shalehudin |
- Geng curi lembu dicari
- Tolong jangan lupa peristiwa ni...
- Salleh dah termakan umpan daaa...
- FOTO TERAKHIR Jurukamera Bernama SEBELUM DITEMBAK
- Dah lama dah Melayu diperbodo...
- Apahal ngan Khairul Fahmi ni?
- Gambar yang wajib diteliti
- Padan muka Karpal... haha...
- Tolong jangan lupa peristiwa ni...
- MSO pun kata Mat Sabu betoi
- Tolong jangan lupa peristiwa ni...
Posted: 03 Sep 2011 10:30 AM PDT Dua beradik dicari kes tembak lembu KAMARUZZAMAN menunjukkan gambar Suhaimi dan adiknya, Mustaki yang dicari pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam. KUANTAN – Dua beradik dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes menembak mati dua ekor lembu yang dipercayai cuba dicuri di Kampung Tanjung Putus dekat Bukit Rangin di sini kelmarin. Dua beradik berkenaan ialah Suhaimi Mat Yaacob, 47, yang beralamat di Kampung Cherang Hangus Bekelam, Bachok, Kelantan manakala adiknya, Mustaki Mat Yaacob, 44, dari Kampung Bugis dekat Beserah, Kuantan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, kedua-dua beradik itu dicari selepas polis menerima satu aduan daripada penternak lembu berusia 25 tahun yang memaklumkan dua ekor haiwan ternakannya ditembak mati sebelum disyaki cuba dicuri. "Kejadian itu berlaku pada pukul 1.30 pagi semalam (kelmarin) dan kebetulan pengadu berada di tempat peliharaan lembunya bagi menghalau kira-kira 25 haiwan yang dilepaskan supaya masuk semula ke kandang. "Tiba-tiba pengadu mendakwa dia ternampak seekor lembunya telah rebah sebelum dikejutkan pula dengan bunyi satu das tembakan yang disusuli seekor lagi lembunya rebah," kata beliau pada sidang akhbar di pejabatnya di sini semalam. Menurut beliau, pengadu kemudian ternampak dua buah kereta Proton Satria berada di kawasan ladang ternakan lembu miliknya menyebabkan pengadu mengejar kedua-dua buah kereta tersebut. Pengadu mengejar kereta Proton Satria itu dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda. Turut menemani abang pengadu. Selepas dikejar kira-kira dua kilometer, salah sebuah daripada kereta Proton Satria itu tiba-tiba mengalami kerosakan. Kereta tersebut kemudian terbabas ke dalam longkang. Sebuah lagi kenderaan tidak menghiraukan kereta Proton Satria yang terbabas itu dan terus memecut laju. "Pengadu kemudian melihat dua lelaki keluar dari kereta tersebut dan melarikan diri meninggalkan keretanya," kata beliau. |
Tolong jangan lupa peristiwa ni... Posted: 03 Sep 2011 09:00 AM PDT Amboii... bukan main punya teruk Umno ngan media penjilat depa menghentam Mat Sabu, sampai tak dan nak tarik napaih kena belasah. Sejak minggu lepaih lagi Mat Sabu jadi bahan berita dan ejekan yang cukup hebat seolah olah lemang ngan ketupat dah tak berselera nak dijamah sempena raya yang lepaih. Media penjilat Umno, baik cetak maupun media tv mengasak Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggi Umno yang mungkin jugak atas nasihat APCO. Cuma aku heran jugak la, Mat Sabu cerita pasai para pejuang kemerdekaan dari kacamata dia bukan baru. Dari berpuloh kali sambutan merdeka dulu lagi Mat Sabu dah macam ni dan cerita dia tak banyak berubah. Tapi pasai apa yang kali ni ceramah dia di atas isu yang sama menjadi isu malah dituduh dengan pelbagai tuduhan? Tapi jangan lupa Umno oiii... sebab majoriti rakyat takkan lupa cerita lain yang jugak bersangkut paut dengan pasukan keselamatan negara kita jugak. Kalau Mat Sabu cerita Polis zaman sebelum merdeka, bagaimana ngan pasukan keselamatan diwaktu zaman kita yang kononnya telah lama merdeka ni? Takkan dah lupa kot dengan kes peristiwa Memali di Baling Kedah... Penduduk Memali telah diserang dan ditembak secara rakus oleh pihak pasukan keselamatan. Agak agak hampa la, sapa yang mengarah untuk menembak secara brutal atau secara gila babi tanpa belas kasihan tu, sapa yang menerajui kerajaan ketika peristiwa Memali tersebut? Bukan main nooo, hampa nak jadi hero kisah rumah pasong di Bukit Kepong tapi buat buat lupa orang orang kampung Memali yang dibedil membuta tuli? Sapakah pengkhianat, pengganas yang sebenaq... Mat Sabu atau...???? - http://shalehudin.blogspot.com/ |
Salleh dah termakan umpan daaa... Posted: 03 Sep 2011 08:00 AM PDT Tahniah Wikileaks diatas laporan mengarut anda mengenai kenyataan Speaker DUN Sabah, Salleh Tun Said Keruak. Salleh hari ni bagai termakan umpan beracun dengan bangkit menjelaskan bahawa laporan anda mengenai komen beliau berkaitan kegagalan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 September 2008, adalah tidak benar. Kahkahkah... semua manusia normal dalam Malaysia tahu (kecuali yang berbangsa Umno) Setiap laporan dan kata kata puak puak berbangsa Umno hendaklah dibaca secara terbalik. Kalau tak benar ertinya benarrrrr. Kalau tak betul ertinya betulllll. Lebih baik kau diam dari melalut macam orang mabuk... kahkahkah... "Saya tidak pernah mengesahkan atau menyokong anggota parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat. Pada masa itu, setahu saya, pembangkang cuba sedaya upaya untuk menawan hati anggota Parlimen dari Sabah tetapi mereka gagal untuk menarik mereka". "Apa yang berlaku lebih pada "perang psikologi" yang dilakukan oleh pembangkang untuk tidak menstabilkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Salleh, bekas ketua Menteri Sabah kepada Bernama selepas menghadiri Rumah Terbuka Wanita Umno Kota Belud di Kampung Siasai di sini.- http://shalehudin.blogspot.com/ |
FOTO TERAKHIR Jurukamera Bernama SEBELUM DITEMBAK Posted: 03 Sep 2011 06:00 AM PDT MOGADISHU - FOTO TERAKHIR ... Foto Noramfaizul yang diambil pada awal pagi bersama rakan-rakan media dan blogger, Bani Amin Ahmad Zabidi (Minaq Jinggo) beberapa jam sebelum dia ditembak, di sini, Jumaat. Aji Siregar Mazlan, 26, (tengah) jurukamera TV3 yang mengalami kecederaan ditangan kanannya dan lelasan di bawah ketiak beliau. Muhamad Solleh Ahmad Kamal (kiri) dan Melissa Ong dari Ntv-7 menenangkan Aji selepas beliau menerima rawatan awal. Dua wartawan telah diserang dan menyebabkan satu kematian dan satu kecederaan. Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera Bernama TV disahkan meninggal dunia oleh Datuk Dr Mohamed Alwi Abdul Rahman pada jam 5.30 petang waktu tempatan. Kenderaan 4WD mereka telah ditembak ketika di dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan mereka selepas membuat liputan Bantuan Kemanusiaan Malaysia kepada Somalia. Baki lagi 54 rakyat Malaysia akan dipindahkan dengan seberapa segera. Kapal terbang TUDM C-130 dijangka tiba pada awal pagi dan dijangka pulang Pangkalan TUDM Subang pada hari Ahad. |
Dah lama dah Melayu diperbodo... Posted: 03 Sep 2011 03:00 AM PDT Mohamad Sabu tak sebut komunis by paktam Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong. Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan. Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat. Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan. Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi? Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA). Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara. Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan? Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan. Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis. Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara. Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa. Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN. Dr Dzulkefly Ahmad, PAS Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN Liew Chin Tong, DAP 2 September 2011 |
Posted: 03 Sep 2011 01:00 AM PDT Belum pulang cincin KOTA BHARU: "Kenyataan dibuatnya pertunangan dia dengan anak saya sudah putus secara rasmi tidak benar. Sejak dia beritahu akan memutuskan pertunangan mengikut adat Melayu dan memulangkan cincin pertunangan dengan bantuan keluarga angkatnya, sampai hari ini semua itu tidak berlaku," kata ibu Aimie Harmelia atau Elia. Wanita berusia 46 tahun yang enggan dikenali berkata demikian sebagai menafikan kenyataan terbaru penjaga gol sensasi kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, baru-baru ini yang mendakwa pertunangannya dengan Elia diputuskan secara rasmi. Ibu Elia berkata, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan panggilan Apek hanya mengeruhkan lagi suasana, malah mengaibkan keluarganya. "Kalau dia (Khairul Fahmi) 'jantan' sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami. "Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.- myMetro |
Posted: 02 Sep 2011 11:00 PM PDT |
Posted: 02 Sep 2011 09:30 PM PDT Semak kepala aku semakin semak bila si Karpal Singh tetiba ja mintak Mat Sabu tarik balik kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong. Baguih jugak Karpal bagi pandangan camtu. Kita memang perjuangkan kebebasan bersuara, malah semua orang berhak untuk bersuara sampaikan apa yang terbuku dihati. Tapi, agak agak la, jangan sampai bagi peluru hidup kat musuh... Bukan tak boleh berselisih pendapat dalam sesatu organisasi, malah lagi banyak pendapat lagi baguih untuk celikkan yang buta tapi betoinya memang Karpal Singh ni tak dak nombor henpon Mat Sabu ka? Mustahil sangat la Mat Sabu yang femes pun nombor henpon Karpal tak simpan. Mau dok calling calling la, tanya betoi betoi apa isu dia. Mat Sabu bagi aku telah berjaya (setakat ni la) membuka ruang yang teramat luas buat Pas dan Pakatan Rakyat membantai Umno dan Barisan Nasional habis habisan. Tak sapa yang sangkalkan, Umno amat takut dengan terpilihnya Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas kali ni. Langkah dia memang langkah seorang politikus yang matang dan pandai cari ruang untuk menyerang musuh. Bukan macam saf yang sebelum ini, kaku dan lesu... bodek ja lebih. Aku pun tak boleh nak pikiaq lagi motif sebenar si Karpal mencelah dan tetiba bagai satu arahan pada Mat Sabu untuk tarik balik kenyataannya berhubung isu Bukit Kepong. Kalau lah tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh tu hanya mahukan publisiti... sekurang kurangnya dia telah berjaya pasai kesemua media penjilat Umno telah letakkan komen dia di ruang utama... Tapi kalau dia buat komen semata mata nak bodek Umno dan Barisan Nasional... hihi... dia silap banyak pasai Umno langsung tak heran, siap ngan depa kata sebagai satu helah dari Karpal Singh saja... kahkahkah... Karpal oiii... mau dok sedaq diri sikit, hang mungkin pandai tapi belum tentu hang cerdik.... kahkahkah.... ************************* Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, Karpal terpaksa berbuat demikian kerana bimbang sokongan terhadap parti pembangkang terutama DAP akan terjejas disebabkan kenyataan yang dibuat oleh Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu. Katanya, reaksi negatif daripada banyak pihak berhubung kenyataan Mat Sabu itu menyebabkan Karpal menggesa pemimpin Pas itu supaya menarik balik kenyataannya.- Utusan Meloya |
Tolong jangan lupa peristiwa ni... Posted: 02 Sep 2011 08:35 PM PDT Amboii... bukan main punya teruk Umno ngan media penjilat depa menghentam Mat Sabu, sampai tak dan nak tarik napaih kena belasah. Sejak minggu lepaih lagi Mat Sabu jadi bahan berita dan ejekan yang cukup hebat seolah olah lemang ngan ketupat dah tak berselera nak dijamah sempena raya yang lepaih. Media penjilat Umno, baik cetak maupun media tv mengasak Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggi Umno yang mungkin jugak atas nasihat APCO. Cuma aku heran jugak la, Mat Sabu cerita pasai para pejuang kemerdekaan dari kacamata dia bukan baru. Dari berpuloh kali sambutan merdeka dulu lagi Mat Sabu dah macam ni dan cerita dia tak banyak berubah. Tapi pasai apa yang kali ni ceramah dia di atas isu yang sama menjadi isu malah dituduh dengan pelbagai tuduhan? Tapi jangan lupa Umno oiii... sebab majoriti rakyat takkan lupa cerita lain yang jugak bersangkut paut dengan pasukan keselamatan negara kita jugak. Kalau Mat Sabu cerita Polis zaman sebelum merdeka, bagaimana ngan pasukan keselamatan diwaktu zaman kita yang kononnya telah lama merdeka ni? Takkan dah lupa kot dengan kes peristiwa Memali di Baling Kedah... Penduduk Memali telah diserang dan ditembak secara rakus oleh pihak pasukan keselamatan. Agak agak hampa la, sapa yang mengarah untuk menembak secara brutal atau secara gila babi tanpa belas kasihan tu, sapa yang menerajui kerajaan ketika peristiwa Memali tersebut? Bukan main nooo, hampa nak jadi hero kisah rumah pasong di Bukit Kepong tapi buat buat lupa orang orang kampung Memali yang dibedil membuta tuli? Sapakah pengkhianat, pengganas yang sebenaq... Mat Sabu atau...???? - http://shalehudin.blogspot.com/ |
Posted: 02 Sep 2011 06:40 PM PDT Pandangan Sejarah Mat Sabu Betul SEHARI dua ini media massa penjilat buntut UBN telah melancarkan serangan ke atas timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu. Isu yang dikaitkan kali ini ialah kononnya Mat Sabu sokong komunis. Ia bermula dengan ucapan atau ceramah Mat Sabu mengenai kemerdekaan pada bulan lepas di Pulau Pinang. Dalam ucapan itu Mat Sabu dilaporkan telah mengikhtiraf pihak yang menyerang dan membunuh keluarga polis dalam peristiwa Bukit Kepong (1950) sebagai hero atau perjuang kemerdekaan sebenar. Mat Sabu mengikhtiraf bahawa Mat Indra sebagai hero yang sebenarnya. Mereka yang tahu menilai dan arif meneliti sejarah tidak akan mudah terkaget dengan dakyah itu. Memang dalam konteks sebenarnya penyerang Balai Polis Bukit Kepong itu terdiri daripada pasukan yang mahu membebaskan negara ini dari penjajah. Balai Polis berkenaan adalah di bawah kuasa Bristish yang menjajah negara ini pada ketika itu. Saat itu dalam konteks orang Melayu negara ini belum milik Melayu. Atau ia bukan kerajaan Melayu (Malaysia). Malaysia belum merdeka dan berada di bawah pemerintahan British. Jadi pasukan penyerang itu adalah salah satu pasukan atau puak yang ingin memerdekakan negara ini. Apa yang perlu difahami apakah pasukan yang berjuang untuk mendapat kemerdekaan dan menghalau sejarah itu salah? Itu hakikat dan realitinya. Jadi kalau Mat Sabu mengatakan pasukan penyerang itu adalah hero ia adalah benar dan satu kenyataan yang tidak boleh ditolak dengan apa dalil pun dalam konteks perjuangan membebaskan negara dan bangsa. Cuma di dalam hal ini apa menyebabkan kita merasakan sedikit kontras (mengelirukan umum) dengan pengikhtirafan Mat Sabu itu ialah kerana yang menjadi mangsa serangan itu Melayu beragama agama. Tetapi perlu diingat jangan pula kerana yang terlibat itu orang Melayu dan Islam mudah kita menerima ia sebagai satu kebenaran? Tidak begitu di dalam memahami sejarah atau pun hubungan peristiwa berkenaan dengan kemerdekaan kita. Sejarah tidak boleh dipesongkan kerana ia ada fakta tentangnya. Sepatutnya dalam hal ini kita tidak perlu melihat kepada sentimen agama dan bangsa. Yang patut dinilai ialah siapa mereka itu atau apakah kedudukan mereka ketika itu menempati kebenaran? Mereka yang menjadi polis atau tentera yang bekerja dengan British tetap dianggap sebagai berkerja atau berkhidmat di pihak yang tidak benar. Mungkin sudah menjadi tektik British meletakkan orang Melayu di depan untuk menjadi benteng mereka, dalam kata lain kita hanya menjadi pengawal kepada usaha mengekalkan kuasa mereka saja. Jelasnya di sepanjang pemerintahan British orang Melayu menjadi alat kepada kolonial itu. Saya rasa kalau yang mati itu bukan Melayu ia tidak akan menjadi masalah hari ini. Kenapa? Kerana kita mudah menerima apa-apa yang dilakukan oleh bukan Melayu dan bukan Islam itu sebagai jahat. Ini menunjukkan kita dalam menilai sesuatu bukan kepada fakta dan situasi sebenarnya tetapi masih berlegar kepada soal bangsa dan agama. Sentiman kaum dan agama terlalu kuat menghujam kita sehingga kita terpesong dalam memahami erti hidup yang sebenarnya. Lantaran itu kehidupan kita seharian dalam apa benda pun penuh dengan bidaah dan sayrik. Pada saya kalaupun siapa dia tetapi dia mempertahankan kemungkaran - kerajaan penjajah adalah kerajaan mungkar, ia perlu ditentang kerana ia bersubahat dengan kemungkaran. Demikian dengan 25 anggota polis yang meninggal itu adalah mereka yang bersubahat dengan kemungkaran mempertahankan penjajah British. Persubahatan itu mungkin tanpa disedari mereka sendiri. Jadi kalau semua pihak faham apa yang Mat Sabu utarakan itu ia tidak menjadi masalah. Apakah kerana seseorang itu Melayu dan Islam apabila ia terlibat dengan kegiatan mungkar kita perlu menyokongnya? Tidak... benar tetap benar dan inilah dipraktikan oleh kerajaan UBN selama ini. Hal atau sejarah Bukit Kepong itu samalah dengan apa yang kerajaan UBN lakukan kepada peristiwa Memali iaini Ibrahim Libya dan pengikutnya. Pembunuhan terpaksa dilakukan kerana kerajaan memutuskan kegiatan Ibrahim Libya itu memberhaya kepada negara. Jadi tanpa mengira siapa Ibahim dan pengikutnya ia dibunuh dengan kejamnya. Kenapa pula dalam kes Ibrahim Libya ini tidak ramai orang Melayu mengambil kira soal sentimen agama dan bangsa? Kenapa kerajaan UBN bunuh? Demikian juga dengan kumpulan al Mauanah yang diketuai oleh Mohamad Amin. Walaupun Amin itu Islam tetapi kerana aktivitinya mendatangkan kemudaratan kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong ia dianggap sebagai pengkhianat tanpa melihat dia seorang Islam dan Melayu. Anihnya kenapa pula pembunuhan ke atas Ibrahim Libya, Mohamad Amin dan lain-ain itu tidak dianggap sebagai kezaliman? Kenapa tiada kecaman seperti kecaman ke atas Mat Sabu itu dalam kes ini? Kenapa? Inilah sikap atau pun kesedaran double standard orang kita terhadap sesuatu isu atau peritiwa. Selagi sikap ini terus kekal dan memantap dalam diri kita maka jauh lagilah untuk kita mendapati kebenaran dalam hidup dan akan terus terkeliru yang akhirnya kekeliruan itu menimbulkan polimek dan menjadikan kita terus bergaduh. Orang Melayu hari ini bergasak sesama sendiri disebabkan berlaku kekeliruan dan berpegang kepada teras yangb tidak jelas. Seluruh kekuarga polis yang mati diserang di Bukit Kepong itu harus menerima hakikat ini. Bahawa kaum kerabat, ayah atau datuk mereka mati bukan mempertahankan hak Melayu dalam erti kata sebenarnya. Mereka bukan mati mempertahankan kemerdekaan atau inginkan kemerdekaan. Tetapi mereka mati kerana mahu mempertahankan kerajaan British yang menjaja bangsa dan budaya kita. Makanya tanpa merasai sentimen mereka adalah Melayu dan Islam perbuatan mereka itu bukan sesuatu yang perlu dikenang dan diagungkan melewati kewajarannya. Saya menyokong pendapat mengatakan kekeliruan kita dalam menerima siapa hero sebenarnya ini disebabkan putar belit dalam sejarah negara ini yang didongenagkan demi kepentingan penjajah. Di sini saya ingin menurunkan kata-kata yang pernah dilapazkan oleh bekas tokoh Umno dan perjuang Melayu, Allahyaraham Abdul Ghafar Baba. Katanya apa salahnya kalau komunis itu Islam? Mesej yang beliau hendak sampai, Ghafar sendiri tidak menghukum perjuangan di hutan orang Melayu menerusi PKMM itu sebagai salah ataupun mereka adalah menentang Tuhan. Mungkin Ghafar sepanjang hayatnya tidak mahu bercakap seperti Mat Sabu bagi membetulkan sejarah kerana kedudukannya di dalam Umno ketika itu cukup lumayan namun dari kata-kata itu dapat ditafsirkan bahawa Allahyarham Ghafar menerima kesucian dan kekudusan perjuangan PKMM. http://msomelayu.blogspot.com |
Tolong jangan lupa peristiwa ni... Posted: 02 Sep 2011 09:00 AM PDT Amboii... bukan main punya teruk Umno ngan media penjilat depa menghentam Mat Sabu, sampai tak dan nak tarik napaih kena belasah. Sejak minggu lepaih lagi Mat Sabu jadi bahan berita dan ejekan yang cukup hebat seolah olah lemang ngan ketupat dah tak berselera nak dijamah sempena raya yang lepaih. Media penjilat Umno, baik cetak maupun media tv mengasak Mat Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat bangsa yang sebenar oleh pemimpin tertinggi Umno yang mungkin jugak atas nasihat APCO. Cuma aku heran jugak la, Mat Sabu cerita pasai para pejuang kemerdekaan dari kacamata dia bukan baru. Dari berpuloh kali sambutan merdeka dulu lagi Mat Sabu dah macam ni dan cerita dia tak banyak berubah. Tapi pasai apa yang kali ni ceramah dia di atas isu yang sama menjadi isu malah dituduh dengan pelbagai tuduhan? Tapi jangan lupa Umno oiii... sebab majoriti rakyat takkan lupa cerita lain yang jugak bersangkut paut dengan pasukan keselamatan negara kita jugak. Kalau Mat Sabu cerita Polis zaman sebelum merdeka, bagaimana ngan pasukan keselamatan diwaktu zaman kita yang kononnya telah lama merdeka ni? Takkan dah lupa kot dengan kes peristiwa Memali di Baling Kedah... Penduduk Memali telah diserang dan ditembak secara rakus oleh pihak pasukan keselamatan. Agak agak hampa la, sapa yang mengarah untuk menembak secara brutal atau secara gila babi tanpa belas kasihan tu, sapa yang menerajui kerajaan ketika peristiwa Memali tersebut? Bukan main nooo, hampa nak jadi hero kisah rumah pasong di Bukit Kepong tapi buat buat lupa orang orang kampung Memali yang dibedil membuta tuli? Sapakah pengkhianat, pengganas yang sebenaq... Mat Sabu atau...???? - http://shalehudin.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan