun ke sembilan atau ke sepuluh Hijrah. Sesiapa yang menafikan hukum wajib haji itu maka bererti kufur dan murtadlah ia dan terkeluar dari Agama Islam. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:- "Dan menjadi kewajipanlah bagi manusia terhadap Allah untuk mengunjungi rumah itu bagi yang sanggup berjalan diantara mereka. Dan barang siapa yang mengingkarinya, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari sekalian alam" (Surah Ali Imran ayat 97) al-azim KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan