Ahad, 16 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Jika aku ahli Umno yang ada maruah ....

Posted: 15 Oct 2011 09:47 PM PDT


Kalau aku pengundi Umno, PRU-13 ini aku tidak akan keluar mengundi. Aku akan boikot PRU-13. Aku menyeru kepada semua ahli-ahli Umno Pulau Pinang supaya boikot PRU-13 di Pulau Pinang!

PM Najib sudah komfom bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pualu Pinang sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.Ini bermakna Koh Tsu Koon akan dilantik jadi KM jika BN menang; sedangkan Ketua Wanitanya sendiri , Nyonya Tan Lian Hoe berkata sayap itu malu dengan kepimpinan parti itu yang lemah.

Jika aku orang Umno yang ada maruah diri, tentu aku lebih malu lagi untuk berketuakan Apek Tsu Koon itu.

Najib dan Rumah Mampus Milik

Posted: 15 Oct 2011 07:48 PM PDT


Entahlah, samada disalah lapor atau Najib lemah matematik mudah, mendarab - bila PM Najib kata, dengan bayaran ansuran RM3,000 selama 20 bulan, kita boleh dapat rumah teres di lembah Kelang RM450,000 sebuah!

Hah! ha! Semua orang tahu, macam nak mampus kita bayar hutang rumah! Baca di sini

Tiada ulasan: