Sabtu, 1 Oktober 2011

AKU INGIN BEBAS

AKU INGIN BEBAS


UMNO MANUSIA LIDAH BERCABANG

Posted: 01 Oct 2011 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 Okt: "Umno tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu.

"Sahlah pemimpin Umno manusia lidah bercabang," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ketika berada keadaan lemas, apa sahaja mereka akan lakukan.

Menurutnya, jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan.

Katanya, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik, maka mereka akan menggunakannya.

Sekarang, kata beliau isu kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Sultan Johor murka, maka pemimpin Umno cuba tunjuk hero.

Menurutnya, rakyat tidak dengar pula, pemimpin Umno yang mengatakan Sultan Terengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusoh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

"Bila pula pemimpin Umno hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung Umno dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan Umno 1983 dan 1991?" soalnya.

Katanya lagi, mungkin pemimpin Umno lupa dan PAS cuba memperingatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu.

"Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin Umno buat-buat lupa," katanya.

ADUN LOMPAT: INI MESTI KERJA JAHAT BN

Posted: 01 Oct 2011 12:17 AM PDT

ADUN Bentayan, Gwee Tiong Hiang hari ini mendedahkan bahawa tawaran telah dibuat oleh pihak-pihak yang mendakwa mewakili perdana menteri supaya meninggalkan DAP dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat Bebas.

Dalam satu sidang akhbar di ibupejabat DAP di Kuala Lumpur, Gwee berkata, beliau telah ditawarkan RM150,000 wang tunai, 50 ekar tanah, sekurang-kurangnya RM5,000 elaun bulanan tambahan, sebuah pusat perkhidmatan dan seorang pembantu peribadi jika bersetuju melompat parti.

Menurutnya, seorang lelaki, yang pertama kali menghubunginya melalui telefon pada 26 September dan mendakwa sebagai setiausaha agung persatuan klan Wee Johor Baru, juga memberi jaminan bahawa Gwee, akan diberi sokongan jika bertanding menentang DAP dalam pilihan raya umum.

Gwee mendedahkan trankrip rakaman satu lagi perbualan telefon antara beliau dengan 'ejen' empat hari selepas dihubungi.

Katanya, 'ejen', tersebut, yang mendakwa mewakili perdana menteri, berkata wang tawaran itu akan datang dari pusat, tetapi akan disalurkan melalui persatuan berkenaan.

Rakaman perbualan dalam bahasa Mandarin pada 30 September itu juga diperdengarkan semasa sidang akhbar tersebut.

Gwee berkata, 'ejen' itu, bersama dengan seorang lelaki Melayu yang Gwee dakwa mewakili Jabatan Perdana Menteri, bertemu dengannya pada 28 September untuk buat tawaran pertama RM50,000.

"Lelaki itu berkata dia berasa kesian dengan saya bahawa kami
berkongsi nama keluarga yang sama dan dia mahu membantu saya kerana parti saya tidak mahukan saya lagi ...

"Tetapi saya rasa saya masih seorang (ADUN) DAP. Tawaran BN ini adalah tidak betul, saya perlu mendedahkan. Saya boleh memberitahu BN bukan setiap (ADUN) atau ahli parlimen DAP boleh dibeli. Saya sayangkan parti. Parti saya hanyalah DAP," kata Gwee, sambil mengesat air mata. utusan malaysia

Tiada ulasan: