Rabu, 21 September 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


HOLYWOOD ADA CHARLES BRONSON - KITA ADA MAT SABU

Posted: 21 Sep 2011 12:46 PM PDT




MAT BRONSON






MOHAMAD SABU DIDAKWA , BEBAS DENGAN JAMINAN RM15,000 – harakah daily

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
di holywood kita ada charles bronson
hero yang melawan kezaliman dan menegak keadilan
di malaysia kita ada mat sabu
menentang kezaliman dan menegak keadilan


charles bronson hanya berlakun
mat sabu bangun melawan

MEMANG TUJUAN NAK JATUHKAN BN

Posted: 21 Sep 2011 12:15 PM PDT




BUKAN RAHSIA RAKYAT BENCI




nota:

bukan rahsia
dari kecik lagi
dah diajar berdemo
agar benci pada gerombolan

ini bukan satu kesalahan
ini satu kewajipan kah kah kah


MAHATHIR: PROTES ANTI-LYNAS UNTUK TUMBANGKAN BN – mkini

Mahathir Mohamad berkata protes yang dilancarkan ke atas usaha membuka kilang memproses nadir bumi di Kuantan merupakan satu tindakan politik untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, beliau tiada apa-apa halangan ke atas projek yang diusahakan Lynas Corp Ltd itu dan "kerajaan tidak sepatutnya takut untuk meneruskan projek tersebut."



Mahathir memberi alasan, kilang yang dicadangkan untuk dibina di Kuantan itu telahpun diperiksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tetapi agensi berkenaan tidak melaporkan bahawa is merupakan projek berbahaya.

"Namun protes masih berjalan. Satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, protes ini (bertujuan) politik.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... KALI INI MADEY CAKAP BENAR...kah kah kah...

kah kah kah...MEMANG INI LAH TUJUAN PROTES .... kah kah kah..

kah kah kah...BIAR RAKYAT BENCI KERAJAAN.... kah jkah kah...

kah kah kah...BILA RAKYAT BENCI KERAJAAN..RAKYAT AKAN HUMBAN GEROMBOLAN..kah kah kah

woit..INGAT PROTEST INI KENDURI LENGGANG PERUT?.... kah kah kah..

woit...PROTES BUKAN SAHAJA NAK TUMBANGKAN BN.... kah kah kah...

kah kah kah...BILA SESUDAH TUMBANG ...LANUN AKAN DIDAKWA DI MAHKAMAH PULAK.... kah kah kah....

kah kah kah...INI KES MENIPU RAKYAT SELAMA 50 TAHUN.... kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS ITU TUKAR BENDERA...kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS ITU TUKAR LAGU NEGARA KU... kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS TU SUMBAT MULUT MADEY...kah kah kah


SUMBAT MULUT INI





DARI TAK MALAUSIA KE MALINGSIA

Posted: 21 Sep 2011 05:06 AM PDT



NOTA:


politik tak malausia terus berubah
bukan sahaja bendera di ciplak
lalu kebangsaan di ciplak
kini parti poltik pun di ciplak
kah kah kah

lebih tepat jika nama
malaysia ini juga berubah
menjadi malingsia kah kah kah

















MAT BANGLA JADI GEROMBOLAN








APA YANG COOL DAN APA YANG POYO

Posted: 20 Sep 2011 11:37 PM PDT




LEBAI MAT MONGOL





NAJIB MAMAT POYO INGIN DILIHAT COOL


Ramai politikus tidak tahu apa itu cool. Mak Cik Felda pun tak tahu apa itu cool. Malah ramai juga anak muda yang tidak tahu apa itu cool. Mereka yang tidak tahu apa itu cool tidak juga tahu apa itu skema dan apa itu poyo. Inilah masalah apabila telah menjadi poyo mereka tidak lagi cool.

Cool dan poyo adalah pengistilahan hari ini yang ternow. Cool dan poyo muncul dari lingo terkini – dari lingo anak muda. Tidak ada anak muda yang waras fikrah ingin dilihat poyo dan skema. Sayangnya bukan satu kerja enteng untuk dilihat cool. Kadang kala dalam percubaan untuk dilihat cool ramai yang dilihat bangang. Mustahil seorang Siti Nur Haliza tahu siapa dia Holden Caulfeild atau apa itu Winnie the Pooh.

Berita terkini telah tersebar bahawa Najib sedang melanggan satu lagi syarikat iklan antarabangsa untuk memperlihatkan dirinya cool. Lawan cool ialah poyo. Ertinya Najib tidak mahu lagi dilihat sebagai Mamat Poyo. Sebenarnya tidak ada sesiapa ingin dilihat poyo. Mereka yang poyo biasanya hidup dengan tekanan jiwa yang amat sangat. Sayangnya ramai yang tidak sedar bahawa mereka itu adalah sosok poyo.

Untuk memahami pengistilahan ini saya akan cuba paparkan ciri-ciri cool dan apa itu poyo. Ini dengan harapan para pembaca sekelian akan memahami intipati cool dan poyo. Mungkin ada yang bertanya apakah cool dan poyo ini penting untuk difahami? Ini bukti utama : Sesiapa yang mengeluarkan soalan ini adalah seorang yang poyo.

Cool ini adalah gaya hidup. Cool juga adalah lengok bahasa badan. Cool juga adalah feshen pakaian. Cool juga ialah sikap terhadap kehidupan. Cool juga adalah cafe yang dilawati, rokok yang dihisap, musik yang didengar. Cool juga adalah buku yang dibaca. Cool wajib berupaya mengikuti mahzab falsafah al- Farabi dan Michel Foucault. Cool juga ialah tenang dengan gesekan biola Hamzah Dol Mat dan alunan suara Saloma.

Kenapa agaknya Najib seorang Mamat Poyo bersedia mengeluarkan berjuta juta ringgit untuk dilihat cool? Adalah difahamkan syarikat yang dilanggan oleh Najib Poyo ini juga bertanggung jawab menjenamakan Tony Blair yang poyo untuk dilihat cool.

Jawabnya: Najib Poyo ingin memenangi hati dan sanubari anak anak muda. Najib Poyo ini sedar bahawa suara dan tindakan anak anak muda ini akan mengubah lanskap dan rupa bentuk politik Malaysia baru. Berjuta juta ringgit ini hanyalah secawan kopi jika dibandingkan dengan harta negara yang boleh dirembat oleh suaminya.

Mari kita lihat latar belakang langkah yang diambil oleh Mat Poyo ini. Umum mengetahui bahawa Najib Poyo ini sedang menghadapi hari hari akhir. Kumpulan-kumpulan yang menentang Najib dalam United Malay National Organisation bukan sahaja telah berkumpul dalam gelap gelap malah mereka telah mula bersuara secara terbuka.

Kumpulan ini merasa tidak senang dengan pimpinan Najib Poyo ini. Mereka ini terdiri dari Pencari Kontrek, Penjual Kontrek, Orang Tengah Yang Makan Komisen, Kontrek Jungkies - mereka merasakan Najib ini banyak berdulak dalik – kluk klek kata orang Teranganu. Najib bercakap berbilion bilion tapi tak ada satu sen pun yang masuk ke saku mereka. Ada juga yang merasa diri mereka telah dipinggir. Ada pula yang merasa Najib bukan sahaja menutup karier politik mereka – lebih dari ini – Najib ingin membunuh mereka. Contoh terbaik ialah Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.

Dibelakang semua ini ialah Ibrahim Ali..opss maaf ... dibelakang gerakan anti Najib ini ialah Mahathir Muhamad. Pasti pembaca akan bertanya – saheh ke maklumat ini? Orang yang bertanya ini adalah contoh terbaik orang yang poyo politik. Si Poyo Politik ini tidak memahami jalur dan pemikiran politik terkini. Mereka selalu meraban tak tentu hala dalam pemahaman politik.

Biar saya terangkan disini : Mahathir Muhamad melihat bahawa Najib ini tidak memiliki ketrampilan pimpinan. Mengikut pandangan Mahathir ini amat bahaya. Bahaya ini akan membawa keruntuhan United Malay National Organisation – gerombolan politik yang ditubuhkan oleh Mahathir sendiri pada tahun 1988 dahulu. Keruntuhan United Malay National Organsiation ini akan membawa malapetaka yang besar terhadap para kroni dan kaum pemodal yang telah ditelorkan oleh Mahathir.

Buktinya: telah lebih dari tiga kali Mahathir secara terbuka menerangkan kepada umum bahawa ada kekeliruan terhadap dasar satu Malaysia yang dianjurkan oleh Najib Poyo. Kenyatan Mahathir ini kalau kita halusi jelas satu kenyatan kurang ajar. Ini samalah seperti Najib menolak konsep waswasan 2020 atau memperlekeh secara terbuka Islam Hadari.

Yang kita dengar kenyataan Mahathir secara terbuka. Dari Haji Desas bin Lebai Desus kita juga ada mendengar bagaimana dalam perjumpaan tertutup Mahathir telah 'menibai' Najib seolah-olah Najib ini panddy kutty.

Jadi, Najib pada ketika ini bukan sahaja nyawa-nyawa ikan malah sedang dikepong oleh ahli-ahli parti United Malay National Organisation sendiri.. Perangkap-perangkap sedang dipasang untuk menjerut leher Najib. Bila-bila masa perangkap ini akan bingkas menjerut Najib.

Tok Kipas dan Tok Bodek yang mengelilingi Najib menyedari kebencian orang ramai terhadap si Poyo ini. Najib Poyo melihat anak anak muda akan dapat menyelamatkan dirinya. Najib Poyo telah diberitahu bahawa ramai pengundi baru – anak-anak muda – kelihatan berkiblat kepada Pakatan Rakyat. Anak-anak muda melihat Pakatan Rakyat sebagai pentabiran yang boleh diyakini. Justeru Najib Poyo memerlukan jenama yang baru. Najib yang poyo mahu dilihat cool oleh pengundi muda.

Maka Najib Poyo atas nasehat Zionis Apco secara berahsia dari kabinetnya telah merancang untuk mengeluarkan kenyataan bahawa Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Sila baca sekali lagi. Akan dimansuhkan. Kunci perkataan disini ialah AKAN. ISA hanya AKAN dimansuhkan jika Najib dapat terus berkuasa.

Kenapa ISA tidak undang-undang lain? Ini kerana menentang ISA adalah trend anak anak muda yang cool hari ini. Anak-anak muda yang mula mendampingi aktiviti NGO atau politik tidak dapat tidak akan menentang ISA. Menentang ISA adalah langkah yang paling cool. Menentang ISA ialah trendy dan chic macam memakai Levis 501 yang sudah kotai dan koyak dilutut.

Najib Poyo mahu anak anak muda melihat dirinya demokratik. Najib ke pesta futsal. Najib ke konsert rock. Najib ke stesen radio. Niat untuk dilihat cool ini bukan satu kesalahan jenayah tetapi untuk Najib diterima sebagai warga cool adalah mustahil.

Lihat sahaja muka Najib. Apakah muka ini cool atau muka penipu? Dalam budaya cool gerak dan bahasa badan cukup penting. Najib tidak memiliki gerak badan yang cool. Ini kerana Najib seperti ramai politikus – berperut gendut. Perut gendut ini dihodohkan lagi dengan kepala yang botak.

Najib yang botak adalah imej yang paling tidak cool. Berkepala botak bukan anti-cool kerana ahli falsafah yang terunggul di Paris, Michel Foucault juga berkepala botak. Micheal Foucault dilihat cool dengan botaknya. Ini kerana Foucault seorang pemikir maka rambutnya gugur kerana berfikir - walhal Najib kaki kelentong dan tidak pernah mengelurakan ide dan pandangan. Jauh sekali menulis sebuah buku. Lihat pula, Yul Brynner juga botak tapi dilihat cool sebagai pemimpin kaum Gipsi. Najib berkepala botak kerana dia poyo.

Najib Poyo masa ini sedang bekerja keras untuk dilihat cool. Mamat Poyo ini ada facebook, ada tweeter, ada laman – sayangnya Mamat Poyo ini masih lagi dilihat poyo dan skema. Disini Zionis Apco dan syarikat iklan yang dilanggan Najib kantoi mantoi. Mereka boleh berusaha tetapi mereka akan gagal. Kenapa gagal?

Di Malaysia seperti di Paris, London dan Carlifornia pada tahun 60'an dahulu – untuk dilihat cool wajib berambut panjang. Tidak cukup hanya dengan berambut panjang dan menghisap ganja tetapi wajib ke jalan raya menentang Perang Vietnam. Lihat kota Paris tahun 1968 – ini adalah era yang diangap paling cool hingga ke hari ini - bukan sahaja di Paris malah di seluruh Eropah.

Anak muda pasti ditakrif cool jika mereka menentang kerajaan. Kalau anak muda anti-establishment inilah tanda anak muda cool. Anak muda akan dilihat lebih cool jika mereka terun berdemo di jalan raya. Berdemo yang paling cool ialah berdemo dengan kekasih. Kekasih yang cool ialah kekasih yang memakai Levis 501 dan dan kasut gerah Fung Keong.

Najib Poyo sepanjang hidupnya tidak pernah turun ke jalan raya berdemo. Najib Poyo sepanjang hidupnya tidak pernah bertempur dengan FRU. Fakta ini pasti tidak disedari oleh Zionis Apco dan syarikat iklan antarabangsa ini. Di London , mereka berjaya melahirkan imej cool pada Tony Blair kerana Blair memiliki asas untuk dilihat cool - ketika di universiti Tony Blair berambut panjang, menghisap ganja dan turun berdemo.

Lihat pula Presiden Sarkozy di Peranchis. Sarkozy sebenarnya seorang Mamat poyo tetapi Nicolas Sarkozy ini bijak berfikir. Dia merancang masa depan politiknya. Nicolas Sarkozy menceraikan isteri pertamanya untuk memerangkap Carla Bruni – seorang pelakon, penyanyi, model chic yang berhaluan kiri.

Najib yang poyo merancang juga masa depan politiknya. Najib menceraikan isteri pertamanya dari keluarga bangsawan, gadis yang cun, slim langsing, untuk berkahwin dengan Mak Janda yang gemok, pendek dan gedebab. Kalau ini bukan Mamat Poyo maka matahari tidak akan terbit dari sebelah Timur.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar minngun ini sila pukul
talipon
03 - 22-72-40-45

KUMPULAN NATO BERSUARA LAGI

Posted: 20 Sep 2011 10:06 PM PDT




APA ITU NATO?






NOTA:
di eropah ada nato
nato ialah bala tentera
kuasa imperial anglo-amerika
bala tentera yang pertahankan
kepentingan kaum pemodal

nato: north america treaty organisation

NOTA:
di malaysia kita juga ada nato
nato: no action talk only
kah kah kah

woit: berapa banyak nak bagi amaran daaaaa...



DEMONSTRASI BESAR-BESARAN JIKA GST DILAKSANKAN: AMK
– keadilan daily

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) tidak teragak-agak untuk mengajak rakyat turun ke jalan raya sekiranya kerajaan Umno-Barisan Nasional masih berdegil melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, AMK memberi amaran akan menggerakkan rakyat khususnya golongan muda di seluruh negara bagi membantah keputusan itu.

"AMK akan mengambil inisiatif untuk menggerakkan secara meluas bersama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kerana ini (perlaksanaan GST) merupakan beban dan akan menyebabkan rakyat yang parah."

"AMK akan mengambil inisiatif untuk menggerakkan secara meluas bersama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) kerana ini (perlaksanaan GST) merupakan beban dan akan menyebabkan rakyat yang parah."

"Ini bukan agenda politik kerana isu ini merupakan isu rakyat," katanya kepada Keadilandaily.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan sedang meninjau kemungkinan melaksanakan GST selepas pilihan raya umum akan datang.

NOTA:

ini lah bahaya nya kalau muda tapi tak cool
ini lah bahayanya kalau muda tapi poyo


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...GST TELAH BERJALAN...kah kah kah..

woit...PERGI MAKAN DI PERHENTIAN LEBUH RAYA PLUS...kah kah kah..

kah kah kah...LEPAS MAKAN BUKA MATA DAN LIHAT BIL.... kah kah kah..

kah kah kah... JANGAN TERPERANJAT... DAH ADA 6% CUKAI....kah kah kah..

woit..KALAU NAK BUAT DEMO ...BUAT LAH SEBELUM.... kah kah kah..

kah kah kah...KALAU BUAT DEMO SESUDAH GST ADA KERJA BANGANG....kah kah kah..

woit....DAH LULUS PARLIMEN...SAMPAI KIAMAT MUNUNGGU NAK HAPUS...kah kah kah

nota:
selalunya yang bercakap
tak buat pun kah kah kah



NAJIB TAKUBIN BUKAN CICAK KUBIN

Posted: 20 Sep 2011 09:53 PM PDT




NAJIB TAKUBIN BUKAN KURT COBAIN



ISA : NAJIB MAHU TUNJUKKAN DIA BOS – harakah daily

Najib Razak dipercayai cuba menunjukkan kepada Umno dan Kabinet Malaysia bahawa dia adalah bos ketika mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini.

Ini kerana, reaksi dari pihak Umno dan Kabinet mengesahkan dakwaan bahawa mereka tidak dirujuk dan perbincangan serta keputusan dibuat oleh beberapa 'inner circle'(kumpulan terdekat).

Demikian analisa yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

"Bagi saya, dia membuat pengumuman ini atas keputusan dirinya sendiri dan para penasihatnya sahaja bukan berbincang dengan rakan-rakan beliau bahkan mungkin menganggap timbalannya, i Muhyidin dani Hishamudin adalah liabliti dalam beberepa insiden mutakhir," kata beliau.

Menurut Dr Dzulkefly, nampak ketara sangat perbezaan itu sebaik sahaja ia dikemukakan oleh Najib ketika memberikan ucapan menjelang Hari Malaysia malam 16 September lepas.

"Timbalan beliau sendiri, Muhyidin hanya memberikan sokongan selepas dua hari ia dibentang Najib...nampak ada yang tak kena kerana terlalu lambat menyatakan sokongan kepada bos," kata beliau kepada Harakahdaily.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..DOKTOR ZUL... BAGI CHANLAAAA....kah kah kah..

kah kah kah...KESIAN MAT POYO INI... KENA TIBAI KIRI DAN KANAN...kah kah kah..

kah kah kah...INI LAH CARA NAK TUNJUK DIA BOSS.... kah kah kah...

kah kah kah...HIDUP MAMAT INI TERSEKSA.... kah kah kah...

kah kah kah...MEMINATI PEREMPUAN SLIM MACAM ALTANTUYA DAN ZIANA...kah kah kah..

kah kah kah..APA KAN DAYA BADAK YANG DATANG.... kah kah kah..

kah kah kah... HIDUP CUKUP TERSEKSA....kah kah kah..

kah kah kah.... INILAH DIA KESAH JANTAN TAKUBIN...kah kah ka..

woit...BUKAN JANTAN CICAK KUBIN... kah kah kah...

kah kah kah...INI JANTAN TAKUT BINI.... DI RUMAH PIJAK TIKUS PUN TAK MATI...kah kah kah


INI YANG NAJIB TAKUT DIRUMAH



kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

DULU ROGOL AMAH - SEKARANG ROGOL BALAI SENI LUKIS NEGARA

Posted: 20 Sep 2011 09:30 PM PDT




AKAN DI ROGOL OLEH PEROGOL AMAH




IDENTITI BAHASA MELAYU TERHAKIS
- meloya

KUALA LUMPUR 20 Sept. – Penggunaan bahasa Melayu rojak yang semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda ketika ini bakal mengikis identiti bahasa itu.
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, generasi muda semakin gemar menggunakan bahasa 'rojak' termasuklah ketika berkomunikasi di majlis formal.

"Kebanyakan mereka lebih suka menggunakan bahasa singkatan atau bahasa jalanan walaupun ketika menghadiri majlis keraian, bertemu dengan golongan bangsawan atau orang kenamaan dan juga ketika ditemuramah pihak media.


WUJUDKAN SEMULA JAWATANKUASA SERAGAM BAHASA - meloya

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mencadangkan agar Jawatankuasa Penyelaras dan Penyeragaman Bahasa diwujudkan kembali bagi memastikan penggunaan bahasa oleh semua stesen penyiaran di negara ini diseragamkan.

Rais Yatim berkata, dalam hal itu Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) boleh memainkan peranan penting bagi menggerakkan fungsi jawatankuasa tersebut.

"Saya menyarankan supaya jawatankuasa ini diwujudkan kembali dengan dianggotai oleh semua stesen penyiaran dan diurus setia sendiri oleh Dewan Bahasa Pustaka (DBP) sebagai badan bahasa yang berwibawa.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..INI LAWAK BANGANG... kah kah kah..

woit... KENAPA NAMA BALAI SENI LUKIS NAK TUKAR...kah kah kah..

kah kah kah...NAK JADIKAN BALAI SENI VISUAL?.... kah kah kah..

kah kah kah...APA BENDANYA VISUAL INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...MAK CIK FELDA TAK FAHAM...kah kah kah..

woit..KENAPA TAK NAMAKAN BALAI SENI NEGARA...kah kah kah..

kah kah kah..VISULA INI APA?.... INI PENYAKIT BISUL KE?.... kah kah kah

NOTA:
untuk para pembaca yang tak tahu latar
biar diterangkan disini
mat rogol amah ini
ingin menukar nama balai seni lukis negara
kepada balai seni visual

tujuan:

agar mak cik felda dapat menghayati bahasa inggeris
mi spik inglis kah kah kah

NOTA:
bila nama balai seni lukis negara ini diubah
maka ini adalah projek untuk kroni
dari logo
dari warna
dari kertas surat memyuarat

inilah cara geromboln bagi kroni projek
tak percaya - sila tunggu


BERITA PELIK TETAPI BENAR

Posted: 20 Sep 2011 08:14 PM PDT






CERITA SAHEH MOHEH





berita kelmarin:


POLIS TEMBAK MATI EMPAT LELAKI DI IPOH - malaysiakini

Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam tadi apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.

"Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi hari ini.

Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang.

Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut.

Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lalu. – TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...SELURUH MALAYSIA TERTANYA TANYA...kah kah kah..

kah kah kah...APA SUDAH JADI?.... kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA BERTANYA ...MUSTAHIL BERITA INI...kah kah kah..

kah kah kah...KERANA BERITA AWAL TAK ADA SENJATA KLASIK....kah kah kah..

kah kah kah...SEMUA BERTANYA PARANG MANA?.... kah kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH|
KAH KAH KAH


woit... JANGAN RISAU ...INI DIA PARANG SUDAH SAMPAI.... kah kah kah

kah kah kah....HARI INI BERITA PARANG SUDAH SAMPAI...kah kah kah


berita hari ini:

IKAN APA INI?


4 PENJENAYAH DITEMBAK MATI DI BATU GAJAH – berita hairan

BATU GAJAH: Polis menembak mati empat penjenayah selepas berbalas tembakan di dalam sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai dicuri, di Jalan Changkat Larang, Batu Gajah, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner, Najib Mohamad, berkata empat lelaki dipercayai Melayu berusia antara 20 hingga 30 tahun tanpa dokumen diri itu mati di tempat kejadian dalam kejadian 9.30 malam itu.

Dalam kereta penjenayah terbabit, polis menemui parang dan pistol buatan sendiri.
Kereta dinaiki penjenayah dikejar polis dari Menglembu sehingga Batu Gajah apabila penjenayah cuba melarikan diri.

4 ANGGOTA GENG DOL DI TEMBAK MATI – berita hairan

IPOH: Empat anggota Geng Dol yang mengganas di Perak dengan melakukan 18 samun, pecah rumah dan rompak sejak awal tahun ini, ditembak mati dalam kejadian berbalas tembak dengan sepasukan polis di Jalan Kampung Changkat Larang, Batu Gajah, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, empat lelaki dipercayai warga asing yang bersenjatakan sepucuk pistol buatan sendiri dan tiga parang ditembak apabila cuba menyerang polis selepas kereta yang dinaiki tersekat di jalan mati.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


nota:
hairan dalam masa beberapa jam
telah diketahui 4 malaoan ini
telah terlibat dalam 18 kes jenayah

wow! hebat - lebih hebat dari
komputer kah kah kah

SIAPA SEBENARNYA MENGGANAS?

Posted: 20 Sep 2011 08:12 PM PDT




MAT INDERA BUKAN MAT SABU




MAT SABU MENGAKU TAK BERSALAH - mkini

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.





KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... DULU TAHUN 1948 BRITISH MENGGANAS... kah kah kah

kah kah kah...BRITISH BUNUH ORANG KAMPONG MACAM DI BATANG KALI..kah kha kh

kah kah kah..SEBELUM INI JEPUN MENGGANAS... kah kah kah..

kah kah kah..TAHUN 2011 INI GEROMBOLAN PULAK MENGGANAS... kah kah kah..

kah kah kah...INI TANDA TANDA AKHIR ZAMAN.... kah kah kah


Tiada ulasan: