Addin |
- Panas!! Anak Dan Suami Shahrizat Jalil Dapat Projek RM250 Juta?
- FELDA Bakal Bankrap Sikit Masa Lagi..
- (Gambar) Ariel Sharon Laknatullah Koma
- Mat Indon Ugut Bunuh Tiara Jacquelina
Panas!! Anak Dan Suami Shahrizat Jalil Dapat Projek RM250 Juta? Posted: 16 Oct 2011 06:00 AM PDT Siapa yang nak jadi kaya di Malaysia tiada masalahnya, tidak kisahlah anda Melayu, Cina ataupun India. Rasanya orang tidak akan melenting apatah lagi menyimpan perasaan dengki sekalipun dengan golongan kaya seperti ini asalkan mereka berjaya hasil usaha dan titik peluh mereka sendiri. Tetapi, yang menjadi pertikaian dan persoalannya kalau ada kalangan "mereka-mereka" yang mengumpul kekayaan dengan dengan jalan pintas, atas kapasiti mereka ada kuasa ataupun mempunyai hubungan baik dengan "pihak-pihak yang berpengaruh dan berkepentingan" sehingga begitu mudah. Sila baca lagi di sini. | ||
FELDA Bakal Bankrap Sikit Masa Lagi.. Posted: 16 Oct 2011 02:00 AM PDT Lebih ramai peneroka di seluruh negara akan menyaman Felda dalam masa terdekat, kata Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman. Beliau berkata, tuntutan saman itu bukan berlaku di tempat tertentu tetapi merebak di seluruh negara. "Peneroka di Kelantan, Negeri Sembilan dan Terengganu telah menyaman Felda. Sehingga tujuh atau lapan kes telah difailkan ke atas Felda. "Dan yang terbaru ialah membabitkan para peneroka di Kertih 1 dan Kertih 2 di Terengganu menyaman Felda membabitkan 77 orang," katanya mengulas tindakan peneroka berkenaan yang menyaman Felda semalam. Kesemua peneroka memfailkan saman menuntut wang caruman tanam semula di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu. Peneroka Sungai Koyan Mazlan berkata, kes seperti pernah dibuat oleh 10 peneroka Felda Sungai Koyan di Pahang dan dimenangi mereka. "Yang berbeza tanah peneroka Sungai Koyan ialah 14 ekar manaka di Kertih cuma 10 ekar. "Peneroka Kertih mencarum RM4 seekar dan bermakna RM40 untuk keluasan 10 ekar," tambahnya. Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, Felda menyediakan peguam terbaik untuk mewakili agensi pembangunan tanah persekutuan itu.Beliau juga menasihatkan Anak jangan menganggap semua saman akan dimenangi oleh peneroka./fmt Addin : Kalau macam ni gayanya.. Felda pasti bankrap sikit masa lagi. Ditambahkan pulak.. bapak penyangak jadi kepalanya.. | ||
(Gambar) Ariel Sharon Laknatullah Koma Posted: 15 Oct 2011 10:00 PM PDT
Associates Press melaporkan bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, 82, dipindahkan ke rumah selepas empat setengah tahun berada dalam keadaan koma berikutan serangan angin ahmar. Perpindahan itu juga berikutan rungutan sesetengah pihak bahawa kos penjagaan Ariel begitu tinggi dan kos itu pula ditanggung oleh pembayar cukai. Seorang pegawai hospital, Dr Shlomo Noi, memberitahu Radio Israel bahawa bekas pemimpin itu dipindahkan awal hari ini dengan ambulans ke kediaman di ladang biri-biri milik keluarganya di selatan Israel. Jasad bernyawa Sharon ini akan dijaga oleh dua orang anak lelakinya, iaitu Omri dan Gilad. Sharon ditempatkan di unit rawatan rapi Hospital Tel Hashomer sejak mengalami serangan angin ahmar pada awal 2006. Selepas serangan penyakit itu, tempatnya telah diambil alih oleh Ehud Olmert. Ariel Sharon laknatullah ini cukup dikenali kerana kekejamannya membunuh penduduk Palestine yang tidak berdosa di Kem Shabra dan Shatila pada tahun 1982. Pembantaian yang tidak berperikemanusiaan itu mengorbankan hampir 3000 nyawa rakyat Palestine. Semua kita tahu mengenai cerita Kamal Artaturk yg mati secara terhina sehingga bumi tidak menerimanya. Namun manusia terus berani menentang Allah. Terbaru Allah buktikan kekuasaannya seperti berlaku di zaman Firaun dan Qarun yg mana kedua mereka mati dlm keaiban. Ariel Sharon telah byk merosakkan bumi Palestin. Banyak air mata yg mengalir kerana kezalimannya dulu. Hari ini, Ariel Sharon bagaikan mayat hidup selepas 4 tahun koma. Sehinggakan media di seluruh dunia malu untuk menerbitkan gambar keadaannya. Kini Ariel Sharon yg berusia 82 tahun dikatakan mempunyai berat sekitar 15 kg sahaja. Doktor yg merawatnya mengatakan Ariel Sharon akan terus koma sehingga 90 tahun. Dia dirawat di Hospital Hadassah di Jerussalem dan kemudian di Chaim Sherba Medical Center. Difahamkan Sharon telah dimasukkan ke bilik pembedahan untuk menyambung bahagian ususnya yg membusuk dan merebak ke seluruh bahagian lain. Beliau dah jadi umpama mumia firaun. Terpenjara dalam jasad yang sudah membusuk. Subhanallah...ambillah pengajaran daripadanya agar kita terus bertakwa dan beriman kepada Allah Amin. Didalam Al-Quran banyak memberi ingatan bahawa setiap amal perbuatan kita walaupun sebesar zarah, yang baik atau pun jahat akan diperlihatkan dan akan diberi balasan di sisi Allah s.w.t. Balasannya tetap akan diberikan tidak didunia ini di akhirat kelak. | ||
Mat Indon Ugut Bunuh Tiara Jacquelina Posted: 15 Oct 2011 06:00 PM PDT Dipetik dari laman Gua, yang Aznil Hj Nawawi (pengurus) dan Tiara menerima ancaman/ugutan bunuh melalui laman sosial Twitter milik orang Indon, @ZicosIndo. Disebabkan oleh poster teater The Secret Life of Nora yang memaparkan Tiara Jacquelina memakai baju kebaya. Kata @ZicosIndo menganggap kita dalam usaha mencuri kesenian dengan negara mereka. Nampaknya Mat Indon ni tak tahu sejarah...…but why do you claim the indonesian batik at #thesecretlifeofnora! I will kill u if u dt sto" |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan