Addin |
- Ratusan Billion Di 'Sita' Dari Petronas, Kenapa Najib Membisu?
- Bajet 'Morfin' 2012 : Mansuh Yuran Sekolah Bukan Pertama Kali
- KPDNKK Lindungi Lanun Cetak Rompak?
- (Video) 5 Sekeluarga Di Hanyutkan Kepala Air
- Akibat Keceluparan Mulut Mat Sabu..
- Rais Yatim Pejuang Bahasa Cap Ayam
- Islam Tiba Di Honduras Sebelum Columbus
Ratusan Billion Di 'Sita' Dari Petronas, Kenapa Najib Membisu? Posted: 08 Oct 2011 06:00 PM PDT Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974. Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku? "Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa," ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle. Apakah semua keuntungan Petronas disalurkan kembali kepada negara? Jika tidak siapa yang telah melarikan wang ini? Jawapan kepada soalan ini menurut kenyataan Jui Meng ada pada Najib Razak. Najib tidak mungkin boleh mengelak dari persoalan ini. Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 menyatakan: (2) Syarikat adalah dibawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri yang dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan mengikut keperluan sendiri. Persoalan pokok Najib harus jawab Apa sebenarnya yang dimaksudkan Seksyen 3(2) ialah CEO Petronas ialah Perdana Menteri dan ketika ini, beliau ialah Najib Razak. Dengan kuasa eksekutif ini, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak ke atas Petronas melalui Akta yang disebutkan. Justeru itu, beliau secara langsung atau tidak langsung boleh membuat keputusan atau bertanggungjawab dalam sebarang keputusan berkenaan rundingan isu pengeluaran petroleum yang mana beliau harus mempunyai jawapan kepada persoalan ini. Soalan pertama yang paling penting untuk dijawab Najib untuk warga Malaysia tahu ialah – apakah benar 80% pengeluaran minyak oleh Petronas tidak dijual secara langsung kepada pasaran dunia tetapi sebaliknya disalurkan melalui enam 'pemegang kunci utama' yang mendapat bekalan dari Petronas itu di bawah harga pasaran? Jika benar, apakah mungkin si pemegang kunci utama ini yang mengaut keuntungan, terutamanya apabila harga minyak dinaikkan. Ini membawa kita ke soalan kedua. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka ini kroni-kroni anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad? Soalan ketiga: Kenapa system ini yang digunapakai sedangkan ianya terbukti tidak menguntungkan negara dan Petronas? Siapa yang mencadang dan siapa yang meluluskannya? Soalan keempat: Apakah yang akan Najib lakukan? Bagaimanakah beliau akan menyelesaikan jenayah siang hari ini dan menyalurkan keuntungan ini balik ke negara? Suruhanjaya Siasatan Diraja Tidak ada dua jalan untuk isu ini. Najib perlu menjawab semua persoalan di atas kerana ia melibatkan kehidupan dan kebajikan semua penduduk negara terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan. Beliau tidak boleh berpura-pura menolak persoalan ini atas alasan ianya cerita rekaan semata. Apapun alasan yang akan diberikan, Pakatan Rakyat mesti menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ke atas Petronas sekiranya Najib masih berdolak-dalik. Dengan krisis ekonomi global yang mula menghimpit negra, rakyatlah yang paling terkesan nanti. Rancangan jangka tengah dan panjang tidak cukup untuk dijadikan ukuran dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut ekonomi negara. Menghentikan pengaliran keluar keuntungan Petronas bukan sahaja satu cara yang berkesan tetapi juga sepatutnya sudah lama digunapakai sebelum kekayaan negara habis dijarah dan generasi akan datang terbantut dari menikmati hasilnya. Sekiranya langkah-langkah bijak diambil, berbilion ringgit akan kembali mencurah ke dalam system negara, mengurangkan tekanan ke atas kerajaan dan membantu golongan berpendapatan rendah yang tersepit diantara kadar inflasi dan harga barang utama yang meningkat Masa untuk kebenaran Seksyen 6(1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga memberikan Perdana Menteri mandate dan kuasa untuk menentukan hal-hal operasi syakrikat. Seksyen 6(1) menyatakan: Tidak termaktub di dalam sebarang undang-undang bertulis, yang mana usaha memproses atau menyaring minyak petroleum atau mengeluarkan produk petro-kimia dari sumber petroleum dilakukan oleh sesiapa pun selain PETRONAS melainkan ianya mendapat persetujuan dari Perdana Menteri. Dan yang terakhir ialah dari Seksyen 7 – yang mana Perdana Menteri boleh mewartakan syarat-syarat untuk tujuan melaksanakan perintah Akta dan, tanpa syakwasangka, syarat-syarat ini adalah untuk kegunaan, terutamanya, bagi menyediakan – (a) perlaksanaan atau melanjutkan – (i) sebarang bentuk perniagaan ataupun perkhidmatan berkaitan (eksplorasi) oenerokaan, (eksploitasi) pemerasan bagi mendapatkan sumber petroleum; (ii) sebarang bentuk perniagaanyang melibatkan pengeluaran dan pembekalan peralatan bagi kegunaan industri petroleum; (iii) aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang berkaitan dengan petroleum; (b) pemasaran dan pengagihan bahan petroleum dan produk-produknya; (c) denda dalam bentuk saman tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk sebarang dakwaan salahlaku terhadap syarat-syarat dan tidak mengikuti aturan yang ditetapkan oleh mana mana perlesenan, keizinan dan persetujuan yang diluluskan atau dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat; (d) pemalsuan sama ada untuk kegunaan ataupun digunakan di dalam suruhanjaya yang mana tersabit salahlaku dan tidak mengikuti arahan. Dengan akta ini, sangat jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal berkenaan perniagaan berasaskan petroleum di Malaysia, bermula dari proses pengeluaran hingga ke proses penjualan produk berasaskan petroleum. Namun, segala-galanya tentang Petronas diklasifikasikan sebagai 'rahsia negara'. Kerana Akta itulah, kerajaan dengan mudah mengklasifikasikan apa sahaja yang berkaiatan dengan Petronas sebagai 'sulit' walaupun sebagai sebuah syarikat korporat milik negara, Petronas berhutang dengan rakyat jelata penjelasan tentang keuntungan syarikat dan perniagaannya. Jerat hampir mengena, tiada jalan keluar Mungkin benar apa yang dikatakan tentang ahli Parlimen BN dari MCA – Chua Soi Lek dan dari Gerakan – Koh Tsu Koon yang mereka 'kecut' menaikkan isu ini. Tetapi kenapa? Adakah kerana Petronas dikepalai oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri itu ketua kepada semua ahli Parlimen BN? Apakah ahli Parlimen BN berani menyoal ketua mereka? Sebenarnya, tiada alasan untuk Petronas merahsiakan keuntungannya ataupun menyorok laporan tahunannya. Melainkan seseorang yang berkuasa itu menyimpannya jauh dari mata rakyat. Sesiapapun orang itu dan kuncu-kuncunya, Perdana Menteri perlu mendedahkanya. Najib tidak boleh lari dari tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat untuk membongkar kebenaran. Sebagai negara pengeluar petroleum, Malaysia sepatutnya boleh memberikan minyak percuma atau dengan harga rendah kepada penduduknya seperti Venezuela dan Brunei. Dengan kekayaan sumber ini, Malay sepatutnya menjadi negara 'berpendapatan tinggi' lebih awal dulu. Dengan lebih 30 tahun pengalaman mengeluarkan hasil minyak, Malaysia sepatutnya lebih wajar menjadi sebuah negara maju, yang kalau mengikut kiraan hasil purata gaji per kapita. Jika wang ini tidak disitakan! Pilihan sekarang ada ditangan Perdana Menteri. Berterus teranglah, dan mohon maaf daripada rakyat dan bantulah negara ini sebelum terlamabat. Atau teruskan bersama 'budak-budak' UMNO dan nikmatilah keenakan kek perasa rasuah, selagi rakyat berkeringat dan membanting tulang mencari nafkah hidup./mc | ||||||||
Bajet 'Morfin' 2012 : Mansuh Yuran Sekolah Bukan Pertama Kali Posted: 08 Oct 2011 09:10 AM PDT Pemansuhan yuran pendidikan sekolah rendah dan menengah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2012 bukanlah yang pertama kalinya dalam sejarah kerana perkara itu pernah dimumkan empat tahun lalu. Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah mengumumkan perkara yang sama semasa pembentangan Bajet 2008 dalam usaha menawarkan rakyat pendidikan 100 peratus percuma. Selain itu, Abdullah pada September 2007 dalam Parlimen turut mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), susulan selepas yuran peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang dimansuhkan pada tahun sebelumnya. Namun penghapusan yuran itu tidak sepenuhnya apabila kerajaan kemudiannya mengesahkan pelajar tetap perlu membayar sebanyak RM4.50 bagi sekolah rendah dan RM9 (sekolah menengah) setahun, manakala yuran lain tidak berubah. Malah sebaliknya 'yuran tambahan' dan 'sumbangan' diperkenalkan dengan bayaran antara RM23.50 sehingga RM55.50 setahun, bergantung kepada jenis sekolah seperti yang ditetapkan dalam garis panduan Kementerian Pelajaran. Najib dalam pembentangan Bajet 2012 petang tadi mengumumkan pemansuhan yuran tahunan kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful bagi pelajar sekolah rendah (RM24.50) dan sekolah menengah (RM33.50). "Buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah disekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta," katanya yang mendapat tepukan gemuruh oleh ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat. Selain itu, Najib turut mengumumkan bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 yang berpendapatan rendah dan sederhana. Peruntukan sebanyak RM530 juta itu membabitkan kira-kira 5.3 juta pelajar seluruh negara dan akan dilaksanakan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Penyunting novel Rusidah Salim, 41, berkata pemansuhan yuran pendidikan itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kerana ibu bapa masih menanggung beban kos lain-lain yuran termasuk yuran kelas dan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mencecah sehingga RM80 seorang. Katanya, mengambil kira peningkatan lain-lain kos yang semakin meningkat termasuk buku latihan beliau terpaksa memperuntukkan sehingga RM400 seorang. "Biasanya perbelanjaan awal persekolahan mencecah sehingga RM4,000 untuk anak-anak tidak termasuk perbelanjaan untuk pakaian dan peralatan sekolah," kata ibu kepada lima anak yang masih bersekolah kepada FMT. Masih kabur Sementara itu, Naib Pengerusi PIBG Sekolah Rendah Kebangsaan Assunta berkata bantuan RM100 itu masih kabur kerana tidak dijelaskan secara terperinci sama ada ia diberikan secara tahunan, bulanan, atau sebaliknya. Namun katanya, ia masih menjadi langkah terpuji kerana kerajaan sebelum ini tidak pernah menawarkan apa-apa bantuan dalam bentuk kewangan selain daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT), susu tambahan, suntikan vaksin percuma, dan lain-lain bantuan. "Ini pastinya dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan," katanya kepada FMT. Beliau bagaimanapun berharap agar pemansuhan yuran itu juga dapat dilaksanakan dengan adil terhadap pelajar kurang mampu yang mendapat pendidikan disekolah bantuan modal apabila masih mengharapkan sumbangan orang ramai melalui Lembaga Gereja./fmt | ||||||||
KPDNKK Lindungi Lanun Cetak Rompak? Posted: 08 Oct 2011 08:40 AM PDT Tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberkas dan mendakwa jurujual tempatan di mahkamah tetapi melepaskan pemilik premis, umpama pepatah Melayu, ayam terlepas tangan bau tahi. Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Citra Masadi, yang menghubungi Sabahkini.net bagi mengulas tindakan KPDNKK yang memberkas seorang jurujual tempatan, Rosna Ikram, 20, pada 21 September 2011 kerana menjual 677 keping DVD cetak rompak tanpa sijil B di Centre Point Kota Kinabalu. "Saya kesal kenapa KPDNKK menjadikan jurujual yang makan gaji sebagai mangsa dan tidak mendakwa pemilik premis atau tuan punya DVD. Seolah-olah pemilik premis mengatasi undang-undang kerana pendakwaan ala kambing hitam," kata Citra yang mendesak agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan rapi kenapa KPDNKK melakukan pendakwaan terpilih. Menurut Citra, jenayah cetak rompak dan menjual DVD yang tidak mempunyai Sijil B sudah menjadi budaya di hampir semua premis menjual DVD, termasuk di Sinsuran, Karamunsing, Centre Point dan kaki lima kerana sindiket ini dilindungi KPDNKK. "Kita tidak berniat untuk melindungi jurujual tersebut tetapi kita minta agar KPDNKK tidak melindungi pemilik kedai kerana Rosna hanya jurujual. Jika ingin banteras, wajar dibuat bersama SPRM dan bukannya bagi melindungi kepentingan sindiket yang membayar wnag kopi setiap bulan kepada pegawai KPDNKK," ujar Citra lagi. Rabu lalu Mahkamah Majistret Kota Kinabalu mengenakan hukuman denda RM7,000 dan tiga bulan penjara jika gagal membayar denda ke atas Rosna yang mengakui bersalah menjual DVD yang tidak mempunyai Sijil B. Rosna didakwa di bawah Seksyen 18 (4) (a) Akta Penapisan Filem 2002, didenda di bawah Seksyen 18 (5) Akta yang sama; yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000, atau penjara maksima tiga tahun atau kedua-duanya sekali./sabahkini | ||||||||
(Video) 5 Sekeluarga Di Hanyutkan Kepala Air Posted: 08 Oct 2011 07:38 AM PDT Keseronokan rekreasi sebuah keluarga bertukar menjadi kemalangan maut di air terjun di tengah-tengah India. Seorang jurukamera amatur sempat merakam lima ahli keluarga yang dihanyutkan oleh air banjir pada hujung minggu dalam kemalangan maut di air terjun di tengah-tengah India. Pegawai polis tempatan PS Maravi berkata mereka mandi di bawah air terjun 300 kaki (90 meter) Patalpani di negeri Madhya Pradesh pada hari Ahad apabila mereka ditangkap oleh kepala air. Selepas berpegang tangan di antara satu sama lain dan bergantung kepada sokongan, disebabkan air yang semakin laju mengalir, akhirnya mereka hanyut. Tiga ditemui mati, manakala dua terselamat, agensi berita Press Trust of India melaporkan. | ||||||||
Akibat Keceluparan Mulut Mat Sabu.. Posted: 08 Oct 2011 05:03 AM PDT Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off. Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam. "Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni. "Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela," tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily. Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya."Bajet kununnya menghargai pejuang…dah 54 tahun baru nak ingat bagi…berapa orang yang dapat…berapa orang yang tak sempat dapat?" satu lagi pandangan yang dilontarkan. Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup. "Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. "Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout," kata Najib. Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah. "Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak," tulisnya. Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan… Antara komen lagi: "Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia. "Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit……terima kasih kat Mat Sabu…kalau tak tak merasalah duit tu…" | ||||||||
Rais Yatim Pejuang Bahasa Cap Ayam Posted: 08 Oct 2011 12:00 AM PDT Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim perlu menghentikan tabiat menjadi pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan orang lain juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia. Lim Guan Eng berkata, siri pembohongan yang berniat jahat dan menyerang peribadi beliau oleh menteri itu yang mendakwa bahawa sebuah majlis rasmi yang dihadiri Rais di Pulau Pinang telah meminggirkan Bahasa Malaysia. "Rais jelas tidak dapat membezakan antara salah dan betul," kata Lim dalam satu kenyataan medianya hari ini yang dipetik Harakahdaily. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang juga Setiausaha Agung DAP, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang hak dalam majlis yang dianjurkan oleh agensi swasta dan di samping itu, beliau enggan mengakui bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang turut bertutur dalam Bahasa Malaysia. Bahasa jiwa bangsa? Rais pada mulanya berbohong bahawa hanya beliau seorang sahaja bercakap Bahasa Malaysia pada majlis makan malam di Kolej Han Chiang pada 29 September 2011 ketika beliau hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya. "Dakwaannya adalah tidak benar kerana saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin. Rais juga turut berucap beberapa patah dalam Bahasa Mandarin. Mengapa Rais cuba menggambarkan dirinya seorang sahaja pejuang Bahasa Malaysia dengan menafikan bahawa saya turut bertutur dalam Bahasa Malaysia?" soal Lim. Bagi beliau, Rais telah salah menilai majlis anjuran Han Chiang sebagai majlis Kerajaan Negeri Pulau Pinang apabila majlis tersebut merupakan anjuran kolej swasta. Menurut Lim, daripada mengakui kesilapan yang mengatakan bahawa majlis anjuran Han Chiang bukan merupakan majlis kerajaan negeri, "Rais terus menyerang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menyuruh supaya saya menasihati konco-konco (pengikut) di Kolej Han Chiang supaya menghormati bahasa kebangsaan." Rais, katanya, bukan sahaja biadap dan tidak menghormati penganjur malah telah melanggar protokol dengan meminta kerajaan negeri untuk campur tangan dalam sebuah majlis yang dianjurkan untuk pemimpin tertinggi Kerajaan Persekutuan. "Saya ingin menegaskan di sini bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa peranan dalam penganjuran majlis di Kolej Han Chiang pada 29 September yang lalu. "Tambahan pula, bagaimana kerajaan negeri sekarang boleh terlibat dengan penubuhan Kolej Han Chiang sebagaimana didakwa oleh Rais sedangkan kolej tersebut sudah lama wujud sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pada 2008?" tanya beliau. Jaguh kampung Sekiranya Rais tidak gembira dengan Han Chiang, beliau sepatutnya berani membantah pada malam tersebut, cadangan Lim. Sebaliknya, katanya, beliau hanya 'jaguh kampung' mengkritik Han Chiang daripada jarak yang jauh dan selamat, iaitu ketika beliau berada di Negeri Sembilan. "Jelas sekali, sebanyak mana pembohongan Rais pun tidak cukup untuk menyembunyikan kebenaran bahawa beliau dengan tidak adilnya telah menghina Kerajaan Negeri Pulau Pinang atas majlis anjuran Kolej Han Chiang. "Seharusnya Rais berhenti daripada berkelakuan seperti Utusan Malaysia yang enggan mengakui pembohongan dan akan terus menipu untuk memainkan sentimen perkauman. "Adakah Rais Yatim akan menafikan bahawa saya juga turut bertutur dalam Bahasa Malaysia pada malam tersebut?" soalnya. Itulah sebabnya, kata Lim, mengapa Rais Yatim harus menghentikan permainan bahaya kononnya beliau merupakan seorang pejuang Bahasa Malaysia, dan juga berhenti menyalahkan Kerajaan Negeri untuk sebuah majlis anjuran kolej swasta./mc | ||||||||
Islam Tiba Di Honduras Sebelum Columbus Posted: 07 Oct 2011 07:44 PM PDT
Sejarah dunia sering mengagungkan nama Christopher Columbus sebagai orang pertama yang menjumpai benua Amerika. Akan tetapi, beberapa sumber sejarah telah merakamkan kehadiran umat Islam dari Timur Tengah dan Afrika yang telah berlangsung sejak berabad silam ke wilayah tersebut, jauh melampaui sebelum kedatangan Columbus. Anak lelaki Columbus sendiri, yang bernama Ferdinand, mendedahkan penemuan ayahnya ketika sampai di wilayah utara dan timur Honduras. Ketika itu penjajah Sepanyol menyaksikan kewujudan orang-orang hitam yang berasal dari Afrika. Mereka sering disebut sebagai orang Jaras dan Guabas. Nama ini kemungkinan mempunyai kaitan dengan nama sebuah bandar di Ghana, iaitu Jarra.
Sedangkan kata Guabas, menurut beberapa sejarawan, boleh dikaitkan dengan kata Kaabah atau Kubba, yang merupakan kiblat umat Islam yang terletak di Tanah Suci Makkah. Kaitan ini ada rasionalnya disebabkan terdapat penduduk yang berasal dari Afrika itu adalah pendatang dari Mali yang telah menerima agama Islam yang datang selepas kejatuhan Andalusia. Beberapa komuniti Muslim di Honduras pada abad 16 dan 17, kerap menyebut diri mereka dengan istilah Almamys. Ini merujuk kepada tempat asal mereka dari Sepanyol. Mereka kemungkinan juga mempunyai kaitan yang rapat dengan penduduk Muslim asal Afrika yang ditemui Columbus di kawasan utara dan timur Honduras.
Sejarawan Giles Cauvet dalam 'Les Berberes de l'Amerique' melakukan kajian perbandingan etnografi antara pendatang dari Afrika, Timur Tengah dan penduduk asli Amerika. Menurutnya, komuniti yang menamakan diri mereka sebagai Almamys hanya sedikit menjalin hubungan dengan ekspedisi Columbus. Istilah itu sendiri dapat ditemui pada literatur-literatur Islam kuno dari abad 12. ''Bila merujuk kepada bahasa mandinka Mali kuno, istilah tadi mempunyai kaitan dengan kata al Immamu yang bererti seorang imam, atau pemimpin,''jelasnya.
Demikian pula dalam buku terkenal berjudul 'Nuzhat al Musthaq fi Isthiraq al Afaq' karya sejarawan Muslim terkemuka al Idrisi pada abad 12, menceritakan perjalanan laut satu kumpulan umat Islam yang berjumlah lapan orang. Mereka belayar dari Afrika Utara dan singgah di Lisbon, Portugal. Setelah menempuh perjalanan selama 31 hari, akhirnya mereka sampai di kawasan yang diyakini sebagai kepulauan Caribbean. Seterusnya mereka mengembara kembali sebelum sampai ke kawasan Amerika Tengah. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan