Rabu, 7 September 2011

shalehudin

shalehudin


10 maut gempa di Aceh

Posted: 07 Sep 2011 11:00 AM PDT

BEBERAPA penduduk memeriksa rumah yang rosak akibat gempa bumi di Singkil, Aceh semalam.

JAKARTA – Seramai 10 orang terbunuh dalam gempa bumi sekuat 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah pantai barat, di Selatan Aceh awal semalam.

Pengesahan angka kematian itu dibuat oleh Menteri Sosial, Salim Segaf Al-Jufrie.

Gempa bumi itu menyebabkan penduduk berasa panik sehingga mereka melarikan diri dari rumah, hotel dan hospital.

Ia berlaku pada pukul 1 pagi waktu tempatan sekali gus menyebabkan penduduk di beberapa bandar dan kampung di Pulau Sumatera terjaga kerana merasai gegaran.

Gempa bumi itu berpusat 100 kilometer (km) ke barat daya bandar Medan dan kedalaman 78km di dalam tanah.

Datuk Bandar di Subulussalam, Maura Sakti memberitahu stesen televisyen TVOne, seorang budak lelaki berusia 12 tahun turut terbunuh dalam gempa bumi itu. – Agensi

Dr Asri kecam tindakan Jais

Posted: 07 Sep 2011 09:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Sept: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) menyifatkan apa yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekarang adalah mengekalkan sistem penjajah untuk mengekang agama sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang melahirkan simpati terhadap anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang didakwa Jais semalam berkata, "jangan hairan jika ramai orang murtad.. kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama."

Asri mengulas tindakan Jais yang mendakwa Khalid semalam dan akan dibicarakan di Mahkamah Syariah Klang 24 November depan kerana memberikan tazkirah di sebuah surau tanpa tauliah dari Jais.

Sebelum ini, Asri juga adalah menjadi mangsa Jais apabila beliau dikepong oleh penguatkuasa Jais ketika sedang memberikan kuliah agama seumpama penjenayah.

Khalid dipanggil ke pejabat Jais Shah Alam semalam dan dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadhan pada 16 Ogos lepas di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Turut menerima tindakan dari Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadhan baru-baru ini.

"..simpati apabila ada ahli Parlimen yang diambil tindakan oleh Jais kerana memberi tazkirah..sekalipun tiada bukti ada kesalahan dalam tazkirah tersebut.

"Begitulah susahnya berdakwah..sistem penjajah dipakai untuk mengekang agama sendiri.. jangan hairan jika ramai orang murtad.. kuasa agama untuk menyusahkan perkembangan agama," tulis Asri dalam Facebook.

Bagi beliau, tindakan Jais ini seumpama arahan Nabi s.a.w "Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat" dimansuhkan.

Bagi Dr Asri, perkara ini berlaku kerana pihak yang tidak layak dan berilmu sewajarnya diberikan kuasa mkenjaga agama.

"Yang tidak layak menaungi agama diberikan kekebalan yang tidak diberikan kepada al-Khulafa al-Rasyidin sekalipun..apapun yang selamat HARD ROCK CAFE jua," tulis beliau.

Sapa talibarut British

Posted: 07 Sep 2011 08:30 AM PDT

Alhamdulillah... Tuhan dah bukakan kemuruk orang orang Umno. Sorang demi sorang tampil dengan megahnya mempertikaikan apa yang sebelum ini depa sanjung sekaligus tunjuk tembelang dan warna sebenar mereka pada rakyat. Lepaih ni senang la rakyat nak buat keputusan dalam pilihanraya nanti.

Terima kasih pada lidah Umno yakni Utusan Malaysia yang telah mengangkat kata kata Mat Sabu yang kini telah menjadi satu perdebatan terbuka dan bersejarah tentang kemerdekaan negara. Terbaru perdebatan mengenai sejarah kemerdekaan negara kembali menjadi panas dengan pengakuan MB Johor, yang menukar pendiriannya (baca flip flop) setelah mengatakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang suatu ketika dulu dan kini mendakwa sebaliknya.

Apakah tujuan MB Johor menukar pendirian? Apakah MB Johor ini ditekan oleh Umno Johor kerana kerisauan Johor juga bakal tumbang jika sejarah sebenar diketahui rakyat?

Merujuk kepada kenyataan MB Johor dalam laporan bernama;

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan

"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

Mengikut laporan ketika Mat Indera melancarkan gerakan kemerdekaan, British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas komunis lalu meletakkan $75 000 untuk penangkapan Mat Indera samaada hidup atau mati. Keluarga Mat Indera juga diseksa dan dibuang daerah oleh British. Apabila Mat Indera ditangkap, hukuman untuk beliau adalah penyiksaan untuk berbulan lamanya dan akhirnya beliau dihukum gantung di Taiping.

Keadaan telah meletakkan Umno dikandang salah. Hari ini, MB Johor, Ghani Othman membuat kenyataan bahawa Mat Indera seorang pengganas komunis yang kejam dan zalim walaupun dalam buku "Pengukir Nama Johor", MB Johor ini jugalah yang menamakan Mat Indera sebagai Tokoh Terbilang. Umno terkantoi dengan pernyataan flip flop terbaru dari MB Johor ini. Kenyataan MB Johor ini juga melengkapkan kebenaran betapa Umno adalah talibarut British.- http://shalehudin.blogspot.com/

Tiada ulasan: