WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Isu dijajah: PKR dakwa kenyataan Majlis Profesor bodohkan rakyat
- STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA - ABDULLAH C.D.
- Isu Dijajah : Umno Dan Penyokong Dibayangi Sindrom Penafian
- Which ever diseases you click-on it gives you a video explanation !!!!
- MAJLIS PENERANGAN BERSAMA PENDUDUK ASAL DI TEMERLOH
- Bersama merampas Pulau Pinang dari PR:
- Pakatan : Najib Perlu Jamin Kesucian PSC, Demi Reformasi Pilihan Raya
- Fitnah Liwat 2 : Anwar Tidak Pernah Dapat Keistimewaan
- Isu Dijajah : Sambutan Merdeka Hanya Sia-sia, Kata Mat Sabu
Isu dijajah: PKR dakwa kenyataan Majlis Profesor bodohkan rakyat Posted: 13 Sep 2011 07:58 AM PDT 2011 KUALA LUMPUR, 13 Sept — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah membawa kepada implikasi besar terhadap kedudukan kemerdekaan negara yang telah diraikan sejak 54 tahun lalu. Ketua Penerangan Dr Muhammad Nur Manuty berkata kenyataan beberapa profesor juga menimbulkan persoalan baru sama ada negara benar-benar merdeka dan untuk "apakah kita meraikan kemerdekaan?" "Dari satu sudut, ia seolah-olah memperbodohkan rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak dapat membezakan hakikat bahawa negara kita ini pernah dijajah atau benar-benar dilindungi oleh British," kata beliau dalam satu kenyataan. Kata beliau, PKR merakamkan rasa terkejut dan rasa aneh atas kenyataan sekumpulan ahli akademik yang diketuai Prof Dr. Zainal Kling atas nama MPN yang menegaskan bahawa negara ini hakikatnya tidak pernah dijajah oleh British. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah semata-mata sebagai pelindung berasaskan perjanjian dengan raja-raja Melayu di ketika itu, kata beliau. "Kenyataan tersebut jelas bercanggah dengan semua fakta sejarah yang ada. Umum menyedari bahawa istilah 'protectorate' yang diguna penjajah adalah strategi licik untuk mengelakkan penentangan rakyat sebagaimana yang dialami di negeri-negeri lain. "Sebab itulah British telah meletakkan residen sebagai penasihat yang nasihatnya terpaksa diikuti oleh raja-raja Melayu. Dengan kaedah ini, British telah menguasai segala sumber ekonomi dan segala urusan negeri-negeri yang dikuasainya," kata beliau. Justeru, Muhammad Nur bertanya, "bukankah ini namanya penjajahan?" "Bukankah ini yang mencetuskan penentangan pejuang-pejuang Melayu silam seperti Dato Maharajalela, Dato Bahaman, Tok Janggut, Rosli Dobi, Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Abu Bakar Al-Bakir, Mat Indera dan lain-lainnya?" kata beliau. Muhamad Nur juga menegaskan, PKR melihat bahawa kenyataan kontroversi di atas hanyalah merupakan langkah amat terdesak pendokong Umno dan para kuncunya dalam menghadapi kebangkitan dan kesedaran rakyat dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13. "Sehubungan hal ini, kita amat kesal dengan tindakan beberapa ahli akademik yang sanggup menjatuhkan nilai diri sebegitu rupa sehingga sanggup membenarkan apa yang dilakukan penjajah demi menjamin survival tuan-tuan politik mereka. "Dalam peradaban keilmuan, mereka yang berilmulah yang seharusnya memberi nasihat kepada ahli politik, bukan sebaliknya," kata beliau lagi. |
STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA - ABDULLAH C.D. Posted: 13 Sep 2011 07:49 AM PDT STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA - ABDULLAH C.D.Strategi Penjajah British Untuk Menguasai Malaya |
Isu Dijajah : Umno Dan Penyokong Dibayangi Sindrom Penafian Posted: 13 Sep 2011 07:35 AM PDT KUALA LUMPUR 13 SEPT : Pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari berkata Umno dan penyokongnya kini berada dalam sindrom penafian apabila mengetepikan kenyataan sendiri bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh kuasa asing termasuk British. Merujuk kepada kenyataan bekas perdana menteri semalam, jelas Aziz, "tapi apa yang berlaku beberapa hari ini menunjukkan Umno dan juak-juak mereka tidak berprinsip; mereka berdolak-dalik. Sekejap begitu, sekejap begini." "Semua orang Umno dan para penyokong mereka benar-benar dalam sindrom penafian. Nafi kenyataan dan nafi apa yang mereka sendiri pernah katakan," kata dipetik The Malaysian Insider. Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu. Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah." "Sultan-sultan telah memutuskan untuk mengundang British datang dan menasihati mereka bagaimana untuk mentadbir negara ini. "Dari segi itu, kita tidak ditawan. Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka bertindak seolah-olah kita dijajah," kata beliau. "Dalam lain perkataan, British tidak beri nasihat, mereka beri arahan," kata beliau sambil menambah, penasihat memerintah dan pemerintah pula memberi nasihat. Laporan media hujung minggu lalu menyebut berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Kenyataan itu yang menyusul pandangan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim mengundang kontroversi baru sementara menurut Profesor Datuk Dr Zainal Kling, "fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British)." "Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," kata beliau. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. Penelitian ucapan beberapa perdana menteri dan juga tulisan mereka menunjukkan negara ini dijajah oleh British dan beberapa kuasa Eropah yang lain. Antara lain, dalam ucapan ketika upacara perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj antara lain berkata, "... hari ini satu bab baru dibuka dalam hubungan kita dengan Britai; status kolonial kita telah diberikan tempat sama rata yang penuh..." Memoir terbaru Dr Mahathir berjudul "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" juga menyenaraikan perkataan kolonial atau penjajahan beberapa kali. Maklumat yang diperoleh dari laman web pertubuhan Komanwel pula menyebut, "menerusi siri perjanjian antara 1983 dan 1930, pentadbir-pentadbir kolonial British menguasai hal ehwal luar sembilan kesultanan Melayu di Semenanjung. In 1896 the Federated Malay Sates (Selangor, Negeri Sembilan, Perak and Pahang) came into existence, with Kuala Lumpur as the capital. The sultanates of northern Borneo ─ Brunei, Sabah and Sarawak ─ also became British protectorates. Laman itu juga menyebut, "reaksi ke atas pemerintahan kolonial bermula awa abad ke-20." Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 juga menyebut soal British dan penjajahan. Kata Dr Mahathir, "sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British." "Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh. "Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali," kata bekas perdana menteru keempat ini. Dalam ucapannya itu, beliau juga dipetik berkata, "Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan. Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat." Mengulas lanjut perkara tersebut Aziz berkata, "dalam isu ini yang jadi punca Umno melatah dan defensif ialah (Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu) Mat Sabu." "Sedangkan isu pokok yang Mat Sabu timbulkan ialah soal sambutan kemerdekaan yang sudah jadi sambutan Umno dan bukan sambutan nasional, rakyat. "Umno terjerat dan tak boleh jawab, dan buat isu lain seperti Mat Sabu sokong komunis dan lain-lain," kata beliau sambil menambah, dalam proses penafian itu Umno tergamak menuduh Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera sebagai komunis tanpa bukti. Kemunculan Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 menjadi isu apabila nama itu dibangkitkan oleh Mohamad dalam ucapannya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. |
Which ever diseases you click-on it gives you a video explanation !!!! Posted: 13 Sep 2011 06:10 AM PDT Which ever diseases you click-on it gives you a video explanation !!!! JUST CLICK ON A SPECIFIC AILMENT NOTE: These tutorials require a special Flash plug-in, version 6 or above... If you do not have Flash, you will be prompted to obtain a free download of the software before you start the tutorial. · Diseases and Conditions o Abdominal Aortic Aneurysm <http://www.nlm.nih. o Allergies to Dust Mites <http://www.nlm.nih.gov/ o Amyotrophic Lateral Sclerosis <http://www.nlm.nih. o Atrial Fibrillation <http://www.nlm. o Back Pain - How to Prevent <http://www.nlm.nih. o Congestive Heart Failure <http://www.nlm.nih. o COPD <http://www.nlm.nih.gov/ o Diabetes - Eye Complications <http://www.nlm. o Diabetes - Foot Care <http://www.nlm.nih.gov/ o Diabetes - Introduction <http://www.nlm. o Diabetes - Meal Planning <http://www.nlm.nih. o Epstein Barr <http://www.nlm.nih.gov/ o Erectile Dysfunction <http://www.nlm. o Flashes and Floaters <http://www.nlm.nih. o Fractures and Sprains <http://www.nlm.nih. o Gastroesophageal Reflux Disease <http://www.nlm.nih. o Hypertension <http://www.nlm. o Irritable Bowel Syndrome <http://www.nlm.nih. o Macular Degeneration <http://www.nlm. o Migraine Headache <http://www.nlm.nih. o Mitral Valve Prolapse <http://www.nlm.nih. o Parkinson's Disease <http://www.nlm.nih. o Prostate Cancer - What is it? <http://www.nlm.nih.gov/ o Retinal Tear and Detachment <http://www.nlm. o Rheumatoid Arthritis <http://www.nlm.nih. o Rotator Cuff Injuries <http://www.nlm.nih. o Seizures and Epilepsy <http://www.nlm.nih. o Sexually Transmitted Diseases <http://www.nlm.nih. o Temporomandibular Joint Disorders <http://www.nlm.nih. o Trigeminal Neuralgia <http://www.nlm.nih. o Tests and Diagnostic Procedures § Breast Lumps - Biopsy <http://www.nlm.nih. § Coronary Angiogram and Angioplasty <http://www.nlm. § Echocardiography Stress Test <http://www.nlm.nih.gov/ § Shoulder Arthroscopy <http://www.nlm. Surgery and Treatment Procedures · Aorto-Bifemoral Bypass <http://www.nlm.nih. · Cardiac Rehabilitation <http://www. · Carotid Endarterectomy <http://www. · Carpal Tunnel Syndrome <http://www.nlm.nih. · Cholecystectomy - Open Laparoscopic <http://www.nlm. · Colon Cancer Surgery <http://www.nlm.nih. · Coronary Artery Bypass Graft <http://www.nlm.nih.gov/ · Dilation and Curettage <http://www.nlm.nih. · Heart Valve Replacement <http://www.nlm. · Hip Replacement - Physical Therapy <http://www.nlm.nih. · Neurosurgery - What is it? <http://www.nlm.nih.gov/ · Open Heart Surgery - What to Expect? <http://www.nlm.nih. · Preparing for Surgery <http://www.nlm.nih. · Prostate Cancer - Radiation Therapy <http://www.nlm.nih. · Shoulder Replacement <http://www.nlm. · Stroke Rehabilitation <http://www. · Tonsillectomy and Adenoidectomy <http://www.nlm. · Prevention and Wellness |
MAJLIS PENERANGAN BERSAMA PENDUDUK ASAL DI TEMERLOH Posted: 13 Sep 2011 05:46 AM PDT KIRI....Balok sedang berucap mengenai hak tanah orang asal..KANAN...Sdr Hamidi sedang memberikan penerangan betapa sukarnya untuk berjumpa dan memberikan penerangan kepada orang asal di Johor kerana usaha Umno menyekat kehadiran orang luar bertemu orang asal.Hamidi dan rakan-rakan dalam rangka lawatan ke seluruh Pahang memberikan penerangan kepada orang asal.Turut bersama ialah Sdr Nizam selaku Ketua Cababg Temerloh.Beliau banyak membela kes yang melibatkan orang asal. Dr Yahya sedang berucap mengenai betapa pentingnya mengundi Pakatan Rakyat demi hak orang asal di bumi Malaysia KANAN...Sdr Naam bin Nasir sedang berucap mewakili orang asal mengenai isu tanah dan juga perjanjian yang termaktub yang mengongkong hak orang asal di tanak air Laungan REFORMASI mengakhiri majlis.. |
Bersama merampas Pulau Pinang dari PR: Posted: 13 Sep 2011 04:13 AM PDT |
Pakatan : Najib Perlu Jamin Kesucian PSC, Demi Reformasi Pilihan Raya Posted: 13 Sep 2011 04:10 AM PDT KUALA LUMPUR 13 SEPT : Pakatan Rakyat hari ini bersetuju untuk bekerjasama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya hanya jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak benar-benar serius mahu mereformasikan sistem pilihan raya Malaysia. Justeru, Najib perlu memenuhi lima syarat yang dibuat Pakatan Rakyat. Antara lima syarat itu adalah melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0, menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum secara muafakat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), PSC diberi ruang masa yang selesa untuk melaksanakan reformasi pilihanraya, memasukkan isu pemberian kerakyatan warga asing yang menjadi kontroversi sebagai terma rujukan dan menunaikan segala cadangan PSC demi reformasi pilihanraya sebelum PRU 13 berlangsung. Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub, lima syarat tersebut dibuat bagi menjamin untuk kerjasama penuh Najib dalam memastikan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti berlangsung secara bersih dan adil. Malah katanya, Najib perlu memberikan jawapan terhadap lima syarat itu sebelum sesi Parlimen yang akan bermula 3 Oktober ini. "Kita bersedia menawarkan khidmat kami dalam PSC untuk kebaikan dan tunjukkan jiwa besar kita untuk rakyat dan negara kita. Kita bersedia menawarkan khidmat bakti untuk PSC tapi kita mahu memastikan jaminan setia oleh Najib sebelum 3 Oktober ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media Pakatan di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi ini, bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke. Dalam pada itu, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, Najib tidak perlu tergopoh-gapah untuk membubarkan parlimen sebelum membuat pembaharuan sistem pilihan raya. Menurut Salahuddin, ini kerana Pakatan Rakyat mahu terlibat sama menentukan tarikh pilihan raya umum bagi membolehkan cadangan pembentukan jawatankuasa khas parlimen (PSC) berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas seperti yang dipersetujui oleh Parti Konservatif dan Parti Liberal Demokrat di United Kingdom pada pilihan raya mereka tahun lalu. Oleh itu, Pakatan Rakyat akan menghantar surat kepada Najib dalam waktu terdekat agar jaminan tersebut menjadi asas kepada jawatankuasa berkenaan. "Ini boleh jadi perkara yang boleh cipta sejarah dalam negara kita, apa salahnya jika kita boleh duduk bersama untuk kebaikan semua..kita buat dalam satu kerjasama satu kesepakatan untuk menetapkan tarikh pilihan raya," kata beliau. Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke berkata, pihaknya meminta agar Parlimen tidak dibubar dalam masa 6 bulan mengikut skop tempoh masa PSC bagi menjamin kelangsungan tugas jawatankuasa terbabit. "Cadangan dan laporan perlu dibentang di Parlimen pada sesi parlimen depan. Kita juga mahu jaminan Parlimen tidak dibubarkan sebelum sidang parlimen tahun depan, kerana jika parlimen dibubarkan dalam tempoh 6 bulan ini bermakna PSC akan dibubar secara automatik dan cadangan mereka akan tidak sah. Ia hanya bakal menjadi sandiwara politik BN," kata beliau. Tegas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, pihaknya juga mahu PSC dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan secara terus segala maklumat berhubung jawatankuasa terbabit dan bukan hanya melalui kenyataan media massa sahaja. "Setakat ini kami dimaklumkan hanya menerusi berita sahaja. Semuanya tidak menerusi hubungan langsung. Kami harap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz boleh berhubung terus dengan kami," tambah Izzah juga Naib Presiden PKR. |
Fitnah Liwat 2 : Anwar Tidak Pernah Dapat Keistimewaan Posted: 13 Sep 2011 04:07 AM PDT SHAH ALAM 12 SEPT : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mendapat layanan istimewa sepanjang perbicaraan kes fitnah liwat kedua yang dihadapinya kini, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin. Malah katanya, Anwar seringkali berdepan dengan diskriminasi serta dinafikan haknya sebagai orang kena tuduh (OKT) untuk mendapatkan pelbagai dokumen pendakwaan untuk pembelaan tuntas. Shamsul berkata demikian mengulas dakwaan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mohd Johari Bahrom kononnya Anwar dengan sengaja melengah- lengahkan perbicaraan kesnya demi meraih simpati dan sokongan rakyat. Kenyataan Johari yang disiarkan akhbar Berita Harian semalam turut mendakwa, Anwar turut mendapat layanan istimewa berbanding tertuduh lain sepanjang perbicaraan keatasnya berlangsung. "Johari Baharom tidak faham undang- undang dan kenyataan itu adalah kenyataan yang lahir daripada pengetahuan yang cetek tentang perkembangan kes dan juga undang-undang itu sendiri. "Dalam kes ini tidak timbul istilah Datuk Seri Anwar memohon penangguhan dan terdapat layanan istimewa dan sebagainya. Prosedur yang diikuti ialah prosedur yang telah ditetapkan undang- undang. Dan tidak ada satu pun kita lihat layanan yang istimewa misalnya dibebaskan tanpa bayaran ikat jamin dan sebagainya," katanya. Shamsul yang juga seorang peguam berkata perbicaraan kes Anwar berjalan mengikut jadual dan tidak ada usaha untuk melambat- lambatkan perjalanan kes. Malah segala tindakan yang diambil pihak pembelaan adalah mengikut prosedur undang- undang dan menjadi haknya sebagai orang yang didakwa. Shamsul menambah, tindakan Johari mengulas kes yang sedang dalam perbicaraan boleh dianggap sebagai memberi tekanan dan menghina mahkamah. "Pada saya kenyataan Johari baharom boleh dikenakan satu tindakan atau dituduh sebagai menghina mahkamah kerana perbicaraan sedang berlangsung dan Datuk Seri Anwar pun ketika memberi percakapan daripada kandang tertuduh di hadapan hakim, hakim sendiri pun tidak mengambil sikap untuk melakukan pendakwaan menghina mahkamah terhadap beliau," tegasnya. Ekoran kenyataan Johari itu, Shamsul meminta Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menggunakan kuasa beliau sebagai hakim untuk memberi amaran kepada mereka yang menghina mahkamah ketika kes masih berlangsung. |
Isu Dijajah : Sambutan Merdeka Hanya Sia-sia, Kata Mat Sabu Posted: 13 Sep 2011 04:06 AM PDT KUALA LUMPUR 13 SEPT : Sambutan Hari Kemerdekaan selama 54 tahun ternyata sia- sia jika benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah, seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah sekali gus bersetuju dengan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British. Menurut Mohamad Sabu, kenyataan Mahathir itu juga disifatkan hanya mahu mempertahankan MPN sekali gus sebagai cubaan meyakinkan rakyat yang semakin keliru dengan sejarah tanah melayu. "Andaian itu adalah cubaan mereka (Umno) untuk lari daripada kenyataan bahawa Malaysia ini tidak pernah dijajah. Sekirannya itu andaian mereka, sambutan hari kemerdekaan adalah sambutan yang main-main selama ini," katanya ketika ditemui diluar perkarangan Mahkamah Sesyen Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menghadiri perbicaraannya dan 44 yang lain berhubung kes Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan (PROTES), hari ini. Semalam, Mahathir dilaporkan berkata, secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. "Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah. "Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah. Jumaat lalu, Zainal berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pemerintahan British sebelum ini hanya bertindak sebagai Perdana Menteri yang menasihat Sultan. "Ia hanyalah andaian Tun Dr mahathir, seperti negara kita hari ini, Yang Dipertuan Agung adalah pemerintah dan penasihatnya adalah Perdana Menteri, tetapi yang menjalankan tugas eksekutif adalah Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agung adalah penaung, begitu jugalah situasinya pada zaman dahulu, apabila British bertindak sebagai penasihat jadi mereka adalah pemerintah kepada negara kita dahulu." kata beliau. Katanya lagi, kenyataan Mahthir itu bukan sahaja mengelirukan malah ia memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ekoran keliru dengan fakta dan kesahihan teks pelajaran mereka. "Situasi ini amat mengelirukan, saya cadangkan agar peperiksaan SPM dan lain-lain ditangguh supaya sejarah dikaji semula kerana pelajar menjadi keliru apabila profesor-profesor yang pakar dalam sejarah kononnya memberi pandangan bertentangan dengan apa yang ada dalam teks pelajaran mereka," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan