SharpShooter |
BENARKAH KLIP VIDEO NI DIHARAMKAN OLEH PUTRAJAYA? Posted: 23 Sep 2011 12:55 AM PDT BENARKAH KLIP VIDEO NI DIHARAMKAN OLEH PUTRAJAYA? APA HAL BRO...KALAU BENAR DAN KUAT MENGAPA LU TAKUT SANGAT DENGAN VIDEO CLIP INI?..RILEKS LAH BRO...UNDILAH..DAFTARLAH BRO..NEGARA INI.. NEGARA KITA BRO... Saya amat terkejut membaca berita bahawa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu ini telah mengarahkan penyiar tempatan supaya berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (public service announcement, PSA) "Undilah" yang diterbit saudara Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia yang baru lepas. PSA ini, yang disertai diri saya sendiri dan ramai lagi tokoh masyarakat Malaysia, adalah satu usaha tak berpihak (non-partisan) untuk mengajak rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi dan keluar mengundi bila tiba masa pilihanraya nanti demi mengukuhkan proses demokrasi yang diamalkan di negara kita. Ia bertujuan memupuk semangat demokrasi di kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira pihak mana yang disokong. Di kala para pemimpin negara begitu gah mahu menjadikan Malaysia negara pengamal "demokrasi terbaik" di dunia, tindakan seperti yang dilakukan SKMM ini jelas merosakkan usaha-usaha tersebut dan seakan memperlekeh intelek rakyat Malaysia amnya. Saya memohon SKMM untuk menjelaskan arahan yang dikeluarkan kepada penyiar tempatan, malah memohon agar SKMM menterbalikkan arahan tersebut dan mempromosi video ini sebagai satu langkah yang dapat memperkukuh demokrasi di negara tercinta ini. Janganlah kebebasan SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air. Nurul Izzah Anwar Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan