Rabu, 14 September 2011

SharpShooter

SharpShooter


Mat Sabu wajar diusir - senatak raja sesumpah

Posted: 13 Sep 2011 08:22 PM PDT

Utusan Meloya - Mat Sabu wajar diusir - Ezam

PAGOH 13 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu wajar diusir dari negara ini kerana sikap biadabnya yang sanggup menghina pejuang kemerdekaan negara.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana tiada tempat di negara ini bagi mana-mana rakyat yang sanggup mengangkat komunis sebagai hero seperti mana yang dilakukan Mat Sabu.

Malah, katanya, Mat Sabu juga melanggar garisan sebagai seorang rakyat yang beradab apabila menghina Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman.

"Rakyat Malaysia mesti diajar untuk hidup secara bermaruah serta bertamadun dan Mat Sabu perlu diusir dari negara ini dan memilih mana-mana negara komunis sebagai negara barunya," katanya ketika menyampaikan ceramah di Bukit Kepong dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan Mat Sabu menghina pejuang kemerdekaan negara dan menganggap komunis yang menyerang anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Mohamed Ezam menambah, tidak ada negara bertamadun di dunia yang boleh berkompromi dengan kebiadaban dan sikap tidak bertamadun seperti yang ditunjukkan oleh Mat Sabu.

Malah katanya, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang pro Islam tidak pernah menghina tokoh revolusi Turki, Mustafa Kemal Atartuk yang pro sekular kerana menghormati pemimpin itu selaku pengasas negara.

"Bayangkan apa yang akan terjadi kepada pihak rakyat Amerika yang menghina Presiden pertama Amerika Syarikat (AS) George Washington atau rakyat Indonesia yang mengutuk Presiden pertama Indonesia, Sukarno?,'' tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Terengganu, Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, Mat Sabu perlu jujur dalam merujuk kepada fakta jika mahu bercakap mengenai sejarah.

Katanya, apa yang mungkin tidak diketahui oleh Mat Sabu ialah perjuangan komunis pada awal 1930-an adalah secara radikal sehingga mendatangkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

"Kemerdekaan yang mereka impikan juga adalah untuk mempunyai sebuah pemerintahan berbentuk republik dan menghapuskan kuasa raja-raja Melayu," katanya.

Sharpshooter - Masih dijajah lagi rupanya pemikiran senatak raja sesumpah walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka...opps terlupa pula..sebab dua "kling" kata negara kita tidak pernah dijajah...

Sebenarnya senatak raja sesumpah cuba mengambil kesempatan untuk menonjolkan dirinya setelah nama Khairy yang muncul untuk berdebat dengan Mat Sabu...beliau kecewa sebab tak ada siapa pun nak cadangkan namanya untuk berdebat dengan Mat Sabu...itu saja sebenarnya...bukan ada sebab apa pun...

Cuba anda tonton kembali ucapan senatak raja sesumpah tentang prinsip tauhid..prinsip kemerdekaan...sekarang apa dah jadi...memang sial si senatak raja sesumpah ni...



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Syyyy...diam..diam... tutup mulut rapat-rapat...

Posted: 13 Sep 2011 10:00 AM PDT


Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya patuh kepada ketetapan dan arahan majlis presiden gabungan itu supaya rundingan kerusi tidak dibincang dan dihebah secara terbuka.

Peringatan itu dibuat ekoran beberapa pemimpin Pakatan di Johor, termasuk daripada PKR, mengutarakan pelbagai pandangan yang mengundang spekulasi dan pelbagai persepsi. pkr congress pc 271110 saifuddin nasution"Saya dengan ini menasihatkan kesemua ahli-ahli pimpinan PKR, PAS dan DAP Johor, dan juga di lain-lain negeri untuk mematuhi ketetapan dan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat serta menghormati dan menerima konsep kerjasama Pakatan Rakyat yang menekankan rasa hormat-menghormati sesama kita dalam erti kata yang sebenarnya," kata Saifuddin (kiri).

Percakaran PKR-DAP di Johor makin buruk semalam apabila Ketua PKR Bahagian Ledang Ng Keng Chuan dilapor berkata, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau akan dipersalahkan sekiranya Pakatan gagal menawan Johor pada pilihan raya umum ke-13. Ng membidas Boo (bawah) kerana didakwa berkali-kali melanggar perintah tutup mulut dan mendedahkan butiran rundingan agihan kerusi antara parti-parti gabungan Pakatan tanpa mengambil kira perasaan parti gabungan lain.

Dalam kenyataannnya hari ini, Saifuddin berkata, rundingan kerusi antara parti sekutu Pakatan merupakan proses berterusan yang menjadi tanggungjawab bersama menumbangkan BN. "Tentunya dalam mana-mana proses perundingan, akan ada wujudnya keadaan yang menduga kesefahaman semua pihak yang berNONEunding," kata anggota parlimen Machang itu.

Beliau juga menyeru ahli dan pimpinan ketiga-tiga parti pembangkang memberi tumpuan terhadap keperluan dan persediaan kerja jentera pilihan raya masing-masing bagi terus menyerlahkan peluang membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Saufudin turut menyatakan keyakinan dan sokongan PKR kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor Datuk Chua Jui Meng dalam meneruskan rundingan bagi mencapai "persetujuan hakiki" dalam rundingan itu. Dalam pilihan tiga tahun lalu, daripada 26 kerusi parlimen, DAP bertanding di enam kawasan manakala PAS dan PKR masing-masing di lapan dan 11 kerusi. BN mendapat kemenangan percuma di satu kerusi.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: