Isnin, 12 September 2011

shalehudin

shalehudin


Sorong papan tarik papan... kahkahkah...

Posted: 12 Sep 2011 10:00 AM PDT

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu.
Suruh saman saya saman,
Suruh mengaji saya tak mahu...

UMMI Hafilda Ali berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Jalan Duta Kuala Lumpur, hari ini selepas mahkamah terbabit membatalkan saman fitnah RM100 juta beliau terhadap ahli perniagaan, Nor Azman Abdullah dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas Ummi Hafilda menarik balik permohonan kes saman itu. - Foto Yazit Razali

Mai pakat tengok pistol ayaq UMNO... kahkahkah...

Posted: 12 Sep 2011 08:52 AM PDT

Apabila Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air....

Oleh: tokpepijat

Kita ingat hanya Thailand sahaja di Asia Tenggara tidak dijajah. Rupa-rupanya satu penemuan fakta sejarah baharu ditemui iaitu Malaysia juga TIDAK PERNAH DIJAJAH !

Berdasarkan 2 kenyataan oleh ahli sejarah bertaraf Professor iaitu Khoo Kay Kim dan Zainal Kling, nampaknya tidak perlu kita rayakan Hari Kemerdekaan kita. Sebabnya kita tidak pernah dijajah. Kita sekadar "dinaungi" atau "dilindungi

Jimatlah duit Kementerian Sang Pembakar Jambatan (Rais Yatim). Jimat bujet.

Maknanya selama 53 tahun, kita kerugian yang amat besar. Barangkali bilion ringgit kerana belanja untuk perayaan Hari Kemerdekaan.

Lebih malang lagi, selama ini (53 tahun) kita ditipu. Mati hidup kita sebagai rakyat Malaysia menyangka kita pernah dijajah British. Rupa-rupanya kita dinaungi sahaja. Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Kasihan anak-anak Malaysia yang membaca buku Sejarah Negara. Semua fakta tentang penjajahan adalah dusta semata-semata. Kita cuma dinaungi. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Lepas ini, seeloknya Khoo Kay kim, Zainal Kling, Ramlah Adam duduk semeja untuk gubal semula buku teks Sejarah. Kerja pertamanya ialah buang perkataan " penjajah British ". Kerana kita tidak pernah dijajah. Cuma dinaungi sahaja! Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Siapa yang untung sekarang ? Tentunya penerbit buku teks. Dapat tender buat buku Sejarah edisi baharu !

Kepada guru Sejarah, bersedialah anda untuk menjawab soalan-soalan panas dari anak murid Generasi Y.

Kepada Utusan, kamu tersilap jolok sarang tebuan. Jika mahu serang Mat Sabu bukannya memakan masa sampai lebih 10 malam. Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air ! Seronoklah Mat Sabu main air !

Akibatnya Sejarah Malaysia perlu dinilai kembali kerana kita tidak pernah dijajah!"

Elok dahh... Najib kata jangan ubah, Mahathir kata sejarah tak tepat... kahkahkah...

Posted: 12 Sep 2011 03:30 AM PDT


Najib: Jangan ada pihak yang cuba ubah sejarah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.

Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.

"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh.

Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.

Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.

"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.

Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

"Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusandan tindakan," katanya.

Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.

"Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya.

- Bernama

Cina ni mengata kat Melayu bangsa Umno... kahkahkah...

Posted: 12 Sep 2011 02:30 AM PDT

Parti Umno rekaan British semakin tergugat

Saya ingin membuat kenyataan media terhadap beberapa persoalan yang mengejutkan Negara akhir-akhir ini , pada asasnya saya melihat ada satu kecenderungan dari para professor yang menjadi pengampu kepada kerajaan BN yang mahu perbodoh rakyat.

Keadaan ini tidak boleh kita biarkan kerana kesannya amat buruk kepada masa depan negara.

Dari sudut lain saya menjagkakan juga merupakan strategi untuk terus menerus mengalih pandangan rakyat kepada isu lain yang lebih besar, juga selepas isu komunis nampaknya kurang menjadi.

Benarkah negara ini tidak pernah dijajah?.

kenyataan ini saya tujukan khas kepada ahli sejarawan yang diiktiraf kerajaan umno-bn, walaupun mereka ini bergelar profesor, namun tindakan mereka yang cuba menegakkan benang basah semata-mata menjaga kepentingan survival politik Umno-Bn telah mengenepikan nilai intelek mereka sebagai ahli akademik terbilang.

Apalagi saya ulangi isu ini sengaja dimainkan Umno-Bn bagi mengaburi mata rakyat terhadap salahlaku kerajaan pusat yang perkuda SPR dan juga JPN.

Ahli akademik sepatutnya menjadi pembela nilai ilmu lebih-lebih sejarah tanah air, terkini Malaysia sedang berada diambang kehancuran jika negara cuma membiarkan orang seperti Profesor Zainal Keling yang telah mengeluarkan pendapatnya bahawa katanya Malaysia tidak pernah terjajah.

Saya mencadangkan supaya dia mesti segera diperiksa tahap mentalnya, kenyataan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah tidak masuk akal, bahkan jika benarlah begitu, ini bermakna menurut fakta oleh beliau menerangkan bahawa hari kemerdekaan cuma perlu disambut di Pulau Pinang dan juga Melaka sahaja.

Sekarang ramai dikalangan rakyat Malaysia yang berpelajaran tinggi, mereka mengkaji tentang sejarah tanah air, dalam masa sama Umno-Bn terus menggelapkan fakta hakikat bahawa penjajah British telah meninggalkan "bekas pegawai" mereka sejak tanah air mendapat kemerdekaan pada tahun 1957.

Tidak ramai yang ambil tahu bahawa United Melay National Organitation atau Umno itu sendiri adalah cetusan orang putih, malah idea penubuhannya datang dari orang yang bukan berbangsa Melayu, bagaimana layak mereka mendakwa Umno pembela bangsa.

Dari segi fakta, mustahil pejuang tanah air yang digelar British dengan nama kumpulan berhaluan kiri bermazhab komunis, kerana kita tahu bahawa komunis menolak secara total sebarang fahaman berbentuk keagamaan, individu seperti seperti Mat Indera adalah seorang agamawan malah nama beliau telah tercatat di dalam sebuah buku terbitan Yayasan Warisan Johor yang bertajuk Pengukir Nama Johor sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.

Malah sebagaimana yang dijelaskan di dalam salah satu kajian ilmiah di Universiti Malaya pada tahun 1973 yang menyatakan bahawa Mat Indera memang merupakan tokoh pejuang dari Johor di era pra kemerdekaan, ini amat jelas sekali dari segi pembuktian yang berfakta.

Begitu juga nama-nama seperti Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka sebagai pejuang kemerdekaan.

Sejarah hari ini telah meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, sebut sahaja kemerdekaan di sekolah, maka nama yang hanya keluar dan disebut-sebut cumalah tokoh-tokh umno Umno sahaja, ini .

Sebut soal pengorbanan dalam perjuangan, Tunku Abdul Rahman cuma sedikit dari apa yang para pejuang sejati Tanah Melayu pasca pra kemerdekaan telah lakukan, bahkan jika hendak diikutkan Tunku cuma perunding dan bukannya pejuang untuk menghalau penjajah.

Saya mahu katakan bahawa penjajah British sengaja "membela" pemimpin Melayu yang pro mereka pada era tersebut dengan bertujuan cuma untuk menjaga astet dan lombong mereka sahaja, tidak lebih dari itu.

Pada 31 Ogos 1957 British telah tinggalkan satu parti yang direka khas yang diberi nama United Melay National Organitation atau Umno bagi menyaingi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dikepalai Dr Buhanuddin Al-Helmy dan rakan-rakannya.

Parti Umno rekaan British ini semakin tergugat dan isu Mat Sabu disensasi dan diputar belit demi untuk menutup fakta sebenar bahawa dialah penghniat kepada orang melayu dengan bersekongkol dengan penjajah, rakyat mula tahu tentang sejarah penubuhan Umno itu sendiri.

Saya juga ingin bertanya kepada mereka yang bertanggungjawab "membela" profesor-profesor ini, adakah wang rakyat telah dibazirkan begitu sahaja selama 53 tahun apabila menjelang hari kemerdekaan?

Jika benar negara tidak dijajah, sila kembalikan semula wang rakyat yang diperuntukkan untuk sambutan tersebut, begitu juga cuti umum pada tarikh tersebut perlu dimansuh kecuali di Pulau Pinang dan Melaka.

Di sini saya ingin menggesa ilmuan-ilmuan dan pakar sejarah supaya bangkit menentang penyelewengan fakta sejarah, nilai ini penting untuk tatapan generasi muda supaya mereka boleh belajar bagaimana orang terdahulu membina jati diri untuk mempertahankan negara dari sebarang bentuk jajahan yang berbentuk fizikal mahupun pemikiran.

Diamnya BN dalam isu ini bermakna mereka juga yang terlibat secara rasmi dalam pembohongan 1Malaysia terhadap sejarah, rakyat perlu hukum pembohong sejarah pada PRU 13 nanti, ubah sekarang selamatkan Malaysia.

Drs Khalil Idham Lim
Parit Buntar, 10 September 2011

Jaminan yang buatkan Umno mati kutu... kahkahkah...

Posted: 12 Sep 2011 01:30 AM PDT


Tahniah PAS, tahniah Cikgu Pa... haha...

Jaminan PAS: PM, TPM tetap Muslim jika Pakatan tawan Putrajaya

KUALA LUMPUR, 11 Sept - Datuk Mustafa Ali memberi akar umbi PAS jaminan bahawa dua jawatan tertinggi kerajaan pusat - perdana menteri dan timbalan perdana menteri - akan diketuai oleh komuniti Islam jika Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13.

Parti itu dilihat memberi jaminan bagi mengekalkan sokongan kalangan orang Melayu khususnya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar sementara spekulasi menyebut pilihan raya umum akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Setiausaha agung (gambar) itu mengatakan demikian ketika menjawab kebimbangan majoriti ahli parti Melayu Islam pada konvensyen di sini di sebalik kerjasama PAS-PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat yang wujud sejak lebih tiga tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibentuk secara formal selepas pilihan raya umum 2008, tetapi pendaftarannya belum mendapat kelulusan pihak berkuasa.

"Saya boleh memberi anda jaminan bahawa perdana menteri semestinya seorang yang beragama Islam dan semoga timbalan perdana menteri juga seorang beragama Islam," kata beliau.

"Imam (perdana menteri), Insya-Allah, selamat," kata Mustafa pada Konvensyen Negara Berkebajikan di Taman Melewar, Gombak dekat sini semalam. Input mengenai konsep itu akan dijadikan kandungan manifesto pilihan raya umum ke-13.

Seorang perwakilan yang menghadiri konvensyen sehari itu mengemukakan persoalan, "dalam Pakatan Rakyat, siapa imam? Macam di BN, imamnya ialah dari Umno... Kalau tak tentu imam, plan B pula macam mana?

Perwakilan itu merujuk imam sebagai perdana menteri."

Sejak merdeka, jawatan perdana menteri disandang oleh seorang wakil Umno beragama Islam. Begitu juga jawatan timbalan perdana menteri.

Setakat ini negara sudah memiliki enam perdana menteri.

Mustafa memberitahu perwakilan bahawa konsep Negara Berkebajikan telah dibincangkan dan diterima oleh rakan komponen PKR dan DAP pada sesi pemukiman mereka dua bulan lalu.

Bagaimanapun katanya, isu siapa yang akan memegang jawatan mana dalam kerajaan alternatif tidak dibincangkan secara khusus.

"Kami tidak membincangkan secara terperinci sebab orang yang akan memegang jawatan perdana menteri mesti menang pilihan raya umum," katanya lagi sambil menambah, perikatan itu akan berhadapan dengan masalah jika calon perdana menteri kalah pilihan raya.

Tambah beliau, kesemua dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju bahawa pengundi Melayu dominan seharusnya seorang beragama Islam.

Sementara Perlembagaan Persekutuan mengatakan seorang Melayu seharusnya Muslim, ia tidak menyebut apa-apa mengenai latar belakang agama dan etnik dalam soal pemilihan calon perdana menteri dan menyerahkan kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Kebimbangan mengenai kemungkinan seorang perdana menteri bukan Muslim muncul ekoran laporan muka depan Utusan Malaysia Mei lalu di bawah tajuk "Kristian agama rasmi?"

Akhbar milik Umno itu mendakwa wujud komplot antara DAP dan beberapa pastor untuk meletakkan seorang Muslim sebagai perdana menteri. DAP telah menafikan dakwaan sedemikian.

Tak baik PAS perlekehkan Umno yang telah sedia lekeh... kahkahkah...

Posted: 12 Sep 2011 12:30 AM PDT

PAS jangan perlekeh sumbangan UMNO pada Islam: Mustapa

KOTA BHARU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan PAS jangan mudah memperkecilkan sumbangan UMNO terhadap agama, bangsa dan negara sejak 54 tahun negara merdeka.

Beliau berkata, banyak perubahan sudah dialami negara hasil sumbangan UMNO bersama Barisan Nasional (BN) dalam memartabatkan Islam serta rakyatnya di mata dunia.

Justeru, Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menasihati Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar tidak mudah menjadi angkuh dengan memperlekehkan sumbangan dan perjuangan UMNO terhadap Islam.

"Kita berjuang untuk agama bangsa dan negara. Jangan jadi angkuh kerana ingat kita seorang saja yang berjuang untuk Islam.

"Kita kena terima hakikat bahawa setiap orang menyumbang kepada Islam dan negara melalui cara masing-masing. Cuma, tidak semua perjuangan itu ada sama kaedahnya," katanya kepada pemberita selepas majlis Aidilfitri Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz pada Jumaat lalu bahawa tiada faedahnya UMNO menawan Kelantan disebabkan tidak akan mendapat balasan yang baik di akhirat kerana ia tidak selari dengan kehendak Islam.
Beliau berkata, lebih wajar PAS melihat sumbangan UMNO daripada aspek memartabatkan Islam melalui pembangunan dan kemajuan pengetahuan rakyat di negara ini.

"Kalau dulu sebelum merdeka orang Melayu terkenal dengan sifat malunya. Tetapi setelah 54 tahun merdeka, Melayu sudah berubah dengan membawa pelbagai perubahan dan kemajuan.

"Semua ini terima kasih atas sumbangan pemimpin Umno terdahulu dalam menubuhkan pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru, Majlis Amanah Rakyat serta universiti untuk kemajuan rakyat khususnya umat Islam," katanya.

Mustapa menegaskan UMNO ingin memenangi Kelantan demi menguruskan negeri itu ke arah yang lebih baik.

Beliau berkata, kini biarlah rakyat Kelantan yang menilai prestasi UMNO dan menentukannya dalam pilihan raya umum nanti. - BERNAMA

Sumpah... saya ni natural... kahkahkah...

Posted: 11 Sep 2011 11:00 PM PDT

Dato' Adzib Pengerusi MAIS Penyokong BN!

Oleh KHALID SAMAD

Jelas berdasarkan tindakan beliau selama ini, maka boleh disimpulkan bahawa Dato' Adzib sebagai Pengurusi MAIS merupakan penyokong BN dan menggunakan kedudukannya untuk mempertahankan agenda UMNO/BN terutamanya di Selangor. Sekiranya kesimpulan ini tidak tepat dan bercanggah, maka adalah diharapkan agar dapat diberikan jawapan terhadap isu-isu di bawah.

1. Program di perkarangan Masjid bersama YB Kamalanathan
Dua gambar yang disertakan memadai untuk membuktikan bagaimana beliau melayani YB dari Barisan Nasional dengan cara yang begitu istimewa. Amat berbeza dengan layanan beliau terhadap YB dari PR. Gambar-gambar ini diambil diperkarangan Masjid di Hulu Selangor.

Dalam gambar pertama (Gambar 1), Dato' Adzib kelihatan duduk beramah mesra sambil menjamu selera bersama YB Kamalanathan dalam keadaan YB Kamalanathan memakai baju yang jelas tertera di atasnya lambang BN. Pada kebiasaanya baju berlambang parti politik dilarang di dalam perkarangan Masjid, tetapi oleh kerana ianya lambang BN, maka Dato' Adzib menganggap ianya tidak mengapa.

Dalam gambar kedua (Gambar 2), di program yang sama, beliau bersama dengan YB Kamalanathan menyerahkan kalimah 'Allah' kepada penduduk tempatan. Tiada pula dibuat bising apabila YB Kamalanathan sama-sama memegang dan menyerah kalimah tersebut sedangkan pada ketika itu, PAS dan PR dituduh menggadai kalimah Allah yang suci untuk diguna pakai oleh orang bukan Islam. Di sini tidak pula dikatakan ianya diguna pakai untuk tujuan politik oleh orang bukan Islam apabila YB Kamalanathan yang berbaju BN menyerahkannya kepada peserta.

Secara amnya bagi Dato' Adzib, semua yang BN buat boleh sahaja dan semua yang PR buat adalah salah.

2. Aduan terhadap UMNO oleh Tuan Nazir Masjid
Mungkin ada yang berkata, "buatlah aduan, boleh Dato' Adzib akan bertindak". Maka di sini disertakan bukti aduan yang dibuat.

Surat aduan ditulis oleh Nazir Masjid mengadu penggunaan Masjid oleh UMNO untuk memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Sumbangan diberi dengan menggunakan beg yang jelas tertera lambang BN. Nazir bertanya samada ianya dibenarkan dan sekiranya tidak maka diminta pihak MAIS menegur Bahagian dan cawangan UMNO berkenaan.(Surat 1).

Surat

(Sila klik sini untuk lihat surat )
Walaupun surat dialamatkan kepada Dato' Adzib dan hanya di s/k kepada JAIS, JAIS menjawab dan meminta pihak Nazir memberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut dikenakan ke atas dirinya kerana membenarkan program itu diadakan! (Surat 2).

Nazir menulis balik dan menyatakan kepelikan dan kekhairanan beliau. Dia yang mengadu tetapi dia yang nak dikenakan tindakan! (Surat 3).

Saya yakin dalam kes ini, Dato' Adzib meminta JAIS menulis jawapan sedemikian rupa dan inilah corak hubungan yang wujud di antara mereka di mana agenda UMNO dan BN dilindungi MAIS dan JAIS.

Sedangkan 'aduan' yang dibuat terhadap saya oleh entah siapa, bukan Nazir Masjid atau Pengerusi Surau, terus diambil tindakan dan saya akan didakwa dimahkamah!

Aduan berhubung ADUN BN berceramah di dalam Surau dan Masjid langsung tidak diindahkan. Di sini disertakan gambar yang pernah disertakan bersama aduan yang dibuat terhadap Dato' Idris Abu Bakar. Tiada tindakan kerana UMNO/BN. (Gambar 3 dan 4).

Demi membebaskan JAIS dan MAIS dari terus dinodai UMNO, rakyat Selangor dimintamemenangkan PR buat kali keduanya dalam Pilihan Raya ke 13 yang menjelang tiba. Pada ketika itu, segala tanggapan bahawa PR adalah kerajaan satu penggal akan berakhir. Pada masa itu, usaha penodaan yang merupakan kesukaan UMNO/BN akan juga dapat ditamatkan kerana terbukti rakyat tidak redha terhadap usaha-usaha seperti ini. Termasuk usaha-usaha memburuk-burukkan MB secara komplot rahsia demi menjatuhkannya.

Jikalau Dato' Adzib cenderung sangat berpolitik, sila terjun ke medan. DUN dan Parlimen Shah Alam terbuka luas untuknya. Jangan berpolitik secara berselindung disebalik institusi Islam dan dengan itu mencemar institusi tersebut!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Mai pakat tengok pistol ayaq UMNO... kahkahkah...

Posted: 11 Sep 2011 09:00 PM PDT

Apabila Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air....

Kita ingat hanya Thailand sahaja di Asia Tenggara tidak dijajah. Rupa-rupanya satu penemuan fakta sejarah baharu ditemui iaitu Malaysia juga TIDAK PERNAH DIJAJAH !

Berdasarkan 2 kenyataan oleh ahli sejarah bertaraf Professor iaitu Khoo Kay Kim dan Zainal Kling, nampaknya tidak perlu kita rayakan Hari Kemerdekaan kita. Sebabnya kita tidak pernah dijajah. Kita sekadar "dinaungi" atau "dilindungi

Jimatlah duit Kementerian Sang Pembakar Jambatan (Rais Yatim). Jimat bujet.

Maknanya selama 53 tahun, kita kerugian yang amat besar. Barangkali bilion ringgit kerana belanja untuk perayaan Hari Kemerdekaan.

Lebih malang lagi, selama ini (53 tahun) kita ditipu. Mati hidup kita sebagai rakyat Malaysia menyangka kita pernah dijajah British. Rupa-rupanya kita dinaungi sahaja. Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Kasihan anak-anak Malaysia yang membaca buku Sejarah Negara. Semua fakta tentang penjajahan adalah dusta semata-semata. Kita cuma dinaungi. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Lepas ini, seeloknya Khoo Kay kim, Zainal Kling, Ramlah Adam duduk semeja untuk gubal semula buku teks Sejarah. Kerja pertamanya ialah buang perkataan " penjajah British ". Kerana kita tidak pernah dijajah. Cuma dinaungi sahaja! Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Siapa yang untung sekarang ? Tentunya penerbit buku teks. Dapat tender buat buku Sejarah edisi baharu !

Kepada guru Sejarah, bersedialah anda untuk menjawab soalan-soalan panas dari anak murid Generasi Y.

Kepada Utusan, kamu tersilap jolok sarang tebuan. Jika mahu serang Mat Sabu bukannya memakan masa sampai lebih 10 malam. Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air ! Seronoklah Mat Sabu main air !

Akibatnya Sejarah Malaysia perlu dinilai kembali kerana kita tidak pernah dijajah!"

Tak baik woii kata PM kena nasi kangkang...

Posted: 11 Sep 2011 08:00 PM PDT

HANCUR NEGARA BILA PM MAKAN NASI KANG KANG

NEGARA MALAYSIA DALAM BAHAYA

KAJI SEMULA CAI 6.0 PERATUS CUKAI PERKHIDMATAN : NAJIB– meloya

Najib Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas daripada orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

woit...BINI ROSMAH INI BUKAN SAJE BANGANG... BODOH PUN IA JUGA... kah kah kah..

woit...INGAT RAKYAT BODOH... kah kah kah...

woit... BINI ROSMAH INI NAK MERNIPU SAJE KERJANNYA.... kah kah kah..

woit..INGAT ORANG RAMAI BODOH....kah kah kah..

kah kah kah...INGAT RAKYAT TAK TAHU.... CUKAI KERAJAAN YANG NAIKKAN....kah kah kah...

kah kah kah...CUKAI UNTUK DANA KERAJAAN... MESTI ADA PERSETUJUAN KERAJAAN... kah kah kah...

woit... CUKAI BUKAN JUAL DURIAN.... TOWKAY BOLEH LETAK HARGA.... kah kah kah...

kah kah kah...SEBELUM NAIK CUKAI MESTI BINCANG DENGAN MENTERI KEEWANGAN.... kah kah kah...

woit... SAHEH....BINI NAJIB...LEBIH BANGANG DARI DOLAH BADAWI.... kah kah kah...

kah kah kah... SI BANGANG TAK TAHU YANG DIA MENTERI KEEWANGAN.... kah kah kah..

woit... MACAM MANA JADI MENTERI... BODOH MACAM TELOOO..... kah kah kah

kakah kah kah...ITU PASAL... ORANG SUKA MAKAN ANSI KANDAR.... kah kah kah..

kah kah kah ..... SI BANGANG NI MAKAN NASI KANG KANG.... kah kah kah..

Bro TT

Ulasan yang wajib sangat hampa baca...

Posted: 11 Sep 2011 07:00 PM PDT


Profesor keliru, kemudian kelirukan orang


Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.

Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...

Makna kata Piem tak boleh lari... kahkahkah...

Posted: 11 Sep 2011 06:00 PM PDT


CUKAI PERKHIDMATAN 6%: PERDANA MENTERI PERLU BERTANGGUNGJAWAB

Kenyataan Najib Razak yang menyalahkan syarikat telekomunikasi atas kenaikan harga akibat cukai perkhidmatan 6% tidaklah mengejutkan. Kebelakangan ini, tindakan beliau yang suka menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya sendiri tidak disukai rakyat sudah menjadi tabiat.

Adalah tidak patut dan memalukan apabila seorang Perdana Menteri menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai kenaikan kos prabayar yang ditanggung rakyat, sedangkan beliau sendiri dengan gahnya mengumumkan kenaikan cukai perkhidmatan dalam pembentangan belanjawan 2011 di Dewan Rakyat tahun lepas.

Rakyat harus sedar bahawa cukai perkhidmatan 6% ke atas perkhidmatan telekomunikasi termasuk kad prabayar adalah cukai kerajaan. Cukai ini adalah milik kerajaan sepenuhnya dan tidak ada satu sen pun yang masuk poket mana-mana pihak lain, yang hanya bertanggungjawab mengutip cukai ini bagi pihak kerajaan. Setiap tahun, dianggarkan kerajaan mengutip sehingga RM750 juta daripada pembelian kad prabayar oleh rakyat Malaysia.

Walaupun saya berpendapat keputusan syarikat telekomunikasi untuk menaikkan kos kad prabayar untuk menampung kenaikan cukai perkhidmatan adalah tidak berpatutan kerana keuntungan mereka yang begitu tinggi, kita juga perlu adil dengan memahami bagaimana kos bagi segmen prabayar meningkat apabila cukai perkhidmatan dinaikkan.

Namun, tabiat Perdana Menteri yang suka menuding jari dan tidak mahu mengambil tanggungjawab perlu ditegur dengan keras oleh ahli-ahli politik dan pimpinan golongan niagawan. Kerajaan tidak boleh berdolak dalih dalam melaksanakan dasar percukaiannya. Jika ia telah meluluskan undang-undang yang menetapkan semua perkhidmatan dikenakan cukai 6% sebagai satu bentuk cukai penggunaan, ia tidak boleh secara diam-diam berharap cukai itu ditanggung oleh syarikat, kerana cukai perkhidmatan adalah satu bentuk cukai yang ditanggung oleh rakyat bagi tujuan mengawal penggunaan.

Tabiat sebegini akan menghuru-harakan keadaan. Ia akan menyebabkan pentadbiran percukaian dan ekonomi negara kucar-kacir kerana kaedah percukaian yang berbeza sudah hilang maknanya; apabila Perdana sendiri yang keliru di antara tujuan dan fungsi di antara cukai langsung (ke atas keuntungan dan pendapatan) berbanding cukai tidak langsung (ke atas penggunaan melalui cukai perkhidmatan dan barangan). Maka tidak hairanlah Perdana Menteri sehingga sekarang tidak berjaya mengembalikan keyakinan pasaran kepada dasar dan kepimpinannya.

Tabiat Dato' Seri Najib Tun Razak juga berbahaya kerana ia memberi gambaran syarikat berlainan akan mendapat layanan berbeza walaupun undang-undangnya sama. Jika beliau mahu syarikat telekomunikasi
menanggung cukai perkhidmatan 6%, beliau juga perlu berlaku adil kepada semua. Makanya, beliau wajar memberi arahan agar semua syarikat lain dari pelbagai industri, termasuklah industri penyiaran (Astro)
hinggalah kepada industri makanan (KFC dan restoran mamak) juga perlu menanggung cukai perkhidmatan itu.

Alang-alang beliau mahu menjadi jaguh rakyat, lebih baik beliau menghapuskan saja cukai perkhidmatan kerana beliau tidak ada hak untuk memberi arahan syarikat mana perlu menanggung cukai perkhidmatan.
Tindakan itu akan menyebabkan sudah tidak ada beza di antara cukai perkhidmatan dan cukai pendapatan.

Hakikatnya, rakyat harus sedar bahawa tindakan Dato' Seri Najib Tun Razak menaikkan cukai perkhidmatan kepada 6% berkuatkuasa 1 Januari 2011 memainkan peranan dalam kenaikan kos; termasuk kos prabayar.

Jika beliau mahu menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab, beliau sepatutnya mengumumkan pengecualian daripada cukai perkhidmatan semua perkhidmatan harian yang ditanggung sebahagian besar rakyat; termasuklah perkhidmatan siaran TV berbayar (Astro), telekomunikasi dan restoran.

Itu lebih bertanggungjawab daripada terus menuding jari kepada orang lain apabila keputusannya dibangkang rakyat.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
10 SEPTEMBER 2011

200 maut terjun dari Menara WTC

Posted: 11 Sep 2011 05:00 PM PDT


SEORANG lelaki terjun dari bangunan WTC yang runtuh akibat serangan pengganas sedekad lalu.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seramai 200 orang dilaporkan terjun dari Menara Berkembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini ketika pengganas menyerang beberapa lokasi utama di AS pada 11 September 2001, lapor sebuah akhbar semalam.

Berdasarkan rekod tidak rasmi, hampir semuanya menemui ajal secara bersendirian tetapi beberapa saksi mengakui mereka pernah menyaksikan satu pasangan terjun sambil berpegangan tangan.

Malah kata saksi, ketika berada di hujung nyawa seorang wanita turut dilihat memegang kuat skirtnya supaya dia tidak mati dalam keadaan yang memalukan.

Sebahagian lagi mangsa cuba membuat payung terjun daripada langsir dan alas meja tetapi daya graviti menyebabkan ia terlucut daripada pegangan sekali gus menyebabkan nyawa mereka melayang.

"Mangsa-mangsa itu memilih untuk terjun daripada mati terbakar dan saya dapat melihat mereka jatuh seorang demi seorang," kata seorang anggota bomba yang bertugas pada hari kejadian, Maureen McArdle-Schulman.

"Kerana terlalu ngeri, saya dan seorang rakan setugas mengalihkan pandangan kami pada dinding bangunan berdekatan, namun kami masih dapat mendengar bunyi tubuh mereka terhempas di tanah," tambahnya.

Menurutya, dia turut berang dengan tindakan sebahagian individu tidak berhati perut di lokasi kejadian yang merakam mangsa- mangsa itu terjun.

Hampir semua mangsa terjun dari tingkat-tingkat teratas WTC. Mereka jatuh pada kelajuan 200 kilometer sejam dan memiliki 10 saat untuk mengimbas kembali hidup mereka sebelum menemui ajal di tanah.

WTC yang setinggi 417 meter dan memiliki 110 tingkat, terdiri daripada Menara Utara dan Menara Selatan dibuka kepada orang ramai pada 1973. Pembinaannya ketika itu menelan belanja AS$400 juta (RM1.2 bilion).

Pada 11 September 2011, kumpulan pengganas merempuh dua pesawat Boeing 757 ke atas WTC yang menyebabkan ia terbakar dan runtuh. Kejadian itu meragut 2,753 nyawa.

Sebelum ini, berita dan gambar-gambar mereka tidak disiarkan media AS.

Pemerintah AS beranggapan bahawa mereka yang memilih untuk membunuh diri daripada mati terbunuh sebagai tidak patriotik sekali gus mencalar imej negara.

Sementara itu, kawalan keselamatan di sini dan beberapa lokasi utama lain di AS diperketatkan menjelang sambutan ulang tahun ke-10 insiden serangan pengganas ke atas AS hari ini. - Agensi

Elok dahh... Najib kata jangan ubah, Mahathir kata sejarah tak tepat... kahkahkah...

Posted: 11 Sep 2011 03:30 PM PDT

Najib: Jangan ada pihak yang cuba ubah sejarah


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan agar mana-mana pihak tidak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis.

Beliau berkata komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim.

"Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Permatang Pauh.

Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi.

"Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya.

Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat.

"Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat.

"Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa.

Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan.

"Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusandan tindakan," katanya.

Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini.

"Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: