Selasa, 20 September 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SURAT UNTUK RAJA BERSIONG

Posted: 20 Sep 2011 01:28 PM PDT




INI DIA RAJA BERSIONG






KENYATAAN MEDIA
SEKRETARIAT PEMBANGUNAN KAMPONG BHARU (SPKB)



AKTA KAMPONG BARU : KERAJAAN JANGAN ZALIMI PENDUDUK


Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB) mendesak Kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru yang dijadualkan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dalam sidang Parlimen bulan Oktober akan datang kerana majoriti penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru jelas membantah cadangan untuk mewujudkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menerusi Akta tersebut.

Walaupun mendapat bantahan keras dari pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru , Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tetap berkeras untuk membentangkan Rang Undang-undang (RUU) tersebut untuk bacaan kedua.

Tindakan ini bukan sahaja telah membelakangkan suara pemilik dan pewaris tanah, malah ia memperlihatkan sikap angkuh dan gelojoh Kerajaan untuk mengaut keuntungan mega dengan memperdagangkan satu-satunya aset berharga milik penuh orang Melayu di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur ini. Tindakan ini telah menampakkan kebenarannya dengan pewartaan Kampong Baru sebagai Zon Komersial sepenuhnya dalam Draf Pembangunan Kuala Lumpur 2020.

SPKB menegaskan bahawa pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru bukanlah menentang atau menolak pembangunan, tetapi biarlah pembangunan yang hendak dirancang itu bersifat manusiawi, ikhlas dan memberikan keutamaan serta mengambil kira pandangan mereka, bukannya mengutamakan kepentingan pihak-pihak tertentu. Sejak dari awal lagi Kerajaan telah menunjukkan sikap yang sangat tidak jujur terhadap penduduk Kampong Baru di mana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru tersebut telah dibentangkan dahulu untuk bacaan pertama di Parlimen, kemudian barulah pihak Kementerian turun berjumpa penduduk, pemilik dan pewaris tanah untuk kononnya "berbincang" dengan mereka.

Tindakan ini seumpama meletakkan pistol di kepala penduduk dan meneruskan dengan perbincangan, sedangkan banyak perkara-perkara yang jelas memprejudis dan merugikan penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru jika RUU tersebut diluluskan kelak.

Antara perkara yang mendapat bantahan keras dari penduduk Kampong Baru ialah kaedah penyerahan hakmilik tanah kepada Kerajaan untuk dibangunkan tanpa jaminan bilakah ia boleh dikembalikan semula kepada pemilik, penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960 dan segala keputusan Perbadanan yang tidak boleh dicabar di mahkamah, pemansuhan Lembaga Penempatan Pertanian Melayu (MAS) yang telah lebih seabad mentadbir dan menguruskan hal-ehwal tanah Kampong Baru, keanggotaan Perbadanan yang tidak mewakili suara anak Kampong Baru serta penubuhan Majlis Penasihat yang langsung tidak "bertaring".

Selain itu, pemusatan kuasa yang sangat luas dan tidak terbatas ke atas Kampong Baru yang diletakkan hanya kepada seorang manusia sahaja iaitu Menteri Wilayah Persekutuan, yang boleh mendedahkan kepada amalan penyalahgunaan kuasa, urustadbir yang korup dan tidak bertanggungjawab.

Semua perkara tersebut menggambarkan sikap tidak telus dan jujurnya Kerajaan untuk menjaga kepentingan orang-orang Kampong Baru. Walaupun beberapa pindaan terhadap RUU tersebut telah dicadangkan oleh pihak Kementerian dan dicanangkan kepada penduduk Kampong Baru, SPKB menegaskan bahawa pindaan undang-undang tersebut hanyalah bersifat "kosmetik" dan bertujuan untuk mengaburi mata pemilik dan pewaris tanah semata-mata, yang kononnya Kerajaan telah mendengar pandangan dan bantahan mereka. Hakikatnya, pindaan tersebut tidak membawa makna apa-apa kerana RUU tersebut telahpun dibentangkan di Parlimen dan tidak ditarik balik sehingga kini.

Justeru itu, SPKB mencabar Kerajaan untuk mendedahkan hasil pungutan suara (referendum) penduduk Kampong Baru berkenaan cadangan pindaan dan RUU tersebut sebelum ia dibentang dan diluluskan di Parlimen. SPKB dimaklumkan bahawa sambutan penduduk, pewaris dan pemilik tanah Kampong Baru amat dingin terhadap referendum Kementerian tersebut. Ini memberikan gambaran yang sangat jelas bahawa penduduk, pewaris dan pemilik tanah menentang keras Akta Kampong Baru tersebut.

Oleh itu, Kerajaan digesa untuk menarik balik Akta tersebut sepenuhnya dan diingatkan agar jangan terus zalimi penduduk dengan mengambil tindakan yang akhirnya akan merugikan penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru dan orang-orang Melayu khususnya.

20 September 2011

AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI
Pengerusi
Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB)

TAHNIAH UNTUK MALAYSIA KINI!

Posted: 20 Sep 2011 01:11 AM PDT





MARI KITA GUNAKAN BAHASA KEBANGSAAN KITA




AIR MANI DI DUBUR MAMPU BERTAHAN HINGGA 113 JAM - malaysiakini

Pasukan pembelaan perbicaraan liwat II hari ini tersentak apabila saksi mereka - pakar DNA dari Australia - Dr Brian Mc Donald bersetuju dengan andaian pendakwaan bahawa air mani boleh bertahan di dubur atau rektum antara empat hingga 113 jam.

Perkara itu diajukan kepada Dr Mc Donald, ketika beliau diasak oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ketika memeriksa balas saksi itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TERBAIK DARI MALAYSIAKINI..... kah kah kah..

kah kah kah...JUJUR DAN IKHLAS....kah kah kah..

kah kah kah...TAK GUNA LAGI SPERMA DAN NESTUM.... kah kah kah..

kah kah kah.... BAHASA JIWA BANGSA.... kah kah kah...

kah kah kah... GUNAKAN LAH BAHASA KEBANGSAN KITA.... kah kah kah..

kah kah kah.... MARI KITA AMALKAN RAMAI RAMAI.... kah kah kah

nota:
makcik felda boleh mengikuti kes ini dengan selesa
anak muda boleh mengikuti kes ini
tanpa potong stim
kah kah kah


MARI KITA SAMA SAMA TAKU

Posted: 19 Sep 2011 10:47 PM PDT




INI DIA RAJA BERSIONG





NOTA:
inilah rupa rupanya
muka raja bersiong
yang amat di benci oleh
penduduk kanpong baru

raja bersiong ini juga
sedang membuat huru hara
di kampong kerinchi
dan pantai dalam

sesiapa kenal bomoh
atau pawang yang boleh memerangkap
raja bersiong ini?

tapi waspada raja bersiong ini
berkawan rapat dengan bik mama
kah kah kah

nota:
terima kaseh khairul
yang telah dapat mengambil
gambar raja bersiong ini!




CARI DI MANA KUNCINYA

Posted: 19 Sep 2011 10:39 PM PDT




HANYA TINGGAL INGATAN




POLIS TEMBAK MATI EMPAT LELAKI DI IPOH - mkini

Polis menembak mati empat lelaki dipercayai warga asing dalam satu kejadian berbalas tembak di Jalan Changkat Larang, Pengkalan di Ipoh, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, ACP Najib Mohamad berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam tadi apabila empat lelaki itu yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira cuba melarikan diri apabila dihampiri polis.

"Semasa kejadian polis sedang melakukan rondaan di kawasan Menglembu apabila melihat empat lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri, mereka memecut laju ke arah Pengkalan", katanya ketika dihubungi hari ini.

Empat penjenayah itu mati ditembak semasa berbalas tembak dengan anggota polis selepas kenderaan yang dinaiki mereka tersekat di satu jalan mati di Changkat Larang.

Polis turut menemui sepucuk pistol, empat bilah parang, dua komputer riba, dua buah telefon bimbit dan beberapa pakaian dalam kereta penjenayah tersebut.

Siasatan juga mendapati kereta yang digunakan mereka adalah kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Ipoh minggu lalu - TIEWNAMA

NOTA:
satu lagi pembunuh resmi

sila baca berita ini betul betul
baca sekali lagi
baca sekali lagi

apakah telah ditemui kunci berita ini?

kuncinya ialah
: EMPAT LELAKI DIPERCAYAI WARGA ASING

ini kunci berita ini
kunci ini amat penting kerana apabila ada kunci ini
maka banyak mulut akan terkunci:

mulut peguam latifah koya
mulut peguam fadaiah
mulut peguam surendran
semua tutup mulut

mulut politikus juga akan terkunci:
kit siang syed husdin ali anwar ibrahim
wan azizah mat sabu haji hadi dr zul
tony pua lim chin tong nurul izah
husam nik nazmi tian chua
semua tutup mulut

mulut ngo juga akan terkunci:
suaram pekasa abim pkpm
jim jingga 13 cij semua tutup mulut

kerana telah ada kunci:
DIPERCAYAI WARGA ASING

MARI BELAJAR DARI SEJARAH

Posted: 19 Sep 2011 10:09 PM PDT




DULU PENYOKONG ZIONIS DIBUNUH




nota:
dulu penyokong zionis dibunuh
kini diberi duit untuk
hancurkan negara
kah kah kah



ANWAR: KERAJAAN DINASIHATI APCO , UNDANG UNDANG ZALIM BAKAL GANTI ISA – keadlian daily

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat nasihat dari firma Perunding Yahudi, Apco Wordwide.

Menurutnya, rakyat perlu berwaspada apabila ISA dibatal kerana kalangan pimpinan Umno sendiri menjangkakan, dua akta baru untuk menggantikan undang-undang itu dijangka lebih keras "asalkan bunyinya bukan ISA".

"Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan yang disediakan oleh Apco.

"Biar rakyat menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan," katanya yang pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali.

Anwar berkata, ISA diguna pentadbiran Umno-BN sejak sekian lama untuk mempertahan ketuanan Melayu dan melindungi kedudukan Umno dalam kerajaan.


NOTA:
mari belajar dari sejarah
henry gurney persuruh jaya british ke tanah melayu
wakil raja england
sebelum datang ke tanah melayu telah buat huru hara di palestine

akhirnya chin peng tembak di di bukit frazer
mampus saekor

pada 23 feb 1950 ray dancey ialah sarjen kepala rumah pasong bukit kepong
ray dancey ini orang puteh
sebelum datang bertugas ke tanah melayu
ray dancey telah buat kacau di palestin

malam serangan itu ray dancey tak ada
kalau tidak mampus lagi saekor

zaman british dulu kaum zionis datang menyamar
zaman tunku – tunku yang menurut zinal kling gila
kerana melaung laung kan merde ka wal hal negara
tidak di jajah – zaman tunku ini israel datang main bola
untuk BOLA SEPAK MERDEKA

sekarang ini dah kembali ke zaman tunku
zionis datang beri arahan

kalau mahu tak sedar sedar
maka betullah kata hang tuah:
melayu ini bodohnya sampai ketulang
kah kah kah


BERAPA LAMA NAK TERDEDAH?

Posted: 19 Sep 2011 09:05 PM PDT




DEDAH DAH NAMPAK SEMUA





10 LAGI IC PALSU SIRI KEDUA DIDEDAH – harakah daily

Seperti dijanjikan sebelum ini, Dewan Pemuda PAS semalam mendedahkan 10 lagi kes kad pengenalan yang berkemungkinan palsu kerana memiliki nama sama tetapi dua nombor kad pengenalan sedikit berbeza.

Dalam pendedahan semalam, Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat membawa bukti perubahan status 10 individu yang mewakili lima nama sebelum dan selepas pendedahan mereka bulan lalu.

Dalam maklumat itu, kesemua mereka mempunyai dua nama yang sama, dua nombor kad pengenalan hampir sama dan boleh mengundi dua kali, telah bertukar status menjadi satu dalam rekod SPR selepas didedahkan.

Sebelum ini, Suhaizan menjelaskan, menjadi amalan biasa di pusat-pusat pengundian mereka yang mempunyai kad pengenalan yang hanya sedikit sahaja bezanya dengan nombor kad pengenalan yang ada dalam daftar pemilih dibenarkan mengundi dengan cara mendapatkan kebenaran dari ketua tempat mengundi.

Mereka dibenarkan mengundi dengan cara mengisi satu borang akuan bahawa mereka adalah orang sebenar berdasarkan kad pengenalan dan nama dalam daftar pemilih itu.

Berikut adalah maklumat-maklumat individu tersebut seperti disemak dalam web SPR:

NOTA:
okay!
baik!
syabas!
terbaik!
tahniah?

tapi persoalan apa tindakan yang akan diambil
satu demi satu bukti telah di paparkan
satu demi satu kesah ini di ketahui oleh orang ramai
mak cik felda tahu
mat rempit tahu
abang warong tahu

hakikatnya orang ramai dah tahu
tapi


apa tindakan yang wajib diambil?
amaran telah diberi
bukti telah dipapar
apa tindakan?


NOTA:
dedah untuk naikkan syahwat?
tapi tak pancut pancut


woit... TERDEDAH LAMA LAMA LANGAU MASUK.... kah kah kah

Tiada ulasan: