WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
MAT SABU SUDAH SAMPAI KE KEMUNCAK MENGHAMPIRI KETOKOHAN DS ANWAR Posted: 20 Sep 2011 08:00 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS NAMPAKNYA pengaruh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sudah semakin menghampiri kehebatan dan pengaruh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Masakan tidak, selain dari DS Anwar siapa lagi yang pernah difitnah dan diancam sehebat yang berlaku terhadap Mat sabu? Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Video lucah serta rakaman perbualan telefon lucah juga yang kononnya melibatkan Mat sabu telah lama beredar di kalangan masyarakat. Saling tidak tumpah seperti apa yang melanda DS Anwar. Terbaru, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mat Sabu terbakar, dipercayai akibat bom petrol. Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran. Itulah yang dikatakan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang yang ingin menjadi pejuang. Bukan semua sanggup menerima dugaan sehebat itu. Bayangkan, Tuan guru Nik Aziz juga pernah di cop rasuah, rasuah kek, hinggakan Tuan Guru Nik Aziz ke Mekah pun dikatakan hasil dari rasuah. Oleh yang demikian, sesiapa yang bersubahat dengan puak-puak kaki fitnah itu wajib menjauhkan diri dan kembali insaf. Politik di dalam negara kita sekarang ini sudah menjadi seperti politik rimba. Tiada lagi menggunakan akal fikiran, jauh sekali ingin menggunakan agama sebagai panduan untuk berpolitik. Bagaimana mahu jadikan agama sebagai panduan kerana sudah ada larangan bahawa orang politik tidak boleh memberi ucapan berbentuk keagamaan? Tiada jalan lain. Kita kena bersatu dan tumbangkan rejim yang berada di Putrajaya sekarang. Selagi sekutu Apco berada di situ, usah bermimpi negara ini akan bebas dari politik rimba./wfauzdin.blogspot.com |
FILEM `HANTU BONCENG' - ZIZAN WAJIB BERTAUBAT, IDHAM PULA SEBAGAI `HANTU BONCENG'? Posted: 20 Sep 2011 08:23 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS FILEM `Hantu Bonceng' lakonan Raja Lawak, Zizan dan diarahkan oleh Ahmad Idham menjadi filem kontroversi dan paling tidak bermoral di sebalik kelucuannya. Pengarah filem berkenaan cuba untuk mempamirkan kelucuan dengan menjadikan kalimah syahadah sebagai `dialog persendaan.' Pelakunnya iaitu Zizan sepantas kilat memohon maaf setelah isu mempersendakan kalimah mulia itu hangat diperkatakan. Melalui laman Twitternya, Zizan mencatatkan kekesalannya, " Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap," katanya (Addin77.blog). Syabas kepada Zizan yang cepat sedar dan insaf, tetapi beliau tidak boleh memohon maaf kepada peminat-peminat atau sesiapa pun makhluk di muka bumi ini. Zizan wajib bertaubat kepada Allah kerana perbuatannya itu hanya Allah yang boleh mengampunkannya, bukan makhluk di muka bumi ini. Walaupun tiada niat sekali pun, soal akidah sama juga seperti nikah dan cerai yang tidak bergantung kepada niat hatta berlakon sekali pun. Justeru itu, Zizan wajib memohon keampunan dari Allah. Berbeza dengan Pengarahnya yang bukan sahaja mahu mendengar nasihat dan kritikan orang lain, bahkan bertambah ego. Katanya, dialog "Asyhadu Anna Muhamadar Syaitannn.." (Aku naik Saksi bahawa Nabi Muhammad itu Syaitan...") bukanlah satu kesalahan kerana ianya telah ditonton oleh `empat orang ulamak' sebelum ditayangkan. Siapakah `Ulamak' itu, wahai Idham? Adakah kerana empat orang ini maka hukumnya boleh mengatasi hukum Allah? Kita cabar Idham untuk dedahkan siapa `Ulamak' atau `ular dalam semak' itu. Jika Masitah dirujuk sebagai `ulamak' itu, saya tidak pelik kerana Masitah pernah menyebut `melacur dihalalkan jika dharurat'. Masitah juga pernah menyebut tidak perlu hukum hudud di zaman sekarang kerana lebih baik orang yang mencuri motor umpamanya diberikan kerja sebagai mekanik motor. Beliau juga pernah berkata hukumnya harus bersentuh kulit lelaki dan wanita yang bukan muhrim asalkan mereka sudah berumur atau tanpa nafsu. Adakah filem `sial' ini telah ditonton oleh seorang yang dikatakan tokoh agama terkenal tetapi `takut dengan takbir'? Tokoh ini amat tidak senang hati mendengar `takbir' seperti takutnya Syaitan kepada takbir (membesarkan Allah). Jika ini rupanya `Ulamak' yang dirujuk oleh Idham, maka tidak hairanlah beliau masih berpegang dengan kenyataannya bahawa dialog itu tidak salah. Apa mahu jadi dengan negara ini? Pemimpin negara tidak mahu kembali kepada Islam, kerja dakwah dan tazkirah pula disekat atau disukarkan dengan peraturan Tauliah, kerja fitnah dan aibkan orang dengan kisah seks dijaja di TV dan akhbar, kini orang seni pula mempersendakan Nabi kekasih Allah./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan