Selasa, 27 September 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JEMPUATAN MALAM ESOK - DEWAN PERHIMPUNAN CHINA

Posted: 27 Sep 2011 06:45 PM PDT




NOTA:

semua anak muda
semua mat rempit
semua nak selalu kena pau
semua yang bengang

sila datang malam esok
di dewan perhimpuanan china
forum pencerahan dari peguam
nasehat dan pandangan dari peguam

berjumpa di sana
di dewan perhimpunan china
dihadapan monorail maharajalela


JEMPUTAN UNTUK SEMUA MALAM ESOK


































JUMAAT PELANCANRAN BERSIH




BERAKHIRLAH KETUANAN MELAYU

Posted: 27 Sep 2011 12:08 PM PDT





PEJUANG KOUTA MELAYU




NAJIB: KUOTA AKAN DIBUANG , TAPI BUMIPUTERA TETAP DIBANTU - minsider

Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.

Najib berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan "kita harus menggalakan hak Bumiputera."

Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera.

"Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai.

"Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju," katanya.



"Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka," katanya lagi.
Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing.

Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang "baik, teruji dan berdedikasi", dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing.

JENG JENG JENG

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KITA TUNGGU APA KATA IBRAHIM ALI.... kah kah kah...

kah kah kah...HABIS LAAAA KETUANAN MELAYU..... kah kah kah...

kah kah kah... MACAM MANA NANTI MUTHU DAN AH SOO MASUK UITM.... kah kah kah

kah kah kah...PAK MISAI UITM MACAM MANA?.... kah kah kah...

kah kah kah...TAK KAN TAK NAK BERDEMO...kah kah kah

kah kah kah... DULU MB SELNGOR KATA UITM BUKAN MELAYU BOLEH MASUK... BUAT DEMO...kah kah kah...

kah kah kah...LECEH LAAA TAK ADA DEMO... NAMPAK MELAYU KECUT TELOOO...kah kah kah

kah kah kah...TAK KAN IBRAHIM ALI SENYAP... kah kah kah..

kah kah kah..IBRAHIM ALI SENYAP... ABISSSS LAAA MELAYU.... kah kah kah..

kah kah kah....KALAU PERKASA SENYAP.... NAMPAK HARI HARI AKHIR KETUAN MELAYU...kah kah jkah...

kah kah kah...BAGAIMANA DENGAN GABIM... KETUANYA RAHIM TAMBI CIK?.... kah kah kah..

kah kah kah...SENYAP JUGA KE?.... kah kah kah

kah kah kah... AKHIRNYA GABUNGAN PENIAGA BUMIPUTERA INI AKAN JADI KELAB BUDAK SEKOLAH...kah kah kah..


NOTA:
kalau braheng senyap
bermakna selepas demo bersih
braheng ilang pengaruh kah kah kah


JANGAN LUPA JUMAAT INI


MEMANG BERITA PELIK

Posted: 27 Sep 2011 11:44 AM PDT




TIGA SEKAWAN KE TALI GANTUNG






BERITA HAIRAN

TIGA sahabat, Jaffri Ja'afar, 39, Mohd Naziezul Ibrahim, 31 dan Wan Muhammad Hanisan Wan Ismail, 27 dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu, hari ini atas kesalahan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 18.77 gram pada kejadian 31 May 2008 di perkarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu. - Foto Zaman Huri Isa

NOTA:
berita ini amat pelik
hanya dengan 18.77 gram dadah
tiga orang warga ini ke tali gantung

pelik

memang pelik kerana kita telah membaca
berpuluh puluh warga iran
berbelas bel;as warga afrika
memabwa dadah berkilo-kilo
tetapi
hinnga ke hari ini semua senyap

malah tt telah diberitahu
duta iran cukup marah kerana
yang ditangkap atau ditahan
ada warga iran yang memang penyuludup profesional
memang tokan besar

pak duta marah kerana semua lepas tali gantung

ini yang hairan
yang 18.77 gram kena gantung
yang berkilo-kilo
ada saje salah teknikal di mahkamah
kah kah kah



JANGAN LUPA JUMAAT INI



MACAM MANA SULTAN PERAK DILANTIK

Posted: 27 Sep 2011 04:31 AM PDT




ADAKAH BEREBUT KERUSI MACAM INI ?











ISLAM DIPERALATA UNTUK DAPATKAN KUASA : RAJA NAZRIN - meloya

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.

Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.

Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.

''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.

''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.



NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah


NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun

apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama
kah kah kah


POLIS MALAYSIA CUKUP BERHEMAH

Posted: 27 Sep 2011 01:36 AM PDT




SILA TEKA - MANA POLIS MALAYSIA DAN MANA POLIS ISRAEL



kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah













NOTA :
mana dia profesor datuk dokotor bomoh raduan che ros
sila baca berita dibawah ini

KAH KAH KAH
KAH AKH AKH
KAH KAH KAH






POLIS DI DAKWA PUKUL ORANG AWAM TIDAK AKAN DILINDUNGI - berita hairan

BUKIT KAYU HITAM: Anggota polis yang melakukan kesalahan tidak akan dilindungi dan tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap mereka yang didapati bersalah, tegas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abu Seman Yusop.

Beliau berkata, polis dianggap sebagai anggota profesional dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang.

"Pegawai kerajaan sepatutnya bagi contoh baik kepada orang ramai dan bukan melakukan sebaliknya," kata beliau ketika diminta mengulas dakwaan seorang pekerja pembersihan sisa pepejal, Mohd Ridzuan Mohd Noor dibelasah enam anggota polis di Kodiang, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 11.20 pagi itu, Mohd Ridzuan, 23 dibelasah kerana menegur seorang anggota polis berumur 40-an yang membuang sampah di luar tong sampah.

Mohd Ridzuan berkata, mereka bertengkar dan anggota polis itu memberi amaran akan menembaknya sebelum meninggalkan tempat kejadian. Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian anggota polis itu kembali bersama-sama lima rakan dan membelasahnya.

Pekerja sisa pepejal itu juga mendakwa digari dan dimasukkan ke dalam lokap di Balai Polis Kodiang dan dilepaskan setengah jam kemudian. Beliau membuat aduan di ibu pejabat polis Kubang Pasu kira-kira jam 1.40 pagi Ahad lalu.

Abu Seman berkata, tindakan hanya boleh diambil berdasarkan hasil siasatan Akta Polis atau Kanun Keseksaan.

Beliau yang diiringi Setiausaha Bahagian Keselamatan Kawasan Sempadan merangkap Ketua Pengarah Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Datuk Abdul Rahim Ismail mengadakan lawatan ke kawasan sempadan dari Bukit Kayu Hitam hingga Perlis hari ini. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH





KANG KONG



ARKIB : 11/08/2011

POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH
- meloya

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian rusuhan di London yang gagal dikekang malah mula merebak ke seluruh Britain.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Hamzah Abdul Rajak berkata, polis di negara ini dilihat lebih bijak mengawal situasi dan emosi baik di kalangan anggotanya mahu pun perusuh.

"Mereka dilihat lebih berperikemanusiaan serta bijak menangani masalah seperti yang sedang berlaku di London," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan pula menganggap kejadian rusuhan yang berterusan bukan disebabkan oleh kegagalan polis mengekang masalah sebaliknya tiada kesedaran di kalangan rakyat negara itu.

"Bagi saya ini bukan masalah polis sebaliknya rakyat di negara itu sendiri. Kita tidak tinggal di sana jadi kita tidak tahu apa yang berlaku.

"Sepatutnya mereka lebih menumpukan kepada cara menyelesaikan masalah ekonomi dan pengangguran.

"Keadaan akan menjadi lebih teruk sekiranya masalah rusuhan yang terjadi di sana dibiarkan berterusan," katanya.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



JANGAN LUPA JUMAAT INI



RAJA NON CHIK TIDAK MEWAKILI SESIAPA

Posted: 27 Sep 2011 12:23 AM PDT



NOTA :

ini lah masalahnya
raja nong chik ini
tidak dipileh oleh rakyat
raja haprak ini tidak mewakili sesiapa

bagaimana raja haprak ini
boleh bersuara di parlimen
wal hal raja haprak ini
tidak pernah menang dalam
pilihanraya!



INI RAJA BERSIONG



PEMILIK TANAH KG BARU MAHU AKTA BARU DITARIK BALIK - minsider

Seorang pewaris tanah Kampung Baru hari ini membuat pendirian bahawa majoriti pemilik tanah di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu mahu Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru ditarik balik dan dibincangkan semula sebelum dibawa masuk ke Parlimen.

Menurut Mohd Nor Hassan, 56, semenjak rang undang-undang itu dibacakan kali pertama Disember lalu majoriti pemilik dan pewaris tanah sudah membantah cadangan itu, namun tidak dipedulikan kerajaan.

Selain itu, jelas beliau yang merupakan generasi kedua Kampung Baru, majoriti pemilik dan pewaris tanah termasuk dirinya menolak rang undang-undang kerana ia tidak memberi jaminan bahawa hak mereka akan dipertahankan sekiranya bersetuju dengan cadangan itu.

"Perkara yang asal tidak diubah, malah dimasukkan semula dalam rang undang-undang... maaf cakap ini satu penipuan oleh menteri yang kata untuk bentangkan kepada kami dulu tapi akhirnya pada 17 Disember dia bentangkan dulu di Parlimen kemudian pada sebelah malam baru kepada kami.

"Malah, ada beberapa perkara yang dibantah keras oleh kami termasuk kuasa mutlak di bawah kuas menteri, imuniti kepada perbadanan, jumlah keanggotaan dan MAS (Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu) tidak dibubarkan maknanya kalau kesemua perkara ini tidak dipinda perbadanan boleh mengambil tanah kami secara paksa rela dan perbadanan boleh rampas tanah kami," katanya pada sidang media di sini.

Malah tegas Mohd Nor yang juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, kerajaan tidak ikhlas untuk membincangkan tentang hala tuju rang undang-undang itu, sebaliknya memutuskan untuk terus bawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua.

"Kami tidak nampak keikhlasan kerajaan, tarik balik rang undang-undang ini dan bincang balik dengan kami kemudian baru bawa masuk balik... kami tidak tentang pembangunan tetapi kami menentang cara kerajaan yang nak mengambil alih dengan cara yang tidak elok, guna Parlimen untuk ambil alih hak kami.

"Kami menentang seratus peratus rang undang-undang ini, majoriti membantahnya," katanya.


KEMATIAN SARBAINI

Posted: 26 Sep 2011 09:33 PM PDT




KENYATAAN MEDIA:
Keputusan inkues Sarbaini sukar dipercayai dan tidak konsisten

Mahkamah koroner semalam memutuskan bahawa kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu adalah satu kemalangan. Keputusan ini sangat sukar dipercayai, tidak dapat diterima dan tidak konsisten dengan fakta kes.

Mahkamah koroner memaksa kita untuk percaya bahawa Sarbaini yang secara sukarela datang ke pejabat SPRM di Cheras, kemudiannya mahu melarikan diri dengan merangkak keluar dari tingkap di aras tiga.

Tiada penjelasan diberikan tentang bagaimana dan mengapa rakaman CCTV selama 22 jam dipadam, yang mana ianya memaparkan detik-detik di mana Sarbaini menemui ajalnya.

Paling membimbangkan adalah tindakan SPRM sepanjang kes Sarbaini. Sebagai institusi awam utama yang dibiaya sepenuhnya dengan wang rakyat, keutamaan SPRM seharusnya adalah untuk mendapatkan kebenaran perkara tersebut, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan reformasi untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Sebaliknya, SPRM bertindak seperti individu yang terdesak untuk membersihkan namanya walau dengan cara apa sekalipun. SPRM bertindak sehingga ke tahap mengupah peguam UMNO iaitu Shafee Abdullah untuk 'mempertahan' mereka sepanjang inkues.

Perlu diperhatikan bahawa SPRM berkelakuan dengan cara yang sama semasa penyiasatan dan siasatan kematian Teoh Beng Hock, yang juga meninggal dunia semasa siasatan SPRM pada 16 Julai 2009.

Dalam kedua-dua contoh, SPRM bertindak menyerang reputasi mangsa-mangsa yang meninggal dunia secara terbuka sepanjang inkues dijalankan. Sarbaini turut didakwa sebagai menerima rasuah meskipun beliau sudah tidak boleh menjawab mahupun mempertahankan dirinya terhadap dakwaan tersebut. Ini adalah memalukan dan tidak penting bagi pihak inkues tentang bagaimana beliau meninggal dunia.

Asas kepada sistem perundangan kita adalah bahawa perbicaraan di mahkamah tidak seharusnya digunakan untuk memburukkan pihak yang telah tiada. Keyakinan rakyat terhadap SPRM adalah di tahap paling rendah susulan kematian misteri dua individu ini. Kedua-duanya merupakan bapa yang meninggalkan keluarga yang selamanya akan menderita atas kehilangan insan yang disayangi yang meninggal dunia dengan tragis.

Kerajaan seharusnya memikul tanggungjawab terhadap kegagalan dalam memberikan jawapan sebenar kepada pihak keluarga dan rakyat. Keengganan kerajaan yang terus-menerus tidak mahu melaksanakan reformasi terhadap badan penguatkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah punca sebenar terhadap masalah ini.

Kami menyeru Kerajaan untuk menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat punca sebenar di sebalik kematian Ahmad Sarbaini. Skop suruhanjaya ini mestilah termasuk prosedur operasi, pengambilan dan kaedah latihan SPRM serta membuat syor-syor pembaharuan yang amat mendesak dalam memastikan reformasi sistem terlaksana.


N SURENDRAN
NAIB PRESIDEN
KEADILAN



JEMPUTAN : MALAM INI FORUM



SEMUA DI JEMPUT HADIR MALAM INI

Tempat: KL & Selangor Chinese Assembly Hall
Masa: 27hb September 2011, Hari Selasa
Waktu: 8.00 malam.



Ahli Panel:
1. YB Mohamed Azmin Ali
2. Dr. Wong Chin Huat
3. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
4. YB Sivarasa Rasiah



TEMPAT SAMA MALAM JUMAAT INI



APA ITU NATO?

Posted: 26 Sep 2011 08:33 PM PDT




MARI KITA MENGENAL NATO





LAYAKKAH MISMAH DAPAT STATUS WARGANEGARA ?
- harakah daily

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Alias Ahmad menjawab isu Mismah yang mendapat status penduduk tetap kepada rakyat Malaysia.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat(gambar) juga memohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011.

"Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara?" soalnya dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen (PR) di negara kita.

Kenyataan beliau adalah seperti berikut:

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini."

"Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR".

"Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia."




Justeru, Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut

: http://www.pinoy-broad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf

Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahawa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki entry permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun.

Kumpulan yang berkelayakan untuk mendapat entry permit adalah seperti kumpulan profesional, anak kumpulan profesional di bawah enam tahun, isteri kumpulan profesional, mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara, anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun dan kes-kes khas.

Kata Suhaizan, Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang disiarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian.

Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47, berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia.

Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi, 51, juga mendapat status Penduduk Tetap.
Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.

Menurut Suhaizan, ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR.

"Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR," katanya.



Pemuda PAS, tambahnya berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu Mismah bukan seorang profesional, suami Mismah bukan seorang warganegara, suami Mismah bukan seorang profesional dan Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara ini.

"Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda PAS sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini," ujarnya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.

Beliau berkata, pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara.

Tegasnya, Pemuda PAS akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihan raya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAK TANYA TANYA BUAT APA LAGI?...kah kah kah..

kah kah kah...ORANG RAMAI DAH JELAK ...kah kah kah...

kah kah kah...SUDAH MUAK DENGAR CERAMAH.... kah kah kah..

kah kah kah.... SUDAH PUAS MEMBACA DAN MELIHAT BUKTI.... kah kah kah..

kah kah kah...PERSOALAN IALAH : APA TINDAKAN PAKATAN RAKYAT?..... kah kah kah

kah kah kah...ATAU INI NATO : NO ACTION TALK ONLY!.... kah kah kah


JANGAN LUPA JUMAAT INI




BUKTI KEKUATAN EKONOMI SOSIALIS

Posted: 26 Sep 2011 08:17 PM PDT




SATU JAWAPAN :BANGUN DAN LAWAN




60 KEDAI SATU MALAYSIA MENJELANG 2012 , MUDAHKAN PENGGUNA DAPAT HARGA MURAH - meloya

BERA 26 Sept. - Sebanyak 60 kedai 1Malaysia akan diwujudkan di seluruh negara menjelang tahun depan bagi membolehkan orang ramai mendapat keperluan harian dengan harga lebih murah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk mewujudkan kedai tersebut.

"Antara lokasi yang dikenal pasti di Pahang ialah di Bera, Kuantan dan Pekan.
"Bagaimanapun, sehingga kini sebanyak 25 kedai akan beroperasi sebelum akhir tahun ini dengan empat daripadanya telah pun dibuka," katanya.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan turut menyasarkan sebanyak 1,000 kedai makan menu stau Malaysia dan 500 kedai harga patut diwujudkan di seluruh negara sehingga akhir tahun ini.

Tambahnya, beliau menafikan pembukaan kedai-kedai seperti itu akan menggugat kedai sedia ada.

"Semua terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan dan kewujudan kedai-kedai ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna bagi mengurangkan kos sara hidup mereka," katanya.


MB SELANGOR DIDESAK HALANG KENAIKKAN SEWA DI KOMPLEKS PKNS - meloya

SHAH ALAM 26 Sept. - Majlis Belia Selangor mendesak Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim masuk campur dan menghalang keputusan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menaikkan kadar sewa di Kompleks PKNS, Shah Alam berkuatkuasa awal tahun depan.

Pengerusi Tetapnya, Nor Akmal Ibos berkata, sekiranya Abdul Khalid benar-benar prihatin dengan nasib peniaga di negeri ini, beliau perlu berani dalam membuat keputusan dan bukannya tunduk kepada keputusan PKNS.

"Dalam hal ini, Abdul Khalid dilihat tidak tegas sehingga sanggup membiarkan nasib peniaga di negeri ini diperjudikan oleh kerakusan anak syarikat milik kerajaan negeri membolot keuntungan berlebihan.

"Sekiranya Abdul Khalid ikhlas dan tidak mahu melihat peniaga terutama di kalangan golongan belia di negeri ini gulung tikar, beliau perlu masuk campur dan menghalang keputusan tersebut," katanya semalam.

Beliau mengulas keputusan PKNS menaikkan kadar sewaan premis di Kompleks PKNS, Shah Alam mulai 1 Januari 2012.

NOTA:
sila baca betul betul dua berita ini
ini berita amat penting untuk difahami tanda dan maknanya

berita pertama tentang kedai satu malaysia
kedai ini pasti ada campur tangan kerajaan
kedai ini pasti dapat barangan dari pengedar kerajaan

ini bukti bahawa jika kedai kedai dijanazkn oleh kerajaan
maka ianya boleh menurunkan harga
ianya berupaya memberi khidmat dengan harga rendah

bagaimana turun harga?

harga turun kerana akidah kedai seperti ini bukan keuntungan maksima
kedai seperti ini mahu memberi khidmat sosial kepada ummah
ini lah dia ciri ciri utama ekonomi sosialis

lihat bila kapitalias dalam keadaan nazak
maka mereka tak ada pilihan
melainkan memilih sistem ekonomi sosialis

ini terbukti dasar ekonomi sosialis : khidmat untuk kebaikkan ummah
lebih kukuh dari : keuntungan maksima yang ditentukan oleh pasaran

selama 54 tahun ini kita telah menggunakan sistem kapitalis
lihat dan saksikan hasilnya

BERITA KEDUA
satu bukti kekutan daulah
pemilik bangunan ini ialah kerajaan selangor
kalau bangunan pkns ini dimiliki oleh cukong
sampai kiamat cukong ini akan kata : ini harga pasaran
tetapi bangunan ini milik kerajaan maka akidah berlainan

disini jelas membutikan bahawa peranan kerajaan amat penting
tugas kerajaan ilah khidmat pada rakyat
bukan bagi lesen jusi pada lim goh ting
bukan rembat tanah bagi pada vincent tan
bukan rembat tanah oleh ananda

gerombolan selama ini menjadi kerajaan untuk kayakan cukong
tetapi hari ini sokongan untuk gerombolan semakin kurang maka
gerombolan mula mengalih dasar
memngambil ciri ciri sistgem ekonomi sosialis
untuk memastikan sokongan rakyat dapat dikaut
kuasa pasaran hanya untuk mencari untung

NOTA
kaum kapitalis yang baik
hanya kapitalis yang mati



JANGAN LUPA JUMAAT INI


Tiada ulasan: