Isnin, 5 September 2011

shalehudin

shalehudin


Mewah makan

Posted: 05 Sep 2011 10:30 AM PDT

Oleh ROZAID A. RAHMAN

RAKYAT Malaysia memang suka menjamu orang. Ini adalah satu hakikat. Negara kita memang mewah dengan makanan dan ini dapat dilihat dalam majlis-majlis berbuka puasa yang dianjurkan sama ada oleh individu tertentu, syarikat, organisasi, jabatan dan kementerian untuk meraikan kedatangan bulan Ramadan.

Golongan yang 'paling mewah' pada waktu ini adalah anak-anak yatim kerana boleh dikatakan di mana-mana sahaja, mereka diraikan dengan jamuan berbuka puasa.
Malah ada sebuah stesen televisyen yang menganjur dan membiayai program bersahur untuk anak-anak yatim dengan membawa VIP ke rumah anak yatim berkenaan bagi memberikan kelainan dan kejutan kepada mereka.

Begitu juga dengan para pengamal media. Boleh dikatakan setiap hari ada jemputan untuk berbuka puasa bersama media sehinggakan kita tidak tahu yang mana satu hendak pilih kerana kadang-kadang ada sehingga tiga atau empat jemputan yang jatuh pada hari yang sama.

Seperkara yang penulis perhatikan, pada setiap majlis berbuka puasa ini, tidak ada yang tidak penuh. Pada satu majlis yang diadakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, orang begitu ramai yang datang untuk makan secara percuma sehinggakan tiada ruang langsung untuk kita bergerak dan berjalan.

Ini dengan sendirinya membuktikan orang Malaysia memang kaki makan. Patutnya di bulan puasa kita mengambil pendekatan ala kadar dan bersederhana tetapi hakikatnya ini tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah, orang datang dan membalun apa yang dihidangkan semaksimum yang boleh.

Itu pun makanan masih berlambak-lambak sehinggakan kita jadi tidak ketahuan yang mana satu hendak diambil dan dirasai. Dan kita tertanya-tanya, apakah yang akan mereka lakukan dengan saki baki makanan tersebut selepas selesainya majlis.

Situasi yang sama penulis saksikan ketika menghadiri satu majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Sultan. Berpuluh-puluh mangkuk yang berisi nasi tidak diusik pun atau orang kata tidak luak mungkin kerana selera orang berpuasa ialah untuk menjamah makanan lain dahulu dan bukannya nasi.

Atau mungkin kerana majlis itu dihadiri oleh Sultan sehinggakan orang ramai berpada-pada. Di majlis itu juga penulis tertanya-tanya apa yang akan mereka lakukan dengan lebihan bermangkuk-mangkuk nasi yang tidak terusik itu.

Kini majlis berbuka puasa telah selesai dan kita semua akan dapati, kita akan dijemput untuk menghadiri satu lagi pusingan majlis bermakan-makan iaitu majlis rumah terbuka Aidil Fitri.

Oleh kerana Syawal diraikan sebulan, maka bermula dari hari pertama raya sehinggalah menjelang 30 Syawal, beratus-ratus majlis rumah terbuka dengan pelbagai hidangan makanan akan diadakan di seluruh negara khususnya di ibu kota.

Dan kita semua meraikan majlis bermakan-makan seolah-olah negara kita dan ekonomi kita tidak terjejas langsung dengan apa jua kegawatan.

Kenapa & mengapa...

PENULIS pernah ditanya, kenapakah dulu tak banyak jenayah berbanding zaman sekarang? Apakah benar masyarakat kita sekarang dikelilingi oleh penjenayah? Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya mudah. Dahulu jumlah manusia banyak mana dan sekarang banyak mana.

Jenayah pada asasnya berkembang mengikut populasi penduduk. Semakin ramai manusia, semakin tinggi permintaan dan keperluan untuk jaminan hidup. Manusia berpusu-pusu mencari peluang untuk meneruskan kehidupan dan ini membuka ruang untuk mencuri kesempatan kerana kek kekayaan semakin menguncup atau mengecil.

Sebab itulah di sebuah negara yang mana jumlah golongan miskin mengatasi golongan sederhana dan kaya, apa yang akan berlaku ialah golongan majoriti yang miskin ini akan menjarah dan merompak kerana mereka berhadapan dengan kehidupan yang terdesak.

Maka atas sebab itulah betapa pentingnya untuk sesebuah negara itu mengekalkan jumlah golongan sederhana yang besar dengan terdapat sedikit ruang untuk golongan kaya dan miskin.

Jadi yang sederhana tidak akan menjarah hak yang kaya dan yang kaya pula mampu membantu membangunkan masyarakat yang miskin. Jika ini berlaku negara akan selamat dan kehidupan akan aman.

Jadi apabila jenayah meningkat, ekoran peningkatan jumlah penduduk, ia hanyalah natural untuk orang ramai berasa takut dan terancam.

Dan ini dibuktikan apabila sebaik sahaja Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan aplikasi baru panggilan kecemasan menerusi telefon bimbit pintar, lebih 8,000 orang telah mendaftar dan memasang aplikasi itu pada hari pertama ia dilancarkan.

Ini kerana orang semakin takut dengan jenayah dan bimbang akan keselamatan diri dan mahu pihak polis dengan segera respon kepada panggilan kecemasan sekiranya berlaku sesuatu musibah.

Jadi kita semua wajar mengucapkan tahniah kepada PDRM kerana memperkenalkan inisiatif baru ini dan yang paling penting ialah mereka terfikir bagaimana aplikasi teknologi moden boleh dan patut digunakan untuk kepentingan awam.

Apatah lagi buat masa ini jumlah pengguna telefon bimbit tidak kurang daripada 30 juta di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Inilah yang menakjubkan kerana jumlah telefon bimbit melebihi jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta orang.

Melalui aplikasi ini, pemilik telefon pintar hanya perlu membuat satu tekanan pada punat panggilan kecemasan sahaja dan pihak polis akan dapat mengesan di mana mereka berada untuk menghulurkan bantuan dengan segera.

Ketua Polis Selangor, Timbalan Komisioner Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, dengan kemudahan aplikasi ini, siapa sahaja yang berada dalam situasi kecemasan seperti disamun, dirompak dan diserang atau menyaksikan kejadian jenayah hanya perlu melakukan langkah-langkah mudah dan segera menerusi aplikasi tersebut untuk menghubungi polis secara automatik.

Dengan memperkenalkan kaedah ini, mereka tidak perlu lagi menghubungi talian kecemasan polis yang akan mengambil lebih banyak masa untuk melakukannya.

Tetapi beliau mengingatkan orang ramai, seandainya ada pihak yang sengaja mempermainkan pihak polis dengan menekan signal kecemasan ini, mereka hanya menjejaskan orang lain yang benar-benar mengharapkan bantuan kecemasan dari pihak polis.

Akses kepada aplikasi ini boleh dilakukan dengan melayari http://mydistress.net menerusi talian telefon bimbit pintar anda.Mstar

Arifin Zakaria Ketua Hakim Negara yang baru

Posted: 05 Sep 2011 09:00 AM PDT

Arifin Zakaria dilantik ketua hakim negara


Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Najib berkata Tuanku Mizan juga memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Arifin, manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersara awal.

Perdana Menteri berkata semua pelantikan berkuat kuasa 12 September ini.

"Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Zaki Tun Azmi di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Hakim Negara, khususnya dalam mentransformasikan badan kehakiman sehingga berjaya mengurangkan kes-kes tertunggak di semua peringkat mahkamah, demi memberi keadilan yang pantas kepada semua pihak.

"Saya juga memaklumkan persaraan awal Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan, pada umur 65 tahun yang telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan amat berterima kasih atas segala jasa beliau kepada badan kehakiman, khususnya dalam memimpin Mahkamah Rayuan," katanya.

Najib juga berkata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan kini berurusan dengan Istana Negara bagi menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan setia untuk hakim berkenaan.

--Bernama

Umno dilarang baca pasai memang hampa tak terjawab punya... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 07:50 AM PDT

Soalan untuk renungan anak pasca merdeka
1. Benarkah Umno tidak pernah berperang dengan British dan pemimpinnya hanya berunding untuk mendapat kemerdekaan. Jadi Tunku adalah perunding atau pejuang?

2. Sebelum merdeka British begitu terancam dengan PKM selepas merdeka Umno pula, walaupun sudah berdamai (1989) tetapi tetap gelabah. Apakah mereka bimbang mengenai hakikat sejarah yang akan terbongkar?

3. Benarkah ramai tentera British telah menjadi korban gerila Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) yang terdiri dari seluruh bangsa rakyat Malaya yang bergabung tenaga bersama PKM?

4. Bilakah semboyan merdeka bermula dan siapakah pemulanya?

5. Benarkah ramai perajurit TPRM juga telah terkorban menentang tentera penjajah Inggeris sejak darurat 1948 hinggalah merdeka. Apakah maksud pernyataan ini?

6. Kalau merdeka tanpa pertumpahan darah kenapa begitu ramai nama-nama askar Inggeris yang yang mati direkodkan di tugu negara kita. Kenapa mereka mati? Mempertahankan siapa - tanah jajahan atau rakyat Malaya?

7. Benarkah Darurat 1948 adalah perang terhadap rakyat yang berjuang bersemboyankan merdeka. Mereka ditangkap, dipenjara dan dibunuh yang terlepas menyusup ke hutan bergerila membentuk TPRM.

8. Akta Darurat 1948 adalah demi keselamatan negara atau keselamatan imperialis Inggeris di Malaya?

9. Benarkah darurat 1948 ini diisytiharkan sesudah kuasa penjajah Inggeris melihat PKMM, AWAS, API, PKM, BATAS, Kesatuan Buruh dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan berjuta rakyat Malaya di bawah PUTERA-AMCJA untuk mengusulkan negara merdeka berpelembagaan.

10. Benarkah darurat 1948 diistiharkan bagi mengekang tekanan dan suara merdeka di bawah PUTERA-AMCJA pelbagai kaum rakyat Malaya ketika itu.

11. Benarkah HARTAL yang dilancarkan pada 1948 adalah antara penyebab kuasa imperialis Inggeris melancarkan akta darurat 1948… dan kenapa?

12. Siapakah yang sebenarnya dalam keadaan darurat – imperialis Inggeris atau rakyat kerana kebangkitan seluruh rakyat ketika itu?

13. Benarkah akta ini adalah muslihat untuk British tidak mengisytiharkan perang sedangkan ia suatu perang terhadap rakyat yang berjuang menuntut Merdeka dengan membawa masuk 400,000 tentera dari tanah-tanah jajahannya ke Malaya ?

14. Kerana akta ini ramai pemimpin PKMM, AWAS, API serta lain-lain parti yang berjuang untuk menuntut merdeka telah bersama PKM dan berjuang dengan senjata menentang Inggeris dan kenapa ?

15. Jika mereka tidak memilih hutan dan gerila apakah pilihan yang ada untuk mereka kerana seluruh parti-parti progresif telah diharamkan. Apakah mereka perlu memilih rumah pasung Inggeris (balai polis), penjara atau tali gantung (Umno sahaja yang tidak diharamkan ketika itu kerana ia ditaja oleh British).

16. Kenapa perang dalam negeri terus berlangsung selepas merdeka. Bukankah ini antara syarat yang dikenakan Inggeris untuk merundingkan kemerdekaan? Apakah signifikan syarat ini? Tidakkah untuk memberi masa kepada British bagi mengelak "premature withdrawal" dan apakah signifikannya terhadap soal perniagaan senjata jangka panjangke Malaya oleh British serta kepentingan mempertahankan harta mereka (kolonial) yang masih ada?

17. Benarkah Inggeris memberi kemerdekaan kepada Malaya kerana mereka hormat orang Melayu yang mereka pernah tulis sebagai bangsa yang tinggal di atas pokok (1786) atau kerana mereka sudah tidak dapat tahan terhadap ribuan serangan bertubi-tubi dari gerila PKM yang menyebabkan beribu-ribu askarnya cedera dan terkorban.

18. Setujukah kalau kita katakan bahawa kita hanya ada sebelah buku sejarah iaitu versi Umno sedangkan Inggeris mempunyai buku sejarah tentang negara kita yang lebih lengkap yang tersimpan di London.

19. Bolehkah wira-wira Melayu silam seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Sagor, Datuk Maharajalela dan yang lainnya yang dituduh oleh British sebagai pengganas itu diterima sebahagian dari pejuang kemerdekaan.

20. Benarkah pada tahun 1948 Umno hanya sebuah parti (gerombolan) kecil minoriti seperti PERKASA hari ini ?

21. Kenapa semboyan Umno adalah hidup Melayu dan bukan Merdeka, adakah ini kerana mereka pada awalnya memperlekehkan gerakan untuk merdeka atau takut atau ingin mengambil hati Inggeris?

22. Kenapa rundingan Baling 1955 gagal. Tidakkah Tunku di bawah tekanan David Marshallyang merancang untuk menggagalkan rundingan ini? [Said Zahari (17 tahun pernah merengkok dalam penjara) Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika itu - adalah penulis cerita ini masih hidup serta boleh diwawancara].

23. Kenapa Rundingan Baling II yang dijanjikan oleh Tunku tidak menyusul bagi menamatkan perang dalam negeri. Apakah kesannya, jika berdamai bukankah tiada tentera kita yang terpijak periuk api dan menjadi korban perang yang sia-sia?

24. Ramai pemimpin-pemimpin Melayu termasuk ulama telah ditangkap dan dipenjara kerana mereka tidak sealiran dengan Umno. Mereka telah dicap sebagai pengganas kemudian ditangkap - kenapa?

25. Di manakah pemimpin Melayu yang progresif seperti Dr Burhanudin al-Helmi, Mustapha Hussein serta Pak Sako, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar al-Bakir dan lain-lainnya telah menghabiskan usia mereka kalau bukan dalam penjara sedangkan mereka adalah nasionalis?

26. Jika PKM adalah anti agama dan tuhan, bagaimana ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan ramai pemimpin progresif Melayu boleh berjuang dalam satu pasukan yang sama menentang Inggeris.

27. Kenapa di setiap daerah (province) di China terdapat masjid malah jumlah orang Islam di China lebih dua kali ganda dari penduduk Islam di Malaysia? Begitu juga penganut agama lain bebas mengamal agama mereka.

28. Kenapa orang Melayu selalu ditakut-takutkan dengan fikiran lapuk terhadap komunis yang dituduh tidak percaya kepada Tuhan serta anti agama sedangkan Umno menjunjung sistem ekonomi riba sedang Allah menganjurkan perang terhadap riba dan memberi ancaman dengan api neraka (al-Baqarah: 279 dan 275).

29. Kenapa ulama-ulama upahan Umno lebih gemar menyerang socialism yang anti riba daripada menyerang capitalism yang mendukung sistem ekonomi riba?

30. Kenapa dalam setiap ulang tahun perayaan kemerdekaan Umno tidak menonjolkan pejuang-pejuang lain yang sepanjang abad bergerila menentang kuasa penjajah Inggeris seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor serta yang sebelumnya. Adakah hanya Tunku sahaja yang berjasa kerana dia dipilih oleh Inggeris menjadi wakil untuk berunding?

31. Kenapa Umno sangat benci dan memusuhi pemimpin progresif Melayu hingga sanggup melebelkan mereka sebagai komunis agar mereka dijauhi oleh masyarakat dan tidak mengganggu tahta kuasa yang sedang berada di tangan Umno.

32. Siapakah yang menggerakan gerakan menentang Malayan Union 1948 sedangkan pada waktu itu Umno hanya gerombolan dan sangat kecil jumlahnya.

33. Benarkah PUTERA-AMCJA telah menggerakan seluruh rakyat Malaya keluar menentang Malayan Union pada 1948? Kenapa tidak nampak satu pun bendera Umno ketika itu sedangkan terdapat ribuan kibaran bendera yang lain?

34. Pernahkah Umno menjelaskan tentang makna merah dan putih benderanya dan dari mana mereka telah menciplaknya ?

35. Betulkah MCA itu berasal daripada Parti Kuomintang (bukan PKM) yang pernah mengganas selama 14 hari ketika Jepun tewas pada tahun 1945 ?

36. Kenapa rakyat Malaysia disuruh mendewakan Tunku Abdul Rahman sahaja dan tidak boleh menghargai pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain yang telah menyumbangkan bakti menghalau Inggeris keluar dari negara ini?

37. Kenapakah Umno terus memusuhi PKM walaupun mereka sudah berdamai pada tahun 1989? Adakah ini suatu cara untuk mereka terus menipu rakyat?

38. Adakah mana-mana rekod jenayah yang pernah dilakukan oleh ratusan bekas-bekas perajurit PKM yang dapat kita jadikan bukti bahawa mereka adalah spesis pengganas selepas 22 tahun mereka bersama rakyat?

39. Kenapa Umno perlu gelabah apabila kisah sebenar Bukit Kepong didedahkan. Jika versi Umno benar kenapa perlu gelabah kerana kebenaran tetap kebal?

40. Kenapa tidak diadakan perdebatan, forum secara terbuka mengenai perkara ini?

41. Kenapa orang yang berbeza pandangan tentang sesuatu kisah boleh dituduh pengganas hanya kerana dia tidak bersetuju dengan kerajaan.

42. Jika kisah ini tidak betul kenapa ianya tidak dibetulkan sahaja melalui pembentangan fakta-fakta dan bukti yang sahih?

43. Adakah rakyat semakin kelihatan cenderung untuk tidak mempercayai sejarah yang ditulis oleh Umno – apakah dosa Umno hingga ia semakin dibenci?

44. Adakah ini tanda awal bahawa kuasa dan sejarah sedang mengalami perubahan?

45. Kenapa Umno masih memaksa rakyat melihat sejarah dari perspektif penjajah – tidakkah ini suatu kecurangan yang besar terhadap rakyat?

46. Adakah rakyat akan menolak kenyataan bahawa Tunku itu adalah salah seorang perunding untuk kemerdekaan di samping itu terdapat juga ramai lagi tokoh dan pejuang yang lain yang juga berjasa?

47. Adakah salah kalau kita menerima orang lain juga berjuang dan mereka juga perlu diberi sanjungan kerana jasanya sama ada besar atau kecil.

48. Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 (sebelum Merdeka) yang menggariskan pertentangan di antara anak tempatan dengan penjajah – kenapakah Umno terus-terusan mahu membela penjajah ? Adakah kita masih belum merdeka?

49. Kepada anak muda Malaysia sesekali pergilah melawat tugu negara dan fikirkan fakta-fakta yang terpahat di situ kemudian cuba fikirkan dari siapa kita merdeka. Dari Inggeris atau PKM?

50. Tidakkah sejarah negara bangsa kita begitu comot, kotor dan curang, hingga amat sedikit daripada rakyat Malaysia (termasuk professor, guru sejarah dan pelajar serta pemimpin dan ahli-ahli Umno) yang benar-benar faham dan dapat menceritakan rentetan sebenar perjuangan menentang penjajah dan mencapai kemerdekaan?

51. Tidakkah ia bagai seorang gadis yang telah disolek sesuka hati hingga tiada yang dapat mengenalinya dari kalangan anak muda Malaysia hari ini?

52. Abdullah CD pernah bertemu Jins Samsudin mengenai fakta filem Bukit Kepong yang jauh terpesong namun beliau telah mengelak diri untuk janji temu kedua yang telah dipersetujui untuk membetulkan fakta ini. Kenapa Jins mengelak kalau bukan kerana Jins sebenarnya berniat memesongkan sejarah kerana ini adalah projek untuk menipu rakyat oleh Umno?

53. Benarkah kita sudah merdeka sedang kita boleh saja masuk penjara hanya kerana kita memakai baju kuning sesudah dituduh komunis atau subversif oleh pemerintah.

54. Jika sejarah kita umpama seorang gadis, apakah harus dia disolek sesuka hati hanya untuk mempertahankan kuasa yang diperolehi hasil dari perjuangan orang lain?

Badut politik... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 03:30 AM PDT

Menghisab Nasib Ibrahim di Pasir Mas

APABILA berbicara soal politik Kelantan orang tidak akan lepas dari memperkatakan ahli politik bernama Inchek Ibrahim Ali atau di kampungnya orang 'kelo' – panggil Mustapa. Tanpa menyebut nama Ibrahim Ali politik Kelantan tidak akan lengkap. Kehadiran beliau dalam kelir politik Kelantan samalah dengan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah dalam wayang kulit. Watak-watak ini dilihat remeh dan melucukan dalam budaya klasik itu tetapi mempunyai signifiken tersendiri.

Betapa pun sedap dan menarik babak wayang kulit, atau hebatnya Seri Rama bertarung dengan Bota atau Hunuman Kerta Putih, tetapi ia tidak lengkap kalau tidak ada campur tangan Pak Dogol, Wak Longatau Wak Yah. Mereka adalah badut keramat dalam wayang kulit. Demikian juga dengan Ibrahim Ali dalam kelir politik. Ibrahim adalah badut keramat dalam politik.

Suka atau tidak suka dia menghidupkan senario politik Kelantan. Menjadi bahan sejarah dan monumen politik yang senantiasa dikaji. Wataknya bervariasi dalam hal ini. Warnanya melebihi warna pelangi. Berbelang-belang macam rimau dan boleh menyalinkan warna badan macam chemeleon – pak ka. Ada kalanya dia menjadi watak penyelamat dan ada kalanya dia menjadi watak pengacau dan samseng. Kedua keadaan itu boleh dipengaruhi olehnya. Di sinilah kegeligaan Ibrahim yang dikaitkan sebagai seorang ahli politik yang tidak mementingkan moral dan maruah dan 'temooh' - melampau mementingkan kemenangan dan glamour.

Bila sebut Ibrahim jelumu atau kubunya ialah di Pasir Mas. Di sinilah dia bermula dan di sinilah dia mencipta sejarah dan di sinilah dia merasai kepedihan dalam sepak terajang politik. Pasir Mas menjadi kloni membesar, mematang dan mencatat kejayaan buatnya. Pasir Mas senonim dengan diri Ibrahim Ali. Mungkin juga di bumi limbahan logam emas inilah bakal menjadi liang lahad kepada dunia politiknya.

Ibrahim telah meletakkan Pasir Mas sebagai buminya. Dia telah mencangkan begitu dan mempedaya orang Kuala Lumpur. Dia terperasaan dirinya bersinar macam emas. Kerana itu banyak orang menduga Pasir Mas adalah kubu kuatnya. Kawasan survial politiknya. Benarkah begitu?

Bagi mereka yang hanya mendengar dakwaan Ibrahim dan melihat kejayaannya akan meraskaan bahawa Pasir Mas sebagai kubunya. Tetapi kalau didekati dan membuat analisa keputusan serta melihat kepada pengaruh sebenarnya, mungkin tanggapan itu boleh dipersoalkan. Pasir Mas bukan negeri mutlak Ibarahim. Dan diri Ibrahim sendiri tidak secerah kilau emas.

Hakikat ini akan terjawab apabila dilihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya (kerusi Parlimen) di Pasir Mas yang melibatkan Ibrahim Ali.

Ibrahim telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak enam kali dan sekali di kerusi Dun Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil. Daripada tujuh pertandingan itu Ibrahim menang tiga kali dan kalah empat kali. Secara aggragete kedudukan Ibrahim 3 – 4.

Kali pertama beliau menang ialah pada tahun 1986 untuk kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon Pas Zakaria Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 3,376. Ibrahim memperolehi 15,279 undi manakala Zakaria mendapat 11,903 undi. Untuk adil mungkin tidak perlu disebut saat itu Pas Kelantan dalam keadaan lemah yang memudahkan Ibrahim menang.

Pada tahun 1990 sekali lagi Ibrahim menang atas tikit Semangat 46 dengan majoriti lebih besar sebanyak 9,290 undi. Beliau menewaskan Hanafi Mamat dari BN. Beliau memperolehi 20,066 undi manakala Hanafi mendapat 10,776 undi.

Dalam pilihan raya 1995 Ibrahim yang bertanding atas tikit BN tewas kepada Zainuddin M Nor muka baru dengan kekurangan undi sebanyak 3,216. Ibrahim mendapat 19,394 undi manakala Zainuddin mendapat 19,394 undi.

Pilihan raya tahun 1999 sekali lagi memperlihatkan Ibrahim yang bertanding atas tikit BN 'tertumuh makan tanah' kepada calon Pas Ismail Nuh. Ismail menang dengan mendapat majoriti besar 8,292 dengan mengutip jumlah undi sebanyak 23,967 manakala Ibrahim mengutik sebanyak 15,575.

Kekalahan berterusan dialami Ibrahim dan paling teruk ialah pada tahun 2004 apabila beliau bertanding atas lambang bebas – bersendirian. Dalam pertandingan tiga penjuru itu di antara calon Pas Ismail Nuh, calon BN Abdul Rahim Abdul Rahman, Ibrahim mampu mengutip undi sebanyak 6,198. Ismail yang mengutip 17,526 undi menang dengan majoriti 1,251 undi manakala Abdul Rahim meraih 16,275 undi.

Seperti dikatakan tadi Ibrahim seorang yang geliga dan bermuka 'bobon' dalam politik. Kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali itu ditebus dengan kemenangan dalam pilihan raya 2008 lalu atas tikit Pas penuh bergaya. 'Congik cakdong' politiknya berjaya membodek Pas untuk memberi lambang kepadanya. Cerita macam mana Ibrahim membubuh cenduai kepada Pas akan dikisahkan dalam catatan lain.

Hasilnya Ibrahim menang dengan majoriti besar menyamai kemenangan semasa bertanding atas lambang Semangat 46 1990 dulu, dengan mendapat majoriti 8,991 undi. Ibrahim mendapat sebanyak 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi yang mendapat 19,682 undi.

Melihat kepada keputusan-keputusan itu yang merekodkan jatuh bangun politik Ibrahim itu, kini timbul persoalan bagaimana nasib Ibrahim pada pilihan raya akan datang. Apakah beliau akan mencipta sejarah sebagai seorang politik paling canggih dengan mencatat kemenangan atas berbagai lambang atau pun pilihan raya tahun depan bakal mempusarakan Ibrahim dari politik?

Di sini saya tidak mahu meramalkan apakah Ibrahim akan bertanding atas bebas atau pun kembali mencium semula punggung Umno. Ibrahim boleh dan sanggup melalukan apakah saja demi survial politik dirinya. Dipercayai beliau akan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Mohamad untuk 'memaksa' Najib memberi laluan kepada Ibrahim. Alasan akan digunakan kalau Nik Aziz sedia bagi laluan kenapa tidak dengan Najib? Dalam percaturan ini Najib dilihat sangat mudah untuk 'disim salbimkan' oleh Ibrahim.

Bagaimana pun apa yang dapat dirumuskan berpandukan keputusan enam pilihan raya itu membayangkan bahawa pengaruh peribadi Ibrahim di Pasir Mas bukan sebesar yang digembur-gemburkan. Bagi melihat pengaruh atau kekuatan Ibrahim sebenar perhatian kepada pencapaian (prestasi) kepada dua pilihan raya disertainya. Pertama pilihan raya 1990 semasa bersama Semangat 46 bergabung dengan Pas di mana Ibrahim bertanding atas lambang Semangat 46, dan kedua dalam pilihan raya lepas (2008) apabila Ibrahim diberi laluan tanpa 'bai'ah' atas lambang bulan.

Dalam kedua pilihan raya itu Ibrahim berjaya meraih majoriti hampir 10,000. Tahun 1990, majoritinya 9,290. Manakala tahun 2008 majoriti yang diraihnya sebanyak 8,991. Pertandingan Ibrahim atas lambang BN tahun 1986 beliau hanya mendapat kurang separuh dari jumlah itu iaitusebanyak 3,3376. Ini bererti kombinasi Ibrahim dengan Pas dan Semangat 46 cukup menyakinkan dan memang besar. Sementara kombinasinya dengan Umno sangat lemah.

Dalam erti kata lain dapatan itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Ibrahim di Pasir Mas adalah atas bantuan dan simpati 'musuhnya' - Pas dan Semangat. Pertandingan atas tikit bulan BN juga menunjukkan pengundi atas pagar di Pasir Mas turut sama menyokongnya. Pengundi bebas sedia menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding tidak atas lambang dacing.

Selain dari itu keputusan tujuh kali pilihan raya itu juga menjelaskan pengaruh atau kekuatan sebenar Ibrahim Ali. Adalah tidak benar kalau ada pihak mendakwa pengaruh peribadi Ibrahim mencecah belasan ribu.

Untuk mengetahui berapa ramai pengaruh peribadi Ibrahim boleh dilihat kepada jumlah undi yang dipunggut pada pilihan raya tahun 2004 dimana beliau bertanding atas calon bebas - bersendirian. Keputusan ini adalah realistik. Dalam pilihan raya itu beliau hanya mengumpul sebanyak 6,198 undi saja, iaini tidak sampai separuh daripada jumlah undi dikutip oleh calon Pas Ismail Nuh dan calon BN Abdul Rahim yang mendapat 33,801 undi. Pilihan raya itu menyebabkan Ibrahim hilang wang pertaruhan.

Secara specifiknya pengaruh peribadi Ibrahim untuk Dun Permatang Pasir hanya 415 undi saja. Angka ini didapati apabila Ibrahim meraih jumlah itu dalam pilihan raya kecil Dun Pengkaslan Pasir yang mampu dipunggu 415 undi saja. Secara mudahnya pengaruh atau kekuatan Ibrahim untuk ketiga-tiga Dun yang meliputi Parlimen Pasir Mas (Chetok, Pengkalang Pasir dan Tendung) hanya sekitar 1,500 hingga 3,500 sahaja, di mana kalau dijumlahkan kekuataannya sekitar 6,000 undi saja atau kira-kira 10% daripada 59,640 jumlah pengundi berdaftar tahun 2008.

Paluan gendang dan gong serta salakan mengatakan Ibrahim mempunyai kekuatan peribadi sehingga belasan ribu itu hanya ilusi saja dan mungkin angaka-angka itu turut dicampur dengan bayang-bayang angka yang dapat dilihat itu sekitar 6,000.

Tegasnya sukar untuk Ibrahim Ali mengekalkan kerusi Pasir Mas dalam pilihan raya akan datang. Sama ada beliau diberi laluan bertanding atas tikit BN sekalipun, kemenangan untuknya sangatlah tipis, setipis kulit bawang di belah tujuh. Apa lagi kalau beliau bertanding atas tikit bebas berlambangkan payung sekali lagi tindakan itu adalah satu tindakan 'harakiri' baginya. Ibrahim hanya boleh menang sekiranya kesemua calon yang akan mengemukakan kertas pencalonan nanti ditolak oleh SPR.- MSO

Umno pulun sakan nak jadi pembangkang... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 02:30 AM PDT

Kenapa BN/UMNO bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?

Jelas, pilihanrayua semakin hampir. Banyak isu yang dipaparkan oleh pihak parti kerajaan sekarang memberikan bayangan yang kuat yang pilihanraya sudah hampir tiba dan ada pandangan yang menyatakan pilihanraya akan di adakan pada penghujung tahun ini juga.

Keputusan untuk memanggil pilihanraya ada di tangan UMNO khususnya kepada Presidennya yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika pilihanraya diadakan pada bulan November ianya merupakan penggal yang terpendek ia itu 3 tahun lapan bulan. Dalam sejarah pilihanraya negara penggal 1978 ke 1982 merupakan penggal yang hanya 3 tahun 8 bulan juga.

Keadaan ekonomi global yang dijangka akan bertambah buruk menyebabkan kemungkinan penggal pilihanraya kali ini akan menjadi penggal yang pendek kerana BN tidak mahu terjebak dalam situasi ekonomi global serta negara kita yang lebih buruk semasa pilihanraya nanti. Faktor ekonomi merupakan salah satu faktor terpenting dalam menentukan tarikh pilihanraya negara.

Oleh kerana desakan untuk mengadakan pilihanraya terawal yang mungkin maka BN yang belum lagi berkeyakinan tentang sokongan rakyat nampaknya menggunakan apa sahaja isu yang mereka anggap boleh melemahkan pihak pembangkang yang kian kuat dan kehadapan semasa ini.

Isu yang sedang di mainkan oleh pihak parti kerajaan khususnya UMNO, ialah isu komunis dan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. Isu meng-komuniskan Mat Sabu itu dianggap isu yang terbaik bagi UMNO untuk mengurangkan pengaruh PAS. UMNO tidak mampu untuk mendapat sokongan rakyat melalui rekod dan menampilan cemerlang. Oleh itu UMNO mengambil jalan dengan cara 'discredit' pembangkang dan pemimpinnya.

Ucapan Mat Sabu di Tasek Gelugor beberapa hari yang lepas dianggap yang terbaik untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu yang sangat besar yang sedang dihadapi oleh UMNO dan BN sekarang ini, iaitu isu persepsi rasuah yang menebal dan telah menjadi stigma yang kekal kepada UMNO dan BN. Isu 'Mat Sabu dan komunis' yang tidak menesabah ini juga diharapkan oleh UMNO untuk memalingkan pandangan rakyat terhadap isu kenaikan harga barangan keperluan yang terlalu mahal pada masa ini.

Kalau diteliti ucapan Mat Sabu yang telah direkodkan di Tasek Gelugor itu tidak ada sepatah pun isu komunis di sebut oleh Timbalan Presiden PAS itu. Tetapi Utusan telah menulisnya dengan besar di dalam akhbar harian itu semata-mata untuk discredit PAS yang sedang mengembang pengaruhnya di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Saya selalu menyebut di dalam tulisan saya di dalam blog saya ini yang segala isu yang ditimbulkan oleh UMNO merupakan isu yang 'counter productive' kepada BN dan UMNO. Semua isu yang dimainkan oleh UMNO akhir-akhir ini merupakan isu yang 'self defeating' bagi parti pemerintah ini. Semakin hari rakyat semakin celek tetapi UMNO terus terusan menggunakan isu yang memakan diri mereka sendiri.

Rata-rata orang ramai berpendapat yang UMNO tidak mungkin berjaya untuk mendapat sokongan tambahan melalui rekod yang baik untuk parti itu. Isu Mohamad Sabu ini merupakan isu yang UMNO anggap terbaik untuk memalingkan pandangan rakyat dari isu transformasi ekonomi dan politik yang tidak ada tanda-tanda kejayaannya. Pelan transformasi ekonomi tetap dan masih berada di dalam lab yang dihuni oleh Idris Jala di Jabatan Perdana Menteri.

Isu Mohamad Sabu ini juga diharapkan oleh UMNO untuk menutup segala kesalahan dan kesilapan pihak pemerintah dalam menangani isu Bersih 2.0 dua bulan yang lepas. Bak kata Dr Mahathir, UMNO sudah rosak sampai ke ususnya. Jika kata-kata seperti ini yang datangnya dari seorang bekas pemimpin negara yang di anggap besar oleh pengikutnya tentulah ianya satu pandangan yang sangat berasas, apatah lagi Dr Mahathir merupakan pengasas kepada parti UMNO yang ada pada hari ini.

Hari ini Utusan telah meminta semua pihak menolak PAS sedangkan Utusan itu sendiri telah ditolak oleh pembaca dan kini Utusan hanya mempunyai pembaca tidak lebih dari seratus ribu sehari. Cara Utusan melakukan serangan yang merapu terhadap Mohamad Sabu itu seolah-olah meminta semua pihak melupakan kes rasuah di dalam kerajaan UMNO dan semua kes salah guna kuasa yang berlaku begitu serius di dalam pentadbiran BN pada hari ini.

Isu komunis yang diputar belitkan oleh Utusan ini juga mungkin menjadi isu yang paling akhir sebelum pilihanraya yang akan datang ini. Jika Utusan ingin menjadi akhbar yang ber intregiti akhbar ini mesti juga lah membesarkan isu rasuah yang secara sistematik yang dilakukan oleh parti-parti di dalam BN khususnya UMNO.

Rasuah dilakukan secara sistematik melalui projek-projek infra struktor dilaksanakan secara 'negotiated tender' yang begitu maha untuk dibayar oleh rakyat. Semuanya ini merupakan tindakan yang memerah rakyat yang sudah menjadi ketagihan kepada pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini.

Jika Utusan sebenarnya bertanggungjawab ianya mestilah secara terbuka yang rasuah boleh di cegah kerana kerajaan Pulau Pinang telah berjaya mengelakan dari ketirisan dalam urusan mengurus wang rakyat dan telah memberikan keuntungan kepada rakyatnya yang berbilang kaum itu.

Kenapa Utusan tidak mengenengahkan kejayaan P Pinang yang melaksanakan pentadbiran secara 'transparent' tanpa berat sebelah kepada mana kaum dan agama.. Contohnya banyak kotraktor Bumiputra berjaya mendapatkan tender secara terbuka. Kerajaan P Pinang tidak memilih bulu, siapa yang ada meritnya dialah yang berjaya mendapatkan projek-projek kerajaan negari itu.

Di sebaliknya UMNO yang dikatakan berjuang untuk Melayu itu hanya menggunaka isu keistimewaan Melayu itu untuk kroni-kroni dan pengampunya dan ramai kontraktor bumiputra tidak mendapat apa-apa kerana segala projek yang hendak di laksanakan sudah ditentukan siapa yang akan mendapatnya, dan selalunya hanya kroni-kroni nya sahaja yang akan mendapatkannya. Kontraktor Melayu yang tidak masuk dalam senarai kroni hanya menganga denagn air lior meleleh hingga ke dagu.

Saya pernah menulis yang UMNO itu hanya untuk beberapa orang yang eksklusif sahaja. Ahli-ahli yang ramai itu hanya dijadikan seperti kerbau-kerbau di sawah, gunanya hanyalah untuk membajak sawah dan hasil padinya dibaham oleh tikus-tikus yang liar di dalam kepok padi sahaja.

Melayu yang lain hanya mendapat sekam-sekam padi sahaja dan itulah yang digunakan oleh pemimpin kita untuk memujuk orang Melayu menyokong mereka melalui subsidi gigi palsu, lembu pawah, kambing pawah dan berbagai-bagai lain yang tidak bernilai untuk rakyat yang memerlukan peluang untuk membangun bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di antara kaum di negara kita ini.

Sekarang pilihanraya hampir tiba dan jika kerajaan yang memerintah benar-benar sebuah kerajaan yang adil di dalam pilihanraya kali ini, peluang untuk semua parti untuk mendekati rakyat melalui media masa perdana wajar diberikan kepada pembangkang juga. Jika ini diberikan, maka peluang untuk sesiapa untuk memfitnah dan berbohong dengan rakyat akan dapat dikurangkan. Rakyat perlu diberikan 'accessibility' yang seadil-adilnya kepada semua pihak.

Yangt terlalu berkurangan bagi pihak BN ialah kejayaan yang benar-benar 'organic' dalam melaksanakan dasar-dasar dan perancangan serta transformasi ekonomi dan politik negara yang dijanjikan oleh BN sekarang ini. Kejayaan perancangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini tidak nampak lagi kejayaannya maka untuk menutupi malu pihak pemerintah bertindak menyerang parti-parti pembangkang habis-habisan dengan isu-isu yang mengarut.

Serangan BN itu seperti serangan parti yang membangkang. Kenapa begitu? Kenapa mengambil 'attribute' parti yang membangkang….menghina pihak lain di mana-mana. Parti pembangkang pun tidak berbuat demikian.

Tindakan defensif sambil menyerang secara 'offensive' yang dulunya dilabelkan oleh BN sebagai sifat pembangkang, kenapa pula BN melakukan perkara yang sama?

Kalau BN bersikap seperti pembangkang semasa masih berkuasa, adakah itu tanda-tanda awal yang BN akan menjadi pembangkang selepas pilihanraya nanti? Kenapa bersusah payah sangat nak jadi pembangkang?

Ramai juga rakyat yang mahu melihat UMNO duduk di kerusi pembangkang di Dewan Parlimen dan Dewan-Dewan Lagilatif di negeri-negeri. Ibarat main gasing: kalau dah selalu memangkah kali ini elok juga mengambil giliran untuk memusing gasing.

Biarlah pihak lain pula mengambil giliran untuk memangkah.

http://aspanaliasnet.blogspot.com

Umno lompat lebih pasai tembelang nak pecah dah... kahkahkah...

Posted: 05 Sep 2011 01:00 AM PDT

Penganalisis: Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik.

Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah "yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi" — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

''Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya," kata Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI).

"Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita," tambahnya.

Semalam Pemuda Umno berkata mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara - dipanggil Pentas Patriot - untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad.

Mohamad, yang lebih dikenali "Mat Sabu" (gambar) mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Umno dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

Penganalisis politik dari Universiti Monash James Chin berkata, "sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri."

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum.

"Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu," katanya.

"Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat)," katanya.

Tolong jangan lupa peristiwa ni...

Posted: 05 Sep 2011 12:00 AM PDT


Amboii... bukan main punya teruk Umno ngan media penjilat depa menghentam Mat Sabu, sampai tak dan nak tarik napaih kena belasah. Sejak minggu lepaih lagi Mat Sabu jadi bahan berita dan ejekan yang cukup hebat seolah olah lemang ngan ketupat dah tak berselera nak dijamah sempena raya yang lepaih.

Media penjilat Umno, baik cetak maupun media tv mengasak Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggi Umno yang mungkin jugak atas nasihat APCO.

Cuma aku heran jugak la, Mat Sabu cerita pasai para pejuang kemerdekaan dari kacamata dia bukan baru. Dari berpuloh kali sambutan merdeka dulu lagi Mat Sabu dah macam ni dan cerita dia tak banyak berubah. Tapi pasai apa yang kali ni ceramah dia di atas isu yang sama menjadi isu malah dituduh dengan pelbagai tuduhan?

Tapi jangan lupa Umno oiii... sebab majoriti rakyat takkan lupa cerita lain yang jugak bersangkut paut dengan pasukan keselamatan negara kita jugak. Kalau Mat Sabu cerita Polis zaman sebelum merdeka, bagaimana ngan pasukan keselamatan diwaktu zaman kita yang kononnya telah lama merdeka ni?

Takkan dah lupa kot dengan kes peristiwa Memali di Baling Kedah... Penduduk Memali telah diserang dan ditembak secara rakus oleh pihak pasukan keselamatan. Agak agak hampa la, sapa yang mengarah untuk menembak secara brutal atau secara gila babi tanpa belas kasihan tu, sapa yang menerajui kerajaan ketika peristiwa Memali tersebut?

Bukan main nooo, hampa nak jadi hero kisah rumah pasong di Bukit Kepong tapi buat buat lupa orang orang kampung Memali yang dibedil membuta tuli? Sapakah pengkhianat, pengganas yang sebenaq... Mat Sabu atau...???? - http://shalehudin.blogspot.com/

Mat Sabu kena sekolah semula... kahkahkah...

Posted: 04 Sep 2011 11:00 PM PDT


MUKA PENGAWAL SEKOLAH MENGANDUNG

Datuk Seri Noh Omar: Ketepi kepentingan nasional, terlalu fokus agenda politik berbahaya - Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Semakin banyak pihak terus mengecam Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya bahawa Ahmad Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan komunis ke Balai Polis Bukit Kepong, Johor sebagai pejuang kemerdekaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata membuktikan Timbalan Presiden PAS itu sengaja membelakangkan kepentingan nasional, terlalu mementingkan agenda politiknya yang amat bahaya kerana boleh menimbulkan suasana tidak selesa kepada rakyat.

Mat Sabu masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor "Mat Sabu kena sekolah balik kerana masih keliru mengenai sejarah pejuang kemerdekaan negara sehingga mengeluarkan kenyataan sesuka hati," katanya pada sidang media sempena rumah terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tanjung Karang, semalam.

Kahkahkah...
Memang betoi Mat Sabu merbahaya...
Mat Sabu amat amat merbahaya....kahkahkah...
Mat Sabu terlalu bahaya pada Umno.... kahkahkah...
Kata kata Mat Sabu telah menyedarkan Melayu bahawa sejarah negara telah ditipu oleh Umno... kesedaran umat Melayu tentang sejarah negara akan menggugat Umno....
Umno akan jadi sejarah baru nanti...

Kes ni pun boleh diam camtu jaa...

Posted: 04 Sep 2011 10:00 PM PDT

Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera, kata saudara

Oleh Boo Su-Lyn
Abu Bakar Md Yasin. — Gambar oleh Boo Su-Lyn

SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin.

Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu.

"Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan," kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini.

"Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing," kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini.

Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan.

"Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia.

Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: "Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik."

Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang.

"Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket," katanya.

Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik.

"Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik," katanya.

"Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar," kata beliau.

Peace dari PATRIOT... kahkahkah...

Posted: 04 Sep 2011 09:00 PM PDT

Khairy Lebih Baik Jaga Kerusi Rembau Dari Bercakap Soal Komunis

KETUA Pemuda Umno yang tidak diiktiraf oleh Mahathir Mohamad turut tumpang semangkuk untuk mencari publisi murah akan menganjurkan ceramah jelajah negara untuk membelasah Mohamad Sabu mengenai isu komunis.

Khairy Jamaluddin akan menganjurkan Pentas Patriot bagi menjelaskan tentang sejarah gerakan komunis di negara ini. Keperluan itu katanya perlu kerana kenyataan Mohamad Sabu itu telah mengguris hati polis dan tentera di negara ini.

Betulkah begitu? Sejak Mat Sabu mengeluarkan kenyataan itu tidak terdengar pula oleh saya komen dari pihak polis dan tentera di negara ini. Yang ada hanya sesetengah orang-orang Umno saja yang bertindak lebih sudu dari kuah. Sepatutnya Ketua Polis dan Ketua Turus Angkatan Tentera yang awal bangun membidas Mat Sabu.

Dalam program ceramah jelajah negara itu kata Khairy dia akan undang polis dan tentera untuk berceramah sama. Untuk apa? Apakah tidak cukup dengan unit pidato pemuda Umno? Nampak caranya semacam menantu bekas PM empat tahun tiga bulan semacam sengaja nak tarik dan heret polis dan tentera ke atas pentas politik pula.

Saya rasa program Pentas Petriot itu tidak penting sangat dan perlu diadakan. Kalau Khairy bermaksud dengan program itu hendak tunjukkan pembelaan kepada parti ia sesuatu yang sia-sia. Apa lagi kalau bertujuan untuk mencari populariti.

Polimek mengenai sejarah bukan perlu dipolitikkan. Kalau Khairy ikhlas mencari titik temu lebih baik adakan perdebatan (dialog) dengan Mat Sabu secara terbuka. Masing-masing mengemukakan fakta dan mempertahankan hujah masing-masing. Cara itu yang terbaik bukannya menjelajah negara mempengaruhi rakyat supaya membenci Mat Sabu dan Pas.

Kalau Khairy sedia untuk berdebat dengan Mat Sabu mengenai isu ini saya sedia menjadi penganjur. Bagi tahu saja pada bila-bila masa saya akan uruskan.Tajuk perdebatan ialah "Siapa sebenar perjuang kemerdekaan dalam konteks Melayu?"

Kalau benar hendak cari kejernihan dan kebenaran bukan bertempik dan memaki hamun Mat Sabu atas pentas tetapi berbincang dan berhujahlah di meja perdebatan secara tertib. Biar orang ramai menilai segala hujan dan bukti yang diberikan kedua pihak, baik Umno maupun Mat Sabu. Perdebatan di pentas politik akan memburukkan keadaan dan tidak banyak manfaat untuk Khairy sendiri.

Menurut Khairy juga program itu bagi menjelaskan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara ini kepada anak-anak muda. Sebenarnya generasi baru tidak begitu kabur sangat mengenai sejarah. Sebaliknya yang kabur Khairy sendiri. Sebagai orang yang banyak menghabiskan masa di luar negara dan hidup dalam kepompong bangsa penjajah Khairy tentu tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.

Makanya sebelum beliau bertindak hendak menjelaskan hal itu kepada orang lain Khairy sendiri perlu memasuki perpustakaan semula bagi mengkaji dan mencari mana wira sebenarnya dalam memperjuangkan negara. Sejarah yang dibaca oleh Umno tentulah berbeza dengan sejarah sejati perjuang kemerdekaan. Umno sebagai parti yang dilahirkan oleh Inggeris sampai kapan un tidak akan menerima wira perjuangan kemerdekaan yang sejati itu.

Untuk Khairy janganlah buat kerja sia-sia kerana ia membuang masa saja. Lebih baik anda memastikan kedudukan di Rembau itu tidak tergugat kerana apa yang diketahui kini nama Khairy sudah tidak ada dalam senarai calon UBN untuk pilihan raya ke-13 nanti. Kalau dengan rancangan itu Khairy mengharap kedudukan di Rembau akan kekal ia satu tindakan sia-sia saja.

Elok daripada bercakap soal sejarah yang sifatnya subjektif itu Khairy berusaha menyakinkan Najib dan Rosmah macam mana beliau perlu dicalonkan lagi di Seremban.- MSO

Apa masaalah ngan gambaq nih...

Posted: 04 Sep 2011 08:00 PM PDT

nota:
lepas tengok gambar ini
tapi masih lagi tak faham
sila hantuk kan kepala ke lutut sendiri
kah kah kah

Bro TT

Ooo... ini rupanya pengkhianat bagi Umno

Posted: 04 Sep 2011 07:00 PM PDT

Siapa Mat Indera?

by paktam

Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.

Foto Mat Indera (3 dari kiri) bersama kawan-kawan sekolah Melayu

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpinDr Burhanuddin al-Helmydan Ishak HajiMohammad;Mat Indera juga aktif didalam pergerakkan yang dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris.

Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza; atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM Melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan dengan peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak terlibat menembak atau menyerang anggota Polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam Tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkanreward $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menangkap Mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Beladang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, yang boleh menyebabkan rasa mengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri; maka pada ketika itulah Mat Tukyo mencabut segala tangkal.

Di katakan tangan Mat Indera diikat dengan lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan ke khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnya juga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan Balai Polis bukit Kepong.

Manakala menurut cerita orang, kali pertama kena tangkap, Mat Indera memberitahu yang dia hendak sembahyang dan minta izin untuk mengambil wudhuk, semasa ambil air sembahyang Mat Indera dikatakan ghaib menghilangkan diri. Peristiwa kali kedua pula, Mat Indera minta hendak sentuh rumput semasa ditangkap, apabila beliau menyentuh rumput, dikatakan Mat Indera sekali lagi dapat meloloskan diri secara ghaib. Akhirnya Mat Indera kecundang juga setelah terminum air kopi yang dibubuh buah kecubung. -lanailestari

RENCANA INI TERSIAR DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 13/12/2010

Dah mati pun terima saman lagi ka?

Posted: 04 Sep 2011 06:00 PM PDT

Wanita mati terima saman

 
Evelyn

LONDON: Seorang duda berang selepas menerima sepucuk surat menyatakan isterinya yang mati empat tahun lalu, dipanggil ke mahkamah dan didenda kerana kesalahan berkait dengan kenderaan.

Barry Bartin, 65, dimaklumkan majistret mendenda mendiang isterinya sebanyak £175 (RM875) kerana gagal memaklumkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan mengenai pemilik baru keretanya.

Bartin berkata, kereta mendiang isterinya dilupuskan pada 2009 selepas isterinya, Evelyn (gambar), meninggal dunia pada Jun 2007 akibat barah pada usia 47 tahun.

"Sebaik melihat saman itu saya terkejut. Saya tidak percaya ini akan berlaku selepas empat tahun Evelyn mati.

"Yang menyedihkan saya, dia tidak pernah melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang sepanjang hidupnya.

"Saya tidak faham bagaimana ia boleh berlaku. Saya sudah maklumkan kepada semua pihak mengenai kematiannya tetapi kesilapan ini tetap berlaku," katanya.

Menurut Bartin, jabatan berkenaan mendakwa mendiang isterinya tidak memaklumkan kepada mereka mengenai pemilik kereta baru.
"Saya sudah menghantar kereta itu untuk dilupuskan," katanya.

Anehnya, menurut Bartin, dia juga menerima surat tahun lalu yang dialamatkan kepada Evelyn yang memaklumkan wanita yang sudah mati itu didenda kerana kesalahan parkir.

"Saya menghubungi jabatan itu dan beberapa hari lalu, saya terbaca dalam akhbar, majistret mendenda isteri saya sebanyak £60 (RM300) untuk kos perbicaraan," katanya. - Agensi

Nak bodek Anwar sikit... haha...

Posted: 04 Sep 2011 05:00 PM PDT

Taksub atau Realiti....tentang Anwar Ibrahim

Oleh: heshell

Tercegang seketika mendengar tazkirah dari orang kuat PKR bertempat di Qariah Ramadhan Kota Bharu....Anwar Ibrahim Penyelamat dan Pembebasan Baituimuqaddis...bersandarkan beberapa hujah:

1. Kejatuhan Kerajaan Husni Mubarak.....menyebabkan bekalan gas ke Israel telah di potong dan pembukaan sempadan Rafah Gazza.

2. Signifikannya segala bekalan utk penduduk Gazza dapat dipenuhi dan kebebasan penduduk keluar masuk...memberi peluang kepada ratusan atau ribuan Mujahiddin utk memasuki Gazza bagi mempertahankan bumi Palestin.

3. Ada pendapat megatakan akan muncul penyelamat dari dunia sebelah timur yang akan menyatupadukan masyarakat Arab dan membebaskan Palestin.

4. Syeikh Yusuf Al-Qardawi dan Anwar merupakan sahabat baik mengalahkan adik beradik....jadi masyarakat dunia Islam menghormati SYAQ, dimana Anwar merupakan salah seorang penasihat kepada beliau.

5. Untuk muncul menjadi seorang pemimpin yang hebat dan penyelamat dunia islam.....beliau terlebih dahulu diuji..dengan pelagai ujian...calang2 pemimpin yang akan terus bertahan..dalam kata lain pemimpin ini tengah disiapkan.

6. Jikalau dugaan dan cabaran telah mampu diatasi, anwar akan muncul menjadi Penyelamat Dunia Islam.

Begitulah lebih kurang apa yang saya dengar...jikalau betul pembebasan Al AQsa..berlaku pada zaman ini....mungkin tidak mustahil benda ini boleh berlaku...kita mampu merancang hanya Allah saja yang mengetahuinya...Wallahu allahm.

Sebab tu Islam haramkan mabuk, HILANG AKAI BETOI...

Posted: 04 Sep 2011 04:30 PM PDT

Lelaki mabuk gigit ular sawa ditangkap

SACRAMENTO: Seorang lelaki ditahan selepas dituduh menggigit seekor ular sawa peliharaan rakannya.

Suspek, David Senk, 54, ditangkap semalam kerana disyaki mencederakan reptilia itu, kata jurucakap polisn Sacramento, Sarjan Andrew Pettit. Ular yang cedera teruk itu terpaksa menjalani pembedahan. Ketika diwawancara di penjara, Senk berkata, dia tidak ingat kejadian itu selepas tidak sedarkan diri akibat mabuk.

"Apabila ditanya kenapa dia mungkin menggigit ular itu, dia berkata: "Saya tak sedar. Saya mabuk." Senk ditahan selepas polis menerima aduan mengenai kejadian itu. Mereka menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan darah pada mukanya.

Seorang wanita memberitahu polis, Senk baru saja menggigit ular sawanya ketika dia membenarkannya memegang reptilia berkenaan.

"Tidak ada tanda-tanda menunjukkan ular itu mengancamnya. Dia tiba-tiba menggigit ular itu," kata wanita itu.

Senk, dalam wawancara itu berkata, dia tidak meminati ular. "Saya tidak pernah cuba menggigit ular. Haiwan itu yang cuba menggigit saya," katanya. - Reuters

Tiada ulasan: