Anak Sungai Derhaka |
- Memang Polis langgar SOP sasar Hospital Tung Shin.
- Cincin 24 Juta, Kenapa pula ianya dialamatkan kepada Rosmah?
- Kerana BN, Hutang negara kita telah mencecah RM437 Billion..
- RM9 Juta dibayar rakyat Malaysia untuk sewa pesawat khas bawa Najib bercuti..
- Saiful sokong BN, Gila publisiti dan Benci Anwar..
- Lagi Bukti UMNO/BN semakin terdesak!
- Tuduhan Liwat : Saksi Misteri telah muncul..
- Bekas Bendahari UMNO Merbok Kuasai Projek Istana baru?
- Stadium Runtuh : Apa penjelasannya??
- ADUN Johol meninggal dunia
Memang Polis langgar SOP sasar Hospital Tung Shin. Posted: 04 Oct 2011 09:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt — Siasatan Kementerian Kesihatan mengesahkan polis telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan bertindak secara tidak beretika ketika hendak meleraikan perhimpunan Bersih 2.0 di kawasan Hospital Tung Shin di sini, 9 Julai lalu. Perkara itu disahkan oleh Kementerian Dalam Negeri malam ini. Pertengahan Julai lalu, Kementerian Kesihatan memutuskan untuk mengadakan satu jawatankuasa inkuiri tahap tinggi bagi menyiasat insiden pihak polis menyasarkan Hospital Tung Shin ekoran kritikan dan kecaman banyak pihak. Jawatankuasa itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Kamarul Zaman Md Isa. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata anggota polis yang didapati bersalah akan dirujuk kepada lembaga disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mahmood berkata, Kementerian Dalam Negeri mengambil maklum hasil laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi, Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin pada 9 Julai lalu. "Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis oleh kakitangan PDRM ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata beliau. Mahmood menambah, laporan itu antara lain menyebut bahawa berlaku semburan air oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama hospital itu. "Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam kawasan hospital," kata beliau lagi. Mahmood juga berkata laporan itu menunjukan bahawa berlaku tembakan gas pemedih mata dari arah premis Waz Lian oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital, dan bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan. "Berlaku lontaran 'bom asap' oleh anggota PDRM ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat parkir kenderaan Hospital Bersalin Cina," kata beliau. Berhubung insiden lontaran bom asap, kata Mahmood, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan Hospital Bersalin Cina di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan daripada Hospital Bersalin Cina. "Pihak Hospital Bersalin Cina sebenarnya telah memberhentikan operasinya semenjak September 2006 kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011," katanya lagi. Susulan daripada laporan hasil siasatan ini, jelas beliau, Kementerian Dalam Negeri akan merujuk senarai kakitangan berkenaan kepada jawatankuasa tatatertib PDRM untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya. "Keputusan bagi tindakan ini jelas membuktikan bahawa Kementerian Dalam Negeri mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan," kata beliau lagi. Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika menubuhkan jawatankuasa itu berkata beliau percaya langkah itu akan memperjelaskan pelbagai kenyataan yang bercanggah, yang dibuat pelbagai. "Pada 11 Julai lalu, lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan menteri bahawa tiada gas pemedih mata dan air berasid dilepaskan ke arah kawasan hospital," kata Liow ketika itu. "Pelbagai saksi yang melihat mendakwa keadaan sebaliknya," kata beliau. Justeru kata Liow, beliau percaya jawatankuasa tersebut akan mengadakan satu proses siasatan mendalam dan secara telus, yang menurutnya sangat penting dan perlu memandangkan keselamatan pesakit dan hospital adalah penting. Tony Pua, setiausaha publisiti DAP kebangsaan pula pernah meminta kerajaan pusat memohon maaf secara terbuka kepada Hospital Tung Shin kerana melepaskan air berasid dan gas pemedih mata dalam menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0. Pua mendakwa kerajaan cuba menutup kesalahan polis dan oleh itu, tidak berguna bagi kerajaan untuk terus menafikan apa yang telah berlaku. "Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar), Menteri Kesihatan dan Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) harus dengan segera meminta maaf kepada Hospital Tung Shin kerana melanggar wilayahnya dan kepada semua rakyat Malaysia kerana cuba menutup kesalahan pasukan polis," kata beliau. Sekumpulan 11 doktor pula menegaskan mereka bersedia untuk menyediakan afidavit berkanun untuk mengatakan bahawa pihak polis ada melepaskan air berasid dan gas pemedih mata ke atas kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina. Mereka yang berkata berada di lokasi ketika kejadian menegaskan, mereka kecewa dengan tindakan polis itu tanpa mempedulikan keselamatan pesakit dan doktor. The Malaysian Insider |
Cincin 24 Juta, Kenapa pula ianya dialamatkan kepada Rosmah? Posted: 04 Oct 2011 04:30 AM PDT Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin muncul, Rosmah menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau menegaskan tiada masa mahu melayan perkara itu. "Tak ada apa yang saya nak cakap sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia saja hendak cakap (tuduh)," kata beliau. Tetapi hari ini.. Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya. Secara tidak langsung Jabatan Kastam dan Nazri Aziz telah mengesahkan kemasukkan Cincin tersebut ke Malaysia.. Dan Nazri juga mengesahkan bahawa Cincin tersebut telah dialamatkan kepada Rosmah.. jadi timbul pula persoalan disini.. kenapa pula Cincin tersebut perlu dialamatkan kepada Rosmah? Adakah Rosmah mempunyai gedung menjual perhiasan dari permata? Ada pencacai UMNO kata cincin itu bukan dibeli oleh Rosmah tapi dibawa masuk untuk satu pameran yang sulit.. Pameran yang sulit?.. bagi aku ini tidak lebih dari satu kenyataan bodoh.. apa guna diadakan pameran jika ianya sulit? Apa depa ingat pameran alat sulit ka nak buat secara sulit? Persoalan utama sekarang kenapa Cincin yang berharga USD24Juta itu dialamatkan kepada Rosmah?????? Baca artikel ni.. Chegu Bard tak puas hati dengan jawapan Nazri tu.. "Saya tidak puas hati dan jawapan (menteri) tidak menjawab misteri di sebalik cincin itu," kata bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (kanan). Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulisnya di parlimen hari ini berkata, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin itu benar-benar wujud. Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Nazri berkata tiada pembelian dibuat terhadapnya. Dalam reaksi segeranya kepada Malaysiakini hari ini, Badrul Hisham berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap laporannya yang dibuat pada 13 Julai, termasuk terhadap pegawai syarikat kargo, membuktikan dokumen yang didedahkan sah. "Lepas itu puak-puak blogger (penulis blog) Umno dan lain-lain jawab konon cincin itu masuk untuk pameran sulit dan sudah keluar semula. Dan ada yang siar borang cincin itu keluar. "(Tetapi) borang itu banyak keraguan, antaranya ada pindaan tanpa pengesahan dan tandatangan pegawai kastam itu ialah pegawai kastam yang bertugas di bahagian latihan HQ (ibu pejabat) kastam," katanya. 25,000 risalah akan beredar Bagaimanapun, Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhujah,barangan untuk pameran seharusnya melalui prosedur dan borang berbeza. "Semakin mereka nafi semakin bercelaru. Sekarang rakyat kena hakimi," katanya lagi. Di sebalik kontroversi cincin mewah itu, Badrul Hisham hari ini turut membangkitkan tentang gelang bernilai RM1.65 juta yang juga didakwa dipakai Rosmah dan dikeluarkan syarikat sama. Badrul Hisham juga berkata, SAMM pada minggu depan akan mula mengedarkan 25,000 naskhah risalah buku kecil mengenai cincin itu dan "pembaziran lain" kepada umum. Kandungannya tidak didedahkan buat masa ini. Badrul Julai lalu tampil mendedahkan kemasukan barang itu dan mendakwa rekod menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan - yang didakwa bukti menunjukkan pembabitannya. Badrul Hisham melaporkannya kepada SPRM dan Rosmah kemudiannnya menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah selepas dua minggu ia ditimbulkan - Malaysiakini |
Kerana BN, Hutang negara kita telah mencecah RM437 Billion.. Posted: 04 Oct 2011 03:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. "Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion," kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini. Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara. Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. "Kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK. "Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun,' katanya. Keadaan itu, kata Anwar, diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. "Defisit negara diunjurkan mencecah 6 peratus bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh," kata Anwar. Ketika membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat di parlimen hari ini, Anwar berkata ia bertujuan untuk membantu rakyat mengharungi hidup yang semakin terhimpit. Pakatan memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan berkenaan melibatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN. Ia menumpukan usaha mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini. http://www.keadilandaily.com/?p=21292 |
RM9 Juta dibayar rakyat Malaysia untuk sewa pesawat khas bawa Najib bercuti.. Posted: 04 Oct 2011 12:44 AM PDT KUALA LUMPUR, 4 Okt: Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia. Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan. Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat. Harakahdaily |
Saiful sokong BN, Gila publisiti dan Benci Anwar.. Posted: 03 Oct 2011 11:46 PM PDT KUALA LUMPUR: Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka. Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Pendedahan saksi berkenaan mengesahkan lagi konspirasi yang dilakukan Umno-BN untuk menghancur dan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai Ketua Pembangkang dengan tuduhan fitnah. Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon. Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor. Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten. "Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa. "Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya. Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar. Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman. "Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik," katanya di mahkamah. Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri. "Dia benci Anwar," kata Najwan. Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu. Berikut kronologi perbicaraan pada hari ini: 9.48pagi: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari Jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi. Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia. Menjawab soalan peguam Ram Karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD. 10.14 pagi: Peguam Ram Karpal Singh bertanya samada Bahagian Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar. Sankara meminta mahkamah berehat sementara menunggu saksi terbaru mereka. Peguam Cara negara II , Yusof Zainal Abiden bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya. 11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair. 11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor. 11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di bilik berhampiran Saiful di Uniten. "Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa. "Dia (Saiful) mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti," kata Najwan. 11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat laman sosial Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman "Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik," katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik. 11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. 11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar. "Dia (Saiful) membenci Anwar" katanya. 11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau pernah bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad. "Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm," ujarnya. 11.37 pagi: Yusof berkata ia tidak salah mengambil gambar dengan menteri. Saksi berkenaan bersetuju. 11.39 pagi: Najwan menafikan apa yang dia katakan mengenai Saiful adalah spekulasi. 11.40 pagi: Najwan berkata beliau melihat keterangan Anwar sebagai munafik (hipokrit) dalam Friendster Saiful. 'Saya terkejut kenapa dia bekerja dengan Anwar kerana dia membenci Anwar," ujarnya. 11.45 pagi: Yusof: Berapa kerap kamu berbual tentang politik dengan Saiful? Najwan: Saiful berkata Anwar tidak boleh dipercayai dan kita perlu menyokong kerajaan BN. 11.47 pagi: Menjawab pertanyaan Sankara, Najwan berkata beliau mengetahui mengenai karektor Saiful berdasarkan pengalaman beliau. 11.48 pagi: Mahkamah bersambung pada khamis. http://www.keadilandaily.com/?p=21209 |
Lagi Bukti UMNO/BN semakin terdesak! Posted: 03 Oct 2011 10:01 PM PDT Sekumpulan guru telah dipaksa menghadiri seminar wajip Kementerian Pelajaran yang dijadikan medan 'membelasah' pembangkang, dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang ( zon timur ) Program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam Kementerian Pelajaran Malaysia itu diadakan pada 28 September lalu untuk guru-guru di wilayah pantai timur. Ucapan dasar disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mohd Puad Zarkashi. "Malangnya seminar ini telah bertukar menjadi seminar Umno untuk membelasah PAS, PKR dan DAP di samping menggesa agar para guru memberi sokongan kepada Umno pada pilihan raya umum yang akan datang," kata Nasrudin dalam satu kenyataan media hari ini. "Semua guru diminta mengenal pasti guru-guru lain yang disyaki menyokong pembangkang agar dipengaruh sehingga mereka menyokong Umno. Seminar ini tidak ubah sebagai Bengkel Strategi Umno menghadapi pilihanraya umum." Nasrudin juga mendakwa bahawa guru-guru dan pengetua khususnya diminta berkempen untuk Umno dan dijanjikan pembiayaan lumayan yang diistilahkan sebagai "wang dari langit" bagi memastikan tugasan mereka berjalan lancar. Nasrudin juga menghasilkan bukti-bukti fotografi bagi menyokong dakwaannya. "(Penganjur) seminar ini turut membekalkan risalah bersiri yang sarat dengan kecaman dan fitnah ke atas PAS dan Pakatan Rakyat di samping buku dan vcd turut disertakan dalam fail bercetak (dari) Institut Aminudin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia. "Dewan Pemuda PAS melihat tindakan ini bukan sahaja tidak profesional dan menyalahgunakan kuasa tetapi sungguh memalukan (kerana) kementerian tersebut bertindak sedemikian bodoh, membohongi warga cerdik untuk kepentingan Umno yang jelas terdesak untuk meraih sokongan dari kalangan warga pendidik," katanya. Sehubungan itu, menurut Nasrudin, memberi amaran kepada Umno untuk berhenti menyalahgunakan jentera kerajaan untuk kempen politik pada seminar seterusnya yang akan diadakan di Kuantan, Pahang, pada Khamis ini. Menyifatkan tindakan kerajaan itu sebagai "tidak profesional", beliau mahu penyalahgunaan kuasa yang disifatkan sebagai satu pengkhianatan kepada negara dan rakyat dihentikan segera dan katanya, kerajaan juga perlu memohon maaf kepada rakyat dan pendidik. Meskipun pilihan raya umum ke-13 boleh dilanjutkan 2013 tetapi parti-parti politik telah aktif berkempen berikutan spekulasi bertiup kencang bahawa ia mungkin diadakan sewal hujung tahun ini atau awal tahun depan. Kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat saling tuduh menuduh satu sata lain menyalahgunakan jentera kerajaan persekutuan dan negeri bagi kepentingan politik masing-masing. Malaysiakini |
Tuduhan Liwat : Saksi Misteri telah muncul.. Posted: 03 Oct 2011 09:17 PM PDT Seperti yang dijadualkan.. hari ini saksi misteri telah muncul di Mahkamah, Beliau bukanlah Wan Azizah sebagaimana yang didakwa oleh sebuah Blog Pro UMNO, bukan juga Parpukari mahupun PapaGomo yang popular dengan penyebaran Video Seks, tapi.... Dia adalah Mohd Najwan Ali, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) yang tinggal bersebelahan dengan bilik pengadu, Saiful Bukhari Azlan pada 2003. Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar. Najwan merupakan bekas rakan sekolej pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kini menjadi pembantu Anwar untuk tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor. Dalam keterangannya, Najwan memberitahu, beliau mengenali Saiful sejak 2003 apabila tinggal berdekatan bilik pengadu semasa menuntut di Universiti Tenaga Nasional. "Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa. "Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya. Katanya, program itu dilancarkan oleh bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar. Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman. "Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik. Najwan berkata beliau melihat Saiful di ceramah politik dan pengadu berkempen untuk BN pada 2008. Saksi bagaimanapun menafikan Saiful mengidola Anwar seperti dalam pengakuannya. "Dia benci Anwar," kata Najwan. Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu. Najwan bersetuju dengan cadangan Yusof bahawa tidak pelik untuk menunjukkan gambar dengan menteri tetapi tidak bersetuju bahawa apa yang dikatakannya tentang Saiful sebagai spekulasi. Sumber berita : Malaysiakini |
Bekas Bendahari UMNO Merbok Kuasai Projek Istana baru? Posted: 03 Oct 2011 08:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan lebihan kos pembinaan Istana Negara yang meningkat sekali ganda kepada RM800 juta berbanding kos asalnya sekitar RM400 juta. Azan berkata, selepas sesuatu belanjawan dilulus di dewan rakyat, kebiasaannya terdapat kos tambahan yang digunakan untuk menguntungkan syarikat pemaju yang ada kaitan dengan Umno. "Belanjawan tambahan inilah yang kita persoalkan kerana lazimnya kos asal projek akan melonjak dan tiada jawapan memuaskan dari kerajaan persekutuan," katanya mengulas sebaran gambar istana berkenaan di blog dan laman sosial Facebook, lihat gambarnya di (SINI). Menurutnya lagi beliau mengesyaki kos tambahan berkenaan digunakan untuk membiayai kempen pilihan raya Umno. "Akhirnya, wang rakyat itu juga akan disalur untuk membiayai kempen Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang," katanya dihubungi Keadilandaily.com. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kos asal pembinaan Istana Negara yang ditawarkan oleh Maya Maju (M) Sdn Bhd di bawah konsep penswastaan bernilai RM 394,803,200.00 Namun, harga yang ditawar Jabatan Kerja Raya (JKR) secara rundingan terus pula berjumlah RM 649,995,507.51 Projek itu yang sepatutnya siap pada 29 November 2010 dipinda sehingga Februari 2011 dengan kosnya melonjak lagi kepada RM811.2 juta. Syarikat berkenaan dikatakan dikuasai Datuk Man bin Mat yang juga Bekas Bendahari Umno Merbok, Kedah. Rekod menunjukan semasa kontrak ditawar kepada syarikat ini, ia ditakrif sebagai 'DORMANT' oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ini bermakna, syarikat ini tidak menjalankan apa-apa kegiatan perniagaan, tidak mempunyai 'track record' dan pengalaman dalam pembangunan dan pembinaan. Ia hanya didaftar sebagai syarikat pembinaan pada Ogos 2008 selepas mendapat kontrak pembinaan Istana Negara pada Oktober 2007. Syarikat ini juga tidak mempunyai lesen 'PKK' yang wajib untuk dipertimbang kontrak dari JKR dan tidak berdaftar dengan 'CIDB' yang merupakan syarat wajib kepada semua kontraktor pembinaan. Akhbar The Star bertarikh 27 Jun 2010 melaporkan ramai buruh asing digunakan untuk pembinaan Istana Negara Baru tersebut, tetapi tidak dibayar upah. http://www.keadilandaily.com/?p=21206 |
Stadium Runtuh : Apa penjelasannya?? Posted: 03 Oct 2011 06:32 PM PDT Dr Syed Azman Syed Ahmad Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu. Projek 'kebangaan' kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya di jangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta. Projek mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada tiga 'kontraktor kroni' utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk 'space frame' ini adalah syarikat Sowon Pte Ltd dari Korea Selatan. Namun pada 2 Jun 2009 suatu tragedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Pada jam 9.40 pagi, sebahagian daripada bumbung utama stadium kebangaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini tetapi terdapat beberapa kenderaan yang rosak teruk akibat daripada keruntuhan itu. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam tempoh tanggungan kecacatan' dan pihak kontraktor yang sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan. Pada 15 Jun 2009, satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini taklimat telah diberikan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Antara faktor yang telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC adalah empat punca utama iaitu; - Rekabentuk yang tidak memadai; perekabentuk gagal untuk mengambilkira pertimbangnan yang secukupnya terhadap keadaan penyokong kepada struktur bumbung. - Bumbung tidak dibina dengan sempurna menyebabkan berlaku salah jajaran kepada geometri - Kawalan kualiti tidak dilaksanakan di tapak. - Bahan dan kualiti hasilkerja (workmanship) tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditentukan. Mutu pembuatan komponen keluli didapati tidak baik dan tidak memenuhi spesifikasi yang ditentukan. Isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan ini adalah amat mendukacitakan serta memalukan seluruh rakyat Terengganu. Walaupun kerajaan negeri telah berbelanja ratusan juta, kini telah lebih dua tahun stadium ini tidak dapat digunakan langsung. Manakala kerja-kerja baikpulih tidak berjalan lancar seperti yang di jangkakan. Ramai kalangan rakyat Terengganu yang tertanya-tanya bilakah baikpulih stadium ini akan disiapkan? Dan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap keruntuhan yang memalukan ini? Dan pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih ini? Dan berapakah pula kos sebenar baikpulik stadium ini yang bernilai hampir RM300 juta ini? Skandal besar yang memalukan ini perlu kepada penjelasan telus dari pihak kerajaan Terengganu khususnya di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said (kiri) sebagai menteri besar. Beliau tidak boleh menutup 'sebelah mata' dengan menyalahkan 'kontraktor kroni' kepimpinan yang lalu di bawah Datuk Seri Idris Jusuh (atas, kanan) semata-mata. Menurut Ahmad Said, tambahan kos kepada penyelengaraan pembaikan stadium ini adalah di tanggung oleh tiga kontraktor utama yang bertanggungjawab. Kini persoalan besar yang timbul adalah apakah keseluruhan struktur stadium ini selamat untuk digunakan? Dan berapakah tanggungan kerajaan negeri dalam baikpulih yang sedang berjalan ini? Amat malang nasib rakyat di negeri Darul Iman ini. Negeri yang kaya raya ini berhadapan dengan pelbagai skandal, salah-urus dan masalah kepimpinan yang amat lemah. Rakyat terpaksa menanggung bebanan masalah stadium yang runtuh, kolam renang yang bocor, stesen bas yang runtuh bumbungnya serta projek-projek pembaziran seperti zoo di Kemaman, subsidi 'atap biru', penberian air zam-zam dan buah kurma, yang semuanya melibatkan pembaziran dan kerugian ratusan juta ringgit. Ya... RM300 juta yang dibelanjakan untuk Stadium Sultan Mizan ini berkemungkinan besar terbuang ke Laut Cina Selatan sahaja... dan penyu terpaksa menangis lagi di negeri Gganu kite ini. |
Posted: 03 Oct 2011 06:13 PM PDT Dari Berita Harian Online.. 2011/10/04 SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof (gambar), meninggal dunia jam 4 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru. Jenazah dijadual dikebumikan di Johol selepas solat Zuhur nanti. Chegu Bard turut mengesahkan di (SINI) Al-Fatihah buat Allahyarham.. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan