Rabu, 21 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


Rumah terbuka Dun Bukit tengah

Posted: 20 Sep 2011 07:48 PM PDT

Jutaan terimakasih kepada semua yang sudi hadir ke rumah terbuka Adun Bukit Tengah di Dataran Sg Semilang.

Sekalung tahniah kepada JKKK Sg Semilang yang bekerja keras untuk menjayakan rumah terbuka Adun Bukit Tengah YB Ong Chin Wen.






















Gambar ehsan JKKK Sg Semilang

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Mat Sabu dihadapkan ke Mahkamah Butterworth pagi ini

Posted: 20 Sep 2011 04:35 PM PDT


MOHAMAD Sabu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) berhubung ceramahnya mengenai Mat Indera, di Pulau Pinang, malam tadi. - BERNAMA


GEORGE TOWN 20 Sept. - Polis Pulau Pinang hari ini menahan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk diambil keterangan berhubung kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong, sebelum dibebaskan malam ini.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, Mohamad dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

"Beliau telah bekerjasama dengan pihak polis dan setelah tiba di Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 7.30 petang tadi, Mat Sabu telah dibawa ke IPK polis negeri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilihat tiba di pekarangan IPK polis negeri kira-kira 8.30 malam dan dibenarkan ikat jamin 45 minit kemudian setelah percakapannya dirakam.

Ayub berkata terdahulu polis menghubungi Mat Sabu mengenai waran tangkap terhadapnya itu.

Mengulas lanjut, Ayub berkata pemimpin Pas itu akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Butterworth esok bagi menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang dibaca mengikut Seksyen 499 kanun yang sama.

Ayub berkata pihaknya menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat Mat Sabu, termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Antara lain, Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lepas menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 adalah wira sebenar dan bukan 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan akhbar, yang mengakibatkan ratusan laporan polis dibuat terhadapnya. - Bernama

Sharpshooter - Cuba kita tengok semula ucapan video Mat Sabu di Tasek Glugor di bawah, Mat Sabu tak pernah kata pun kita sokong komunis tetapi itulah umporno spin citer kononnya kita sokong komunis.

Itulah wajah umporno sejak dulu kini dan selamanya...spin citer nombor satu....memang umporno nak jadikan negara darurat supaya mereka terus kekal berkuasa...ini semua hanya untuk modal politik murahan umporno untuk PRU 13 bulan sebelas....ayuh tumbangkan umnporno b-end dalam PRU 13...



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

umno tidak buat apa..umno sebenarnya penakut - Imam Majid

Posted: 20 Sep 2011 06:04 AM PDT

Assalamualaikum Wbr...

Bukan senang untuk mencari kebenaran dari cerita yang telah dipusing oleh UMNO dan juak-juaknya termasuklah TV Tigasukunya. Oleh yang demikian Kredit diberikan kepada Blog PAS, Badan Perhubungan Pas Negeri Perak yang merungkaikan kisah benar ini dari mulut seorang Pejuang yang masih lagi hidup dan dipanjangkan umurnya oleh Allah SWT untuk menceritakan penipuan dan pembohongan UMNO ini. Jikalau tidak...nescaya kita ditipu hidup-hidup oleh UMNO. Klik di SINI untuk ke blog beliau. - Pamglima 7


Kredit kepada Blog PAS, Badan Perhubungan Pas Negeri Perak

UMNO memang pengecut. Sanggup memusing fakta sejarah. Pejuang Negara dikatakan Komunis. Talibarut Inggeris dikatakan Pejuang. Orang lain sibuk berjuang menentang dan menghalau Inggeris...engkau pula menangguk di air keruh. Lembu punya susu, Sapi yang dapat nama. Setelah 50 tahun kemerdekaan negara ....baru terbongkar semua ini.

IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor".

"Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".

Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi Pimpinan Badan Perhubungan PAS Perak bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya baru-baru ini, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah.

Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.

"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Indera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.


"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan. Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.

"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.

Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.

Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: