Ahad, 30 Oktober 2011

Addin

Addin


Sah!! Saiful Bukhari Tidak Di Liwat?

Posted: 30 Oct 2011 09:04 AM PDT

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian? Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman. Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho. 

Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.

Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap.

Salam Transformasi Untuk 1 Malaysia.

Jom Mengundilah….

maclub81@gmail.com

Tok Mon Nak Tanding Pilihanraya Lagi..

Posted: 29 Oct 2011 10:57 PM PDT

KUALA TERENGGANU - Meskipun cubaannya sebelum ini pernah diperkecilkan banyak pihak, namun Maimun Yusuf, 92, tidak menolak kemungkinan dia akan bertanding pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Bagaimanapun, ketika desas-desus di kalangan ahli politik menyatakan PRU ke-13 semakin hampir dengan pelbagai persiapan sedang rancak dibuat untuk menghadapinya, Maimun pula tidak membuat apa-apa perkara yang menonjolkan dirinya sebagai calon sebaliknya terus berniaga kain seperti biasa.

"Tok masih mempertimbangkan hasrat untuk jadi calon PRU ke-13. "Jika diikutkan ada kenalan dan jiran yang tidak menggalakkan tok berbuat demikian tetapi tok dapat rasakan mereka akan menyokong jika tok bertanding," katanya yang membahasakan dirinya tok dalam pertemuan di rumah sewanya yang disewa dengan kadar RM60 sebulan di Kampung Mengadang Akar, di sini, baru-baru ini.

Dia menjadi tumpuan apabila secara tiba-tiba muncul menawarkan diri sebagai calon bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada PRU ke-12 tetapi tewas teruk dan hilang deposit RM10,000. Dalam pilihan raya 2008 Maimun memperoleh 685 undi, tewas kepada calon Barisan Nasional, Allahyarham Datuk Razali Ismail yang mendapat 32,562 undi manakala calon PAS, Mohamad Sabu meraih 31,934 undi.

Gelagatnya berkempen setiap hari dengan menaiki basikal ketika itu mencuri tumpuan dan tanpa diduganya, dia berjaya meraih undi walaupun kecil. "Tapi tentu lebih baik jika tok menang," katanya sambil ketawa kecil ketika diminta mengulas mengenai undi diterimanya itu.

Maimun berkata, tindakannya menyertai PRU ke-12 menyebabkan dia lebih dikenali orang ramai sehingga ada yang meminta bantuan daripadanya sedangkan dia sendiri penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan. "Orang susah ada jumpa tok untuk minta bantuan dan tok pula tidak sampai hati menghampakan hasrat mereka walaupun tok sendiri pun susah.

"Jadi tok bantu ikut kemampuan. Kalau ada RM2, tok beri RM1 dan kalau ada lebih tok beri lebih," katanya sebelum meminta izin untuk menamatkan perbualan kerana mempunyai temujanji dengan pelanggan di Chabang Tiga, di sini. Bagi menampung perbelanjaan hidup, Maimun yang juga ibu kepada seorang anak berniaga kain sejak lebih 30 tahun lalu./myMetro 

Superstar Michelle Yeoh Bakal Sertai MCA Perak?

Posted: 29 Oct 2011 10:03 PM PDT

Apapun alasan yang akan diberikan oleh Michelle Yeoh, bintang Hollywood kelahiran Malaysia itu untuk bersara dari dunia bergemerlapan antarabangsa kepada adegan politik tempatan, beliau mungkin akan terlibat dengan BN dan MCA khususnya. "Sesiapapun boleh menyertai politik jika orang itu mempunyai komitmen untuk berkhidmat dengan masyarakat. Tetapi, Michelle Yeoh akan menyertai MCA sekitanya beliau memilih politik. Beliau ialah penyokong tegar BN kerana bapanya Yeok Kian Geik merupakan pengerusi MCA Perak sebelum ini. 

Beliau turut bergambar sebagai 'ratu' BN semasa pilihanraya yang lalu menuntut rakyat mengundi BN. "Saya ragu tentang kelayakannya kerana beliau tidak pernah tidak-berpihak (imparsial) selama ini," ujar Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Bukan ikon demokrasi, bukan pejuang pembebasan

Berita ini mungkin bukan sesuatu yang mengejutkan buat mereka-mereka yang arif tentang cerita-cerita di Ipoh, tanah kelahiran Michelle. Namun ini tidak akan menyekat peminatnya dari merasa kesal. Dengan menggunakan prinsip kira-kira yang sama, ianya agak sukar untuk orang Cina mengundi MCA jika beliau menyertai parti itu atau sekali lagi mengambil tempat sebagai 'duta' menjelang pilihanraya umum ke-13, diramalkan berlangsung dalam beberapa bulan terdekat ini.

Namun begitu, berita bintang Hollywood kelahiran negara ini terus mengundang daya tarikan apabila akhbar the Star milik MCA menulis artikel pendek, mengalu-alukan penyertaannya dalam politik.

Memetik sina.com, artikel itu menulis yang Michelle "akan membuat keputusan yang serius menyertai arena politik Malaysia menjelang pilihanraya umum kelak". Namun, beliau tidak dapat dihubungi untuk kepastian berita itu tetapi ibu-bapanya memberik reaksi terkejut tentang berita itu.

"Saya dengar berita itu dari seorang kawan. Saya agak terhibur. Saya tidak tahu macam mana cerita itu wujud. Anak saya tidak pernah membincangkan soal politik dengan saya," ibu bintang itu berkata sambil tertawa.

Di usia 49 tahun, Michelle mencuba bakatnya sebagai pelakon di kota Hong Kong dalam sebuah filem kung-fu sebelum dipanggil Hollywood untuk watak utama film popular antarabangsa Crouching Tiger, Hidden Dragon. Ironisnya, watak filem terbaru lakonannya sebagai ikon demokrasi Myanmar iaitu Aung San Suu Kyi – bercanggah dengan kedudukan dan cara hidupnya yang agak bermegah-megahan.

Soi Lek mahu ke Perak

Samada MCA yang sedang tenat ini berjaya memujuk Michelle masuk dunia politik atau tidak, parti itu telah menggunakan segala cara untuk memenangi beberapa kerusi di Perak untuk dilihat kemas oleh Perdana Menteri Najib Razak dan parti UMNO pimpinannya.

Presiden MCA, Chua Soi Lek juga dikatakan mahu bertanding di Perak. Soi Lek bukanlah seorang bintang Hollywood seperti Michelle tetapi beliau turut 'berlakon' dalam adegan lucah.

Dan lagi, tidak seperti Michelle, Soi Lek mungkin selamat sekiranya beliau bertanding di kawasan kuat UMNO di mana majoritinya orang Melayu berbanding dengan kawasan Cina di mana beliau tidak popular.

Bukan sahaja semua orang Cina negeri Perak marah dengan Najib kerana taktik jahat merampas Perak dari Pembangkang tetapi juga kerana perselisihan dengan Istana atas isu yang sama, ini ditambah lagi dengan Soi Lek yang terpalit skandal seks.

Oleh kerana video skandal seksnya muncul pada tahun 2007, mereka tahu yang beliau sangat terdedah kepada serangan dan tidak mungkin boleh bangun melawan untuk UMNO kalau untuk diri sendiri pun sudah agak susah.

"Beliau pasti akan dimalukan oleh pengundi Perak. Datang dan cubalah bertanding di Tanjung Malim atau gopeng," cabar Nizar yang merujuk kepada dua kawasan kuat Pembangkang di negeri itu.

"Chua Soi Lek ialah masalah besar MCA. Beliau hanya menguasai 39% sokongan dari dalam parti apabila beliau dilantik sebagai presiden tahun 2010. Ia amat diketahui ramai yang skandal seksnya tidak akan membantu parti itu. Kita serahkan kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan, tetapi Chua sedang menguji moral masyarakat dan kita ramalkan pengundi akan menolak beliau," ujar Kor Ming./malaysiachronicle

PAS Ada 500 Cyber Troopers?

Posted: 29 Oct 2011 09:00 PM PDT

Pada 22 Oktober lalu, PAS mengadakan konvensyen media baharu dan teknologi maklumat di Taman Melewar, Gombak. Laporan sebuah portal berita, yang tidak tepat dan memperbesarkan program itu memberi gambaran PAS sedang menyediakan 500 tentera siber untuk melawan kebangkitan tentera siber Umno. Dalam suasana menjelang pilihan raya umum kini, berita seperti ini mudah untuk diperbesarkan, dan dilihat sebagai lebih besar berbanding apa yang sebenarnya.

Program tersebut lebih kepada persiapan melibatkan pekerja-pekerja teknologi maklumat bersifat teknikal berbanding penulis atau pengendali blog seperti yang digambarkan oleh laporan portal tersebut. Blog-blog Umno mengulangi apa yang disebut oleh laporan portal itu, yang PAS sedang mempersiapkan 500 tentera siber melawan jentera media baharu Umno yang kini menguasai dunia blog politik tempatan. Laporan itu sebenarnya mendedahkan sesuatu yang sukar diterima dan dilaksanakan, yakni jumlah tentera siber sehingga mencapai 500 orang.

Sekiranya diperhatikan dunia siber sejak seminggu lepas, belum kelihatan apa yang digembar-gemburkan itu. Sekiranya 500 tentera siber itu sudah bergerak, akan dapat dirasai pergerakan mereka itu,kerana 500 ialah angka yang besar.

Malah, sekiranya jumlah sebenar - jika ada tentera siber ini - jauh lebih kecil, misalnya 100, pergerakannya tetap akan dapat dirasai. Hakikatnya, tentera siber PAS masih lagi bukan seperti yang dilaksanakan oleh Umno, dengan sekumpulan penulis blog yang didedikasikan untuk bergerak di barisan hadapan perang siber.

Selain media rasmi parti, perang siber PAS dilaksanakan secara sukarela oleh aktivis parti dan penyokong melalui blog dan media sosial seperti Facebook. Mungkin disebabkan sifat sebagai parti pembangkang, tentera siber PAS masih bergerak secara bebas dan bersendirian tanpa sebarang usaha konkrit untuk menyusun gerakan mereka secara sistematik./siasah
Addin :
Apa yang dimaklumkan oleh Siasah ini adalah betul. Setahu Addin, awal tahun ini kerajaan Kelantan ada mengadakan perjumpaan dengan bloggers di Hotel De Palma Ampang, Addin sendiri di maklumkan oleh Topeng Perak Unmasked dan Dato' Tarmizi Mohd Jam. Inisiatif ini amat baik di laksanakan oleh kerajaan Kelantan bagi mengeratkan ukhwah di kalangan bloggers dan menyeragamkan gerak kerja. Hampir semua bloggers PAS dan Pakatan Rakyat di bangunkan atas usaha sendiri dan tidak dibantu sepertimana Cyber Troopers Umno yang dapat gaji ribuan ringgit. Perjuangan kami semua adalah ikhlas untuk menegakkan negara 'berkebajikan' serta menumbangkan rejim zalim Umno. Diharapkan perjuangan ini kelak di terima oleh  Allah S.W.T menjadi sebahagian daripada amal soleh kami.. Insyaallah..
 

Sambutan 60 Tahun PAS Perak : Forum Pejuang Kemerdekaan Dapat Sambutan Hangat

Posted: 29 Oct 2011 07:00 PM PDT

MASJID TINGGI, BAGAN SERAI - 29 Oktober, Sambutan 60 tahun PAS peringkat negeri Perak berlangusng meriah. Agenda memperingati susur galur perjuangan PAS mengajak khalayak untuk merasai dengan hati yang penuh sedar bahawa PAS sebagai Parti Islam yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangan.

Pada malam tadi telah berlansung satu forum bertajuk "Siapa Pejuang Kemerdekaan" membariskan 3 ahli panel yang cukup mantap terdiri daripada Tn Hj Muhamad Bin Sabu , Timbalan Presiden PAS, Prof Dr. Aziz Bari, Pakar undang-undang dari UIAM dan Dr. Muhaimin Sulam. Kehadiran 2 tokoh kontroversi masa kini iaitu Tn. Haji Muhamad Sabu atau abang Mat dan Prof. Dr. Aziz Bari pada forum tersebut mengundang hampir 10 ribu pendengar dari segenap lapisan.

Forum dimulai dengan mendengar pandangan daripada Tn. Hj. Muhamad Sabu. Beliau menyentuh isu isu semasa dan dikaitkan dengar pengertian kemerdekaan. Beliau berpendapat hari ini rakyat Malaysia terus dijajah apabila pemimpin Negara melakukan kezaliman dengan menafikan hak kebebasan rakyat. Beliau memberi contoh isu yang berlaku kepada Prof Aziz Bari yang diugut dengan ugutan bunuh dan kiriman sebutir peluru yang membawa erti hidup kita masih dibelenggu ketakutan dan dijajah oleh pemimpin sendiri.

Dr Muhaimin Sulam pula tampil mengupas isu berkaitan sejarah. Beliau yang mengantikan adik kepada Mat Indera berpendapat bahawa sejarah sesebuah Negara dicipta dan diadun oleh kerajaan yang memerintah. Umpamanya sejarah tanah melayu didasarkan kepada penentangan penjajah British. Sebaliknya melupakan sejarah asal seperti kerajaan Langkasuka,Funan,Sriwijaya dan Kerajaan Islam Melaka. Beliau juga memebri contoh sejarah singapura yang memulakan asas sejarah dengan kedatangan Stamfort Rafle dan menutup sejarah kedatangan Parameswara ke Temasik (nama asal Singapura)

Beliau juga berpendapat apabila sejarah Negara didasarkan bermula era penjajahan akan tenggelamlah era kegemilangan Islam dan menjadikan jiwa rakyat sebagai hamba akan berterusan dan sukar menerima perubahan kerana berpuas hati dengan jiwa hamba dan rela terus dijajah.

Seterusnya Prof Dr Aziz Bari berucap berkisar isu yang melanda dirinya dan merasakan apa yang berlaku terhadap beliau adalah bukti beliau tidak merdeka untuk melaksanakan tugas sebagai ahli akademik. Beliau turut mempersoalkan majlis Profesor Negara di mana pendirian mereka yang tidak bersuara dalam mempertahankan isu –isu yang berkaitan kebebasan akademik.

Seterusnya ahli panel tampil menjawab soalan soalan yang dikemukakan oleh hadirin berkisar kepada isu semasa seperti isu pilihanraya, isu hudud dan keselamatan Negara yang berpunca Hak-hak Keistimewaan Melayu yang yang diremehkan.

Akhirnya forum dirumus oleh Tn. Hj. Muhamad Sabu dengan menekankan bahawa rakyat tidak boleh berasa selesa dengan keadaan yang berlaku dan mesti menanam keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak kebal serta boleh dikalahkan dengan kefahaman dan dokongan kuat dari seluruh pencinta kebebasan. Majlis tamat tepat jam 12.00 malam. Sekalung tahniah kepada penganjur atas perjalanan program yang mendapat sambutan hangat ini./tapioca


Tiada ulasan: