Selasa, 20 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


Wajar Tukar Pinjaman PTPTN ke Biasiswa Rakyat: Mansor

Posted: 20 Sep 2011 01:27 AM PDT

Bersempena Hari Malaysia yang merupakan cuti umum, pihak kerajaan negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Penyerahan Wang Bantuan Ke IPTA bagi seluruh Seberang Perai.

YB Dato Mansor telah menyampaikan sumbangan kepada 548 orang penerima sumbangan bagi daerah Seberang Perai Tengah.

Dalam ucapan beliau telah menyentuh tentang pentingnya pelajaran dan melahirkan penghargaan kepada semua para ibu bapa dan guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan anak-anak Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama beliau turut menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memansuhkan pinjaman PTPTN dan mencadangkan agar diwujudkan Biasiswa Rakyat.

Ini kerana menurut beliau, terdapat kebimbangan para pelajar dan ibu bapa tentang masa depan generasi yang meannggung hutang sebelum mendapat pekerjaan.

Mansor juga membuat seruan kepada kerajaan persekutuan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai hub pendidikan yang cemerlang.

Ini kerana Pulau Pinang telah terbukti sebagai pusat pendidikan yang bertaraf antarabangsa seperti wujudnya Universiti Sains Malaysia (USM), Wawasan Universiti dan pelbagai lagi pusat pengajian tinggi yang unggul.

Tawaran kerjasama tersebut adalah bagi memastikan Pulau Pinang terus maju dalam memacu kecemerlangannya. Ini kerana menurut beliau Pulau Pinang akan terus maju dan mengorak langkah sekiranya Pulau Pinang terus mengekalkan bakat-bakat penting yang mampu membawa Pulau Pinang terus maju ke hadapan.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gambar rumah Mat Sabu cuba dibakar

Posted: 19 Sep 2011 11:43 PM PDT



Kesan habuk terbakar yang melekat di pintu pagar rumah Mat Sabu



Kesan terbakar pada lantai dan pintu pagar



Kesan terbakar pada suis loceng rumah.

Pintu pagar rumah Haji Mohammad Sabu Timbalan Presiden Pas di Seksyen 19 , Shah Alam telah dibakar malam tadi kira-kira jam 12.30 malam.Kejadian yang disedari jiran sebelah rumah Mat Sabu yang ketika itu mahu menunaikan solat.

Jiran Mat Sabu yang berada di tingkat atas rumah memberitahu, beliau ketika itu sudah memakai telekong dan nampak api sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu dan terdengar bunyi yang kuat di luar rumah.Beliau turun ke bawah untuk memadam api yang sedang membakar pintu pagar rumah Mat Sabu.

Ketika beliau sampai di hadapan rumah Mat Sabu ,jiran hadapan rumah Mat Sabu yang nampak api sedang bakar pintu pagar rumah Mat Sabu telah bertindak pantas memadam api kebakaran.Ketika kejadian Mat Sabu dan isterinya tidak ada di rumah .Hanya anak perempuan Mat Sabu sahaja ada di rumah .

Anak perempuan Mat Sabu, Huda menceritakan polis datang 10 minit selepas mendapat panggilan telefon siap dengan jabatan forensik sekali.Polis mengambil tong minyak yang berwarna kuning yang dipercayai diisi minyak tanah sebagai bahan bukti.

Huda rasa terkilan dengan sikap seorang anggota polis yang berpangkat koperal yang berkata, "Jangan kecik hati kalau kes ditutup kerana tiada suspek dikesan."

Huda juga berkata nasib baik kereta Myvi yang ada dalam pagar rumah tidak disambar api kerana jiran depan rumahnya sempat padamkan kebakaran

Sebelum kejadian pintu rumah Mat Sabu dibakar, Mat Sabu telah terima sms berbaur ugutan terhadap keluarganya.yang berbunyi ;

"Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak.

"Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam."



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Tiada ulasan: