AdukaTaruna |
- Bila TKO berhempas pulas mempertahankan Hadi Awang ponteng parlimen.
- Gua yang demam..
- Senarai YB bangsat Pakatan Rakyat ponteng parlimen.
- Ulasan gua UMNO ganas di Rembau.
Bila TKO berhempas pulas mempertahankan Hadi Awang ponteng parlimen. Posted: 07 Oct 2011 01:50 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Sumber : Tranungkite Gua di sms suruh komen hempas pulas pemaksum Hadi mempertahankan takdir Allah akan pontengnya Hadi Awang dan lain2 akan parlimen, sehingga menjanahamkan hak rakyat di Kampung Baru. Ada yang salahkan Hatta. Hadi Awang maksum. Paling kelakar ada yang salahkan program Mat Sabu dan Hari Hudud di Kelantan. Apa kena mengena Mat Sabu yang bukan MP dan Kelantan yang ADUN? Wakakaka. Hebat Hadi Awang atau pengikut dia terdiri dari Melayu bodoh, wallahualam. Persoalannya, bukan kalah menang undi. Bukan sikit banyak kumpulan. Bukan kebiasaan pembentangan. Bukan hari pertama atau kedua. Tetapi ponteng. Tidak menunaikan amanah. Jika amanah itu mengkehendaki anda berada dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang, maka, tunaikanlah anamah itu. Jika tidak duit gaji anda adalah haram. Ostad Wan Ji pernah sound gua bab mudah ni. Gua takda akaun dah dalam TKO. Kepada yang ada, cuba tanya soalan ni kepada pemaksum Hadi di sana. Seorang pekerja dibayar gaji untuk bekerja jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. Halal atau haramkah gaji orang yang bekerja dari jam 8 pagi dan pulang pada jam 2 petang kerana kebiasaannya memang sebegitu? Cer tanya... cer tanya. Jangan guna nama Hadi. Nanti kena ban. Ngeee... |
Posted: 07 Oct 2011 12:03 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Sebelum lu meluat baca N3 ni, gua nak bagitau. N3 ni bawah label peribadi. Alhamdulillah, gua ni jenis yang jarang demam. Maybe dalam setahun, nak demam sekali pun payah. Tapi kalau sekali demam, tu diaa..... Jadi, sebab payah dapat demam, dan demam plak memang teruk, bermakna, sekali dapat demam, memang menginsafkan gua. Insaf sekejap la. Stendet la pemuda macam gua ni. Huhu.. Rabu lepas, gua kerja petang. Dari jam 4pm - 12am. Menjelang jam 11pm, gua rasa tak sedap badan. Rasa nak sendawa, tapi tak lepas. Balik kerja, bla bla bla, gua tidur. Mata tak bleh lepas. Badan tak selesa. Kelapa tune dah lari. Gua rasa nak muntah. Baru buka pintu bilik air, wekkkk.. gua muntah. Bukan setakat mulut, tapi dengan lubang hidung pun keluar muntah. Wooo... siksanya. Jarang gua telan panadol, tp malam tu gua telan panadol. Tapi tak bleh blah. Suruh bini gua sms Hazwan. Cakap esok maybe gua tak dapat hadir meeting.. Harap2, badan gua macam selalu. Tak lama, dah ok. Menjelang Subuh, makin berat. Rasa nak berak. Berak takda tahi. Tapi air. Pergh... terlentang tak selesa, mengiring tak selesa. Menyiarap lagi la. Gua tidur atas kerusi dalam keadaan duduk. Otot2 semua sakit. Betapa lembiknya manusia itu sebenarnya. Pagi, member telefon. Gua cakap, kalau gua ok tengah hari ni, gua sampai la mesyuarat tu. Lepas mandi, makan sikit, gua rasa macam ok sket. Gua start kete, ke Darul Digital. Sampai2, orang tengah rehat. Gua tengok ada 1 komputer tak bertutup. Facebook akaun Jeming Hassan Full. Gua update status dia. Stim bila tengok Rosmah. Berderet sms status FB masuk ke hp Jeming. Dia time tu kat KB Mall. Sampai2, terus tuduh gua. Kembali bab demam, lupa plak tempat tu air cond. Gua keluar masuk. Bila tak tahan, gua lepak atas lantai kat luar. Orang pandang gua semacam jer. Dah macam Mat Pit dah gua. Lembiknya kita ni sebenarnya. Mujurlah Allah tak bagi gua lembik time gua berdepan dengan Hadi dulu. Kalau tiba2 gua muntah depan Hadi, ada 2 perkara yang berlaku. Allah mengaibkan gua. Tu tak kisah sangat. Tapi, paling dikisahkan Allah mengaibkan hujah dan teknik penghujahan gua. Alhamdulillah, ianya tak berlaku. Tiba turn gua present idea. Gua present dalam keadaan kedua2 tangan dalam T shirt. Lantak la. Lepas present idea gua, gua pun tanpa berlengah lagi tubik bilik. Duduk bersandar atas lantai. 2-3 minit, terus terlelap. Balik, sampai rumah, gua kol in charge gua. Suruh dia adjust oarang OT. Gua tak larat masuk kerja. Jeming kol gua. Ajak g shooting statement exco di rumahnya. "Warghh... sori la bro. Gua tak chekak ni bai. Lu settle la sendiri." Pagi ni, alhamdulillah. Ada rasa ok sket. Cuma otot dan sendi sengal2. Gua harap dan berdoa, Allah kurniakan kesihatan pada gua terutama sekali ketika wife gua bersalin nanti. Nauzubillah gua lembik time keadaan kritikal macam tu. Aina Sayuti sms gua. Dr Wong Chin Huat sampai by flight di Pengkalan Chepa 9 malam ni. Sori la sis. Gua still sengal2 ni. Lagi pun gua kerja ma. 8pm - 8am. |
Senarai YB bangsat Pakatan Rakyat ponteng parlimen. Posted: 06 Oct 2011 11:23 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Kita cop dan label mereka ini sebagai bangsat terlebih dahulu. Dan mereka perlu kemukakan sebab2 ketidakhadiran mereka kepada kita. Rakyat adalah bos. Gaji mereka dibayar dengan hak kita. Wala' kepala Awang mung. Sumber : C++ Kedah P14 - Merbok - Rashid Din (PKR) P15 - Sungai Petani - Johari Abdul (PKR) P16 - Baling - Taib Azamudden Md Taib (PAS) Kelantan P19 - Tumpat - Kamaruddin Jaafar (PAS) P20 - Pengkalan Chepa - Abdul Halim Abdul Rahman (PAS) P25 - Bachok - Nasharudin Mat Isa (PAS) P26 - Ketereh - Ab Aziz Ab Kadir (PKR) P27 - Tanah Merah - Amran Ab Ghani (PKR) P29 - Machang - Saifuddin Nasution Ismail (PKR) Terengganu P36 - Kuala Terengganu - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) P37 - Marang - Abdul Hadi Awang (PAS) Pulau Pinang P44 - Permatang Pauh - Anwar Ibrahim (PKR) P43 - Bagan - Lim Guan Eng (DAP) P45 - Bukit Mertajam - Chong Eng (DAP) P46 - Batu Kawan - Ramasamy Palanisamy (DAP) P48 - Bukit Bendera - Liew Chin Tong (DAP) P49 - Tanjong - Chow Kon Yeow (DAP) P50 - Jelutong - Ooi Chuan Aun (DAP) P51 - Bukit Gelugor - Karpal Singh Ram Singh (DAP) Perak P57 - Parit Buntar - Mujahid Yusof Rawa (PAS) P59 - Bukit Gantang - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) P60 - Taiping - Nga Kor Ming (DAP) P62 - Sungai Siput - Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) - PSM contest on PKR ticket P64 - Ipoh Timor - Lim Kit Siang (DAP) P68 - Beruas - Ngeh Koo Ham (DAP) P71 - Gopeng - Lee Boon Chye (PKR) Pahang P83 - Kuantan - Fuziah Salleh (PKR) Selangor P96 - Kuala Selangor - Dzulkefly Ahmad (PAS) P97 - Selayang - William Leong Jee Keen (PKR) P102 - Serdang - Teo Nie Ching (DAP) P103 - Puchong - Gobind Singh Deo (DAP) P105 - PJ Selatan - Hee Loy Sian (PKR) P106 - PJ Utara - Tony Pua Kiam Wee (DAP) P107 - Subang - Sivarasa Rasiah (PKR) P109 - Kapar - Manikavasagam a/l Sundaram (PKR) P112 - Kuala Langat - Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR) Wilayah Persekutuan P114 - Kepong - Tan Seng Giaw (DAP) P121 - Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar (PKR) P122 - Seputeh - Teresa Kok Suh Sim (DAP) P123 - Cheras - Tan Kok Wai (DAP) P124 - Bandar Tun Razak - Abdul Khalid Ibrahim (PKR) Negeri Sembilan P128 - Seremban - John Fernandez (DAP) P130 - Rasah - Loke Siew Fook (DAP) P132 - Telok Kemang - Kamarul Bahrin Abbas (PKR) Sabah P172 - Kota Kinabalu - Hiew King Chew (DAP) Sarawak P195 - Bandar Kuching - Chong Chieng Jen (DAP) P212 - Sibu - Wong Ho Leng (DAP) |
Ulasan gua UMNO ganas di Rembau. Posted: 06 Oct 2011 11:13 PM PDT Oleh : AdukaTaruna UMNO dan keganasan memang dalam track record sejarah. Kerana mereka dilindungi polis. Memali dibunuh UMNO menggunakan polis. Padang Terap. Batu Buruk. Samad Gul. Ketua Wanita UMNO Sabah mati ketika berzina. Altantuya, Norita. Mayat wanita mati dalam bangunan UMNO Terengganu. Pemimpin UMNO mati dalam kereta bersama wanita UMNO. Turut dijumpai sepucuk pistol. Sosilawati yang dibunuh oleh peguam keling yang dikatakan belaan UMNO Selangor. Dan sebagainya. Apakah pembolehubah kepada keganasan UMNO? Gua menyenaraikan 3 pembolehubah utama. 1. Media 2. Polis. 3. Kekuatan lawan kepada UMNO. Isu Mat Sabu - Mat Indera. [1] Mat Sabu ceramah di KB. Depan stadium. Gua ada dan hadir. Apakah UMNO tidak ganas berdasarkan 3 pembolehubah tersebut? Ya. Of kos. UMNO adalah ganas. Seperti komunis. Tetapi dalam bentuk apakah UMNO ganas untuk ceramah Mat Sabu di Kelantan? UMNO mencalarkan kereta, spray kereta dengan kaler merah, meletakkan vcd di kereta. Tetapi hanya kereta yang diparking jauh dan gelap. Mengapa? Kerana mereka (UMNO) tertakluk kepada pembolehubah ketiga selepas dua pembolehubah pertama. Kekuatan lawan kepada UMNO. Lu bayangkan apa yang terjadi sekiranya UMNO Kelantan berbuat seperti yang UMNO N9 buat. Yakni provokasi dan baling2 batu. [2] Walau hati gua melonjak2 untuk hadir di negeri gua sendiri, tapi gua tiadalah kemampuan untuk itu setakat ini. Dengan bini yang sarat, dengan suasana kerja, etc. Apa yang boleh gua buat ialah menyeru pemuda berkumpul, dan mendamagekan fahaman pihak2 penyabar-bodoh yang membuatkan mereka akan lebih berani berbuat hal yang sama di masa akan datang. Mematuk di lubang yang sama, di luka yang sama berulang kali. Bukanlah untuk berani-bodoh, dan bukanlah untuk sabar-bodoh. tetapi ianya memerlukan teknik dan seni. [3] Maka, berlakulah seperti yang diramalkan. Tahniah kepada SAMM, Unit Amal dan pemuda. Dan di sini gua ingin mencadangkan kaizen. 1. Citizen Arrest atau Tahanan Rakyat. Tangkap penceroboh / pembuat kacau di majlis orang / provokator. Gunakan tali untuk diikat. Kalau nak mudah dan pantas, guna cable tight. Jangan dicederakan setelah diikat (semasa proses tangkap, tidak boleh elak, tetapi minimakan). Arak dan bawa ke balai polis berserta laporan polis. Ambil gambar untuk sejarah, rekod dan media. Cuma masalahnya ialah seperti yang Penarik Beca cakaplah. Sabar Syeikh. Ingat tarbiyah kita. Sedangkan kita memerkulan seni dan cerdik untuk mengubah senario. Bukan pengikut arus dan kebiasaan yang diwarisi. 2. Benarkan wakil serah memo, tetapi dengan syarat debat. Bila wakil naik pentas, terus umumkan wakil bersedia berdebat. Jangan benarkan wakil turun dengan penakut dan dayus. Terus mulakan pusingan pertama dari pihak pemunya pentas. Dan minta wakil menjawab. Berikan microphone wireless yang boleh dikawal bagi mengelakkan microphone itu digunakan bagi berdebat cara makcik hutan bergaduh dengan jiran. Kerat rambut pink Jean Francois, di masa akan datang, UMNO akan fikir 2 kali untuk serah memo. Sebab mereka tahu intelektual mereka bodoh dalam debat. 3. Pembahagian tugas yang spesifik dalam SAMM dan Unit Amal. Dalam ratusan SAMM dan Unit Amal, ribuan penyokong PR, tiada sekor pun yang merakamkan dalam bentuk video? Atau mengeluarkan gambar2 pengganas UMNO yang mengganas atau bertempiaran jatuh? Apa yang boleh dipelajari? Bermakna SAMM dan Unit Amal tiada taklimat khas. Hanya taklimat biasa (tipikal) yang digunapakai untuk kesemua keadaan. Baca2 doa, peluk2 ulama, settle. Atau sememangnya tiada taklimat langsung. Tiada pembahagian tugas yang spesifik. Kesemua atas prinsip berdepan fizikal dengan pengganas UMNO. Dengan semangat berkobar2. Tetapi persediaan intelek yang kosong. Hanya sentimen yang penuh. Jika ini kejadian pertama seperti Ampangan tidak mengapa, tetapi ini keadaan kedua yang sudah diramalkan. Bahagikan siapa bertugas sebagai media. Siapa yang bertugas sebagai anggota fizikal. Siapa yang bertugas menyediakan laluan untuk keluar ke balai polis / hospital / klinik. Katakan 2 pengganas berjaya dilakukan Tahanan Rakyat misalnya, ketika inilah petugas laluan penting selain petugas media. [4] Harap Mat Sabu boleh kurangkan ceramah di negeri Melayu cerdik. Banyakkan ceramah di negeri Melayu bodoh. Di negeri Melayu bodoh, Mat Sabu membantu memanaskan keadaan. Panasnya keadaan di negeri Melayu bodoh, membantu Melayu tempatan di situ melihat sokongan PR, membantu Melayu tempatan di situ melihat siapa UMNO dalam menguruskan isu. Membantu Melayu negeri cerdik untuk terus bersemangat. Membantu keyakinan pengundi bukan Melayu untuk terus menjauhi UMNO. Mengenal wajah2 UMNO disebalik media perdana. Media yang berbayar, pengganas yang mempunyai kepentingan hanya ratusan jumlahnya. Tetapi pengundi berjumlah ratusan ribu. Cara UMNO menguruskan isu dengan kaedah ganas setidak2nya membantu pengundi bukan Melayu jauh dari Barisan Pembangkang ini. Selain pengundi baru yang muncul setiap 5 tahun. Wallahualam. |
You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan