Addin |
- Rupa - Rupanya Ayah Kandung Steve Jobs Seorang Muslim
- Wajib Lihat!! Wakil Rakyat Paling Hampeh..
- Pengasas Apple, iPhone Meninggal Dunia
- Pelik!! Amalan Bodoh Orang Yahudi, Dosa Di Pindah Kepada Ayam
- Liwat 2 : Najib Dan Rosmah Tidak Akan Beri Keterangan, Serlah Konspirasi
- Jabatan Audit Akui Urusan Kewangan Kelantan Baik
Rupa - Rupanya Ayah Kandung Steve Jobs Seorang Muslim Posted: 06 Oct 2011 09:13 AM PDT Tak banyak yang tahu kehidupan pendiri Apple, Steve Jobs. Meski dikenal sebagai seorang inovator dan orang paling berpengaruh di dunia teknologi, kehidupan pria kelahiran 24 Februari ini jarang diutak-atik. Namun, The Sun, harian asal Inggris, membuka kisah mengenai kehidupan Jobs setelah mewawancarai ayah kandungnya bernama Abdulfattah John Jandali (gambar), seorang Muslim keturunan Suriah yang berimigrasi ke Amerika Serikat (AS). Ia dilahirkan di luar ikatan pernikahan dari seorang ibu bernama Joanne Schieble. Karena dilahirkan diluar pernikahan dan dianggap bisa membuat malu komunitas mereka, maka Steve Jobs kemudian diadopsi oleh pasangan Paul dan Clara Jobs. Dibesarkan oleh pasangan ini, Jobs tidak pernah melakukan kontak dengan ayah kandungnya. Pada Agustus lalu, Jandali yang merupakan pemilik sebuah kasino dan juga profesor di bidang ilmu politik mengaku ingin bertemu dengan anaknya namun terlalu malu untuk melakukan pendekatan karena takut Jobs mengira dirinya akan mengincar uangnya. "Saya berharap tidak terlalu terlambat untuk melakukan kontak lagi," kata Jandali pada Agustus lalu sembari menambahkan mungkin hanya minum secangkir kopi. "Ini mungkin kedengarannya aneh namun saya tidak siap meski kami sama-sama sudah sekarat hanya untuk mengangkat telepon untuk dia," katanya. "Steve akan melakukan apa yang orang Suriah lakukan dan tak ingin ia berpikir jika saya mengincar kekayaannya. Saya punya uang sendiri," ujarnya./tribunnews |
Wajib Lihat!! Wakil Rakyat Paling Hampeh.. Posted: 06 Oct 2011 07:46 AM PDT Cuba ko orang seme tengok, apa Berahim Ali Al-Kataki buat..nyenyak tido!! Sungguh malang rakyat di Parlimen Pasir Mas, mempunyai wakil rakyat yang hanya datang sidang parlimen untuk tido.. bukannya perjuangkan nasib rakyat di kawasannya.. Setelah letih melompat, dia tido di dalam dewan rakyat.. Wajib tolak wakil rakyat macam ni pada PRU nanti.. |
Pengasas Apple, iPhone Meninggal Dunia Posted: 05 Oct 2011 09:50 PM PDT NEW YORK – Syarikat gergasi komputer, Apple semalam mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser. Beliau berusia 56 tahun. "Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober)," kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan semalam. Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California. Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple./AFP |
Pelik!! Amalan Bodoh Orang Yahudi, Dosa Di Pindah Kepada Ayam Posted: 05 Oct 2011 09:22 PM PDT TEL AVIV - Satu ritual yang diamalkan penduduk Yahudi ialah mengayun-ayunkan seekor ayam berwarna putih di atas kepala seseorang supaya dosanya dipindahkan kepada haiwan itu. Upacara ritual itu diadakan sebelum Hari Yom Kippur yang merupakan hari paling penting dalam kalendar penduduk Yahudi yang jatuh pada 8 Oktober ini. Dosa pada tahun lalu itu akan dipindahkan kepada ayam tersebut./AFP |
Liwat 2 : Najib Dan Rosmah Tidak Akan Beri Keterangan, Serlah Konspirasi Posted: 05 Oct 2011 08:40 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya tidak akan memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian diputuskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini. Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah berkata peguam-peguam Anwar telah gagal membuktikan elemen "kerelevanan" apabila mengeluarkan sepina kepada Najib dan Datuk Seri Rosmah Mansor agar muncul di mahkamah untuk memberi keterangan. Permohonan itu difailkan pada 21 September lalu, di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, menerusi Hisyam Teh Poh Teik & Company. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menyoal 17 saksi termasuk Najib dan Rosmah yang ditawarkan pendakwaan. Sementara itu, pada 12 Ogos lalu, Najib dan Rosmah hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk bertemu pasukan pembelaan yang diketuai Karpal Singh. Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor menyediakan jawapan ke atas afidavit dikemukakan oleh Anwar semalam. Selain Najib dan Rosmah, empat individu lain turut di temu bual bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, pemilik unit kondominium kejadian liwat itu didakwa berlaku, Hasanuddin Abd Hamid dan isteri, Noor Sham Abdul Hamid serta kakak ipar Hasanuddin dikenali sebagai Mashitah. Pada 16 Mei lalu, Anwar, 64, diarah membela diri atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa kerelaan di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di sini, antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008. Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan jika sabit kesalahan boleh menyebabkan Anwar dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Semalam Mahkamah Persekutuan bertindak mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan Anwar bagi mengenepikan Zabidin daripada terus mendengar kes Liwat II. Ia merupakan percubaan terakhir Anwar selepas semua permohonan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan untuk menyingkirkan Zabidin sebelum ini ditolak. Keputusan Mahkamah Persekutuan itu dibuat Panel yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang bersama adalah Hakim Tan Sri James Foong dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong. Rayuan itu dibuat selepas hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Hassan Lah, Datuk Ahmad Maarof dan Malik Ishak pada 6 Julai lalu menolak permohonan peguam untuk menyingkirkan Zabidin. Addin : Hakim berkata tidak relevan untuk memanggil Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan dalam kes liwat ini. Adakah ianya betul? Sedangkan Najib pernah mengakui menemui Saiful sebelum beliau membuat laporan polis berkaitan kes liwat ini. Adakah ini tidak cukup relevan untuk memanggil Najib ke mahkamah? Tindakan Anwar untuk mengugurkan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah daripada perbicaraan kes ini makin berasas...satu konspirasi. |
Jabatan Audit Akui Urusan Kewangan Kelantan Baik Posted: 05 Oct 2011 08:38 PM PDT Pentadbiran Kerajaan Kelantan yang ditadbir oleh PAS semakin ampuh, malah ianya turut mendapat pengakuan dari Jabatan Audit Negara sendiri khususnya berhubung sumber kewangan kerajaan negeri. Bukan itu sahaja, empat agensi kerajaan negeri termasuk jabatan pula diiktiraf sebagai pengurusan kewangan negeri paling baik 2010, iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, Jabatan Audit Negara menyifatkan kedudukan kewangan KNK 2010 begitu baik dan memuaskan. Beliau berkata demikian, kepada media selepas mesyuarat exco di sini tengah hari tadi. Menurutnya, pengakuan itu diperolehi berikutan beberapa kategori telah dicapai antaranya kumpulan wang yang disatukan meningkat sebanyak RM51.07 juta atau 52 peratus iaitu RM148.3 juta berbanding tahun 2009 sebanyak RM97.23juta. "Manakala baki wang tunai pada tahun lalu pula meningkat 52.37 peratus, iaitu RM131.97 juta berbanding RM79.60 juta tahun 2009. "Manakala 15 jabatan atau agensi kerajaan negeri yang lain pula dalam kategori baik, selain empat agensi yang disebutkan tadi," ujarnya. Selain itu, menurutnya serahan Penyata Akaun 2011 juga dikategori memuaskan sehingga 31 Mei lalu di mana 18 penyata dari 22 yang telah diserahkan. Husam seterusnya menambah, defisit belanjawan juga turut menurun berbanding tahun 2009 sebanyak RM19.46 juta berbanding 2010 sebanyak RM3.46 juta sahaja dengan peningkatan prestasi 2.2 peratus./hrkh |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan