ALHUSSEYN |
- Mengapa Himpun?
- Bongkar! VVIP Cabul budak sekolah di Perak
- Ayuh kita bersama Ketua Agama Islam di masjid ....
- Ghadafi Masih Hidup !
Posted: 21 Oct 2011 05:55 AM PDT Mohamad Izzat Ghazali, UIAM Pada 22 Oktober, seluruh umat Islam diseru untuk menghadirkan diri ke Stadium Shah Alam untuk menyuarakan bantahan terhadap peningkatan kes-kes murtad yang dilaporkan di Malaysia. Keengganan PAS untuk tidak menyatakan sokongan dilihat sedikit sebanyak menempangkan gerak langkah gabungan NGO ini. Walaupun masih lagi dinaungi oleh NGO-NGO yang lain, namun kegagalan menarik PAS turut sama terlibat dalam Himpun ini dilihat bakal memberikan impak yang bukan kecil. Mengapa Himpun? Agaknya, apa perasaan kita, selaku orang Islam, tatkala penganut Buddha beramai-ramai berkumpul menyatakan kebimbangan mereka apabila 'murtad'nya penganut Buddha dengan kembali kepada Islam? Apa jeritan hati kecil kita, tatkala para pendokong Hindu, menyuarakan bantahan dengan berkumpul beramai-ramai, mencela penganutnya yang menganut Islam? Soalnya, mana sensitiviti kita terhadap konsep keharmonian agama yang selama ini kita junjung bersama? Harus diingat, kita sepatutnya gusar, seandainya golongan yang hadir ke Himpun hanyalah mereka yang sudah sebati dengan Islam sekaligus meninggalkan puak-puak yang masih hanyut, jauh di belakang. Target mad'u yang dilihat terlalu terbuka seperti ini dilihat menyukarkan perkembangan dakwah yang sepatutnya menjadi titik permulaan bagi membasmi gejala murtad yang kian membarah di bumi ini. Sasaran utama kita haruslah mereka yang masih tidak sedar gejala murtad yang merebak dalam diam, namun, akan datangkah golongan sebegitu dalam perhimpunan seumpama ini? Usah menuding jari kepada agama lain. Lihat sendiri, apa yang orang Islam laksanakan untuk menyuburi hati-hati orang Islam. Sebenarnya, di mana kita dalam menangani isu murtad? Berapa banyak bajet dalam belanjawan diperuntukkan untuk menangani gejala sosial dalam kalangan anak muda? Berapa program realiti yang menjarakkan manusia dengan nilai-nilai Islami dihentikan? Berapa konsert hiburan-hiburan yang berjaya dibatalkan? Sejauh mana dakwah Islam benar-benar konsisten menyirami hati-hati gersang warga Islam di Malaysia? Berapa banyak gerakan dakwah dijana pada peringkat kerajaan? Cukupkah dengan sekadar penganjur Musabaqah Al-Quran saban tahun? Dan, benarkah kita percaya, dengan Himpun, barah murtad bakal sembuh? Berapa ramai non-muslim akan kembali pada fitrah mereka, yakni Islam? Berapa ramai pula orang Islam yang sudah murtad akan insaf, dan bertaubat dengan pulang ke pangkuan Islam? Saya berpendapat idea Himpun, adalah cukup baik. Namun, saya bimbang seandainya dengan Himpun, persepsi non-muslim terhadap muslim akan lebih buruk. Mungkin jurang antara agama akan wujud dengan lebih besar selepas ini. Dan secara langsung akan memberi kesan kepada usaha dakwah di bumi Malaysia. Pandangan saya, Himpun hanya satu cara, dan kita masih punya beraneka alternatif lain bagi menangani gejala murtad seperti ini. Jangan semakin bezakan kita dengan mereka, jika tidak bagaimana mereka akan menuruti kita? Jadi, saya mohon tampil berbeza. |
Bongkar! VVIP Cabul budak sekolah di Perak Posted: 21 Oct 2011 12:27 AM PDT Kini sudah terbongkar!Berita tentang anak VVIP yang kononnya meramas dada rakan sekolahnya sudah disahkan cerita bohong. Tetapi apa yang yang menggemparkan kini ialah, bukan sianak VVIP yang buat kerja terkutuk itu, tetapi VVIP itu sendiri yang melakukannya.Kes berlaku di Perak. VVIP ini khabarnya sedang mencari tempat yang hitam gelap untuk bersembunyi.Tapi malangnya, seperti apa yang pernah didakwanya, tiada 'tempat hitam' di negeri Perak menyebabkan dirinya tanpa perlu disuluh lagi, kini tertonjol sebagaimana gambar di bawah. |
Ayuh kita bersama Ketua Agama Islam di masjid .... Posted: 20 Oct 2011 09:40 PM PDT Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan setiap pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid menekankan beberapa aspek penting bagi tujuan mengimarahkan lagi rumah ibadat itu secara lebih bersistematik, titahnya di sini Baginda nampaknya sangat perihatin dan menggesa kita semua mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira status seseorang mahupun fahaman parti politik.Dalam perkara ini, selaku Ketua Agama Islam, tentunya Baginda akan mempastikan bahawa Jawatankuasa Masjid-Masjid tidak dimonopoli oleh mana-mana parti politik tertentu terutamanya DAP! Beginilah seorang Ketua Agama Islam negeri yang perlu dijadikan contoh. Cuba anda bayangkan sendiri betapa indahnya masyarakat Islam jika mempunyai Ketua Agama Islam yang sering berjemaah dengan rakyatnya di masjid-masjid . Apalagi kalau ke depan mengimami solat .... |
Posted: 20 Oct 2011 06:48 PM PDT Lihat, Ghadafi masih hidup.Siapa kata dia dah mati? Bukankah dia hanya mampus setelah ratusan ribu nyawa rakyatnya sendiri menjadi korban keganasannya yang semata-mata gilakan kuasa. Dia ingat dia akan terus hidup dengan segala kemewahan yang dibolot untuk diri dan keluarganya.Dia ingat dia akan terus berkuasa dengan cengkaman kuku besinya.Putih katanya. maka putihlah jadinya.Hitam katanya, maka hitamlah jadinya.Dialah undang-undang dan dialah hakimnya. Dia menjadi Penguasa yang zalim sekian lama kerana dia mampu membius rankyatnya supaya menyangka bahawa hanya dia sahaja yang layak menjadi Sang Penguasa.Siapa yang berani menyanggahnya , tentunya hanya menempah maut tanpa kubur.Dia terus berkuasa dan berkuasa hingga rakyatnya sudah tidah tertahan lagi lalu bangun menentang rejimnya. Akhirnya, dia tumpas juga.Mana itu Jeneral-jeneral tentera yang setia kepadanya? Mana itu Ketua Polis Negaranya yang tidak ubah macam Bapak Mafia? Mana itu Ketua Hakim Negaranya yang selalu menganiaya rakyat kerana tunduk kepada skrip keputusan perbicaraan yang diberikan kepadanya.Semuanya sudah tiada.Kesian, Ghadafi hanya berseorangan diri ... Apakah sudah tiada lagi Sang Penguasa Zalim seperti dirinya setelah ini? Apakah sudah tiada lagi manusia-manusia keparat yang terus menghamba abdikan diri kepada Sang Penguasa seperti Ghadafi? Hanya dengan secebis nikmat, manusia mudah lupakan diri asal kejadiannya dan lupa yang ia akan kembali semula kepada asal kejadiannya. Ingatlah wahai Penguasa Zalim yang masih bermaharaja lela di muka bumi ini.Apabila saatnya tiba nanti sebagaimana nasib Ghadafi ini, tiada siapa yang akan berasa belas dan simpati keatas mu.Engkau akan terus diingati seperti mana kita tidak melupakan Fir'aun atau Hitler di hari ini. |
You are subscribed to email updates from ALHUSSEYN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan