Sabtu, 8 Oktober 2011

AdlyZahari

AdlyZahari


DI MANA BAGET PERMATA?

Posted: 08 Oct 2011 08:30 PM PDT

  • Tahun lepas Permata diperuntukkan RM100 juta.
  • Tahun ini permata perlukan juga peruntukan, kalau tidak bagaimana nak teruskan program permata.
  • Dimana baget permata diletakkan, dan berapa nilainya tahun ini.
  • Mungkin dibawah kementerian Pelajaran.
  • Tapi tak mungkin. Mustahil Rosmah nak minta duit dari Muhyiddin.
  • Mungkin dalam baget di bawah Perdana Menteri.
  • Kalau benar dibawah Jabatan Perdana Menteri, Permata pasti boleh belanja sakan.

RM100 BUAT PIBG

Posted: 08 Oct 2011 08:23 PM PDT

  • Tahun depan anak anak kita akan dapat RM100 seorang.
  • Bagi yang tak berkemampuan, RM100 itu perlu. Apatah lagi sekiranya anak yang bersekolah itu ramai.
  • Tapi bagi keluarga yang berkemampuan. Kerajaan nasihatkan agar mereka nilai sendiri pemberiaan RM100.00 itu.
  • Tapi yang paling menarik respon dari ibu bapa yang berkemampuan, mereka bercadang memberikan RM100 itu kepada PIBG sekolah.
  • RM100 buat BIBG.

GURU RM500 VS MURID RM100

Posted: 08 Oct 2011 08:10 PM PDT

  • Pakatan Rakyat mengolah belanjawan dengan janji RM500 sebulan bagi setiap warga pendidik.
  • Kita mahu pendidik meningkatkan mutu pendidikan, sekaligus anak-anak akan menerima kesan lansung.
  • Pakatan rancang RM500 sebulan.
  • Kerajaan BN pula beri RM100 untuk setiap pelajar. Untuk kurangkan beban persekolahan.
  • RM100 bersifat one-off. Sekali sahaja.
  • Kalau dilihat dari kesan kepada pendidikan dan ilmu pengetahuan, maka formula RM500 sebenarnya lebih berkesan.
  • Meringankan beban guru akan memberi kesan lansung kepada mutu pendidikan anak-anak kita.
  • Kalau kita nilai secara jujur, memberi elaun bulanan RM500 kepada setiap guru melalui perancangan pakatan rakyat, jauh lebih baik dengan menaikkan gaji sekitar 7-13% apatah lagi pemberian RM100 pada pelajar.

Tiada ulasan: