shalehudin |
- Komunis memang suka tembak curi... haha...
- Alaahaii Khairy oii... haha...
- Makin popular la Mat Sabu... haha...
- Pondan ni bangsa Umno ka hapa... kahkahkah...
- Mat Sabu ni cari pasai betoi laa... haha...
- Akai tarok lutut... kahkahkah...
- Komunis memang suka tembak curi... haha...
- Mat Sabu dan Mat Indera
- Alaahaii Khairy oii... haha...
- Makin popular la Mat Sabu... haha...
- Mat Sabu ni cari pasai betoi laa... haha...
- Pondan ni bangsa Umno ka hapa... haha...
- Akai tarok lutut... kahkahkah...
Komunis memang suka tembak curi... haha... Posted: 09 Sep 2011 08:58 AM PDT Isteri, anak gadis Mat Sabu diugut simbah asid Abdul Rahim Sabri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali. Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi: "Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak. "Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam." Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin. "Polis kalau orang lain buat laporan, cepat sangat ambil tindakan. Kalau Mat Sabu buat report. silap-silap dia kena tangkap. "Itu yang kita tengah bincang nak buat report atau tidak," kata Mohamed Hanipa yang menyifatkan kandungan SMS itu mengandungi unsur jenayah. Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad. |
Alaahaii Khairy oii... haha... Posted: 09 Sep 2011 07:38 AM PDT Khalid: KJ kelentong, tiada jemputan debat rasmi dari Kelantan Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 8 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Khairy Jamaluddin cuba meraih populariti apabila mendakwa telah menerima tawaran daripada kerajaan negeri Kelantan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong. Sebaliknya Khalid menegaskan, kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menghantar sebarang surat rasmi kepada Khairy selaku Ketua Pemuda Umno, tetapi hanya satu e-mel yang bertanyakan jika Ahli Parlimen Rembau itu bersedia berdebat. "Khairy Jamaluddin cuba mengambil kesempatan dalam isu Mat Sabu (Mohamad) ini, sebenarnya e-mel yang dihantar itu hanya bertanyakan sama ada beliau sanggup atau bersedia berdebat daripada Kelantan, dalam e-mel itu juga mengatakan seorang lagi panel berkemungkinan Mat Sabu. "Tarikhnya pula penghujung September ini, 9 malam di Kota Baru, itu sahaja tetapi Khairy dah keluarkan kenyataan macam perkara ini sudah muktamad sedangkan Mat Sabu pun belum kata apa-apa," katanya pada sidang media di sini. Justeru jelas beliau, Khairy telah berbohong untuk mendapatkan publisiti dalam isu kenyataan kontroversi Mohamad. "Ya, dia (Khairy) berbohong, kelentong . . . inilah talian hayat untuk dapatkan publisiti semata-mata untuk mengekalkan jawatan yang dipegangnya. "Kita tahu dia dah tiada sokongan akar umbi, dia mahu tunjuk hebat sedangkan e-mel yang dihantar itu hanya bertanyakan pendapatnya sahaja," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Khairy sebelum ini berkata telah menerima jemputan untuk berdebat dengan Mohamad di Kelantan akhir bulan ini. Namun, Mohamad menolak cabaran itu dan menyerahkan kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Khairy — memutuskan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mohamad mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950. Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. |
Makin popular la Mat Sabu... haha... Posted: 09 Sep 2011 05:30 AM PDT Wallawoii... bukan mudah woi nak dapatkan publisiti percuma macam yang Mat Sabu dapat nih... haha... Tambah tambah lagi hari hari cerita kita dapat keluaq dalam surat habaq Utusan Meloya tuh... Jadi aku bagi pihak Mat Sabu nak ucapkan terima kasih ja la kat Utusan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya tuh... termasuk lah puak puak NGO yang pro bangsa Umno dan jugak bangsa Umno sendiri yang mempopularkan Mat Sabu lebih dari Piem korang sendiri... haha... |
Pondan ni bangsa Umno ka hapa... kahkahkah... Posted: 09 Sep 2011 03:30 AM PDT 'Saya pondan istimewa' Oleh Rashidi Karim KANGAR: "Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam. "Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai," kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu. Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya. Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin. "Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya. |
Mat Sabu ni cari pasai betoi laa... haha... Posted: 09 Sep 2011 02:30 AM PDT 'Kalau referendum, Tunku tak jadi PM' - Mat Sabu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama. Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu. "Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama. "Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan," katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai "merdeka in bracket". Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan. "Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan. "Ini Umno saja raya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi. Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari. 'Chin Peng atau Henry Gurney baik?' Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali. "Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand. "Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno)," katanya. Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas. Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya. "Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng? "Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri," katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.- Neutral Daily |
Akai tarok lutut... kahkahkah... Posted: 09 Sep 2011 12:30 AM PDT Kisah MAT INDERA Mahu Disamakan Dgn Kisah FIRAUN Di Dlm AL-QURAN Oleh YB KERDAU SEORANG `ustaz' iaitu Adun Kerdau, Pahang, YB Syed Ibrahim Syed Ahmad semalam mengulas tentang isu yang kini hangat diperkatakan iaitu berkenaan Mat Indera, tokoh yang diangkat sebagai Pejuang oleh Mat sabu, Timbalan Presiden PAS. Kenyataan Syed Ibrahim disiarkan di dalam akhbar Sinar semalam dan kenyataan beliau tersebut sudah cukup menggambarkan YB ini tidak tahu hujung pangkal isu Mat Indera yang sedang diperbahaskan. Beliau menggesa rakyat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan bukti yang dikemukakan oleh Mat Sabu iaitu sebuah buku yang dikeluarkan oleh Yayasan Johor bertajuk " Pengukir Nama Johor" yang menyenaraikan Mat Indera adalah tokoh yang termasuk di dalam Pengukir Nama Johor Lojikkah Pengukir Nama Johor dipilih dari kalangan Komunis? Sudah tentu tidak, apatah lagi buku tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor sendiri bahkan di dalamnya tercatat kata-kata aluan dari MB Johor. Melucukan apabila Syed Ibrahim membawa contoh Al-Quran yang juga menyebut nama Firaun di dalamnya. Soal beliau, adakah Allah sebut nama Firaun maka Firaun dianggap pejuang? Teramat dangkal pemikiran YB yang dikatakan berkelulusan agama ini, yang hanya berhujah seperti menggunakan kepala lutut. Memanglah Allah sebut nama Firaun dan banyak lagi nama lain di dalam Al-Quran termasuk juga nama Abu Lahab dan juga nama-nama Nabi. Tetapi, setiap nama yang tercatat di dalam Al-Quran ada kisah dan penceritaannya. Maksud YB Kerdau ini, kita jangan percaya pada buku yang tertulis nama Mat Indera yang disebut sebagai Pejuang itu kerana di dalam Al-Quran nama Firaun juga disebut sedangkan Firaun bukan Pejuang. Kita mahu memberitahu YB Kerdau, nama Firaun disebut di dalam Al-Quran seperti juga nama Abu Lahab disebut dengan kisah pendurhakannya terhadap Allah. Begitu juga dengan nama Mat Indera, disebut dengan kisah perjuangannya menentang British. Paling jelas, kisah Mat Indera diceritakan di dalam buku yang bertajuk "Pengukir Nama Johor". Ertinya, Mat Indera adalah salah seorang dari `Pengukir Nama Johor'. Komuniskah `Pengukir Nama Johor' ini? Sewajarnya atau paling bijak jika YB Kerdau ini mahu agar nama Mat Indera disenaraikan sebagai Komunis, beliau patut menggesa agar MB Johor mengharamkan buku tersebut dan menarik balik pengiktirafan MB Johor terhadap `Pengukir Nama Johor' itu. Bukannya membuat perbandingan yang jauh lari dari perbahasan. Jelas pada kita, kebanyakan pemimpin Umno semakin celaru untuk berdepan dengan isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini. Terbaru, seorang Prof bernama Zainal Kling pula menyatakan Mat Indera ini ada dua jiwa, iaitu Pejuang dan Petualang. Lagi berserabut Prof ini punya kenyataan. Seorang lagi Pakar Sejarah yang terkenal dengan sikap `kipas' Umno nya menyebut, sebenarnya negara kita tidak pernah dijajah. Prof Ramlah Adam sebut, "PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British." Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota." (Free Malaysia Today). Jika tidak pernah dijajah, buang masa sahaja setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan. Ulasan apa yang Prof Ramlah sebut, anda boleh baca di dalam blog ASD di sini. Begitulah keadaannya apabila Umno sudah semakin pening. Sasaran mereka sering tersasar menjelang PRU ke 13 akan datang. Semua isu mereka gagal bahkan menimpa ke atas batang hidung mereka sendiri, apatah lagi muncul orang seperti YB Kerdau ini yang langsung tidak tahu punca ingin juga mengambil bahagian untuk mengulas./wfauzdin.blogspot.com |
Komunis memang suka tembak curi... haha... Posted: 08 Sep 2011 11:00 PM PDT Isteri, anak gadis Mat Sabu diugut simbah asid Abdul Rahim Sabri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa menerima SMS ugutan yang mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Katanya, kiriman SMS itu diterima semalam dan beberapa hari lalu daripada individu yang tidak dikenali. Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya. Ayat dalam SMS yang didakwa mengancam keselamatan keluarganya itu berbunyi: "Awak memang patut bertaubat. Cakap tanpa fakta... Awak pembohong, mulut celupar. Mungkin awak tak serik, jangan sampai ada masa akan (di)simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan awak. "Batalkan segala debat. Sejarah adalah fakta bukan untuk didebat. Yang pasti awak putar alam." Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Mohamad berkata beliau akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu dengan peguamnya Mohamed Hanipa Maidin. "Polis kalau orang lain buat laporan, cepat sangat ambil tindakan. Kalau Mat Sabu buat report. silap-silap dia kena tangkap. "Itu yang kita tengah bincang nak buat report atau tidak," kata Mohamed Hanipa yang menyifatkan kandungan SMS itu mengandungi unsur jenayah. Turut hadir dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad. |
Posted: 08 Sep 2011 09:00 PM PDT Oleh Zul Sulong MEMBACA transkrip ucapan timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu membuat kita faham kenapalah Umno marah dan bimbang sangat dengan ucapan itu. Rupanya, isu penting yang dibangkitkan oleh Mohamad adalah sejarah kemerdekaan negara ini. Mohamad memberikan andaian beliau kenapa sambutan kemerdekaan sejak kebelakangan ini hambar. Puncanya, kata Mohamad adalah kerana rakyat terasa Umno telah menjadikan sambutan kemerdekaan negara seumpama sambutan memperingati perjuangan Umno sahaja. "Sekarang kita ni dalam suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta. Ada setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak (air) dalam kepala tu. Hak jenis tu ada tapi orang biasa, saya tak nampak pun, sebab rakyat tak berasa sambut merdeka, sambut merdeka seolah-olah perayaan Umno, betul ke dak? "Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen. Kalau nak buh Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn pun takpalah (tetapi) kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Datuk Ahmad Bustamam, kena letak juga Datuk Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuang-perjuang seperti Mat Kilau dan sebagainya, ini penentang-penentang British. (Mohamad Sabu menunjukkan kandungan buku 'Pengukir Nama Johor' yang mencatatkan Mat Indera sebagai salah seorang heronya) "Tapi bila merdeka, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn, Tunku Abdul Rahman, Datuk Onn. Kalau gitu Umno lah saja yang layak, betul ke dak?" kata Mohamad Sabu dalam ceramah itu. "Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan Umno. Sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni, anak-anak muda kata ...umph.. sambut buat apa. Bendera pun dia kata serupa bendera Amerika. Lagu Negaraku pulak, lagu Hawai. Kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia, kemudian jadi lagu Negaraku. "Mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak. Hari tu anak saya tunjuk, dia bukak YouTube. Dia kata ayah dengak, ini lagu Terang Bulan di Indonesia, ini lagu Negaraku, hundred percent serupa. Ertinya lagu ni lagu diambik daripada lagu Terang Bulan, bukan lagu patriotik apa-apa pun. Sebab tu kita harap, takpalah dah guna pakai nak buat macamana," kata Mohamad. Dalam ceramah itu jelas Mohamad tidak menafikan sumbangan tokoh-tokoh Umno itu tetapi yang dikesalkan oleh beliau adalah sikap media yang dikuasai Umno menggelapkan jasa pihak lain yang turut berjuang untuk kemerdekaan negara. Bagi Umno, hanya perjuangan Umno sahaja menyebabkan negara kita merdeka. Hanya pemimpin Umno sahaja yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Yang menarik juga, Umno melalui tukang-tukang tulis sejarah mengiktiraf mereka yang berjasa adalah mereka yang bersama dengan British yang menjajah negara kita. Mereka yang berjuang, bekerjasama dan bersekongkol dengan British adalah pejuang manakala penentang British adalah petualang. Atas sebab itulah, Mohamad Sabu membawa balik cerita filem Bukit Kepong. "Kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena. Bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong, (dalam filem) Bukit Kepong, polis itu, polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pejuang kemerdekaan, ketuanya Mat Indera, (seorang) Melayu. "Tetapi semua sejarah itu ditutup. Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu Umno. Dalam cerita Bukit Kepong hak serang balai polis (rumah pasong nama ketika itu) tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British. Tetapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis (rumah pasong), hak serang tu pengganas. Padahal (yang hero) Mat Indera, ketua penyerang balai polis itu yang akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping," kata Mohamad dalam ceramah itu. Inilah ayat-ayat yang digunakan oleh Umno untuk menyerang Mohamad Sabu. Kononnya, Mohamad menghina polis dan memuji komunis. Padahal dalam ceramah itu tidak ada pun perkataan komunis yang disokong beliau. Kini, Mohamad telah menemui sebuah buku yang asalnya didedahkan oleh seorang pembaca Harakahdaily, Mohamed Hadi al-Majwi, melalui tulisannya bertajuk 'Kerajaan Johor Mengiktiraf Ketokohan Mat Indera'. Buku yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor bertajuk "Pengukir Nama Johor" menyenaraikan Mat Indera sebagai salah seorang hero Johor. Di Johor, yayasan ini umpama Jabatan Muzium Negeri Johor kerana Johor tidak ada jabatan muzium ini. Ia adalah satu jabatan kerajaan di Johor. Melalui buku ini, sejarah perjuangan Mat Indera memperjuangkan kemerdekaan dicatatkan dengan baik sekali oleh penulis buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Datuk Abdul Ghani Othman. Jika Umno dan medianya terus mengatakan Mat Indera komunis dan menyifatkan Mohamad Sabu sebagai penyokong komunis maka tuduhan Umno itu tidak patut berhenti di situ. Umno juga mesti menuduh menteri besar Johor sekarang, Datuk Ghani Othman yang memberikan kata-kata aluan untuk buku ini sebagai penyokong komunis. Umno juga perlu menuduh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Datuk Onn juga sebagai penyokong komunis kerana menulis bahawa Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan dan bukannya komunis. Di samping mereka berdua, Umno juga perlu menuduh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002 sebagai penyokong komunis juga kerana mereka berdualah yang menyunting buku itu. Dan yang lebih penting lagi, Umno kena mendakwa dan membuat laporan polis terhadap Yayasan Warisan Johor kerana menerbitkan buku ini. Kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yasin pula, beliau perlu mengkaji balik tuduhannya kepada Mohamad Sabu dan Mat Indera khasnya. Ini kerana, ayahanda beliau, Haji Mohamad Yasin adalah guru agama kepada Mat Indera. Muhyidin kena mendakwa ayahandanya mengajar ilmu salah bahkan diserap fahaman komunis kerana telah menyebabkan Mat Indera menjadi komunis. Kalau kita pergi lebih jauh lagi, kakak Muhyidin yang hampir berkahwin dengan Mat Indera juga patut didakwa oleh Muhyidin kerana pengaruh beliaulah menyebabkan Mat Indera jadi komunis jika benar Mat Indera komunis. Semua ini tidak terlepas dari Umno dan benarlah apa yang dikatakan Mohamad Sabu, Umno menggali kuburnya sendiri dalam isu ini dan "saya mahu tabalkan MB Johor baharu dari PAS selepas pilihan raya umum akan datang," kata Mohamad Sabu sambil menepuk bahu seorang pemimpin PAS yang berasal dari Johor. |
Alaahaii Khairy oii... haha... Posted: 08 Sep 2011 08:00 PM PDT Khalid: KJ kelentong, tiada jemputan debat rasmi dari Kelantan Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 8 Sept — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan Khairy Jamaluddin cuba meraih populariti apabila mendakwa telah menerima tawaran daripada kerajaan negeri Kelantan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong. Sebaliknya Khalid menegaskan, kerajaan negeri Kelantan tidak pernah menghantar sebarang surat rasmi kepada Khairy selaku Ketua Pemuda Umno, tetapi hanya satu e-mel yang bertanyakan jika Ahli Parlimen Rembau itu bersedia berdebat. "Khairy Jamaluddin cuba mengambil kesempatan dalam isu Mat Sabu (Mohamad) ini, sebenarnya e-mel yang dihantar itu hanya bertanyakan sama ada beliau sanggup atau bersedia berdebat daripada Kelantan, dalam e-mel itu juga mengatakan seorang lagi panel berkemungkinan Mat Sabu. "Tarikhnya pula penghujung September ini, 9 malam di Kota Baru, itu sahaja tetapi Khairy dah keluarkan kenyataan macam perkara ini sudah muktamad sedangkan Mat Sabu pun belum kata apa-apa," katanya pada sidang media di sini. Justeru jelas beliau, Khairy telah berbohong untuk mendapatkan publisiti dalam isu kenyataan kontroversi Mohamad. "Ya, dia (Khairy) berbohong, kelentong . . . inilah talian hayat untuk dapatkan publisiti semata-mata untuk mengekalkan jawatan yang dipegangnya. "Kita tahu dia dah tiada sokongan akar umbi, dia mahu tunjuk hebat sedangkan e-mel yang dihantar itu hanya bertanyakan pendapatnya sahaja," kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Khairy sebelum ini berkata telah menerima jemputan untuk berdebat dengan Mohamad di Kelantan akhir bulan ini. Namun, Mohamad menolak cabaran itu dan menyerahkan kepada Pemuda PAS untuk berdebat dengan Khairy — memutuskan untuk berdebat dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mohamad mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis pada 1950. Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. |
Makin popular la Mat Sabu... haha... Posted: 08 Sep 2011 07:00 PM PDT Wallawoii... bukan mudah woi nak dapatkan publisiti percuma macam yang Mat Sabu dapat nih... haha... Tambah tambah lagi hari hari cerita kita dapat keluaq dalam surat habaq Utusan Meloya tuh... Jadi aku bagi pihak Mat Sabu nak ucapkan terima kasih ja la kat Utusan dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannya tuh... termasuk lah puak puak NGO yang pro bangsa Umno dan jugak bangsa Umno sendiri yang mempopularkan Mat Sabu lebih dari Piem korang sendiri... haha... |
Mat Sabu ni cari pasai betoi laa... haha... Posted: 08 Sep 2011 06:00 PM PDT 'Kalau referendum, Tunku tak jadi PM' - Mat Sabu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri yang pertama. Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu. "Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama. "Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan," katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai "merdeka in bracket". Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan. "Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan. "Ini Umno saja raya," katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi. Turut menjadi ahli panel forum tersebut ialah kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari. 'Chin Peng atau Henry Gurney baik?' Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali. "Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand. "Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno)," katanya. Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas. Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya. "Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng? "Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri," katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.- Neutral Daily |
Pondan ni bangsa Umno ka hapa... haha... Posted: 08 Sep 2011 05:00 PM PDT 'Saya pondan istimewa' Oleh Rashidi Karim KANGAR: "Saya bukan sebarang pondan kerana dianugerahi keistimewaan oleh Tuhan yang mungkin tidak terdapat pada pondan lain mengakibatkan saya kini menjadi sasaran kerana perasaan cemburu dan berdendam. "Ia (cemburu dan dendam) bukannya daripada golongan sejenis, tetapi turut membabitkan wanita yang mungkin meminati teman saya (Mohd Hafizuddin Johari, 20) dan lelaki yang meminati saya kerana pernah diugut akan dirogol beramai-ramai," kata lelaki berperwatakan wanita, Natasya Farisya, 28, yang juga teman istimewa Mohd Hafizuddin, mangsa simbahan asid di depan sebuah rumah di Taman Seri Bakau, di sini, pada awal pagi Sabtu. Natasya berkata, sejak kejadian simbahan asid berlaku terhadap Mohd Hafizuddin, hidupnya menjadi tidak tenteram dan kini perlu sentiasa berhati-hati kerana bimbang perkara sama akan berulang ke atas dirinya. Katanya, dia dan Mohd Hafizuddin memang bercadang untuk hidup bersama dan keluar dari Perlis, tetapi impian berkenaan terbantut apabila teman istimewanya dibawa lari anggota keluarganya ketika mereka makan di gerai di Padang Besar, kelmarin. "Saya cuba menghalang tindakan bapa saudara Hafizuddin membawa lari teman lelaki dengan menggunakan kereta tetapi tidak berupaya. |
Akai tarok lutut... kahkahkah... Posted: 08 Sep 2011 03:30 PM PDT Kisah MAT INDERA Mahu Disamakan Dgn Kisah FIRAUN Di Dlm AL-QURAN Oleh YB KERDAU SEORANG `ustaz' iaitu Adun Kerdau, Pahang, YB Syed Ibrahim Syed Ahmad semalam mengulas tentang isu yang kini hangat diperkatakan iaitu berkenaan Mat Indera, tokoh yang diangkat sebagai Pejuang oleh Mat sabu, Timbalan Presiden PAS. Kenyataan Syed Ibrahim disiarkan di dalam akhbar Sinar semalam dan kenyataan beliau tersebut sudah cukup menggambarkan YB ini tidak tahu hujung pangkal isu Mat Indera yang sedang diperbahaskan. Beliau menggesa rakyat di negara ini tidak mudah terpedaya dengan bukti yang dikemukakan oleh Mat Sabu iaitu sebuah buku yang dikeluarkan oleh Yayasan Johor bertajuk " Pengukir Nama Johor" yang menyenaraikan Mat Indera adalah tokoh yang termasuk di dalam Pengukir Nama Johor Lojikkah Pengukir Nama Johor dipilih dari kalangan Komunis? Sudah tentu tidak, apatah lagi buku tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor sendiri bahkan di dalamnya tercatat kata-kata aluan dari MB Johor. Melucukan apabila Syed Ibrahim membawa contoh Al-Quran yang juga menyebut nama Firaun di dalamnya. Soal beliau, adakah Allah sebut nama Firaun maka Firaun dianggap pejuang? Teramat dangkal pemikiran YB yang dikatakan berkelulusan agama ini, yang hanya berhujah seperti menggunakan kepala lutut. Memanglah Allah sebut nama Firaun dan banyak lagi nama lain di dalam Al-Quran termasuk juga nama Abu Lahab dan juga nama-nama Nabi. Tetapi, setiap nama yang tercatat di dalam Al-Quran ada kisah dan penceritaannya. Maksud YB Kerdau ini, kita jangan percaya pada buku yang tertulis nama Mat Indera yang disebut sebagai Pejuang itu kerana di dalam Al-Quran nama Firaun juga disebut sedangkan Firaun bukan Pejuang. Kita mahu memberitahu YB Kerdau, nama Firaun disebut di dalam Al-Quran seperti juga nama Abu Lahab disebut dengan kisah pendurhakannya terhadap Allah. Begitu juga dengan nama Mat Indera, disebut dengan kisah perjuangannya menentang British. Paling jelas, kisah Mat Indera diceritakan di dalam buku yang bertajuk "Pengukir Nama Johor". Ertinya, Mat Indera adalah salah seorang dari `Pengukir Nama Johor'. Komuniskah `Pengukir Nama Johor' ini? Sewajarnya atau paling bijak jika YB Kerdau ini mahu agar nama Mat Indera disenaraikan sebagai Komunis, beliau patut menggesa agar MB Johor mengharamkan buku tersebut dan menarik balik pengiktirafan MB Johor terhadap `Pengukir Nama Johor' itu. Bukannya membuat perbandingan yang jauh lari dari perbahasan. Jelas pada kita, kebanyakan pemimpin Umno semakin celaru untuk berdepan dengan isu yang ditimbulkan oleh Mat Sabu ini. Terbaru, seorang Prof bernama Zainal Kling pula menyatakan Mat Indera ini ada dua jiwa, iaitu Pejuang dan Petualang. Lagi berserabut Prof ini punya kenyataan. Seorang lagi Pakar Sejarah yang terkenal dengan sikap `kipas' Umno nya menyebut, sebenarnya negara kita tidak pernah dijajah. Prof Ramlah Adam sebut, "PKM yang berasal dari luar negara mahu menakluk negara ini walhal dari segi perundangan Tanah Melayu tidak ditakluk oleh British." Ini kerana British tidak mengambil alih kuasa Sultan dan negeri-negeri Melayu ialah negeri naungan. Hanya Pulau Pinang dan Melaka ialah negeri jajahan takluk mahkota." (Free Malaysia Today). Jika tidak pernah dijajah, buang masa sahaja setiap tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan. Ulasan apa yang Prof Ramlah sebut, anda boleh baca di dalam blog ASD di sini. Begitulah keadaannya apabila Umno sudah semakin pening. Sasaran mereka sering tersasar menjelang PRU ke 13 akan datang. Semua isu mereka gagal bahkan menimpa ke atas batang hidung mereka sendiri, apatah lagi muncul orang seperti YB Kerdau ini yang langsung tidak tahu punca ingin juga mengambil bahagian untuk mengulas./wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan