Anak Sungai Derhaka |
- Penyokong Parti mana punya kerja nie??
- PapaGomo penipu kata Koh Tsu Koon
- Hutang P Pinang RM630 juta pada 2007, kini tinggal RM30 juta...
- Polis sahkan Aziz Bari terima peluru jenis caliber 9mm
- Lelaki ini Membunuh kerana tak mahu diliwat.. tapi.. si Saiful??
- UMNO tak inginpun nak buat semasa memerintah Penang..
- Tahun 2004 PAS menang kerana dibantu Ibrahim Ali?
Penyokong Parti mana punya kerja nie?? Posted: 30 Oct 2011 08:17 AM PDT Diatas adalah gambar sekumpulan penyokong Terengganu yang hadir bagi menyaksikan Final Piala FAM yang telah berlangsung di Stadium Shah Alam semalam, perhatikan banner yang digantung di hadapan mereka. Terpampang jelas lambang UMNO.. Desperate sungguh UMNO ni sekarang, hingga dalam perlawanan Final Piala Malaysia pun nak diletakkan banner yang ada lambang UMNO.. Di bawah pula adalah gambar dari MiloSuam, Banner yang menunjukkan bantahan terhadap kenaikan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2011, "Terima kasih FAM Natang!" Korang agak penyokong parti mana punya kerja ni?? |
PapaGomo penipu kata Koh Tsu Koon Posted: 30 Oct 2011 06:47 AM PDT Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini menafikan bahawa beliau ada ditemu bual oleh blogger yang memuatkan artikel dalam sebuah laman blog yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang. Sambil menepis laporan itu Koh menyifatkan penulis blog sebagai golongan yang suka menulis apa sahaja walaupun ia tidak benar. Beliau berkata penulis blog menulis apa sahaja yang dikehendaki dan ada juga blog-blog lain yang menulis pelbagai perkara mengenai dirinya. "Saya tidak akan memberikan komen berdasarkan hanya satu penulisan di blog, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka mahu... ada juga beberapa blog yang menulis pelbagai perkara lain berkaitan diri saya. "Setiausaha akhbar saya sudah pun menafikannya, saya tidak pernah ditemu bual oleh mana-mana blogger ... jadi bagaimana mereka boleh menyebut saya yang bercakap," katanya dipetik Bernama Online. Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri diminta mengulas tulisan dalam blog PapaGomo yang menyebut bahawa beliau bersedia mencabar Lim, yang juga Setiausaha Agung DAPdi mana-mana kawasan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13. Dalam entri bertajuk 'Koh Tsu Koon Cabar Lim Guan Eng Satu Lawan Satu' itu, Koh dipetik sebagai berkata "Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guan Eng tidak kira di mana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Menurut entri di blog itu lagi, Koh didakwa sudah pun menyampaikan hasratnya bertanding pada pilihan raya umum ke-13 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan - Utara News. ********************* Sebenarnya bukan PapaGomo yang menulis laporan itu tapi Blog Pro UMNO juga iaitu HaprakNews, sesuailah dengan nama Blognya.. memang haprak... Nih laporannya..
|
Hutang P Pinang RM630 juta pada 2007, kini tinggal RM30 juta... Posted: 30 Oct 2011 04:27 AM PDT TASEK GELUGOR, 30 Okt: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri berjaya mengurangkan hutang negeri sebanyak 95 peratus iaitu penurunan kadar pinjaman dari RM630 juta kepada RM30 juta setakat ini. Baginya, penurunan kadar hutang itu satu kejayaan bagi Kerajaan Pakatan Rakyat setelah tiga tahun mengambil alih pemerintahan dari Barisan Nasional (BN). "Rakyat jangan risau lagi tentang hutang kerajaan negeri yang dulunya begitu banyak tetapi hasil daripada jimat cermat dalam urus tadbir, kita berjaya membayar balik pinjaman kepada Bank Negara. Semua itu berpunca dari amalam yang bersih tidak mengamalkan rasuah," jelasnya semasa berucap pada program ceramah perdana bersama Menteri Besar Kelantan di Dewan Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor, malam tadi. Menurut beliau lagi, selama tiga tahun kerajaan negeri terpaksa berhemah dalam belanjawan Pulau Pinang sehingga menyebabkan lebihan yang akhirnya dikembalikan kepada rakyat dan pembangunan tempatan. Katanya, berbanding dulu bebanan hutang kerajaan negeri begitu tinggi sehingga menyebabkan belanjawan defisit. Kesannya, kata beliau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sendiri hampir bankrap. Sekarang ini, katanya Kerajaan Pusat berhutang sebanyak RM456 bilion untuk pembangunan termasuk kegunaan agensi kerajaan. Hasilnya, kata beliau setelah dikira setiap individu rakyat negara ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM16,300 seorang. "Rakyat jangan berbangga dengan BN yang memperuntukkan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 dalam belajawan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Apalah sangat wang RM500 walhal kita menanggung RM16,300 selagi kerajaan tidak berjaya mengurangkan perbelanjaanya," terang beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih. |
Polis sahkan Aziz Bari terima peluru jenis caliber 9mm Posted: 30 Oct 2011 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR, 30 Okt — Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari hadir di ibu pejabat Polis Daerah Gombak dekat sini bagi memberi keterangan susulan berhubung sebutir peluru dan nota ugutan yang diterimanya pagi semalam. Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi semalam peluru dengan nota ugutan yang tertulis "jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti" itu, dihantar melalui pos ketika beliau mahu pulang ke rumah mertuanya di Taiping, Perak. Aziz kini disiasat pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor berkenaan kes Gereja Methodist Damansara Utama, awal bulan ini. "Saya telah membuat laporan semalam di Balai Polis Taiping dan hari ini saya datang untuk memberi keterangan lanjut . . . pihak polis telah mengambil peluru tersebut untuk siasatan," katanya. Dipetik Bernama Online, Aziz berkata ugutan yang diterima tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tugas seperti biasa dan beliau yakin mungkin ada segelintir pihak yang kurang berpuas hati dengan komen beliau terhadap titah Sultan Selangor baru-baru ini. Tindakan Aziz mempertikai titah Sultan Selangor dibantah beberapa pihak, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan keengganan pensyarah itu meminta maaf sebagai "kurang ajar". Polis mengesahkan peluru yang diterima Aziz adalah jenis caliber 9mm dan motif pihak tertentu menghantarnya masih dalam siasatan. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan daripada Aziz pada pukul 7 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah. The Malaysian Insider |
Lelaki ini Membunuh kerana tak mahu diliwat.. tapi.. si Saiful?? Posted: 30 Oct 2011 12:35 AM PDT Saudara Pengarang, Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho. Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat. Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan. Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T. Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela. Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut. Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti. Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti. Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap. Salam Transformasi Untuk 1 Malaysia. Jom Mengundilah…. maclub81@gmail.com |
UMNO tak inginpun nak buat semasa memerintah Penang.. Posted: 29 Oct 2011 11:36 PM PDT Gambar diatas menunjukkan beberapa perkara yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk kebaikkan Rakyat Pulau Pinang. Kebanyakkannya tidak pernah terlintas difikiran pemimpin-pemimpin UMNO untuk dilaksanakan ketika mereka berkuasa dulu.. oops! silap pulak.. UMNO masa tu ada ramai ADUN tapi tak berkuasapun pasal menjadi tunggangan Koh Tsu Koon dari GERAKAN. Jadi UMNO bukan pemerintah tapi pencacai kepada Gerakan masa itu.. Kalau pemimpin tak terfikir.. pencacai UMNO Pulau Pinang ni tak payah nak cakaplah, mesti tak boleh nak fikir langsung hal itu.. pasal dalam UMNO ni.. penyokong tak boleh lebih pandai dari Pemimpin kalau pandai kena cantas. Sebab itulah kalau kita perhatikan kebanyakkan pencacai UMNO peringkat bawahan ni (standard alas kaki saja) mudah diperbodohkan Pemimpin UMNO. Berbalik kepada gambar diatas, pencacai UMNO di Pulau Pinang kalau tak mahu terima RM100 setahun untuk warga emas, RM100 setahun untuk OKU dan juga RM100 setahun untuk Ibu tunggal tu tak perlu ambil pasal ramai lagi yang akan ambil.. Kalau boleh janganlah dibuat seperti RM100 untuk warga emas tu.. mula-mula ramai pencacai UMNO yang tak mahu ambil.. tapi bila timbul tahun kedua.. ramai pulakdah pencacai UMNO yang mendaftar untuk mendapatkannya.. |
Tahun 2004 PAS menang kerana dibantu Ibrahim Ali? Posted: 29 Oct 2011 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 Okt — Ahli Parlimen Datuk Ibrahim Ali menasihatkan PAS tidak terlalu "angkuh dan takbur" kononnya ia boleh menang di bahagian Parlimen Pasir Mas yang menjadi rebutan antara tiga parti termasuk calon bebas sejak beberapa pilihan raya umum lalu. "PAS makin bongkak . . . takbur . . . mana mereka tahu siapa menang siapa kalah? PAS ini sudah ganti Tuhan ke?" kata wakil rakyat ini ketika diminta mengulas mengenai kenyataan kepimpinan PAS kawasan Pasir Mas bahawa parti Islam itu pasti Ibrahim, yang pada pilihan raya umum 2008 menang atas tiketnya tetapi mengiytiharkan dirinya sebagai wakil bebas dan seterusnya menyerang mereka, akan kalah jika bertanding semula di kerusi tersebut. Justeru kata Ibrahim, pada pilihan raya umum 2004, PAS mendakwa akan menang besar di Kelantan tetapi hanya dapat mengekalkan kerajaan negeri dengan perbezaan dua kerusi hasil bantuannya. "Tapi nyawa ikan dengan majoriti dua kerusi (Dewan Undangan Negeri) DUN . . . nasib baik saya bantu dengan bertanding bebas... pilihan raya umum 2008, PAS tidak tahu akan berlaku tsunami politik. Kalau PAS tahu, pasti PAS tidak beri laluan kepada saya," kata beliau lagi. Ibrahim memberitahu, "puak PAS ini kepala besar, cuma otak kurang dan lebih jijik, takbur." Ibrahim yang juga Presiden Perkasa menambah, beliau tidak kisah menang atau kalah, tetapi kalau satu lawan satu pasti PAS akan kalah teruk kali ini. "Nasihat saya, jangan terlalu bongkak, angkuh dan takbur. Sama-sama kita tengok, kalau panjang umur, siapa yang terbujur," katanya lagi. Ibrahim menambah, PAS sememangnya berharap Barisan Nasional (BN) tidak memberi laluan kepadanya pada pilihan raya umum kali ini. "PAS tahu, jika satu lawan satu, dengan saya, insya-Allah, kita tengok siapa berputih mata. Sebab itu, PAS harap bukan (saya) Tok Him calon. "Maka PAS lancar perang saraf. Tapi perang saraf yang mengelabah," katanya lagi sambil menambah, "PAS Kelantan (seolah-olah) sakit tenat dengan pelbagai penyakit." Dalam satu laporan dibawa Harakahdaily semalam, Yang Dipertua PAS Pasir Mas Hanipa Ahmad berkata, Ibrahim akan kalah jika bertanding semula di bahagian tersebut pada pilihan raya umum ke-13. Hanipa berkata, jentera pilihan raya parti kawasan tersebut tidak gentar walau siapa pun calon yang bertanding dari Barisan Nasional (BN) di bahagian Parlimen Pasir Mas. Katanya, pihaknya yakin kerana pada asalnya kawasan Parlimen Pasir Mas adalah 'kubu' parti itu. Ibrahim tewas pada 2004 tetapi menang empat tahun kemudian apabila bertanding atas tiket PAS. Selepas pilihan raya umum 2008 Ibrahim mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas. Hanipa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pengkalan Pasir berkata, isu kerusi Pasir Mas ditandingi Ibrahim dengan menggunakan tiket PAS pada 2008 "itu kira (sudah) selesai." "Sekarang ini kita berkemungkinan besar dalam pilihan raya umum ke-13 akan berhadapan dengan Datuk Ibrahim Ali yang akan menggunakan 'dacing' (lambang BN). Itu kemungkinan besar. Jadi kita sudah bersip sedia untuk menghadapi segala kemungkinan," katanya lagi. Pada Mac 2008, Ibrahim memenangi kerusi Pasir Mas dengan majoriti 8,991 undi dengan menewaskan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad. Pada 2004, kerusi Pasir Mas dimenangi oleh Ismail Noh dari PAS dengan memperoleh 17,526 undi, Abd Rahim Abd Rahman yang mewakili BN mendapat 16,275 undi dan Ibrahim pula 6,198. The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan