Selasa, 11 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tak boleh nak Tax Prepaid , BN tax Unifi dan Streamyx pula

Posted: 11 Oct 2011 07:12 AM PDT



Pada 8 September 2011 yang lalu Malaysiakini telah menyiarkan satu laporan yang mengatakan 'Berkuatkuasa 15 Sept, pembelian prepaid, top ups, prepaid starter/SIM packs untuk semua pembekal system telekomunisasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% oleh Kerajaan.'


Dan berita tersebut telah membangkitkan kemarahan banyak pihak antaranya ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri iaitu Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin.

Selang sehari kemudian bagi menunjukkan keprihatinannya kepada rakyat dengan selamba Najib telah berbohong dengan mengatakan keputusan itu diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi bukan dengan kelulusan kerajaan.

Berikutan itu Najib telah meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Bagi menjayakan sandiwara Najib tersebut syarikat-syarikat telekomunikasi telah menangguhkan hasrat tersebut.

Najib dikatakan berbohong kononnya tidak tahu menahu akan kenaikkan itu kerana Kerajaan UMNO/BN telah menetapkan cukai tersebut di dalam Budget yang dibentangkannya sendiri pada 15 Oktober 2010.. sila lihat budget tersebut di (SINI)

Nampaknya pentadbiran Najib masih tidak berputus asa untuk mengenakan cukai 6% tersebut keatas rakyat Malaysia (Ahli UMNO dikecualikan kot?)

Setelah gagal untuk menyusahkan rakyat yang menggunakan perkhidmatan Digi, Celcom, Maxis, dan Umobile dengan tax atau cukai perkhidmatan sebanyak 6%, Najib telah mengubah sasarannya.

Mulai 1 Januari 2012 cukai tersebut akan dikenakan terhadap semua pengguna perkhidmatan TM, Unifi, dan Streamyx.. err.. Ahli UMNO dikecualikan.

Dengarkan pengesahan dari Operator TM net sendiri….



Terima kasih buat Tigaline atas info, lagi info sila lihat di (SINI)

BN bayar 200 cyber trooper?

Posted: 11 Oct 2011 04:17 AM PDT



Laman-laman web berita diberikan ingatan bahawa pemimpin BN telah melantik 200 cyber trooper untuk mempengaruhi pandangan pembaca laman web dan laman sosial termasuk Facebook.


Tugas mereka adalah mempengaruhi pandangan pembaca dengan komen-komen pro kerajaan melalui laman berkenaan walaupun ia tidaklah berasaskan kebenaran.

"Tujuannya adalah untuk menghasilkan persepsi bahawa Najib Razak dan kerajaannya mempunyai penyokong yang ramai di alam siber di samping mengacau pembaca yang lain," kata satu surat pembaca yang disiarkan oleh laman The Malaysian Insider hari ini.

Sebenarnya mereka dibayar melalui cukai yang dipungut dari rakyat Malaysia, kata penulis surat itu.

"Saya mencadangkan pemilik laman web berita ini tidak menyiarkan pandangan mereka kerena mereka hanya dibayar untuk berbuat demikian dan bukannya berasaskan kebenaran atau untuk kepentingan Malaysia," tulis pembaca yang menggunakan nama Gomen Man itu - Harakahdaily

Najib disahkan guna pesawat Kerajaan untuk urusan peribadi.

Posted: 11 Oct 2011 03:43 AM PDT



Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.


"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia yang menetap di negara itu sempena majlis Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya.


Malaysiakini

Alahai.. RM10 saja UMNO upah untuk provoke?

Posted: 11 Oct 2011 12:25 AM PDT



Kata Mat Rempit yang ditahan (gambar atas) kerana menganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat semalam "Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub".


Alahai... upah RM10 saja pun dia sanggup terima.. awat sengkek sangat..

Tapi mana mungkin UMNO akan mengupah dengan sebegitu murah, paling murahpun yang aku tahu biasanya RM30 atau RM50 .. tapi.. biasalah kalau tak ambil komisyen itu bukan pemimpin UMNO..

Laporan dari Pulakdah.

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin orang ramai membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.



Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.

Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas.

Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku mereka menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh.

Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut.

Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.



Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa.

Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu.

Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.


Lagi gambar dan berita sila lihat di SINI

Lawatan Kerja sambil Merisik oleh Najib bernilai RM1 Juta..

Posted: 10 Oct 2011 11:50 PM PDT



Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.


Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM 1,072,213.22, adalah bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

Lawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya - Malaysiakini

Laporan Najib ke Kazakhstan merisik menantu sila baca di SINI

Piiiirah!! Ada peluang halang.. pakat tuang, sekarang?

Posted: 10 Oct 2011 10:00 PM PDT



Buat yang tak tahu apa maknanya perkataan 'Tuang' itu.. 'Tuang' adalah perkataan yang digunakan di utara Semenanjung membawa maksud ponteng.

Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 pada 3 Oktober lalu tetapi pada hari yang sama digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 sebelum diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dua hari kemudian.


Kononnya ianya berjaya dilususkan melalui perancangan jahat BN.. hairan juga aku dengan alasan bodoh ni.. sejak bila BN ada perancangan baik untuk PR?

Hakikatnya jika keseluruhan Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat berada didalam Parlimen pada ketika pengundian itu dibuat BN tidak mungkin punya peluang yang mudah untuk meluluskannya..

Tapi yang hadir hanya 28 orang.. lagi 75 orang kemana menghilang? senarai sila lihat di SINI

Bila ada peluang untuk menghalang.. pakat tuang.. sekarang?


Pakatan sedia batal akta Kampung Baru jika menang Putrajaya

KUALA LUMPUR, 11 Okt — Sambil menyifatkan pengkhianatan kepada orang Melayu, Pakatan Rakyat berjanji Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011, yang diluluskan Dewan Rakyat minggu lalu di sebalik siri protes sejak tahun lalu, akan dibatal jika perikatan itu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

"Pilihan raya umum akan datang, insya-Allah kalau Pakatan Rakyat menang kita akan batalkan rang undang-undang ini," kata Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) pada Majlis Penerangan "Selamatkan Kampung Baru" di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya itu sahaja pilihan yang ada pada pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru untuk menyelamatkan kawasan penempatan eksklusif orang Melayu daripada menjadi "mangsa" pembangunan.

"Siapa (Senator Datuk) Raja Nong Chik (Raja Zainal Abidin)? Raja Kampung Barukah? Orang Melayu di Kampung Baru tidak boleh dihina seperti ini... patut beri mesej dan ajar Raja Nong Chik (agar) hormat budaya orang Melayu.

"Apa kepentingan kita di sini? PAS dan PKR, kita tiada kepentingan... ini sahaja kampung kawasan orang Melayu, biarlah ia dipertahankan. DAP pun tiada kata mahukan kawasan Kampung Baru, orang Cina pun tak mahu yang Melayu haprak ini nak mengapa? Kita Little India (di Brickfields), Little Cina (di Jalan Petaling) kita tak kacau tapi mengapa Little Melayu (Kampung Baru) ini jadi masalah? Kalau betul nak tolong bangunkan, beri pinjaman... tidak perlu nak buat perbadanan," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana gagal untuk menyekat pentadbiran Najib daripada meluluskan rang undang-undang itu.

"Sekali lagi menyaksikan dengan kekuatan majoriti Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen rang undang-undang ini telah diluluskan pada 5 Oktober lalu, di mana kami bagi pihak Pakatan Rakyat telah mencuba dengan bersungguh-sungguh dan telah habis segala ikhtiar kami sebagai manusia biasa untuk halang ia daripada diluluskan.

"Hasilnya selepas ini Dewan Negara yang akan bersidang pertengahan Disember dan ia akan diluluskan dan rang undang-undang akan digazetkan dan pemilik, pewaris dan tanah akan tertakluk masa depan dengan rang undang-undang," katanya.

Bagaimanapun tegas Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, nasib dan masa depan Kampung Baru boleh diselamatkan sekiranya Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya.

"Kalau nak rang undang-undang ini ditarik balik jatuhkan BN pada pilihan raya umum ke-13 kerana dari segi amalan dan usaha kita dengan cara itu rang undang-undang ini boleh ditarik balik jika wakil rakyat mendapat mandat yang besar dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara," katanya.

Jelas Salahuddin, pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang kepentingan ke atas petempatan berusia 111 tahun itu dan segala bentuk pembangunan harus diputuskan pemilik dan pewaris tanah kawasan itu.

"Apa pun yang kami bercakap sama ada di dalam atau luar Parlimen, kami tiada kepentingan apa-apa... kalau saya bercakap soal Kampung Baru, saya tiada apa-apa, kami tiada kepentingan, kami tiada saham dan kami tiada syarikat yang berkepentingan di Kampung Baru.

"Apa yang kami buat pada hari ini sekadar tanggungjawab kami untuk melindungi dan mempertahankan hak pewaris Kampung Baru, itu sahaja," katanya.

Beliau juga berharap rang undang-undang baru yang menggantikan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 tidak akan menggadai hak pemilik dan pewaris tanah.

"Rang undang-undang yang diluluskan ini boleh buat apa sahaja, saya hanya mampu berdoa dan berharap ia tidak jadi seperti pepatah orang tua-tua, kita menang sorak kampung tergadai," katanya.

Putrajaya menarik balik Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 pada 3 Oktober lalu tetapi pada hari yang sama digantikan dengan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2011 sebelum diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dua hari kemudian.

Bacaan kali kedua rang undang-undang itu telah tertangguh beberapa kali selepas dibawa ke Parlimen 14 Disember lalu ekoran protes.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Tian Chua pula berkata, langkah Putrajaya meneruskan hasrat untuk membangunkan Kampung Baru tanpa mendapat izin pemilik dan pewaris tanah sebagai satu pengkhianatan kepada orang Melayu.

"Ini adalah satu pengkhianatan apabila pemilik dan pewaris tanah hanya diberi peranan sebagai Majlis Penasihat sedangkan menteri diberi kuasa mutlak.

"Kita perlu pastikan rang undang-undang ini tidak mengkhianati anak-anak dan generasi kita pada masa depan. Dalam pandangan menteri tanah ini akan bernilai jika ia dijual," katanya.

The Malaysian Insider

Zalimnya... 10 Hari didera bapa tiri hingga Mati..

Posted: 10 Oct 2011 08:05 PM PDT



ALOR GAJAH: Keji dan tidak berperikemanusiaan! Itulah perkataan layak dihamburkan kepada seorang bapa tiri yang dipercayai mendera anak tirinya menggunakan besi panas dan seterika sepanjang 10 hari ibu kanak-kanak itu dirawat di hospital selepas melahirkan anak.


Selain kedua-dua tapak kaki kanak-kanak itu berlubang, dipercayai terkena besi panas atau seterika, ada juga kesan lebam kehitaman pada seluruh tubuh mangsa.

Mohd Firdaus Mat Dan, 6, dikatakan sudah nyawa-nyawa ikan ketika dibawa suspek ke Hospital Alor Gajah (HAG), di sini, jam 4.30 petang semalam dan riak wajahnya ketika itu seolah-olah menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Bapa tiri berusia 37 tahun itu menghantar kanak-kanak terbabit ke hospital selepas membawa isterinya berusia 41 tahun pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Sebang, dekat sini, sebaik wanita itu dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut sumber, mangsa yang bertubuh kurus diberikan bantuan kecemasan hampir satu jam oleh pegawai perubatan sebaik dibawa ke HAG, tetapi kanak-kanak itu gagal diselamatkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Lebih sudu dari kuah pulak mamat ni..

Posted: 10 Oct 2011 07:33 PM PDT

JOHOR BAHRU 10 Okt. - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dianggap terus 'berhutang' selagi beliau tidak menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan memohon maaf secara terbuka kepada penduduk negeri ini.

Ketua Penerangan Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor, Abdullah Md. Yusof berkata, selagi Guan Eng tidak berbuat demikian, seluruh rakyat negeri ini tidak akan memaafkannya.

"Isu Ketua Menteri Pulau Pinang yang memburuk-burukkan negeri ini sebenarnya belum selesai. Walaupun telah memohon maaf menerusi akhbar kepada Sultan Johor, beliau masih tetap menyalahkan media kerana memutarbelitkan kenyataannya.


"Kita mahu dia menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seterusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor yang amat tersinggung dengan kenyataannya yang memburukkan Johor dalam temu bual dengan media asing di Singapura baru-baru ini," katanya.

Kemarahan rakyat Johor yang belum reda terhadap Guan Eng memuncak semula apabila beliau dilaporkan datang ke Tangkak baru-baru ini bagi mencari sokongan politik.

Abdullah berkata, sebagai Setiausaha Agung DAP dan pemimpin yang merasakan dirinya hebat, adalah amat memalukan, biadap dan tidak bermaruah kerana sanggup datang secara 'curi-curi' ke Tangkak bagi mencari sokongan politik di negeri yang didakwanya tidak selamat.

Justeru, beliau mengingatkan kira-kira 200,000 ahli gabungan NGO itu supaya tidak terpedaya dengan permainan politik Guan Eng.

Sementara itu, Pengerusi Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Johor Bahru, Mohd. Ghauth Mohd. Yusoff berkata, tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut amat biadap dan menunjukkan keangkuhannya terhadap rakyat Johor.

"Tahap kesabaran kita ada had dan batasannya kerana kita orang Johor memang kaya dengan adab dan sopan. Oleh itu, kita harap beliau wajar menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor dan seluruh rakyat Johor ini dengan segera," katanya.

Beliau berkata, jika Guan Eng terus berdegil dan tidak mahu memohon ampun, pihaknya bersama gabungan NGO Melayu Johor akan membuat laporan polis sehingga beliau dihadapkan ke muka pengadilan.

Pengerusi Gerakan Belia 4B Johor, Syahrin Md. Jamaluddin pula berkata, tindakan Guan Eng datang ke negeri ini menterjemahkan beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai maruah dan biadab.

"Sebagai pemimpin politik yang sering menunjukkan 'kehebatannya,' sepatutnya beliau tidak melangkah ke bumi Johor selagi tidak menghadap dan memohon ampun daripada Sultan Johor.

"Kata Johor tak selamat, tetapi terhegeh-hegeh juga datang ke sini. Ini satu contoh fahaman politik sempit dan terdesak yang diamalkan oleh pemimpin DAP khususnya Guan Eng," katanya sambil menyifatkan tindakan itu seperti meludah ke langit, terkena muka sendiri.


Lidah Rasmi UMNO

Najib kata Pelaburan Meningkat tapi kenapa Pengangguran juga meningkat?

Posted: 10 Oct 2011 10:09 AM PDT



Menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, Perdana Menteri Malaysia yang disayangi pencacai UMNO, Najib Tun Razak berkata ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.


"Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil," katanya.

Najib juga berkata pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2010 dan RM3.5 bilion pada Jan-Jun 2009.

Kemusykilan aku di sini ialah bagaimana Najib boleh berkata Negara mempunyai prospek pekerjaan yang stabil sedangkan laporan dari Perangkaan utama Tenaga Buruh yang dikeluarkan pada June 2011 menunjukkan kadar penganguran Negara telah meningkat semula dari 2.9% Feb 2011 kepada 3.2% pada June 2011.



Laporan tersebut menyatakan nyatakan pada Mei 2011 jumlah rakyat Malaysia yang menganggur ialah 380,300 orang dan ianya telah meningkat menjadi 400,100 orang pada bulan June 2011.


Apakah benar dakwaan Najib tentang jumlah pelaburan asing yang dikatakan meningkat itu sedangkan dalam masa yang sama kadar pengangguran Negara juga meningkat?

Takkan semua pelabur asing tu melabur dalam Magnum dan 4D kottt….


Laporan sila lihat di SINI

Tiada ulasan: