SharpShooter |
- Fuziah desak siasatan dibuat terhadap pengakuan PM Bangladesh
- Jom bersama Anwar Ibrahim di Rumah Terbuka Kadun Bukit Tengah hari ini...
- Akhirnya Najib tunduk menyembah Buku Jingga
| Fuziah desak siasatan dibuat terhadap pengakuan PM Bangladesh Posted: 16 Sep 2011 07:40 PM PDT "Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini. "Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini. Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu. Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah. Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu. Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sharpshooter - Inilah wajah sebenar pimpinan umporno yang sanggup buat apa saja asalkan kuasa dapat dikekalkan...tiada maaf bagi mu...kita ajar dalam PRU 13Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Jom bersama Anwar Ibrahim di Rumah Terbuka Kadun Bukit Tengah hari ini... Posted: 16 Sep 2011 05:03 PM PDT ![]() Salam Aidilfitri....Dengan segala hormatnya saya menjemput semua untuk hadir ke Rumah Terbuka Aidilfitri Kadun Bukit Tengah (YB Ong Chin Wen) pada :- Tarikh : 17 September Hari : Sabtu Masa : 12 tengahari hingga 4 petang Lokasi : Dataran Sungai Semilang, Juru. Tamu Khas - Anwar Ibrahim dan Dato' Mansor Othman TKM 1 P.Pinang akan turut hadir memeriahkan rumah terbuka Kadun Bukit Tengah....mai jangan tak mai... Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Akhirnya Najib tunduk menyembah Buku Jingga Posted: 16 Sep 2011 04:24 PM PDT Biarpun pengumuman perdana menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah hasil perjuangan getir rakyat dari parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO), sejak berdekad-dekad, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Malah katanya, pengumuman yang dibuat Datuk Seri Najib semalam jelas menunjukkan bahawa akhirnya Umno-Barisan Nasional (BN) tunduk dengan tuntutan Pakatan Rakyat yang dimuatkan dalam Buku Jingganya."Ia sudah lama tertangguh, namun tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana tidak putus-putus memperjuangkan pemansuhan ISA ini. Ini juga membuktikan apa yang kita galur di dalam Buku Jingga memberi kesan," katanya melului sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Tv Selangor. Wan Azizah berkata demikian bagi mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri semalam yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Mengulas lanjut perkara tersebut, Wan Azizah berkata, beliau berharap pengumuman Najib itu tidaklah dibuat kerana terdesak untuk menarik sokongan rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.Ujarnya lagi, jika benar Najib ikhlas melakukan perubahan politik, perdana menteri itu perlu juga memastikan hak rakyat di negara ini diberi keutamaan dalam mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik mereka tanpa dibebani mana-mana pengaruh politik. "Pada masa yg sama kerajaan di gesa melihat juga masalah rakyat hari ini degan kenaikan kos sara hidup yang kian menekan dan terlalu tinggi untuk ditanggung. Ini kerana hak mendapat kesejahteraan hidup sama pentingnya dengan hak kebebasan," tambahnya. Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




Tiada ulasan:
Catat Ulasan