Isnin, 10 Oktober 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Eh.. Eh.. Dia naik Jet Sewa Khas pi Kedah pulakdah...

Posted: 10 Oct 2011 08:40 AM PDT

Ini kisah seorang menteri yang belum sepenggal berada dalam kabinet dah mula tunjuk hidup mewah. Menteri lain yang berpuluh tahun pegang jawatan, tak hidup semewah menteri yang sorang ni. Bukan nak menuduh, jauh sekali nak fitnah. Tetapi inilah hakikat yang berlaku di depan mata. Belum habis edah isu pembaikian rumah yang bernilai berjuta-juta ringgit itu, hari ini timbul pula keborosannya berbelanja duit kerajaan.

Sikap borosnya hanya Tuhan saja yang tahu. Selain gaya hidupnya yang keterlaluan mewah sehingga mengalahkan ahli perniagaan dan jutawan, menteri ini juga dikatakan tidak mesra pekerja di bawahnya.


Baru-baru ini, pada 27 September 2011, TV Hijrah dikatakan telah menempah atau menyewa khas sebuah jet peribadi untuk membawa krewnya bersama menteri yang juga penaungnya membuat liputan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Guar Cempedak, Yan, Kedah.

Tindakan ini amat mengejutkan kerana TV Hijrah yang baru dua tahun beroperasi boleh berbelanja besar semata-mata hendak pergi buat liputan program Solehah di Rumah Budi, Yan, selepas ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri itu. RTM yang berpuluh-puluh tahun beroperasi pun masih belum mampu hidup sederhana mewah, inikan pula nak bermewah-mewahan seperti dinikmati dan dikecapi TV Hijrah yang berusia baru setahun jagung itu.

Nak tanya pihak pengurusan TV Hijrah, ada apa-apa perjanjian istimewa ke dengan orang yang ada kepentingan dengan projek itu sehingga menempah jet peribadi untuk membawa mereka ke Yan. Atau mereka mendapat kelulusan Lembag Pengarah yang dipengerusikan oleh Tan Sri Yusof Nor atau atas arahan menterinya atau CEOnya memandai-mandai membuat keputusan sendiri?

Inilah yang menimbulkan tanda tanya dengan sikap mewah TV Hijrah dan menteri yang menjaganya. Walhal, terbang naik MAS, AirAsia atau Firefly pun boleh sampai setakat ke lapangan terbang Kedah tu.

Naik van yang menjadi pengangkutan utama krew RTM keliling Malaysia untuk menyiapkan program pun boleh. Tak ada masalahnya. Setakat Kuala Lumpur ke Kedah, lalu Lebuh Raya Utara Selatan dengan tolnya tak sampai RM30 dan minyak tak sampai RM100 pun boleh sampai.

Tak perlulah baik jet peribadi dan tak perlulah nak tunjuk hidup bermewah-mewahan. Menteri berkenaan sepatutnya bertanggungjawab dalam kes ini. Beliau wajar memberi penjelasan kepada rakyat yang nak tahu kenapa naik jet peribadi untuk ke program kecil.

Asal artikel dan Gambar Jet peribadi yang disewa khas oleh pengurusan TV Hijrah untuk menerbangkan krew program Solehah dan menteri berkenaan ke Kedah sila lihat di SINI

Ha.. menjawabpun dia..

Posted: 10 Oct 2011 07:39 AM PDT

Ini adalah jawapan dari the most powerful person di Menteri Besar Incorporated (MBI) berkenaan dengan barua-barua yang membocorkan maklumat dalaman PKR.. nak tahu baca di SINI.

Dakwaan dan cubaan untuk menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor adalah cara Umno bagi mengekang lonjakan populariti pemimpin itu yang mutakhir ini begitu memberangsangkan, kata setiausaha politiknya, Faekah Husin.

Dalam satu kenyataan media, Faekah berkata usaha-usaha itu bertujuan menjejaskan populariti dan kredibiliti Khalid yang kini mengatasi pimpinan Umno mahupun pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

"Blog (AntaraPos.com) yang diterajui bekas Pengurus Besar CCSB (anak syarikat kerajaan negeri) yang ditamatkan kontrak Jun lalu digunakan untuk melaksanakan perbuatan hina ini.


"Dari maklumat yang kita terima laman web tunggangan Umno ini juga ditubuhkan khas untuk mempertahankan Datuk Seri Najib (Razak) yang kini dikatakan mendapat tentangan terang-terangan dari timbalannya Tan Sri Muhyidin (Yassin)," kata Faekah.

CCSB adalah syarikat yang mengendalikan TV Selangor buletin negeri Selangorkini yang diterbitkan setiap bulanan.

Faekah mengulas dakwaan yang dibuat dalam blog itu berhubung beberapa wakil rakyat PKR yang mahu Khalid dipecat.

Faekah bagaimanapun mengakui terdapat sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang tidak biasa dengan cara Khalid mentadbir negeri Selangor seperti menguruskan sebuah syarikat korporat

"Golongan ini sangat kecil jumlahnya namun bersuara agak lantang mungkin kerana kedudukan mereka di dalam parti dan mungkin juga di dalam masyarakat," katanya.

Menurut beliau, rakyat mahukan pentadbiran yang berlandaskan ketelusan, kebertanggungjawab, bebas rasuah dan adil yang tidak pernah dipraktikkan BN sepanjang memerintah Selangor.

Faekah juga berkata beliau ada mendengar mengenai memorandum yang disebarkan dengan tujuan mengugat kedudukan Khalid.

Katanya, sebagai setiausaha poltik, sudah pasti beliau akan mempertahankan kedudukan menteri besar jika Khalid diserang oleh mana-mana pihak; lawan mahupun kawan. Beliau juga menyifatkan Khalid sebagai seorang pemimpin yang baik, bersih, telus serta komited terhadap kehendak rakyat adalah ibadah.


Malaysiakini

Ekonomi negara Rancak? .. Rancak Kepala Bapak!

Posted: 10 Oct 2011 05:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 10 OKT : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ekonomi negara berkembang baik dibidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hakikatnya kata Anwar ekonomi negara masih rapuh dalam suasana ekonomi global tidak menentu.


Perdana Menteri meuar-uarkan seolah-olah ekonomi Malaysia sudah rancak semula dengan menyebut kejayaan menarik pelaburan asing (FDI) dalam tahun 2010 dan separuh tahun pertama 2011.

Kata Anwar, beliau (Najib) hanya menyebut prestasi Malaysia semata-mata tanpa perbandingan dengan aliran pelaburan sejagat atau prestasi-prestasi negara-negara pesaing di rantau ini.

"Prestasi pelaburan asing yang masuk ke Malaysia masih ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di rantau Asia Pasifik. Peningkatan enam kali ganda yang disebut oleh Perdana Menteri bagi tahun 2010 adalah kerana nilai pelaburan yang sangat rendah dalam tahun 2009, maka angkanya nampak lebih gah bila dibandingkan dengan asas yang sebegitu rendah," katanya ketika membahas belanjawan 2012 di parlimen hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan "FDI Global Outlook Report" yang diterbitkan oleh Financial Times, edisi terbaru keluaran Mei 2011.

Dalam laporan itu Malaysia tidak termasuk dalam senarai.

Sebaliknya lima negara dalam senarai teratas berdasarkan jumlah projek pelaburan adalah China, India, Singapura, Australia dan Thailand.

Malah kata Anwar lagi, jumlah pelaburan asing yang masuk ke Vietnam dalam adalah RM87 bilion dan Singapura sebanyak RM39 bilion, berbanding jumlah RM29 bilion yang diperolehi negara dalam tahun 2010.

"Jika Malaysia mensasarkan pelaburan asing dalam industri berteknologi tinggi, kita semestinya ketinggalan jauh berbanding Singapura dan Australia," katanya.

Tambahnya, jika Malaysia ingin bersaing untuk mendapatkan pelaburan asing dalam bidang pembuatan dan perkilangan, kita ditewaskan pula oleh Vietnam dan Bangladesh.

"Oleh itu, dewan perlu lebih berhati-hati dengan data-data yang dipersembahkan Perdana Menteri kerana ia mengenepikan gambaran keseluruhan kedudukan ekonomi negara. Sebab itu mungkin, Perdana Menteri langsung tidak menyentuh mengenai keadaan hutang negara yang semakin meruncing.

"Jumlah hutang negara yang telah mencecah RM437 bilion pada akhir Jun 2011 seperti angka rasmi Bank Negara Malaysia adalah paras tertinggi hutang negara dalam sejarah Malaysia," katanya.

Laporan Majlis Kewangan Negara 2010 mukasurat 120 mencatatkan pola keberhutangan awam negara di antara tahun 1970 hingga 2009. Perenggan dua merujuk kepada usaha berterusan untuk mengurangkan nisbah hutang kepada KDNK dalam tahun 90an hingga mencapai paras terendah dalam sejarah iaitu 31.9% pada tahun 1997.

Ananda Krishnan dituduh Rasuah di India?

Posted: 10 Oct 2011 02:54 AM PDT

NEW DELHI, 10 Okt — Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.

Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.

Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.


Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.

Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.

"CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.

"Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai," kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.

Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.

CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.

Dalam pada itu jurucakap Maxis ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya sedar tentang perkembangan tersebut.

"Kami sedar mengenainya dan kami akan menghubungi anda kemudian," kata pegawai komunikasi itu lagi.

Kumpulan Aircel merupakan rakan kongsi antara Maxis Communications Berhad dan Sindya Securities & Investments Private Limited dari India, yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di negeri selatan Tamil Nadu.


The Malaysian Insider

Video Seks Anwar lagi??

Posted: 10 Oct 2011 01:20 AM PDT



Hari ini PapaGomo sekali lagi menyiarkan video sek, katanya rakaman tersebut adalah rakaman tulen (dia sahkah sendiri) dan sekali lagi Dato Seri Anwar Ibrahim juga dituduh sebagai pelakunya..


Tuduhnya lagi Video ini merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am.

Tak apa.. bersamalah kita saksikan video yang diberikan judul sebagai "Paman Anwar di Patpong Bangkok" oleh PapaGomo itu di akhir berita ini..


Lagi video 'Anwar' di Bangkok ditayang

PETALING JAYA: Skandal klip video adegan lucah yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan lagi, kini dikatakan berlaku pada 13 Januari lalu di Bangkok, Thailand.

Klip video kira-kira dua minit itu mula dimuat naik dalam blog upahan Umno pagi tadi, mendakwa kejadian itu berlaku semasa Anwar berada di Patpong, Bangkok dua hari sejak 12 Januari lalu.

Bertajuk "Paman Anwar di Patpong Bangkok", adegan itu dirakam dalam sebuah bilik dan kamera difokuskan ke arah katil menunjukkan tempoh masa bermula pada pukul 1.54 pagi dan waktu terakhir pada 8.30 pagi.

Manakala pelaku yang dikatakan 'Anwar' itu kelihatan memakai jubah mandi sedang berlegar-legar disekeliling bilik sambil memegang telefon bimbit.

Bagaimanapun, visual kamera itu gagal menunjukkan jelas rupa paras individu dalam video tersebut, tambahan ia rakaman hitam-putih.

Penulis blog upahan Umno 'Papa Gomo' dalam blognya mendakwa Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari lalu menggunakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) bernombor MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, Anwar kemudiannya tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

"Video ini adalah rakaman tulen dan sahih seratus peratus ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya," kata penulis blog itu.

Beliau mendakwa setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk 'aktiviti-aktiviti' dan 'tugas-tugas rasmi' tertentu, Anwar pulang ke tanah air pada pukul 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat MAS bernombor MH 785 dan tiba di KLIA pada pukul 2.15 petang dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 petang.

Penulis blog itu turut membangkitkan persoalan mengenai kegiatan setiap kali pemergian Anwar ke Thailand sejak dua tahun lalu, soalan sama yang pernah diutarakan ahli perniagaan 'Datuk T' Datuk Shazryl Eskay Abdullah sebelum ini dalam skandal video seks yang lalu.

"Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita," katanya - Free Malaysia Today


Eh? Bocor lagi....

Posted: 09 Oct 2011 11:35 PM PDT

Dalam komen yang tersiar di Malaysiakini ada yang mengatakan berita ini adalah dongeng dan kononnya portal yang menyiarkannya iaitu AntaraPos.Com itu Pro BN..

Hakikatnya berita ini adalah berita yang sudah lama dan ia telah disimpan oleh beberapa orang Blogger Pro PKR sebagai rahsia demi kebaikkan parti malangnya masih ada lagi Barua-barua di dalam PKR yang gemar mendedahkan keburukkan atau kepincangan yang telah berlaku kepada media.


Itu yang dibocorkan kepada Media, bagaimana pula dengan barua yang berada dalam kepimpinan tinggi PKR yang telah melaporkan kepada pihak UMNO akan perancangan Anwar untuk bersembunyi di kedutaan Turki bila sekali lagi beliau dituduh meliwat..

Tindakan membocorkan maklumat itu bagaimanapun dihidu Anwar dan beliau telah mengadakan satu lagi mesyuarat didalam keretanya, hasilnya hanya keretanya sahaja yang bersembunyi di Kedutaan Turki itu, bukan beliau.

Siapa barua itu agaknya ya… ?? orang kata.. sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.. hang tunggulah!

Berbalik kepada berita yang disiarkan oleh Malaysiakini itu.. yang paling berkuasa dalam MBI Selangor.. sila jawab!! begitu juga dengan Team yang menentang Team dari MBI ini.. jawapan anda diperlukan disini...


PKR mahu Khalid disingkir sebagai MB Selangor?

Hubungan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan ADUN dan ahli parlimen PKR dilaporkan semakin rapuh sehingga ada kumpulan wakil rakyat parti itu mendesak pimpinan parti supaya memecat Menteri Besar Selangor itu.

Laman web berita AntaraPos.com melaporkan, ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah, akur dengan desakan itu dan telah meminta supaya isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti melaksanakan tuntutan pimpinan itu.

Bagaimanapun, difahamkan Wan Azizah enggan berbuat demikian. Tindakan beliau itu sehingga menimbulkan keresahan di kalangan wakil rakyat berkenaan yang semakin tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid.

AntaraPos.com adalah laman yang ditubuhkan sekumpulan wartawan dan pemimpin pembangkang yang dipercayai pro-Anwar tetapi kritikal terhadap PKR.

Memetik beberapa sumber dalaman, AntaraPos.com melaporkan kemelut berkenaan telah mencetuskan krisis dalaman parti yang memberi kesan kepada bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat.

Ini juga dikatakan sedang menghakis peluang gagasan itu untuk mengekalkan kuasa di Selangor pada pilihanraya umum akan datang.

Rungutan utama wakil rakyat PKR terhadap Khalid adalah bahawa prestasi kepemimpinan PKR di Selangor tertinggal jauh berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan DAP di Pulau Pinang.

Keghairahan Khalid

Manakala di Kelantan dan Kedah, kerajaan negeri pimpinan PAS bergerak atas landasan sama dengan telunjuk parti dan memastikan dasar-dasar PAS dilaksanakan di peringkat negeri.

"Apa yang jelas di Selangor ialah keghairahan Khalid mengumumkan program-program rakyat dengan begitu gah namun pelaksanaan ibarat melepaskan batuk di tangga sepanjang tiga tahun yang lepas," kata sumber-sumber dalaman parti.

Contohnya program seperti Skim Mikrokredit yang dibeban dengan birokasi keterlaluan untuk mendapatkan kelulusan, manakala tahap pelaksanaan projek pembersihan Sungai Klang yang dalam program memacu ekonomi Selangor bernilai RM60 bilion masih jauh daripada memuaskan walaupun ia diumum hampir tiga tahun lalu.

Sebaliknya, Khalid memberi tumpuan kepada "projek-projek remeh yang jelas tidak mendatangkan sebarang kesan jangka panjang untuk kebaikan penduduk Selangor tetapi hanya sekadar untuk meraih populariti," tambah sumber itu.


Menurut sumber itu lagi, pada Mei lalu, wakil rakyat PKR mengemukakan memorandum kepada Anwar meminta beliau memecat Khalid sebagai menteri besar demi memelihara kedudukan PKR sebagai paksi Pakatan Rakyat, khususnya di Selangor.

Singkir MB

Memorandum itu disampaikan kepada Anwar pada Kongres Pilihanraya PKR. Difahamkan bahawa apabila menyedari perkara itu, Khalid bergegas meninggalkan kongres berkenaan sebagai tanda protes.

Susulan memorandum itu, ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik PKR turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi Khalid, baik sumbangannya kepada parti atau pun selaku Menteri Besar.

Mereka juga merujuk kepada tindakan Khalid untuk mencantas beberapa program kemasyarakatan yang diatur oleh parti tetapi meluluskan program-program di peringkat negeri yang berupaya meningkatkan populariti beliau secara peribadi.

Kata sumber itu lagi yang dipetik AntaraPos.com, sebagai respon kepada rungutan dan memorandum itu, Anwar selaku ketua umum PKR meminta Wan Azizah selaku presiden untuk melaksanakan ketetapan yang diambil oleh Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat bagi menyingkir Khalid.

Penyingkiran itu memerlukan PKR mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS sebelum menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan usul berkenaan selain mengemukakan calon MB baru.

Dalang

Bagaimanapun usul itu dikatakan "mati begitu saja" di tangan Wan Azizah yang bertegas mahu mengekalkan Khalid walaupun membelakangi mandat Majlis tertinggi PKR.

Sumber-sumber juga memberitahu keputusan Wan Azizah untuk menempelak kehendak wakil-wakil rakyat parti, didalangi oleh Faekah Husin (kiri), setiausaha politik Khalid yang sebelum ini menjadi pegawai khas presiden PKR itu.

Walaupun berpejabat di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Faekah masih bertindak penasihat utama Wan Azizah, malah banyak menghabiskan waktu untuk urusan Presiden PKR.

"PKR kini berdepan dengan masalah dalaman yang amat serius kerana ia membabitkan tiga personaliti tertinggi iaitu Anwar, isterinya dan Khalid," kata sumber itu.

"Wakil rakyat dan akar umbi yang mengetahui masalah ini kini menunggu untuk melihat apakah langkah seterusnya Anwar."

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi daripada pejabat menteri besar dan pihak yang dikaitkan setakat ini belum berhasil.


Malaysiakini

Bila Pilihanraya sudah dekat....

Posted: 09 Oct 2011 09:18 PM PDT

68 penyokong setia Pas Padang Terap sertai UMNO

KUALA NERANG 10 Okt. – Seramai 68 pemuda penyokong setia Pas Padang Terap di kampung Bukit Buluh dan Lubuk Merbau Jaya, Naka dekat sini, menyertai UMNO setelah hilang kepercayaan kepada kepimpinan Pas yang gagal membela nasib orang Melayu di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Mohamad Faizal Mustafa, 29, berkata, beliau menyertai UMNO kerana tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan Pas sejak mentadbir negeri ini serta tidak mengotakan janji yang ditaburkan semasa pilihan raya lalu.


"Saya sertai UMNO disebabkan parti itu lebih banyak menjaga kepentingan dan kebajikan orang Melayu terutamanya mendengar suara dan kehendak generasi pemuda pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO di Kampung Bukit Buluh, Naka dekat sini malam tadi.

Majlis penyerahan borang tersebur diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang turut disaksikan oleh Ketua Pemuda UMNO, Kedah Badrol Hisham Hashim.

Hashim Abdullah, 35, pula berkata beliau menyertai UMNO disebabkan tertarik dengan perjuangan parti itu yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, sekaligus membolehkannya dapat bersama-sama berjuang mempertahankan hak orang Melayu daripada dicemari anasir luar.

Sementara itu Mahdzir berkata, ini merupakan satu petanda baik kerana agenda perjuangan bangsa yang diuruskan UMNO dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya kerajaan pusat tidak hanya cakap kosong untuk memberi segala kemudahan kepada golongan muda dari segi pendidikan, kemahiran dan keusahawanan bagi melihat kejayaan mereka.

"Saya lihat penduduk di kampung juga boleh menerima UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebuah parti yang boleh menjamin masa depan mereka pada masa akan datang," kata beliau. - Bernama

Elaun ahli Parlimen dijangka naik dua kali ganda.

Posted: 09 Oct 2011 08:16 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Ahli-ahli Parlimen dijangka akan menikmati kenaikan elaun mereka dua kali ganda di bawah struktur baru yang dicadangkan termasuk aspek berkaitan dengan hak dan keistimewaan wakil rakyat peringkat persekutuan itu.

Difahamkan jawatankuasa kajian semula yang dibentuk tahun lalu telah mengesyorkan agar saraan wakil rakyat dinaikkan antara RM30,000 dan RM35,000 termasuk elaun. Kini kadar diterima mereka dianggarkan sekitar RM12,000 sebulan.


Ketika membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata, "menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja ahli-ahli Parlimen yang semakin bertambah dari hari ke hari dan perlunya kita memupuk budaya politik baru bersesuaian dengan Program Transformasi Politik yang saya umumkan baru-baru ini, maka kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli-ahli Parlimen sekalian."

"Dengan syarat.....kedua-dua belah pihak, parti kerajaan dan parti pembangkang mestilah seiya sekata bersetuju. Termasuklah yang bebas-bebas itu. Setelah dipersetujui nanti, elaun baru ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari tahun depan," kata beliau yang juga Menteri Kewangan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi butiran lanjut.

Jawatankuasa sembilan anggota yang dipengerusikan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga mengesyorkan agar diperluaskan hak dan kebebasan ahli-ahli Parlimen dan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA), yang dimansuhkan pada 1992.

Wan Junaidi (gambar kanan) mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa jawatankuasa itu telah mengemukakan tiga rang undang-undang iaitu Rang Undang-undang PSA, Rang Undang-undang Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) (Pindaan) 1952 dan Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1980 kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dua minggu lalu.

Bagaimanapun Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong tidak mahu mendedahkan butiran mengenai kadar baru yang disyorkan.

Katanya, perkara itu perlu dibincangkan oleh ketiga-tiga mereka sebelum dikemukakan untuk penelitian lanjut kesemua wakil rakyat dan kemudian dibawa kepada kerajaan.

"Kami telah bersetuju bahawa perkara ini perlu dirahsikan sehingga notis selanjutnya. Masih terlalu awal," kata beliau ketika dihubungi.

Wan Junaidi mahu The Malaysian Insider menekankan bahawa ahli-ahli Parlimen Malaysia merupakan antara mereka yang menerima saraan paling rendah di dunia, yang bersamaan dengan wakil rakyat Christmas Island dan Fiji.

"Anda boleh katakan bahawa kita antara yang paling rendah dibayar di dunia. Kita empat kali lebih rendah berbanding Indonesia dan Thailand... dan sudah pasti tidak perlu bandingkan kita dengan Singapura," katanya lagi.

Saraan ahli-ahli Parlimen dikaji semula lima kali — 1992, 1997, 2001, 2002 dan 2005 sejak Akta Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) 1980 digubal.

Pada 2005, gaji pokok dinaikkan daripada RM5,916.90 kepada RM6,508.59 tidak termasuk faedah lain seperti elaun bulanan pemandu RM1,200.


The Malaysian Insider

Gambar Muslimat PAS?.. pejuang bangsa memalukan bangsa sendiri..

Posted: 09 Oct 2011 09:29 AM PDT



Sebuah blog Pro UMNO yang kononnya begitu hebat memperjuangkan bangsa Melayu telah mendakwa bahawa gambar diatas adalah 'Bergaya cara muslimat Pas'..


Dari gambar tersebut kelihatan tiga orang wanita seorang tidak bertudung manakala dua orang lagi bertudung memakai kain yang jarang.

Aku bukan Ahli PAS..

Tapi dalam kebanyakkan program dijalankan oleh PAS yang aku hadiri aku tak pernah lagi berjumpa dengan Muslimat yang tidak bertudung dan jarang juga aku berjumpa muslimat yang bertudung seperti diatas kebanyakkannya bertudung labuh hingga ke paras dada.

Dan aku juga tak faham kenapa gambar perempuan bertudung diatas dituduh sebagai Muslimat PAS..

Yang jelas dari gambar di atas ketiga-tiga perempuan diatas adalah orang Islam yang di Malaysia ini boleh dikatakan keseluruhan penganutnya adalah terdiri dari Bangsa Melayu..

Sebenarnya disini Blog Pro UMNO yang kononnya memperjuangkan Bangsa Melayu telah menyebarkan satu gambar yang menjatuhkan maruah perempuan Melayu sendiri..

Tapi... biasalahkan.. Pencacai UMNO ni kalau tak menyebar finah, makan tak kenyang.. mandi pun tak basah, memang haram jadah!

Kat bawah ni ada sikit gambar yang dirakam pada Sambutan 60 tahun PAS menunjukkan bagaimana yang dikatakan Muslimat PAS itu berpakaian..







Lagi gambar sila lihat di SINI

Tiada ulasan: