SharpShooter |
Nik Aziz: ‘Saya jamin hudud tidak libatkan bukan Islam’ Posted: 28 Sep 2011 12:19 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept — Dilihat sebagai usaha berterusan mahu meyakinkan bukan Muslim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi "jaminan" undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam. Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam. "Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam," kata Nik Aziz dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini. Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud. Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing. Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini. Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan. "Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan? "Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi," kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu. Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir. Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu. Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia. Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat. Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Tarikh akhir pendaftaran SPR 29 Sept Posted: 27 Sep 2011 09:31 PM PDT Tarikh akhir pendaftaran SPR 29/09/2011... bagi yang berumur 21tahun ke atas sudahkan anda mendaftar..?? Tahukah anda.. Mengundi itu penting. Ini adalah kerana mengundi itu adalah hak setiap dr kita yang telah berusia 21 tahun ke atas sebagai seorang warganegara. Istimewanya setiap dari rakyat M'sia yang telah berusia 21 tahun ke atas ini kerana diberikan hak memilih kerajaan. Percayakah anda.. Undian anda adalah penentuan ke arah hala tuju negara. Membangun atau mundurnya negara adalah terletak pada tangan kita. 1 undi bakal menentukan segalanya. UNDI ANDA ADALAH PENENTU... Oleh itu, segera lah mendaftar di mana2 Pejabat POS berdekatan anda untuk mendaftar. Bagi yang telah mendaftar atau tak pasti, boleh semak melalui sms. Sila hantar: SPR<space>SEMAK<space>NO IC ke nombor15888. Sampaikan pada sanak saudara dan rakan yang lain. Daftarlah dengan segera. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan