Selasa, 11 Oktober 2011

Addin

Addin


Wajib Lihat!! Wajah Blogger Pencacai @ Penjilat UMNOporno..

Posted: 11 Oct 2011 06:00 AM PDT


Inilah wajah blogger pencacai @ penjilat Umnoporno Cikgu Najmi @ Taiping Mali.. Gambar ini aku cilok dari blog Manjung Mari. Di fahamkan blogger Taiping Mali adalah salah seorang editor web propaganda Umno Perak iaitu Perak Today.

Dikhabarkan juga Taiping Mali ini rapat dengan pimpinan Umno Perak iaitu MB Haramjadah, Zambry Kutty dan Raja Ahmad Zainuddin (ADUN Kubu Gajah). Taiping Mali juga merupakan antara 'person incharge' Cyber Troopers Umno Perak.. Kat sini aku sertakan artikel syirik Taiping Mali, ko orang nilailah akidah blogger pencacai ni hasil didikan turun temurun Umnoporno.. HANCUSS!! Eloklah hang bertaubat Taiping Mali..


Penghakiman Kes Altantuya Yang 'Tergantung', Memburukkan Sistem Kehakiman

Posted: 10 Oct 2011 09:00 PM PDT

Ketidakupayaan sistem kehakiman Malaysia untuk membawa kesudahan kepada kes pembunuhan Altantuya adalah sangat memalukan dan menunjukkan keburukan yang terdapat dalam sistem kehakiman. Hakikat yang penghakiman untuk perbicaraan pembunuhan ini masih belum ditulis selepas 2 tahun pengumumannya dibuat adalah amat memalukan dan memberi tanggapan yang sangat buruk terhadap mahkamah undang-undang di Malaysia. 

Sebagai permulaannya, hakim kes tersebut seharusnya sudah menulis penghakiman itu, ditanda tangani olehnya dan dihantar ke Mahkamah Persekutuan. Ini adalah selaras dengan seksyen 281 (b)(ii) Criminal Procedure Code (Act 593) yang memerlukan dokumen tersebut untuk diserahkan untuk membuat rayuan terhadap hukuman mati itu.

Tetapi sementara dua orang bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Najib Razak telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Altantuya, dan sudah pun membuat rayuan, halim Mahkamah Tinggi itu, Mohd Zaki Yasin, yang mendapati bahawa mereka bersalah, masih belum menulis penghakimannya itu sehingga sekarang.

Bagaimana pula rayuan dapat dilakukan di Mahkamah Persekutuan sekiranya penghakiman belum ditulis? kelihatannya seperti mahkamah sengaja melengahkan proses rayuan supaya banyak masa terbuang, tetapi apa kebaikannya untuk kedua-dua pegawai polis ini yang sudah dijatuhkan hukuman mati?

Dan kenapa pentadbiran Najib tidak menyoal Mohd Zaki Yasin tentang ketidak upayaannya untuk menulis penghakiman itu? Atau Mohd Zaki Yasin sedang menunggu orang lain untuk menulisnya bagi pihak dia? Ini bukanlah perkara mengejut, kerana hanya di Malaysia seorang hakim 'dibenarkan' untuk mengambil orang lain untuk menulisjan penghakimannya.

Kerjaya undang-undang atau wild, wild West
Dalam pertunjukan korupsi di dalam sistem kehakiman di Malaysia yang amat memeranjatkan, seorang setiausaha undang-undang telah memberikan keterangan pada tahun 2008 kepada Suruhanjaya Penyelidikan DiRaja (SPD) bahawa pada tahun 1994, seorang peguam kepada penuduh telah menulis penghakiman yang dibacakan oleh hakim yang membicarakan kes tersebut, yang kemudian menganugerahkan RM10 juta nilai kerugian yang dialami akibat fitnah kepada seorang kroni kepada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad terhadap seorang jurnalis dan enam lagi yang terdakwa.

Sesiapa yang mengikuti perkembangan di Malaysia sudah pasti tahu kes yang melibatkan V K Lingam, yang pada September 2006 menjadi pemain utama di dalam skandal kehakiman di mana subuah rakaman video tentang perbualan telefon olehnya dengan Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang merupakan hakim ketiga negara, yang bertanggungjawab dalam pemilihan hakim-hakim senior.

Rakaman video itu menunjukkan beberapa orang-orang rapat Mahathir, terutamanya Vincent Tan, terlibat dalam pemastian dan pemilihan hakim-hakim yang boleh 'diatur'.

Ya ampun, perkara-perkara yang dibiarkan!
Suruhanjaya DiRaja yang dipilih untuk menyiasat tuduhan-tuduhan itu diberitahu oleh G Jayanthi, yang pada waktu itu merupakan setiausaha undang-undang untuk Lingam, bahawa Lingam telah menulis penghakiman untuk kes yang kontroversi itu, di mana Vincent Tan diberikan RM10 juta dalam di atas kerugian akibat empat artikel yang ditulis terhadapnya di dalam majalah Malaysian Industry yang sudah tidak beroperasi lagi. Penghakiman itu ditransfer kepada cakera komputer dan dihantar ke Hakim Mahkamah Tinggi Mokhtar Sidin, yang membacanya di mahkamah.

Di dalam kenyataannya, kebanyakannya bertulis, Jayanthi berkata Lingam dibantu oleh adiknya, seorang peguam dan bekas ketua Mahkamah Industri Malaysia. Dia memberitahu mahkamah bahawa dia telah memberikan pembetulan dalam tulisan tangan bersama dengan penghakiman itu kepada peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah.

Lingam, katanya, "membetulkan draf penghakiman itu dengan dakwat merah pada beberapa muka surat. Kemudian Sumanti membuat pembetulan mengikut apa yang sudah dibuat dan membuat salinan di dalam cakera komputer untuk diberikan oleh Datuk Lingam kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Kemudian saya mendapati pengahkiman itu diikut bulat-bulat oleh hakim tersebut."

Penghakiman Altantuya masih 'tergantung' – macam mana?

Kelihatannya seperti penghakiman beberapa kes boleh ditulis oleh orang lain yang tidak terlibat pun di dalam kes itu, berlainan daripada kes Altantuya. Jadi apa masalah yang sedang dihadapi oleh Mohd Zaki Yasin yang membuatkan dia belum dapat menulis penghakimannya? Haruskah Suruhanjaya DiRaja diwujudkan untuk memastikan kenapa penghakiman itu belum ditulis?

Terdapat banyak kes-kes masalah undang-undang untuk disebut. Daripada kes perbicaraan sodomi I pada tahun 1998 oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad hinggalah ke krisis Perak oleh Perdana Menteri Najib Razak pada tahun 2009, integriti sistem kehakiman sudah semakin merudum dan belum selesai lagi. Baru sehari lalu, 60 Ahli Parlimen pembangkang memfailkan gerakan di parlimen untuk menuntut pemecatan seorang hakim kerana meniru penghakiman yang ditulis oleh bekas hakim Singapura GP Selvam.

Perkara-perkara seperti inilah yang membuatkan sistem kehakiman Malaysia tidak profesional dan busuk. hakim-hakim yang seharusnya menjadi pelindung rakyat telah gagal, melambat-lambatkan keadilan untuk yang tidak bersalah, dan membenarkan orang bersalah memanipulasi dan menyalah guna sistem untuk kepentingan mereka sendiri.

Dasar perubuhan masyarakat sivil di Malaysia sudah terjejas dan untuk ini, rakyat Malaysia menuntut reform dan perubahan. Jika tidak, Malaysia sudah pastinya akan hancur./suaraPR 

Singkir MB Selangor Cerita Mengarut..

Posted: 10 Oct 2011 08:29 PM PDT

Desas desus mengatakan hubungan antara Adun Selangor dengan Menteri Besarnya semakin rapuh merupakan cerita mengarut dan tidak berasas, kata Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei. Beliau merujuk laporan portal berita Antarapos.com, kononnya terdapat kumpulan wakil rakyat parti itu yang mendesak pimpinan parti memecat Tan Sri Khalid Ibrahim. Kata Shuhaimi, hubungan antara Adun Selangor dengan Khalid I bukan sahaja baik, malah mereka juga menyatakan sokongan dan ikrar taat setia untuk mempertahankan Khalid sebagai MB Selangor.


"Kita akan mempertahankan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor sehingga selesai term (tempoh) lima tahun, sehingga parlimen dibubarkan atau DUN dibubarkan. "Kita akan mempertahankan beliau habis-habisan kerana beliau pemimpin yang begitu transparen, berkualiti dan bertanggungjawab.

"Di peringkat Majlis Pimpinan Negeri Selangor, kita akan bersama dengan Tan Sri Khalid untuk mendepani rakyat, membawa isu rakyat dan memastikan BN terus kempunan untuk mengambil alih Selangor," tegasnya.

Menyifatkan laporan Antarapos itu sebagai tidak berasas, beliau juga mengingatkan isu itu sengaja direka bagi mengadu domba KEADILAN serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Ini lebih kepada adu domba dan perang saraf yang dilakukan oleh pihak musuh politik (Umno),"ujarnya yang juga Adun Seri Muda.

Beliau turut menafikan bahawa Adun Pakatan di Selangor tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid, sebaliknya berkata dari segi standard pengurusan, Khalid lebih baik berbanding menteri pusat dan menteri-menteri besar BN yang lain.

"Prestasi Tan Sri Khalid tidak ada cacat celanya. Dari segi pengurusan kerajaan negeri, standardnya lebih baik daripada menteri di peringkat pusat dan MB dari BN. Standardnya mencecah antarabangsa, dari segi ketelusannya, kecekapan dan kebertanggungjawaban.

"Sebagai sebuah organisasi, sudah pasti ada pro dan kontra dalam pentadbiran, tetapi kita ambil pendekatan secara bersama untuk semua isu, memantapkan pengurusan bagi memastikan pentadbiran mencakupi semua keperluan rakyat," "Bukan mudah menjadi Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya.

Ketika ditanya tentang memorandum yang dikatakan dihantar oleh wakil Rakyat KEADILAN Selangor kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu, Shuhaimi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

"KEADILAN amalkan budaya bercakap secara imliah di dalam bilik mesyuarat. Sebarang cakap-cakap di luar itu kita tidak ambil kira. "Kita tak mahu dengar cerita kedai kopi yang remeh temeh," tambah beliau./kd

Tiada ulasan: