Isnin, 24 Oktober 2011

:: @ AL-BAKISTANI @ ::

:: @ AL-BAKISTANI @ ::


PERANAN NON MUSLIM DALAM HUDUD? [1]

Posted: 23 Oct 2011 09:33 PM PDT


[1]

Ada sebilangan pihak menyatakanbahawa hudud tidak dikenakan kepada non Muslim. Tanpa menghilangkan rasa hormatterhadap pendapat tersebut, aku merasakan pendapat tersebut perlu di kaji darisudut fiqh turats dan fiqh kontemporer.

Dari sudut fiqh turats, kita akandapati bahawa beberapa hukuman hudud terkena juga kepada non Muslim, sepertiulama fiqh terdahulu boleh dikatakan sepakat mengatakan bahawa hukuman potongtangan (hudud) dikenakan juga kepada pencuri non Muslim. Adapun dalam perkarayang dibenarkan dalam agama mereka, tetapi dilarang dalam agama Islam, perkaraitu tidak dikenakan hukuman hudud kepada mereka, seperti hukuman minum arak.

Namun begitu, sekiranya denganminum arak tersebut, menyebabkan non Muslim itu melakukan kemudharatan kepada orangramai, seperti menyakini orang lain (termasuk : memandu dalam keadaan mabuk),ketika itu non Muslim itu hendaklah dikenakan hukuman ta'zir.

[2]

Sebelum lebih lanjut kepadaperbahasan ini, perkara yang perlu difikirkan tentang perbincangan hudud inidalam beberapa kerangka. Iaitu;

Satu;

Fatwa-fatwa hudud yangdikeluarkan oleh ulama-ulama terdahulu dalam kerangka monarki. Sedangkan diMalaysia mengamalkan sistem demokrasi. Ekoran itu, perbincangan ini hendaklahdalam kerangka demokrasi, bukan kerangka monarki.

Kedua;

Di zaman itu, pengamalan hukumtidak tertakluk kepada undang-undang termaktub dalam satu buku khusus yangdirujuk dan dibahas. Ia adalah hasil dari fatwa-fatwa ulama muktabar yangmenjadi rujukan kerajaan dalam mengenakan hukuman.

Apabila keadaan ini berlaku,sudah pasti fatwa-fatwa tersebut tertakluk dengan tiga elemen penting, iaitufaktor tempat yang diduduki oleh ulama mazhab, faktor zaman yang berada, dansuasana dan keadaan dia berada pada ketika itu.

Keadaan ini berbeda denganMalaysia yang mengamalkan sistem demokrasi, yang sudah pasti mempunyai zaman,tempat dan suasana yang berbeda sama sekali. Disamping itu juga, di zaman kini,sebarang undang-undang yang dilaksanakan tertakluk kepada undang-undang yangtermaktub dan menjadi rujukan dalam sesuatu kes.

Ekoran itu, di zaman dahulu,ulama-ulama sahaja yang berbicara tentang perkara ini. Sedangkan rakyat bawahansekadar mentaati. Jika ada yang berbicara, ia tidak luar dari kerangka yangtelah difatwakan oleh ulama. Adapun di Malaysia, hukuman itu bukan sekadardibincangkan dikalangan ilmuan, tetapi dibincangkan juga oleh mereka yang bukandalam ilmuan agama Islam, tetapi mempunyai kepakaran dari sudut undang-undang,seperti peguam dan hakim.

[3]

Dari sudut hukum fiqh turast,pembahagian non Muslim ini dilihat kepada dua, iaitu harbi dan zimmi (Pengistilahanini bukan perkara qatie, tetapi ia bersifat ijtihadi).

Kepada non Muslim zimmi, merekadikenakan hudud, sedangkan kepada harbi tidak termasuk dalam perbincangankerana mereka adalah golongan yang boleh diistilahkan sebagai muharabah, iaitugolongan yang diserang oleh kerajaan Islam ekoran serangan merka terhadapkerajaan Islam itu sendiri.

Memandangkan kedua-dua istilahini berasaskan kepada ijtihadi, dan perkara ijtihadi itu tertakluk dengankonteks (masa, tempat dan suasana), makanya pengistilahan itu sudah tidakrelevan di zaman kini. Ekoran itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mencadangkan duaistilah yang lain, iaitu Ummah Al-Ijabah dan Ummah al-Dakwah. Yang kedua-duagolongan ini dibawah istilah "Al-Muwatinun" (melayu : warganegara).

Dengan maksud, sudah tidak wujudlagi harbi dalam Negara, kerana mereka juga mempunyai hak dalam sesebuah Negarasetelah mendapat hak kerakyatan (dapat IC atau Kad pengenalan). Juga tidakwujud lagi zimmi, kerana mereka bukan golongan kedua dalam sesebuah Negara, malahanmereka sudah setara dengan umat Islam dalam Negara dalam usaha membangunkan Negara.

Jadi, perbincangan fiqh jinayahsyariah yang melibatkan kepada qisas, hudud dan ta'zir, faktor non Muslim jugaperlu diambil kira. Menyatakan bahawa mereka tidak terlibat langsung dalamhukuman hudud yang dicadangkan adalah satu perkara yang cukup silap.

[4]

Mengatakan hudud hanya dikenakankepada muslim sahaja, melahirkan implikasi yang buruk terhadap hukum Allahtersebut. Ia akan mempamerkan bahawa muslim sahaja yang terkena, sedangkan nonMuslim terselamat walhal kesalahan yang dilakukan dalam bentuk yang sama tidaksekadar dilakukan oleh Muslim sahaja, malahan dilakukan juga oleh non Muslim.

Dan lagi, jika kesalahan itudikenakan hukuman kepada muslim sahaja, tanpa melibatkan kepada non Muslim,maqasid disebalik pencegahan dari tersebar jenayah dalam Negara tidak dapattercapai. Ini kerana, "cacamarba" dalam masyarakat dengan jenayah, bukanberfaktorkan penjenayah muslim sahaja, tetapi berfaktorkan juga kepadapenjenayah non Muslim juga. Jika ini dilihat, sudah pasti Islam akan dilihatsebagai agama yang tidak adil, walhal Islam tidak begitu sama sekali.

Bersambung….





Tiada ulasan: