Addin |
- Panas!! Isu Kekayaan Taib Mahmud Kini Di Bincangkan Di Parlimen UK
- PRU 13 Di Jangkakan Mac 2012..
- Gempar!! Pihak Berkuasa Indonesia Tuduh Malaysia Rampas Tanah Di Sempadan
- Bajet 2012 Bakal Mengorbankan Kanak-Kanak
- Gempar!! PATI Rampas Surau Di Lindungi Oleh Polis?
- Panas!! Polis Mengganas Di 'Himpunan Hijau 109' Di Taman Gelora, Kuantan Sebentar Tadi
Panas!! Isu Kekayaan Taib Mahmud Kini Di Bincangkan Di Parlimen UK Posted: 09 Oct 2011 08:52 AM PDT Pengetahuan dan kerisauan umum tentang kesalah rasuah kayu balak yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak kini sudah berkembang ke UK. Hanya pada minggu lepas sahaja, nama beliau disebut-sebut dan dibincangkan di dewan tinggi parlimen UK, setelah suatu soalan diajukan kepada kerajaan UK sama ada pernah atau tidak suatu siasatan dilakukan kesalahan rasuah dan kemusnahan yang menimpa orang-orang asal di kawasan tersebut, termasuk hidupan dan tumbuhan liar dalam hutan. Turut menghadiri persidangan parlimen ketika soalan itu dikemukakan adalah Menteri di Kementerian Perkembangan Hal-Ehwal Antarabangsa, Baroness Verma, menjawab. Menurut Baroness itu, kerajaan UK sememangnya peka dan tahu akan perkembangan berkaitan dengan masalah pembalakan haram dan berleluasa yang telah atau sedang mengganggu kehidupan berjuta-juta penduduk di dunia ini. Lord St John of Bletso. Salah seorang sukarelawan kempen alam sekitar Hutan Hujan Tropika telah mengusulkan soalan berkaitan dengan kegiatan haram Abdul Taib Mahmud yang telah mendatangka kesukaran kepada rakyat Sarawak. Lord St John berdiri dan bertanya: "Apakah kita akan mengikut langkah-langkah yang diambil oleh negara-negara Switzerland dan Germany ke atas Ketua Menteri Sarawak yang mengamalkan rasuah itu? Apakah tindakan-tindakan kita untuk membanteras kemusnahan yang dilakukan oleh syarikat-syarikat pembalakan gergasi antarabangsa, agar kerosakan dapat dikurangkan? The Baroness replied that although she could not respond on a particular individual, the mechanisms are in place to deal with timber corruption: Baroness berkenaan enggan menyatakan nama individu secara spesifik, tetapi beliau meyakinkan dewan bahawa segala siasatan tetap dijalankan bagi menghalang pembalakan secara haram. "Ingin saya jelaskan di dewan ini, bahawa kerajaan kita akan sentiasa memerhatikan perkembangan masalah yang timbul ini. Semua syarikat pembalakan gergasi itu akan tetap kita syorkan untuk dihukum seberat-beratnya." Perbincangan dalam dewan parlimen UK kini telah menjadi suatu isyarat amaran kepada Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya yang memilik harta kekayaan yang amat banyak di seluruh UK. Para sukarelawan kempen anti-pembalakan haram telah menggesa suatu tindakan di Switzerland dan Germany patut diambil. Pada minggu lalu, kerajaan Kanada telah menyatakan mereka telah lama mengetahui tentang wujudnya kekayaan Taib dan keluarganya yang bernilai berjuta-juta dollar di Amerika Utara. Walau bagaimanapun, setakat ini kerajaan Kanada enggau mengesahkan atau menafikan telah mengambil sebarang tindakan. Pertubuhan Yayasan Bruno Manser telah menyatakan bahawa mereka akan mengemukakan suatu laporan kepada kerajaan UK untuk menyiasat harta Taib di Ridgeford Properties di London, sebuah syarikat yang memegang harta bernilai berjuta-juta pound, termasuk sebuah bangunan berdekatan dengan Bank of England. Jemputan akan berkurangan? Pada tahun lalu Ketua Menteri itu telah memulakan suatu majlis keramaian diadakan di House of Lords semasa lawatannya ke UK sebagai suatu usahanya mempromosikan idea penubuhan Hab Halal Antarabangsa. Taib juga diketahui membiayai suatu majlis keramaian di Said Business School di Oxford University, di mana dia berpeluang menjadi penucap utama di situ. Kedua-dua majlis tersebut menerima kritikan dan bantahan umum berdasarkan rekod-rekod buruk Ketua Menteri itu, maka dia mungkin tidak akan disambut semeriah itu di masa-masa akan datang./sarawak report Addin : Baru-baru ini Addin berada di Kuching.. kebetulan terserempak dengan kereta Ferarri kepunyaan Taib Mahmud.. Kenalan Addin memberitahu, Taib Mahmud ada sebiji Lamborghini di rumahnya...Fikir-fikir, kaya sungguh Taib Mahmud ni.. |
PRU 13 Di Jangkakan Mac 2012.. Posted: 09 Oct 2011 07:35 AM PDT PRU 13 di jangkakan pada Mac 2012, ini maklumat yang Addin baru perolehi dari sahabat Addin yang bertugas sebagai anggota polis. Beliau memberitahu, maklumat ini di perolehi dari SB-SB (anjing-anjing Umno) yang bertugas untuk Umno tapi gajinya dibayar oleh wang rakyat. Sahabat Addin itu juga memberitahu, PRU 13 itu diadakan setelah semua agenda bajet 'one-off' Najib di laksanakan. PRU 13 itu dijangkakan diadakan selepas semua tahanan ISA di lepaskan dan mengumumkan 2 akta baru. Kepada semua jentera pilihanraya Pakatan Rakyat serta bloggers, facebookers dan twitter, kita serang habis-habisan bagi menjatuhkan Umno BN pada PRU 13 akan datang.. hidupkan 'ketuanan rakyat'.. |
Gempar!! Pihak Berkuasa Indonesia Tuduh Malaysia Rampas Tanah Di Sempadan Posted: 09 Oct 2011 05:14 AM PDT Ini isu yang terbaru Addin baca di laman web Tribunnews.com. Pihak berkuasa Indonesia menuduh Malaysia merampas kawasan sempadannya. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Komisi 1 DPR, Mahfudz Siddiq menyatakan wilayah sempadan di Danar Bulan, Kalimantan Barat telah di rampas oleh Malaysia. Menurut penyiasatan pihak Indonesia, Mahfudz Siddiq memberitahu wilayah Indonesia telah berkurangan 1.4000 hektar kepada Malaysia. Mahfudz Siddiq juga menyatakan bahawa Malaysia manafaatkan kemiskinin Indonesia untuk merampas sempadannya. Tuduhan ini amat berat buat kerajaan Malaysia, kepada menteri yang bertanggungjawab perlulah menanganinya dengan segera agar mengelak konfrantasi ini berpanjangan. TRIBUNNEWS.COM, JAKARTA - Ketua Komisi I DPR--membidangi masalah pertahanan dan hubungan luar negeri--Mahfudz Siddiq, membenarkan adanya kedaulatan negara, wilayah perbatasan daratan di Danar Bulan, Kalimantan Barat yang dicaplok oleh Malaysia. Dari laporan yang diterima, berdasarkan hasil investigasi yang dilakukan oleh TB Hasanuddin, luas pemerintah RI sudah bergeser ke Malaysia, seluas 1.400 hektar. Secara khusus kepada tribun, Minggu (9/10/2011), politisi PKS ini menjelaskan, kasus ini adalah masalah klasik lantaran pemerintah Indonesia, tak sigap menjaga kedaulatan negara. Belum lagi, TNI dan Polri yang tak memiliki sarana memadai menjaga kedaulatan di daerah perbatasan. "Masalah perbatasan darat di Kalimantan Barat itu adalah masalah lama yang nggak keurus. Dari sisi pembangunan, nggak keurus. Kemudian, dari sisi keamanan kontrol dari aparat TNI maupun Polri yang tidak memadai karena dukungan anggaran yang amat kurang," kata Mahfudz Siddiq. Belum lagi, proses perundingan antara Malaysia dan Indonesia yang tak kunjung rampung. Hal ini, kata Mahfudz, yang kemudian dimanfaatkan Malaysia dengan melakukan pembangunan di daerah perbatasan. "Malaysia, pastilah punya hajat mengulur-ulur perundingan. Dan saat perundingan masih berjalan, mereka melakukan langkah-langkah yang menguntungkan," Mahfudz menegaskan. Kenyataan yang ada, daerah perbatasan darat antara Indonesia dengan Malaysia di Kalimantan Barat, yang luasnya ribuan hektar adalah daerah-daerah yang secara pembangunannya, infrastrukturnya sangat tertinggal. Sementara sebaliknya, Malaysia melakukan pembangunan di daerah perbatasan yang sangat terstruktur, pembangunan daerah pemukiman sangat maju. "Jadi, kalau ada patok (batas perbatasan) digeser saja sampai ratusan meter, nggak terasa. Karena pemerintah kita nggak mampu, mengukur patok-patok itu, cuma manual saja. Malaysia manfaatkan kemiskinan Indonesia caplok tanah perbatasan," Mahfudz menegaskan. |
Bajet 2012 Bakal Mengorbankan Kanak-Kanak Posted: 08 Oct 2011 11:48 PM PDT Surat terbuka ini saya tujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak; Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abu Kassim Mohammad dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berhubung penggunaan bateri asid plumbum dalam industri penjanaan tenaga elektrik solar di Sabah. Sudah hampir 100 artikel mengenai bahaya bateri asid plumbum disiarkan di Sabahkini.net dan di media masa; sudah berpuluh video dihasilkan SabahkiniTV dan sudah beratus pucuk surat rasmi dihantar ke jabatan berkaitan; namun isu pencemaran bateri asid plumbum semakin serius dan tidak ada sebarang usaha daripada kerajaan untuk menghentikan penyeludupan masuk dan keluar logam berat ini di Sabah. Hasil kajian yang dijalankan oleh Pusat Racun Negara dan Yayasan Sabah di semua Tadika di Pantai Barat Sabah pada 1996, sewajarnya menjadi teladan kepada Kerajaan Barisan Nasional yang baru sahaja membentangkan Bajet 2012 jumaat lalu. Apa gunanya Bajet 2012 yang kononnya mesra rakyat, jika terpaksa mengorbankan kanak-kanak yang tidak berdosa; semata-mata kerana menyelamatkan kocek para kroni menteri yang terlibat memanggil tender untuk membekalkan bateri asid plumbum, yang bukan sahaja terlalu mahal, malah membahayakan kanak-kanak dan mencemar alam sekitar? Di mana fungsi SPRM jika membenarkan rasuah bermaharajalela di Kementerian Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar (KKLW), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Kementerian Pelajaran melalui penyeludupan masuk bateri asid plumbum tanpa kelulusan Jabatan Alam Sekitar? Kenapa kerajaan Negeri Sabah membenarkan lambakan bateri asid plumbum yang dibawa masuk melalui pelabuhan tanpa melalui pemeriksaan Kastam dan Jabatan Alam Sekitar, sedangkan tiada tempat pelupusan bateri asid plumbum di Sabah? Slogan 'Belilah Barangan Buatan Malaysia' tidak ubah seperti slogan pelacur jalanan menjerat pelanggan kerana ternyata Kerajaan 1Malaysia pimpinan 'Bapa Transformasi Malaysia' gagal merealisasikan slogan berkenaan sedangkan Malaysia telah mengeluarkan bateri lithium polymer untuk kegunaan dunia. Tidakkah Perdana Menteri Malaysia malu jika Amerika, Korea dan Jepun mengimport bateri lithium polymer buatan Malaysia dan mengeksport semula ke negara ini dengan harga tujuh kali ganda, sedangkan kerajaan boleh menjimatkan ratusan juta jika membeli terus daripada kilang di Malaysia? Sebagai Aktivis Masyarakat Dan Hak Asasi Manusia, saya kesal kerana Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan tidak langsung mempedulikan nasib lebih 300 kanak-kanak yang disahkan mempunyai kandungan plumbum yang tinggi dalam darah mereka pada 1996, sedangkan kesemuanya kini sudah berusia 21 tahun. Malang sekali kerana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kanak-kanak perempuan boleh mewariskan keracunan plumbum ini kepada anak cucu selama tiga generasi. Kenapa Perdana Menteri dan isterinya yang prihatin terhadap Kanak-Kanak sehingga menubuhkan PERMATA, tidak langsung mewujudkan Klinik Khas Rawatan Plumbum di Sabah sedangkan kajian pada 1996 sudah cukup membimbangkan? Mungkin masih belum terlambat untuk Perdana Menteri, Ketua Menteri dan SPRM mengambil langkah pencegahan sebelum terlambat kerana rakyat yang marah sudah bosan dan tidak akan membuat bising lagi; sebaliknya menjatuhi hukuman pada pilihanraya umum akan datang; mungkin lebih buruk daripada nasib BN pada 2008./sabahkini |
Gempar!! PATI Rampas Surau Di Lindungi Oleh Polis? Posted: 08 Oct 2011 11:09 PM PDT PATI yang mendapat MyKad Projek, Haji Wahab Nonong semakin bertindak ganas dengan menyerang secara berkumpulan dan bersenjata anak Imam Rawatib, Hairol @ Awang Damit Bin Jimlok; malangnya polis Lahad Datu menganggap kes berkenaan sebagai kes sivil dan melindungi PATI berkenaan dan anak-anaknya. Hairol yang juga seorang guru dan Setiausaha Jawatankuasa Madrasah Al Gayah Nur Salam di Lamak Bukit, Silam, Lahad Datu Sabah sebelum ini telah menghubungi Sabahkini.net. Untuk memaklumkan bahawa salah seorang anak Haji Wahab, Abdul Munap, telah menghantar surat amaran dan cacian kepadanya dan disalinkan kepada beberapa pihak, termasuk majikannya. Tetapi Hairol tidak menyangka Haji Wahab bertindak menyerangnya secara berkumpulan dengan bersenjatakan parang dengan niat untuk membunuhnya, tetapi beliau berjaya melarikan diri setelah dipukul di kepala, tangan, peha dan seluruh badannya. "Saya tidak sangka mereka bertindak liar dan meletakkan undang-undang di tangan mereka sendiri. Mujur saya tidak kena libasan parang mereka dan hanya kena tumbuk dan sepak terajang mereka ketika dikepung," kata Hairol yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi setelah membuat laporan di Balai Polis Lahad Datu. Menurut Hairol, beliau tidak tahu kenapa Haji Wahab dan anak-anak menyerangnya tetapi mungkin kerana marah ekoran penyiaran VideoKlip bertajuk 'Tuhan UMNO Hanya Dapat Surau PPRT' yang disiarkan di Youtube. "Saya tidak gentar menghadapi mereka secara berseorangan. Tetapi saya kecewa kerana dalam keadaan nyawa saya terancam, Inspektor Zaidi masih membela Haji Wahab dan menuduh saya memfitnah Haji Wahab sebagai PATI; kerana kata Inspektor itu Haji Wahab ada IC," kata Hairol yang kesal dengan sikap tidak professional Inspektor Zaidi termasuk enggan mengambil tindakan terhadap penyerangnya dan mengubah laporan polis yang dibuatnya agar menjadi kes sivil dan bukannya kes jenayah. Jika beginilah sikap Polis di Sabah, kata Hairol, akan semakin ramailah PATI bermaharaja lela kerana mereka dibela oleh polis dan penguatkuasa undang-undang; beliau tidak hairan jika jenayah semakin meningkat di Lahad Datu setelah Pegawai MDLD diserang dan terbunuh kerana kecuaian polis yang gagal mengawal keselamatan orang awam. Menurut Hairol, beliau akan membuat laporan rasmi ke Bukit Aman, terutama ugutan Inspektor Zaidi bahawa beliau boleh dibuang kerja kerana memfitnah Haji Wahab sedangkan beliau bercakap benar dan semua tahu siapa Haji Wahab. Dalam laporan polisnya bernombor LDU/RPT/8162/11, Hairol pada mulanya melaporkan bahawa beliau diserang dengan senjata dan meminta polis menyiasat, menangkap dan mendakwa Haji Wahab dan anak-anaknya atas kesalahan jenayah; tetapi Polis yang bertugas telah meminda laporannya seperti berikut; "Pada 08.10.2011, lebih kurang jam 4.00 petang, saya telah diserang oleh dua orang lelaki iaitu Haji Wahab Nonong dan anaknya Mohd San Hj Wahab di Kampung Silam Lamak. Dalam insiden tersebut, saya dapat melarikan diri daripada terus diserang. Kemudian apabila meloloskan diri daripada mereka, saya telah diserang sekali lagi. Malah jumlah yang menyerang saya lebih kurang 3 orang iaitu Hj Wahab Nonong, Mohd Sam Hj Wahab dan Mohd San Hj Wahab dan mungkin lebih. Pak Cik Idris yang bersama saya turut diserang. Dalam masa yang sama, saya dimaklumkan mereka membawa parang. Tujuan buat lapuran untuk tindakan dan rujukan mahkamah." Hairol yang cedera di kepala, lengan, badan dan peha menjalani pemeriksa kesihatan di Hospital Besar Lahad Datu setelah membuat laporan polis pada jam enam petang, namun hanya jam 11.30 malam baru selesai memberikan kenyataan kepada polis, sedangkan tiga penyerangnya lepas bebas tanpa sebarang tindakan./sabahkini Baca di sini. |
Panas!! Polis Mengganas Di 'Himpunan Hijau 109' Di Taman Gelora, Kuantan Sebentar Tadi Posted: 08 Oct 2011 10:59 PM PDT Kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng. Dinamakan "Himpunan Hijau 109", penhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. Permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara. Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis. Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan "Hidup rakyat". Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai. Tukar Tiub |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan