Rabu, 21 September 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


SAKSI KES LIWAT - KITA MAHU LIHAT NAJIB LEBIH `JANTAN' DARI MAHATHIR

Posted: 21 Sep 2011 08:00 PM PDT



Sebelum baca artikel di bawah, elok lihat video ini dahulu......


Oleh: WFAUZDIN NS

SELEPAS Mahathir, kini Najib pula diberitakan `kecut' untuk berdepan dengan DS Anwar di mahkamah sebagai Saksi. Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

Maka, Blogger murahan papagomo yang selalu terlepas dari undang-undang itu sudah tidak mampu untuk mempertahankan Najib kerana beliau sendiri mungkin terfikir mengapa susah sangat Najib untuk bercakap di dalam mahkamah? Bukankah selama ini kita lihat anak jati Pahang `keturunan Tok gajah' ini begitu hebat bercakap di dalam TV? Siapakah yang bercakap, Link"Nanti bila saya dedahkan, ada yang demam...."? Bukankah Najib pernah bercakap begitu? Nah, siapa yang mula rasa mahu demam sekarang?

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina. Hari ini DS Anwar menyebut Najib sudah `tidak cool' kerana dikatakan enggan menjadi Saksi. Rujuk Malaysiakini.

Susah sangatkah untuk Najib berkata di dalam mahkamah bahawa Saiful datang berjumpanya kerana memohon biasiswa? Tidak susah buat Najib untuk menyebut bahawa saiful datang lagi ke rumahnya dengan tangan sejuk dan terketar-ketar memberitahu bahawa dirinya di liwat. Najib tidak perlu bimbang untuk bersoal jawab dalam mahkamah kerana kes ini adalah kes pertuduhan liwat DS Anwar dan Saiful, bukannya kes pembunuhan Altantuya, ataupun kes komisyen kapal selam mahu pun kes `tragedi di Hotel' Port Dickson. Jadi, takut apanya?

Papagomo di dalam blognya menyebut, perlu apa Najib dipanggil kerana isunya sekarang terdapat air mani di dalam dubur Saiful. Memang betullah, itu lah isunya iaitu kononnya pemuda yang tidak cuci dubur dua hari itu mengadu diliwat. Di antara orang yang awal menerima aduan dari pemuda yang gagah perkasa ini adalah Najib. Maka, relevenlah Najib dipanggil di dalam kes ini. Jika dipanggil Ibrahim Alkataki dari Pasir Mas sebagai Saksi, memang betullah tidak releven.

Masakan Mahkamah mahu membicarakan sesuatu kes hanya menumpukan kepada pertengahan (part) tertentu sahaja? Ianya mestilah bermula kejadian dari A - Z agar jelas kejadian itu berlaku atau pun fitnah mahu pun konspirasi. Jika Najib yakin memang ianya benar-benar berlaku, beliau tidak perlu takut untuk beri keterangan kecuali beliau sendiri tahu `kisah sebenar' sebab itu beliau bimbang disoal jawab.

Sewajarnya Najib hadir ke mahkamah sekurang-kurangnya sebagai `warm-up' atau latihan sekiranya beliau `bernasib baik' dipanggil ke mahkamah Perancis nanti. Bukankah Allah sentiasa membantu mereka yang benar, maka Najib tidak perlu bimbang untuk menjadi Saksi di dalam kes ini. Kita mahu lihat sekurang-kurangnya Najib lebih `jantan' dari Mahathir. /wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR SEMAKIN TUA SEMAKIN ANGKUH DENGAN ISLAM

Posted: 21 Sep 2011 10:32 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN sudah berusia, "Rumah kata pergi, Kubur kata mari", namun sedikit pun tidak menakutkan mantan PM untuk `mencabar' hukum hudud. Sewaktu beliau berkuasa sebagai PM, beliaulah orang pertama yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menentang perlaksanaan hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan di bawah PAS.



Kini, Mahathir tidak lagi berkuasa tetapi beliau masih mempunyai mulut dan suara yang dianugerahkan Allah untuk berkata-kata sebelum beliau mengadap yang Maha Esa. Meskipun sudah bersara setelah beliau berjaya memporak-porandakan negara ini dengan perpecahan umat Islam terutamanya di kalangan kaum Melayu, Mahathir tidak serik untuk terus di maki hamun oleh masyarakat terutamanya apabila beliau bercakap soal Islam.

Di Tanjung Malim, sewaktu beliau menyampaikan Syarahan Perdana Zaaba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ketika ditemubual wartawan selepas itu Mahathir mengulas tentang cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum Islam. Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

"Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud," katanya (Malaysian Insider)

Sepatutnya beliau bertanya kepada diri beliau sendiri, mengapa berpuluh tahun beliau berkuasa sebagai PM, dan Presiden Umno yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam itu beliau gagal untuk melaksanakan hukum yang diwajibkan oleh Allah SWT itu? Malahan, beliau sememangnya menentang cita-cita Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum tersebut secara `halus' iaitu Kerajaan Pusat tidak akan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Kelantan seandainya negeri tersebut melaksanakan hukum hudud.

Bagaimana mungkin Kerajaan PAS Kelantan mampu melaksanakan hukum dari Al-Quran tersebut tanpa kerjasama dari Kerajaan Pusat. Perlaksanaan hukum hudud memerlukan bantuan atau kerjasama dari beberapa pihak atau jabatan yang berada di bawah Kerajaan Pusat seperti pihak Polis, Penjara, kehakiman dan sebagainya. Paling penting, Perlembagaan telah menetapkan tiada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan. Adakah mampu Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan hukum ini tanpa kerjasama atau bantuan dari Pusat?

Namun demikian, Kerajaan PAS Kelantan tidak berputus asa dan hukum tersebut berjaya diwartakan walaupun tidak mampu untuk dilaksanakan. Kaedah "jika tidak mampu laksanakan semua, jangan tinggalkan semua" telah berjaya dilaksanakan di Kelantan termasuk juga di Terengganu sewaktu berada di bawah PAS.

Memang benar, tiada kata yang tepat (direct) dari Mahathir melarang melaksanakan hukum hudud, tetapi surat berbentuk `amaran' kepada Kerajaan Negeri Kelantan serta beberapa petikan ucapan dan kata-kata Mahathir sebelum itu menunjukkan bukti bahawa Mahathir amat anti kepada hukum hudud ini.

Sekarang, beliau mahu Tuan Guru Nik Aziz memohon kepada Najib pula. Adakah Mahathir fikir Najib `lebih beriman' dari beliau? Atau, adakah Mahathir merasakan Umno di bawah Najib lebih `Islamik' daripada Umno di bawahnya? Bayangkan, jika Umno di bawah Pak Lah yang berketurunan Ulamak itu pun Umno masih gagal untuk memartabatkan hukum Islam, apatah lagi Umno di bawah Najib yang isterinya bernama Rosmah yang gagal `diasuh' untuk menutup aurat itu.

Ini menunjukkan, bukan `siapa' selepas Mahathir yang akan menyokong hukum Islam tetapi selagi namanya `UMNO', ianya tidak akan berjuang untuk Islam kerana berjuang untuk bangsa sendiri pun Umno gagal. Justeru itu, tidak perlu Mahathir mencabar PAS untuk `melutut' atau merayu kepada Najib bagi melaksanakan hukum hudud ini. Hukum Allah bukan `barang' yang boleh diminta-minta tetapi ianya suatu kewajipan bagi mereka yang memerintah. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: