Selasa, 4 Oktober 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Zambry kini meracau di tengah malam ....

Posted: 04 Oct 2011 12:29 AM PDT

Hari ini Zambry, dan rakan-rakan lanunnya tidak senang duduk oleh kerana pengakuan yang dibuat oleh Tun Zaki Azmi dalam beberapa hari yang baru lepas.

Zaki dalam temuramah dengan Malaysiakini di sini , beliau mengaku tidak ada campur tangan dalam kes krisis perlembagaan Negeri Perak yang melibatkan parti politik, antara Pakatan Rakyat dan Umno/BN.

Dalam kes tuntutan Pakatan Rakyat, Mohd Nizar Jamaluddin terhadap BN Zambry Abd Kadir bagi menentukan Menteri Besar yang sah, Zaki menegaskan beliau tidak ada apa-apa peranan dalam kes tersebut , tetapi timbalannya - Presiden Mahkamah Rayuan , Alauddin Md Sheriff yang telah menentukan hakim-hakim bagi Mahkamah Persekutuan.

Ini bermakna, Zaki telah tidak menjalankan tugasnya sebagai Ketua Hakim Negara dalam menentukan hakim-hakim untuk mana-mana kes di mahkamah Persekutuan.Walhal, pada tahun 1989, mahkamah Supreme /Agong pernah memutuskan bahawasanya yang boleh memutuskan hakim untuk mana-mana kes di mahkamah Persekutuan mestilah Ketua Hakim Negara.

Ketua Hakim Negara mesti memutuskan hakim-hakim untuk membicara kes-kes yang besar yang sampai ke Mahkamah Persekutuan, melainkan jika beliau tiada dalam negeri ketika itu atau sedang sakit.

Apabila Zaki selaku Ketua Hakim Negara , gagal berperanan untuk melantik hakim dalam perbicaraan tuntutan Menteri Besar Perak yang sah, ini bermakna persidangan mahkamah tersebut tidak sah dan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan yang meletakan Zambry sebagai Menteri Besar yang sah adalah tidak sah sebenarnya.

Dipercayai, Pakatan Rakyat akan mengkaji kes tersebut untuk di bicarakan semula di mahkamah.Inilah yang membuatkan Zambry sentiasa gelisah dan meracau di tengah-tengah malam…..

Hamidah main politik dengan budak-budak PMR

Posted: 03 Oct 2011 05:30 PM PDT

Hari ini anak-anak di Tingkatan Tiga akan menduduki peperiksaan PMR.Sama-samalah kita doakan kejayaan kepada mereka semua.

Tetapi yang sangat memualkan, meloyakan dan penuh hipokrasi ialah bagaimana Makcik Hamidah Osman, Adun Sungai Rapat ini boleh dibenarkan memasuki kawasan sekolah kelmarin untuk berkempen?

Hamidah dilaporkan telah pergi ke sekolah dengan mengedarkan kad ucapan selamat menduduki peperiksaan PMR yang lengkap tertera gambar dirinya dan jawatan yang disandangnya!


Yang paling mendukacitakan kita semua ialah, bagaimana pengetua sekolah ini - Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yusuf Batu Gajah, boleh beri laluan kepada orang politik ini untuk berkempen disekolahnya?

Takkanlah terdesak sangat hingga ke budak-budak PMR pun si Midah ni tergamak nak libatkan dengan agenda politik UBN?Haprak betul si Midah ni!

Tiada ulasan: