Anak Sungai Derhaka |
- HIMPUN teratur.. Sebab itu saya mahu BERSIH dibuat dalam Stadium kata Najib (Video Inside)
- Marco Simoncelli, Pelumba Honda maut di Litar Sepang (Video Inside)
- The Real Reason for NATO Attacking Libya EXPOSED!! (Video)
- Selendang Tun Fatimah buat Rosmah tanda Angkat martabat wanita Melayu?
- Video Jenazah Gaddafi dipamerkan.. langsung tak dihormati...
- Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu? - Nik Aziz
HIMPUN teratur.. Sebab itu saya mahu BERSIH dibuat dalam Stadium kata Najib (Video Inside) Posted: 23 Oct 2011 07:26 AM PDT Najib nak kencing siapa pulak ni?? "Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," kata Najib hari ini bila memuji penganjur perhimpunan anti murtad HIMPUN semalam yang dijalankan secara teratur. Katanya, HIMPUN cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan. Memanglah Najib ada menawarkan Stadium.. tapi cuma menawarkan saja.. bila nak diminta dia lari.. Mat Sabu akan menjelaskan dengan lebih panjang lebar tentang isu kebenaran menggunakan Stadium ini.. lihat di minit yang ke 3 ******************* PM puji HIMPUN teratur tidak seperti BERSIH 2.0 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memuji penganjur perhimpunan anti murtad HIMPUN semalam yang dijalankan secara teratur. Katanya, HIMPUN cukup berbeza dengan BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini pada 9 Julai sehingga lebih seribu perserta ditangkap dan dikenakan pelbagai dakwaan. "Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penghargaan kepada polis-polis veteran di Kuala Lumpur petang ini. "Berbanding dengan huru-hara pada BERSIH 2.0 denagn perhimpunan semalam, terdapat perbezaan yang besar. Tiada siapa yang diganggu,tertekan atau merasa tidak selamat akibat perhimpunan itu." Menurut Najib, HIMPUN mencerminkan usaha dalam agenda pembaharuannya bagi meminda Seksyen 27 Akta Polis untuk membenarkan lebih banyak ruang untuk demonstrasi aman. Malaysiakini |
Marco Simoncelli, Pelumba Honda maut di Litar Sepang (Video Inside) Posted: 23 Oct 2011 05:15 AM PDT SEPANG, 23 Okt – Penunggang Honda Marco Simoncelli meninggal dunia kerana cedera parah dilanggar dua pelumba lain dalam perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepangg di sini petang ini. Dia dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala. Simoncelli berusia 24 tahun. Dalam pada itu, perlumbaan dibatalkan berikutan kematian Simoncelli akibat kemalangan pada pusingan kedua. Perlumbaan tersebut dibatalkan oleh penganjur perlumbaan, Sepang International Circuit (SIC) dan Dorna Sports iaitu pemegang hak perlumbaan MotoGP Dunia. Pengarah Perubatan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) Dr Michele Macchiagodena mengumumkan kematian Simoncelli pada sidang media di Litar SIC, lapor Bernama Online. Katanya, pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini itu, yang mengalami kecederaan di bahagian toraks dan perut, meninggal dunia pada pukul 4.56 petang di pusat perubatan SIC di litar berkenaan. Perlumbaan yang bermula 4 petang itu tersebut tidak diteruskan empat minit kemudian selepas Simoncelli terjatuh dan motosikalnya dirempuh oleh pelumba Yamaha Colin Edwards dan pelumba Ducati, Valentino Rossi di selekoh ke-11. Perlumbaan ditangguhkan pada pukul 4.05 petang dan Simoncelli kemudian dibawa dengan ambulans ke pusat perubatan di litar itu. Bagaimanapun, Ewards terselamat daripada kecederaan serius manakala Rossi tidak mengalami kecederaan - The Malaysian Insider |
The Real Reason for NATO Attacking Libya EXPOSED!! (Video) Posted: 23 Oct 2011 05:03 AM PDT Some believe it is about protecting civilians, others say it is about oil, but some are convinced intervention in Libya is all about Gaddafi's plan to introduce the gold dinar, a single African currency made from gold, a true sharing of the wealth. "It's one of these things that you have to plan almost in secret, because as soon as you say you're going to change over from the dollar to something else, you're going to be targeted," says Ministry of Peace founder Dr James Thring. "There were two conferences on this, in 1986 and 2000, organized by Gaddafi. Everybody was interested, most countries in Africa were keen." Source: http://www.RT.com |
Selendang Tun Fatimah buat Rosmah tanda Angkat martabat wanita Melayu? Posted: 22 Oct 2011 10:33 PM PDT Rosmah dilaporkan telah menerima 'Anugerah Selendang Tun Fatimah' daripada Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia sebagai tanda mengangkat martabat wanita Melayu zaman ini, sekaligus menjadikan beliau wanita pertama memperoleh anugerah tersebut. Mengangkat martabat Wanita Melayu Zaman ini??? kah..kah..kah.. Mengangkat martabat Wanita Melayu Zaman ini? melalui Rosmah?? kah..kah..kah.. ************************* Wanita Perlu Pamer Ketegasan Agar Tidak Dipandang Remeh - Rosmah KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Golongan wanita yang memang terkenal dengan sifat lemah-lembut harus mempamerkan ketegasan dalam kelembutan agar tidak dipandang remeh oleh masyarakat sekeliling, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Beliau berkata justeru, pembelajaran seni silat khususnya oleh golongan wanita, melatih kecerdasan minda dan fizikal kerana setiap gerak-geri harus diatur dengan teliti bagi memastikan kejayaan seorang pendekar terhadap lawannya. "Seni atur silat yang indah lagi tegas membantu seorang wanita itu untuk memiliki kekuatan fizikal tanpa mengorbankan kesopanan dan kelembutannya," katanya dalam ucapan ketika melancarkan Pergerakan Wanita Silat Lincah Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu. Rosmah berkata selain itu, manfaat yang paling jelas adalah keyakinan diri yang dapat dipupuk, lebih-lebih lagi dalam diri seorang wanita. "Apabila seorang wanita yakin dengan kebolehan untuk menjaga dirinya sendiri, maka keyakinan itu akan hadir secara automatik. Wanita juga akan berasa lebih selamat untuk melaksanakan aktiviti harian meskipun dengan ketiadaan seorang lelaki," katanya. Beliau berkata silat boleh menjadi suatu ilmu yang dipelajari sebagai langkah persediaan dan berjaga-jaga dalam berdepan anasir tidak diingini dalam kehidupan seharian. Rosmah berkata silat juga melatih diri agar sentiasa berdisiplin, fokus dan mempunyai semangat serta iltizam yang tinggi untuk berjaya. Beliau berkata bagi seorang wanita, mempelajari seni mempertahankan diri lebih mencabar berbanding lelaki kerana ia memerlukan kapasiti penggunaan fizikal yang lasak. "Namun demikian, ia mengajar kita untuk terus bangkit meskipun terkandas. Silat juga mengajar kita erti kesabaran kerana setiap pembelajaran ilmunya memerlukan kesabaran dan kesungguhan untuk dikuasai dengan sempurna," katanya. Pada majlis itu, Rosmah turut menerima 'Anugerah Selendang Tun Fatimah' daripada Persatuan Seni Silat Lincah Malaysia sebagai tanda mengangkat martabat wanita Melayu zaman ini, sekaligus menjadikan beliau wanita pertama memperoleh anugerah tersebut. -- BERNAMA |
Video Jenazah Gaddafi dipamerkan.. langsung tak dihormati... Posted: 22 Oct 2011 08:48 PM PDT Dari Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila kamu melihat jenazah, maka berdirilah! Sesiapa yang turut mengiringkannya ke kuburan, jangan duduk sampai jenazah itu diletakkan orang."(Muslim) Lihatlah video dibawah.. mereka berdiri tetapi mereka berdiri bukannya untuk menghormati tetapi sekadar memerhati dan merakamkan gambar, tiada langsung yang menghormati jenazah Gaddafi dan juga anaknya Mutassmi... KENAPA? Untuk dikongsi bersama.. Soalan: Bagaimanakah cara @ maksud yang dikehendaki dalam erti kata menghormati mayat selepas mayatnya mengikut hukum syara' Islam dan adakah ianya diberatkan? Jawapan: Dalam hukum syara' banyak perkara-perkara yang menguatkan atas menghormati mayat. Jika saya hendak sebutkan di sini satu persatunya adalah terlalu panjang, setengahnya seperti menutupkan kedua mata mayat, mengikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya selepas mayatnya, melucutkan pakainnya yang dipakainya waktu matinya menggantikannya dengan pakaian yang lain memandikannya, menaruh benda-benda harum, lemah lembut pada mengangkatkannya, pada memandikannya, pada memasukkannya ke dalam kerandanya dan ke dalam kuburnya, tidak menggerakkan mayat dengan gerak yang tiada berpatutan, tidak membuka auratnya meskipun ketika memandikannya, meghadapkannya arah kiblat ketika nazaknya, dan kemudian matinya dan ketika meletakkannya dalam kubur, dan hendaklah orang-orang yang menjalankan kerja-kerja itu orang yang berlemah lembut kepadanya daripada-daripada kerabat-kerabat mahramnya kerana sangat menjaga atas kehormatan mayat dengan lemah lembut halus tidak kasar, bersegera memandikan mayat, menyembahyangkan, menanamnya, kerana takut mayat itu berubah, meletakkannya setelah matinya di tempat yang terlindung dan beratap bahkan setengah ulama' berkata wajib menutup dan menanam tulang mayat itu atasnya pusakanya dan jika tidak ada pusakanya wajib atas Baitulmal dan jika tidak ada Baitul Mal wajib atas orang-orang Islam yang kaya. Mengiringi mayat dengan berjalan lebih afdhal daripada naik kenaikan dan orang yang mengiringi membawa mayat itu berdahulu daripada mayat kemudian menyembahyangkannya itu satu daripada memuliakan mayat, menyembahyangkan itu fardhu kifayah atas sekalain orang-orang Islam, kemudian menanamkannya wajib atas orang-orang Islam dan sunat lubang kubur itu dalam dn luas dan jika ditakuti atas mayat itu dibongkar oleh binatang buas @ dicuri orang wajiblah memintanya dengan kuat di atasnya, kemudian mayat itu dibawa ke kubur dengan cara berhalus. Setengah daripada yang diwajibkan ialah menutup lubang lahad sebelum ditimbus dengan tanah kerana menimbus tanah atas badan mayat itu dianggap menghinakannya dan melanggar kehormatannya iaitu haram, dan diharamkan juga meletakkan mayat meniarap dan membawanya dengan rupa yang hina, dan sekiranya runtuh lubang kubur selagi ada dalamnya tulang mayat, jika membongkar kubur didapati masih ada tulang mayat belum hancur wajib menutupnya semula melainkan jika darurat duduk di atas kubur orang Islam dan memijaknya dan bersandar kepadanya, dan orang yang ziarah kubur simati hendaklah dekat seperti ia dekat diwaktu hidupnya kerana menghormatinya. Orang yang memandikan mayat itu hendaklah amanah, haram atasnya menyebutkan apa-apa yang nampak olehnya atas mayat itu, haram menanggung mayat dengan rupa yang menghinakan @ rupa yang ditakuti mayat itu jatuh, sunat diam tidak berkata-kata bersama-sama mayat makruh bercakap-cakap, sunat menaungi kubur ketika memasukkan mayat dengan kain kerana memuliakan mayat dan melindunginya dan sunat menyiram atas kubur dengan air dan meletakkan di sebelah kepalanya kayu @ batu nisan, dan sunat menghimpunkan saudara-saudara kerabat dalam satu tempat khas untuk kubur mereka. Daripada perkara-perkara yang tersebut di atas dan Rasulullah S.A.W menyamakan antara mematahkan tulang mayat dengan mematahkan tulangnya, bahkan membelah itu lebih buruk lagi mencabul kehormatan mayat dan mempermainkan badannya yang ditegah oleh syariat Islam. |
Rakyat pelik, siapa hina raja Melayu? - Nik Aziz Posted: 22 Oct 2011 07:57 PM PDT Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat berkata rakyat menjadi pelik melihat tindakan sesetengah pihak menghina raja-raja Melayu dibiarkan tanpa sebarang tindakan, tetapi sebaliknya ahli akademik yang menyuarakan pandangan akademik mereka disekat. "Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun. "Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni?" soal Nik Aziz yang dipetik Harakahdaily selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar Kuala Lumpur, semalam. Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan, mengulas isu penggantungan tugas pensyarah undang-undang, Profesor Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Menurut beliau, semua pihak termasuk universiti, tidak seharusnya menyekat ahli akademik menyuarakan padangan mereka dan mereka perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki. "Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik. "Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya. Khamis lalu, UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober ini untuk menjawab tuduhan itu. Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama. Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Berikutan penggantungan tugas itu, pelbagai pihak termasuk mahasiswa, persatuan kakitangan akademik beberapa universiti, ahli politik, termasuk timbalan menteri pengajian tinggi. Mereka membidas tindakan UIA itu kerana berpendapat ia salah dari segi moral dan intelektual. Kemuncaknya, Jumaat lalu, hampir seribu mahasiswa berhimpun selepas Jumaat lalu bagi mengadakan bantahan dan mengancam mengadakan perhimpunan lebih besar jika kemelut itu tidak diselesaikan. Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan