Isnin, 19 September 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


DS ANWAR TIDAK PERLU LAYAN ISU MURAHAN, CUKUP BLOGGER BERDEPAN DENGAN MEREKA

Posted: 18 Sep 2011 11:36 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG wajar DS Anwar tidak perlu melayan karenah kaki fitnah berkenaan isu terbaru rakaman CCTV di depan lift yang diperhangatkan oleh media dan blog pencacai. Tidak perlu DS Anwar jawab, cukup dengan Bloggers pro PR yang telah pun menjawabnya dengan hujah dan fakta jauh lebih releven.

Merujuk kepada komen DS Anwar di Malaysiakini, beliau tidak harus meminggirkan agenda yang lebih besar iaitu mengubah negara ini daripada negara yang dikuasai oleh pemimpin rasuah, zalim dan tidak bermoral kepada negara yang berkebajikan, adil dan amanah. Sememangnya itulah hasrat mereka iaitu mengalih tumpuan DS Anwar dan parti kepada isu yang bodoh dan tidak masuk akal itu agar kita lupa agenda kita yang semakin mendapat perhatian rakyat sekarang.

Jika mereka jujur dan ikhlas, mereka tidak perlu war-warkan di media atau blog sahaja, mereka perlu tampil dengan bukti yang mereka ada dan buat laporan terhadap kononnya salah laku DS Anwar itu. Mengapa mereka hanya menjadi jaguh di dalam blog dan media seperti TV 3 suku dan Utusan Meloya? Sebabnya, hanya itulah senjata mereka. Jika dibawa ke pihak berkuasa bukti yang mereka ada, mereka tahu pihak berkuasa hanya akan berkata, "rakaman CCTV itu tulen". Itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

TIDAK GUNA LAPOR POLIS, AKHIRNYA " RAKAMAN CCTV ITU TULEN"

Posted: 18 Sep 2011 08:45 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

AWAL dulu saya memang sokong sangat jika AMK atau PKR sendiri, bahkan DS Anwar sendiri membuat laporan Polis terhadap sebarang fitnah moral terhadapnya. Tetapi, setelah beberapa kes yang berlaku saya mula tidak percaya lagi kepada laporan Polis. Cuba teka, berapa banyak yang telah Polis siapkan fail aduan untuk peminum arak tegar `Papagomo' ini? Apa kesudahannya?

Hari ini, berikutan satu lagi pendedahan `paling bodoh' yang pernah dilihat iaitu pendedahan rakaman CCTV yang kononnya melibatkan DS Anwar dan Eskay, Pemuda PKR (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog `penagih arak' tegar itu. Laporan itu dibuat timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di balai polis Jalan Dang Wangi di ibu negara hari ini. Penagih arak tegar berperut buncit itu telah menyiarkan di dalam blognya rakaman CCTV yang memperlihatkan Eskay di pintu lift berbaju T-Shirt tanpa kolar berbaju biru gelap, tetapi digabungkan dengan rakaman di dalam bilik pula tetapi Eskay `bertukar baju' kepada kemeja berkolar warna putih cerah dan bertali pinggang. Orang bodoh tetap akan bodoh walaupun diberi gaji beribu-ribu untuk buat kerja fitnah.

Oleh yang demikian, usaha AMK atau sesiapa sahaja untuk membuat laporan Polis adalah satu usaha yang akan menaikkan `gaji dan elaun' si perut buncit Papagomo. Ada sesiapa kisah? Mana laporan yang terdahulu mereka campakkan? Jadi, perlu apa kita buang masa untuk melayani kerja bodoh pengampu Umno ini?

Biarlah mereka menyalak siang malam mencabar kita atau DS Anwar membuat laporan Polis atau saman mereka, jangan dilayan kerja-kerja Syaitan yang telah diatur oleh sekutu mereka Apco itu. Fokus kita adalah menyusun strategi sebaik mungkin untuk menawan Putrajaya. Cukup sekadar kita jawab hujah dan fakta bodoh mereka melalui media yang kita ada, tidak perlu kita menyusahkan pihak Polis yang akhirnya nanti akan buat pengumuman bahawasanya `rakaman CCTV itu adalah tulen"./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: