Jumaat, 2 September 2011

shalehudin

shalehudin


Ni sah memang kerja penjenayah dan pengkhianat

Posted: 02 Sep 2011 11:46 AM PDT

KETUA Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (tiga dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas anggota polis selepas berjaya menangkap penjenayah ketika menebuk lubang di kedai pajak gadai di Sungai Way, Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

Jurukamera BernamaTV maut kena tembakan curi

Posted: 02 Sep 2011 10:00 AM PDT

Noramfaizul Mohd Nor, 41 jurukamera BernamaTV telah meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini.

Rakannya yang juga wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia. Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Tembakan itu dipercayai ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA

Patut la depa bawak lari MP pi Taiwan... kahkahkah...

Posted: 02 Sep 2011 09:30 AM PDT

'Rampasan kuasa 16 Sept' adalah benar, kata Wikileaks


Joseph Sipalan
Kabel diplomatik Amerika Syarikat yang bocor membuktikan bahawa dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil-alih tampuk pemerintahan negara pada 16 September 2008 mempunyai asasnya.

Catatan yang dimuat-naik oleh portal pembocor maklumat, Wikileaks menunjukkan bahawa sekumpulan ahli-ahli politik dari Sabah dan Sarawak telah merancang untuk berpaling tadah daripada BN.

Wikileaks, mendakwa bekas Ketua Menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata hampir separuh daripada 25 ahli parlimen Sabah telah bersedia untuk meninggalkan BN bagi menyusul tindakan yang diambil oleh SAPP.

Menurut kabel itu, kakitangan Kedutaan Amerika Syarikat juga mendapati ahli politik kanan Sabah tidak lagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu yang mengadakan beberapa siri mesyuarat dari 18 hingga 20 Jun pada tahun itu di negeri berkenaan.

"Hakikatnya, kata Salleh (gambar) antara (lapan) hingga 14 ahli parlimen (daripada 25 MP Sabah tersebut) akan meninggalkan BN. Beliau menamakan (lima) dari Umno, (empat) dari Upko, sebagai tambahan kepada (dua) dari Sapp," petik kabel, bertarikh 24 Jun, 2008 itu.

Ini kali pertama sumber di luar daripada pembangkang yang mengesahkan legitimasi Hari Malaysia seperti yang didakwa oleh Anwar itu. Walaupun berbulan lamanya Pakatan Rakyat mencanangkan bahawa mereka akan mengambil alih Putrajaya pada tarikh yang simbolik itu, namun, ia tidak menjadi kenyataan.

Walau bagaimanapun, cakap-cakap mengenai pembelotan itu diperkuatkan apabila Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) menganjurkan 'lawatan sambil belajar' ke Taiwan seminggu sebelum tarikh berkenaan. Ia dihadiri sebahagian besarnya oleh ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak.

Ketua BNBBC yang juga ahli parlimen Bintulu Datuk Tiong King Sing, bagaimanapun menyangkal dakwaan bahawa lawatan mempunyai apa-apa objektif lain selain untuk mempelajari industri pertanian di Taiwan.

Kabel yang dilabelkan sebagai sulit itu, bagaimanapun, menegaskan walaupun ahli-ahli politik kanan Sabah berkenaan sebulat suara tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah, mereka pada masa yang sama tidak pula menyokong Anwar.

Perkara itu dikatakan ada kaitan dengan 'luka lama yang didakwa masih berdarah' apabila Anwar, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri kepada Dr Mahathir Mohamed berperanan utama mengulingkan kerajaan negeri pimpinan PBS pada 1994.

Syabas Mat Sabu

Posted: 02 Sep 2011 08:00 AM PDT

Syabas pada Mat Sabu. Ahli ahli PAS tidak silap memilih beliau sebagai Timbalan Presiden. Kita memang amat amat memerlukan orang orang seperti ini untuk memecahkan stereotype pemikiran melayu yang lebih suka berpegang kepada status quo ciptaan penjajah dan Umno khususnya.

Aku sokong kenyataan bijak dan berani Mat Sabu, beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putar belit Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno. Sebaliknya beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.

Mat Sabu berkata beliau telah pun dihubungi pihak polis berhubung siasatan yang akan dijalankan terhadapnya. Bagaimanapun katanya, belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk sesi soal siasat.

Ni la jenih pemimpin yang boleh bawak kita ke Putra Jaya

Posted: 02 Sep 2011 07:00 AM PDT

Mat Sabu asak balik, dakwa Umno di ambang tumbang

Oleh Clara Chooi
Mat Sabu berkata sambutan bagi program ceramah anjuran PAS "sangat baik". — Foto fail

KUALA LUMPUR, 2 Sept — PAS semakin hampir untuk mengisytiharkan pihaknya "juara" kempen bersaing dengan Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu kawasan luar bandar ketika sambutan Aidilfitri, dengan Timbalan Presidennya Mohamad Sabu yakin Umno bakal tumbang dalam waktu terdekat.

Meskipun berhadapan dengan siri kecaman dan kritikan berhubung kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, Mohamad menegaskan kepada The Malaysian Insider, usaha mengedar bahan kempen Aidilfitri sudah cukup berjaya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu memihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Ceramah-ceramah kami di surau dan masjid cukup baik. Respons daripada rakyat sangat baik," katanya.

Kedua-dua PR dan Barisan Nasional (BN) mengadakan kempen prapilihan raya umum ketika Ramadan, masing-masing dengan agenda dan mesej untuk memikat sokongan pengundi Melayu, khususnya mereka di luar kawasan bandar.

Bagaimanapun pada Sabtu lalu, PAS — komponen PR, berhadapan dengan serangan Utusan Malaysia kononnya Mohamad mempertikaikan pejuang kemerdekaan dan mengagung-agungkan komunis, ketika negara menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Ke-54.

Mohamad telah menafikan ada menyebut nama komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

The Malaysian Insider semalam membawa laporan, sama ada tafsiran Mohamad mengenai tragedi Bukit Kepong tepat ataupun sebaliknya, isu itu telah membuka ruang kepada BN untuk bertindak secara ofensif ketika ia bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang terjejas ekoran perhimpunan Bersih 2.0 dan isu kenaikan inflasi.

Meskipun ada peralihan sokongan orang Melayu kepada perikatan itu sejak pilihan raya umum 2008, Umno melihat Mohamad, timbalan presiden PAS yang dipilih Jun lalu, sebagai "pengasak" yang belum boleh memecahkan asas kekuatan mereka di kalangan kaum majoriti itu.

Bagaimanapun kenyataan kontroversi pemimpin itu telah membolehkan Umno menyemai benih keraguan di kalangan pengundi Melayu, yang masih menganggap komunisme sebagai satu momokan, khususnya di kalangan masyarakat luar bandar.

Meskipun begitu, Mohamad masih yakin dengan sokongan orang Melayu sambil menegaskan, Umno sudah mula rasa tertekan dan terdesak.

"Anda tengok, saya hanya seorang yang sangat, sangat kecil. Bukan orang besar pun, tetapi mereka menyerang saya... lima hari lima malam. Jadi, mereka sudah jelas terdesak," kata beliau.

Katanya, ketika kempen sempena cuti Aidilfitri yang diusahakan oleh PAS, pemimpin-pemimpin parti Islam itu menjelaskan mengenai tuntutan pilihan raya yang dibawa oleh Bersih 2.0 termasuk isu pengundi pos.

"Isu-isu lain termasuklah rasuah, skandal cincin RM24 juta melibatkan isteri perdana menteri... mereka belum lagi menjelaskan dengan betul," kata beliau.

Reaksi daripada orang ramai cukup menggembirakan kata Mohamad sambil menambah, PAS telah berjaya membawa mesej ke akar umbi.

"Apa pun, Umno akan tumbang dalam waktu terdekat. Anda akan lihat," kata beliau dengan yakin.

Ketika sambutan Aidilfitri kali ini, ahli-ahli PAS telah menyiarkan video berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai dan mengedarkan kira-kira 200,000 DVD.

Selamat Hari Raya Saiful... kahkahkah...

Posted: 02 Sep 2011 06:00 AM PDT

Fitnah II: Tiga calitan masih baik selepas 100 jam?

KUALA LUMPUR: Tiga calitan kapas yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya.

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald yang emmberi keterangan semasa perbicaraan Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," Dr McDonald memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira – dalam keterangannya sebelum ini – berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius, lapor MalaysiaKini.- KD

Apa kejadah bagi tauliah agama kat komunis nih... hihi...

Posted: 02 Sep 2011 05:00 AM PDT

Mat Indera dapat tauliah agama dari kerajaan Johor

Harakahdaily
 
KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Antara yang menyerangnya adalah kumpulan yang dipimpin oleh Mat Indera di samping komunis yang juga melawan penjajah British ketika itu.

Polis ketika itu adalah bertugas dengan penjajah Inggeris yang menjajah Tanah Melayu pada waktu itu.

Antara pihak yang menentang Inggeris adalah pejuang Islam yang dipelopori oleh Abu Bakar Al Bakir, kumpulan Nasionalis Melayu pimpin Ahmad Boestaman dan juga komunis.

Namun kesemua mereka tidak menjadi hero yang memperjuangkan kemerdekaan dan melawab bagi pengkisah sejarah negara yang dipimpin Umno tetapi yang menjadi hero adalah Datuk Onn Jaffar dan Tunku Abdul Rahman.

Padahal Datuk Onn adalah menteri besar yang dilantik Inggeris untuk mentadbir Johor. Tunku Abdul Rahman pula adalah pegawai British.

Seminar sejarah

Akibat salah faham ini, Abu Bakar Chik yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berkata, pihaknya akan menganjurkan satu seminar khas bagi mengkaji balik sejarah ini.

"Kita akan adakan seminar untuk mengkaji balik sejarah ini, antaranya kes Mat Indera yang akan kita kaji semula.

"Kita akan kaji dan nilai siapa pejuang kemerdekaan sebenarnya," kata beliau dalam majlis itu.

Bagi beliau, apa yang cuba dikatakan oleh Mohamad Sabu adalah meminta rakyat negara ini mengkaji semula sejarah yang ditulis selama ini oleh kerajaan Umno untuk kepentingan politik parti itu.

Lagi bukti Pakatan Rakyat tak pandai perintah negeri... kahkahkah...

Posted: 02 Sep 2011 04:00 AM PDT

Taman Negara Bako ditutup kepada pelawat

KUCHING: Taman negara tertua di Sarawak, Taman Negara Bako ditutup buat sementara kepada pelawat yang ingin bermalam di situ kerana masalah serius ketiadaan bekalan air bersih ke taman berkenaan.

Penutupan berkenaan berkuat kuasa serta merta, demikian menurut kenyataan dikeluarkan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di sini, hari ini.

SFC menyatakan pengumuman selanjutnya akan dibuat apabila taman itu yang terletak di penghujung semenanjung Muara Tebas, kira-kira 37 kilometer dari sini, bersedia menerima pelawat untuk bermalam di situ.

Diwartakan pada 1957 dan meliputi kawasan seluas 2,722 hektar, taman berkenaan adalah yang terkecil di Sarawak tetapi dipenuhi dengan hampir setiap jenis tanaman yang terdapat di Borneo.

Taman Negara Bako memberi peluang terbaik untuk pelawat mengenali hutan tropika dan pesisir pantai Borneo, dengan sejumlah tarikan serta aktiviti yang boleh dijalankan di situ menjadikannya taman paling popular di Sarawak. - BERNAMA

Dia tak jemput rakyat Melaka join sama ka? Kahkahkah...

Posted: 02 Sep 2011 03:25 AM PDT

Shah Rukhkhan anjur rumah terbuka

SHAH RUKHKHAN berdiri di balkoni rumahnya semasa para peminatnya berhimpun untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri di Mumbai kelmarin.

MUMBAI – Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukhkhan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sini kelmarin.

Rumah terbuka itu turut dihadiri oleh bintang-bintang Bollywood seperti Karan Johar, Farhan Akhtar dan Hrithik Roshan.

Antara senarai tetamu di rumah Shah Rukhkhan itu ialah Ashutosh Gowarikar dan isterinya Sunita, Dino Morea, Arjun Rampal, Chunky Pandey, Priyanka Chopra, Raveena Tandon, Anushka Sharma, Preity Zinta serta Sonali Bendre.

Pelakon Sunjay Dutt dan isterinya, Manyata turut hadir.

Wartawan-wartawan akhbar turut menunggu di luar kediaman pelakon terkenal itu untuk membuat liputan.

Polis terpaksa berkawal di luar rumah pelakon terkenal itu selepas sejumlah peminat mengerumuni kereta-kereta bintang Bollywood sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

"Anak-anak saya sudah membesar. Kami meraikan setiap perayaan seperti Deepavali dan Krismas," kata Shah Rukhkhan. – Agensi

Sah Dr Mujahid tak pernah baca Utusan... kahkahkah...

Posted: 02 Sep 2011 02:25 AM PDT


BUKIT KEPONG: SERANGAN TERHADAP BRITISH – harakah daily

Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, serangan kira-kira jam 5.00 pagi pada tanggal 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN.

Ianya termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi talibarut British.

"Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri.

"Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.

Bercakap kepada Harakahdaily beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman dijajah British itu sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicop golongan berhaluan kiri atau komunis.

Manakala golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British.

"Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British.

"Penentang yang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicop kiri atau komunis." jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu yang diputarbelitkan oleh media perdana khususnya akhbar Umno, Utusan Malaysia sehingga menjadi kontroversi.

Sapa yang pandai pandai reka cerita nih...

Posted: 02 Sep 2011 12:40 AM PDT

Presiden PAS nafi suruh Azizan letak jawatan

Aziz Muda
KUALA TERENGGANU, 2 Sept: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya.

"Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat meminta Datuk Seri Azizan meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar.

Selain The Star, dakwaan tersebut turut dilaporkan bebertapa portal berita, sehingga ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak terutama mengenai kesahihannya.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini, berkata perkara itu telah dirujuk kepada Abdul Hadi dan Abdul Hadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut hairan bagaimana dakwaan itu muncul, sedangkan beliau dan pimpinan PAS Pusat tidak pun mendesak Azizan berbuat demikian.

"Jadi dengan itu ditegaskan, Presiden PAS menafikan perkara tersebut. Ustaz Azizan tidak pun didesak atau dinasihat pimpinan pusat khususnya Presiden PAS supaya meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar.

"Tiada desakan baik daripada Presiden atau mana-mana pimpinan pusat supaya Ustaz Azizan meletakkan jawatan," tegasnya.

Sebaliknya, tegas beliau, Presiden PAS memaklumkan bahawa Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi masih berehat buat masa ini disebabkan masih dalam rawatan.

Sehubungan itu, beliau berharap supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia jelas tidak berasas.

Depa nak kaji kelajuan ambulans

Posted: 01 Sep 2011 11:47 PM PDT

Kelajuan ambulans di jalan raya akan disiasat – KPN

KUALA LUMPUR 2 Sept – Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berkata, pada masa ini tiada had laju ditetapkan untuk ambulans yang membawa pesakit ke hospital semasa kecemasan.

Bagaimanapun pihaknya akan menyiasat kejadian kemalangan yang melibatkan ambulans dan mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum mengadakan sebarang had laju, katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis persaraan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Robiah Abdul Ghani di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.

Ismail berkata, pihak polis juga akan menyiasat kejadian kemalangan maut yang melibatkan ambulans kelmarin.

Seorang ibu, Norizah Bujang, 62, maut apabila ambulans yang dinaikinya bagi menemani anaknya untuk mendapatkan rawatan akibat terkena renjatan elektrik di Hospital Kuala Pilah terbabas ketika melalui satu selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan di Tampin, Negeri Sembilan.

Pada pertengahan Ogos lepas, pesakit Mariam Baba, 73, seorang mangsa samun maut dan jururawat Yuhanis Yasin, 30, meninggal dunia kerana cedera parah setelah ambulans yang mereka naiki untuk ke Hospital Kuala Lumpur dari Melaka terbalik setelah dirempuh oleh sebuah teksi. – Bernama

Syabas Mat Sabu

Posted: 01 Sep 2011 09:00 PM PDT

Syabas pada Mat Sabu. Ahli ahli PAS tidak silap memilih beliau sebagai Timbalan Presiden. Kita memang amat amat memerlukan orang orang seperti ini untuk memecahkan stereotype pemikiran melayu yang lebih suka berpegang kepada status quo ciptaan penjajah dan Umno khususnya.

Aku sokong kenyataan bijak dan berani Mat Sabu, beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putar belit Utusan Malaysia dan dijadikan isu oleh pemimpin-pemimpin Umno. Sebaliknya beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis yang telah pun menghubunginya untuk disoal siasat.

Mat Sabu berkata beliau telah pun dihubungi pihak polis berhubung siasatan yang akan dijalankan terhadapnya. Bagaimanapun katanya, belum ada tarikh khusus ditetapkan untuk sesi soal siasat.

Sah, Anwar dah bersalah...

Posted: 01 Sep 2011 07:00 PM PDT

Dalam laporan terkini Malaysiakini melaporkan portal terkenal Wikileaks telah membocorkan satu transaksi kabel diplomatik Amerika Syarikat bahawa Piem bagi bangsa Umno, Najib Razak dan pemimpin utama Umno telah memutuskan segala padah dan kos politik bagi mendakwa Anwar "boleh diterima". Mereka juga mahu perkara berkenaan diteruskan secara agresif di dalam dan juga di luar mahkamah.

Ini bermakna... apa cara pun' Anwar akan didapati bersalah dalam kes liwat II yang sedang hangat berlangsung. Ini kerana, berdasarkan penilaian bahawa Anwar Ibrahim akan terus menjadi ancaman kepada Umno sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang, ketua pembangkang itu akan didapati bersalah kerana meliwat - hukuman keduanya dalam tempoh 10 tahun.

Menurut nota diplomatik 2009 yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Mark D Clark, kaunselor politik di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, matlamat utama mereka adalah bagi memenjarakan Anwar semula dan menyingkirkannya secara tetap dari politik.

Walaupun mengakui perkara itu adalah semata-mata tindakan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan berpendapat tekanan politik adalah diperlukan, dan sanggup menerima risiko reputasi dalam proses berkenaan supaya akhirnya mencapai keputusan bersalah selepas drama berprofil tinggi berbulan-bulan di mahkamah, kata James R Keith.

Mahkamah akan membicarakan dan menolak rayuan Anwar pada kadar yang segera sebelum menjelang pilihan raya umum negara pada tahun 2012 atau 2013.

Ada tiga senario berhubung bagaimana kes itu akan berakhir.

Dalam senario berkenaan, Kedutaan Amerika mengandaikan bahawa Najib akan berperanan sebagai "suara pemutus" berhubung keputusan perbicaraan, walaupun beliau juga perlu mendapatkan pendapat dan pandangan golongan elit Umno yang lain.

Dalam senario pertama, kerajaan akan memastikan dalam "apa cara sekalipun" Anwar akan didapati bersalah.

Senario kedua pula menurut Keith, kerajaan akan meneruskan pendakwaan tetapi tidak memberi tekanan yang sewajarnya untuk mendapatkan keputusan bersalah.

Ini akan berlaku sekiranya kerajaan percaya bahawa bukti-bukti yang dikemukakan semasa prosiding mahkamah itu sendiri cukup telah merosakkan maruah atau reputasi Anwar sehingga tidak mampu menjejaskan kredibiliti Najib, kata Keith.

Utusan Meloya

Posted: 01 Sep 2011 05:00 PM PDT

KENYATAAN RASMI PSM

PSM berpendirian bahawa apa yang tertulis dalam Utusan Malaysia bukanlah isu sebenar dan konteks sebenar apa yang telah diceramahkan oleh Muhammad Sabu – Timbalan Presiden PAS mengenai isu Bukit kepong dan Kemerdekaan Tanah Melayu..

PSM berpendirian sebegini kerana semasa penahanan Ahli PSM pada bulan Julai lalu dan kemudiannya penahanan mereka dibawah EO, Utusan Malaysia dan PDRM juga membuat pelbagai tohmahan dan cerita palsu seperti ada senjata dalam bas, PSM mahu mencetuskan perang keatas yang Dipertuan Agung, mahu menghidupkan PKM, ada agen luar negara dan sebagainya. Ajaran yang PSM belajar adalah Utusan Malaysia kebal bercakap bohong dan tidak ada apa yang boleh dilakukan. Begitu juga ada ahli PERKASA dan orang UMNO seperti Ezam yang boleh membuat ugutan berunsur jenayah tetapi mereka kebal dan tiada tindakan diambil terhadap mereka.

Justeru itu, PSM berharap konteks apa yang Muhamamd Sabu katakan sebenarnya harus diteliti. Ini adalah kerana sejarah negara ditulis dari kacamata UMNO yang telah bersekongkol dengan British untuk mendapat kemerdekaan. Terdapat juga banyak buku sejarah yang telah dikarang mengenai versi ini oleh sejarahwan. Pejuang-pejuang kiri seperti Boestaman, Samsiah Fakeh, Burhanuddin Al-Helmy dan lain-lain pejuang kemerdekaan tidak diberi ruang secukupnya dalam sejarah yang dikarang dan diterbit oleh UMNO.

PSM juga sedih apabila Timbalan Ketua Polis negara begitu terburu-buru mengeluarkan kenyataan meminta Muhamamd Sabu membaca buku sejarah. Sebagai seorang Pegawai Polis beliau sepatutnya menyiasat samada kenyataan Muhammad Sabu mempunyai unsur jenayah atau tidak. Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti seorang Ahli UMNO atau ahli politik. Jika beliau ingin menyertai politik, bersaralah dan masuklah gelanggang politik.

PSM berharap pihak polis yang neutral atau badan bebas seperti SUHAKAM menyiasat kenyataan Muhamamd Sabu.

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM

Bro: TT

Tiada ulasan: